Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 10 Disember 2017

EJAAN: YANG SALAH & YANG BETUL

Daripada banyak perkataan mengelirukan yang ada, ini antara 44 perkataan yang selalu kita keliru dan salah eja dalam penulisan.
   
1. Mentera atau Mantera
Ejaan yang betul: Mantera
2. Analisa atau Analisis
Ejaan yang betul: Analisis
3. Profail atau Profil
Ejaan yang betul: Profil
4. Audien atau Audiens
Ejaan yang betul: Audiens
5. Baucer atau Baucar
Ejaan yang betul: Baucar
6. Buffet atau Bufet
Ejaan yang betul: Bufet
7. Siksa atau Seksa
Ejaan yang betul: Seksa
8. Catit atau Catat
Ejaan yang betul: Catat
9. Efisyen atau Efisien
Ejaan yang betul: Efisien
10. Ehsan atau Ihsan
Ejaan yang betul: Ihsan
11. Emel atau E-mel
Ejaan yang betul: E-mel
12. Faksimili atau Faksimile
Ejaan yang betul: Faksimile
13. Garfu atau Garpu
Ejaan yang betul: Garpu
14. Hajjah atau Hajah
Ejaan yang betul: Hajah
15. InsyaAllah atau Insya-Allah
Ejaan yang betul: Insya-Allah
16. Istirehat atau Istirahat
Ejaan yang betul: Istirahat
17. Karenah atau Kerenah
Ejaan yang betul: Kerenah
18. Kerinting atau Keriting
Ejaan yang betul: Keriting
19. Snooker atau Snuker
Ejaan yang betul: Snuker
20. Komersil atau Komersial
Ejaan yang betul: Komersial
21. Komisyen atau Komisen
Ejaan yang betul: Komisen
22. Kontingen atau Kontinjen
Ejaan yang betul: Kontinjen
23. Taugeh atau tauge
Ejaan yang betul: tauge
24. Lagenda atau Legenda
Ejaan yang betul: Legenda
25. Lojik atau Logik
Ejaan yang betul: Logik
26. Losyen atau Losen
Ejaan yang betul: Losen
27. Merbahaya atau Berbahaya
Ejaan yang betul: Berbahaya
Ejaan lain: Marabahaya
28. Mertua atau Mentua
Ejaan yang betul: Mentua
29. Minima atau Minimum
Ejaan yang betul: Minimum
30. Spesis atau Spesies
Ejaan yang betul: Spesies
31. Ugama atau Agama
Ejaan yang betul: Agama
32. Pensil atau Pensel
Ejaan yang betul: Pensel
33. Redha atau Reda
Ejaan yang betul: Reda
Maksud 1: Ikhlas, Rela, Terima
Maksud 2: Semakin berkurang, Semakin pulih
34. Silaturrahim atau Silaturahim
Ejaan yang betul: Silaturahim
35. Spesis atau Spesies
an yang betul: Spesies
36. Stokin atau Stoking
Ejaan yang betul: Stoking
37. Sunnah atau Sunah
Ejaan yang betul: Sunah
38. Sekelian atau sekalian
.Ejaan yang betul: Sekalian
39. Masaalah atau Masalah
Ejaan yang betul : Masalah
40. Tengahari  atau Tengah hari
Ejaan yang betul : Tengah hari
41. Samada atau Sama ada
Ejaan yang betul : Sama ada
42.Perabut atau Perabot
Ejaan yang betul : Perabot
43. Pehak atau Pihak
Ejaan yang betul : Pihak
44. Sanwic atau Sandwic
Ejaan yang betul : Sandwic



Ahad, 3 Disember 2017

Karya pelajar : Yang Amat Berbahagia, Datin Seri Hajah Rosmah binti Mansor - TOKOH WANITA MALAYSIA YANG PALING SAYA KAGUMI


Yang Amat Berbahagia, Datin  Seri Hajah Rosmah binti Mansor  - TOKOH WANITA MALAYSIA YANG PALING SAYA KAGUMI
 
       
          Beliau seorang tokoh yang sentiasa secara berkarisma memberi inspirasi kepada kami, kumpulan pelajar SPM untuk belajar bersungguh-sungguh demi masa depan yang cemerlang. Ucapan-ucapan beliau tentang ilmu dan pentingnya pencapaian tinggi dalam pembelajaran telah menggarap himpunan semangat dan kekuatan untuk kami golongan pelajar berjuang di medan ilmu. Beliau yang kami maksudkan ialah Yang Amat Berbahagia, Datin  Seri Hajah Rosmah binti Mansor  isteri kepada Perdana Menteri Malaysia yang amat kita sanjungi dan sayangi.. Beliau  merupakan anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan, berperwatakan lembut, punyai ciri-ciri keibuan yang luhur lagi amat penyayang dan punyai wawasan yang dinamik, unggul untuk anak-anak muda, generasi hari ini menjana masa depan yang gemilang. Kami  serumpun bak serai, sejunjung bak sirih, memilih beliau sebagai tokoh idola kami, tokoh kebanggaan kami. Terdapat banyak faktor kami memilih beliau sebagai antara tokoh wanita  Malaysia  yang amat  kami  kagumi  Ayuh kita telusuri satu persatu ketokohan, kewibawaan  dan rerona indah kehidupan beliau sebagai seorang wanita pertama negara.

        Sebelum melangkah lebih jauh kita imbau, kita imbas kembali aspek kegigihan beliau pada zaman remaja meneroka bidang ilmu sehingga berjaya menempatkan diri di sebuah sekolah elit, ternama tanah air. Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah bagaikan diulit mimpi apabila  mendapat tawaran belajar di Kolej Tunku Kurshiah, sebuah sekolah berprestij, berprestasi tinggi, lagi tersohor di negara kita. Bukan calang-calang pelajar layak belajar di Kolej ini kecuali pelajar yang benar-benar pintar, kreatif dan  inovatif.   Semasa di TKC beliau merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam bidang kurikulum  dan kokurikulum. Beliau  dikenali sebagai pelajar yang  sangat  aktif dalam aktiviti sukan seperti badminton, hoki dan bola jaring. Minat beliau juga begitu terserlah dalam bidang seni  dan kajian kami mendapati beliau banyak terlibat dalam pelbagai aktiviti koakademik sekolah,  aktif mengambil bahagian pelbagai  bidang seni semasa di bangku sekolah, yakni semasa  di TKC. Usaha gigih dan kesungguhan beliau nyata lebih menyerlah apabila berjaya menamatkan pengajian peringkat menengah dengan kejayaan yang cemerlang.  Beliau ditawarkan  pula  melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Bidang antropologi dan sosiologi menjadi pengkhususan beliau semasa di Universiti Malaya. Dan yang lebih menarik  selepas  tamat pengajian dan menerima  ijazah, beliau  ditawarkan memegang jawatan sebagai Eksekutif Perbankan di  Bank Pertanian Malaysia yang sekarang dikenali sebagai Agro Bank iaitu pada sekitar  tahun 1975. Masa berlalu, silih berganti, Yang Amat Berbahagia. DS Hajah Rosmah meneruskan cita-citanya, semangat juangnya dalam bidang ilmu tanpa kenal erti putus asa. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran ke Peringkat Sarjana  di Amerika Syarikat  iaitu di Lousiana State Universiti.  Setelah berhempas pulas belajar dan  menimba ilmu akhirnya beliau berjaya memperolehi  Sarjana Sains dalam bidang paling diminati beliau iaitu bidang  sosiologi dan pertanian. Kata bidalan sejauh mana seluang melaut akhirnya kembali ke pantai jua, setelah sekian lama berdagang di rantau orang, akhirnya beliau kembali ke Malaysia pada tahun 1983. Dengan  Sarjana dan pengalaman kerja yang pernah dilalui  beliau  ditawarkan  pula menyertai syarikat Island and Peninsular Berhad . Lantaran sikapnya yang merendah diri, rajin bekerja, dan profesionalisme yang dimilki beliau  dilantik berkhidmat sebagai  Pengurus Pembangunan Perniagaan di syarikat terkemuka  itu. Yang jelas  kegigihan beliau menimba ilmu dan bertugas dengan penuh dedikasi menjadi faktor mutlak kami memilih beliau sebagai tokoh paling kami kagumi.

                 Seterusnya kita selongkar pula suasana kehidupan berkeluarga yang cukup harmoni,damai dan bahagia, yang  menjadi penyebab kami memilih beliau sebagai tokoh dikagumi. Kata orang jodoh pertemuan ditangani Allah. Dan takdir menentukan beliau  kini merupakan  isteri kepada Yang Amat Berhormat DS Haji Mohd  Najib bin Tun Abd Razak Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi.. Perkahwinan ini merupakan  perkahwinan kedua bagi pasangan suami isteri  ini. Sejarah silam biarkanlah berlalu bersama-sama elusan-elusan bayu. Hari ini, dari kaca mata rakyat mereka berdua adalah pasangan yang sangat bahagia dan mereka sentiasa berusaha  membina suatu ikatan yang kukuh, yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing, bagi menangani segala cabaran yang mendatang.  Yang Amat Berbahagia DS  Hajah Rosmah dan Yang Amat Berhormat DS Haji  Mohd Najib merupakan ibu dan bapa yang amat penyayang, punyai semangat  yang  kental, yang sekukuh besi semberani  dalam menerjah kemelut kehidupan. Yang Amat Berbahagia DS Hajah Rosmah sentiasa  memberi sokongan,  semangat dan kekuatan  buat suami tercinta ke arah menjamin kebahagiaan hidup berkeluarga dan keharmonian negara tercinta. Beliau seorang yang berfikiran positif, berpandangan jauh dalam menangani kemelut kehidupan. Dalam tenang dan bersahaja, suasana  bahagia damai sejahtera ternyata menjadi milik mereka sekeluarga. Dan yang terindah, hari ini, terbukti dengan sokongan isteri tercinta, Yang Amat Berhormat DS Haji Mohd Najib dikenali sebagai seorang Perdana Menteri yang berwibawa lagi dikagumi dan disayangi  rakyat  jelata.  Syukur  Alhamdulillah  rumahtangga  mereka kekal bahagia, rukun dan damai serta sentiasa dalam suasana ceria bahagia berkat doa restu rakyat jelata. Hakikatnya, kami pelajar-pelajar sentiasa memanjatkan doa  agar  Yang Amat  Berbahagia DS  Hajah Rosmah dan suami diberi Allah sihat sejahtera dalam melayari bahtera rumahtangga, dan marilah sama-sama kita doakan agar pasangan ini kekal bahagia hingga ke Jannah. Amin.

                  Realiti yang tidak boleh dipinggirkan, sebagai  isteri dan ibu yang penyayang beliau tidak merelakan sebarang bentuk penderaan, penganiayaan mahupun sebarang elemen kezaliman dilakukan terhadap kanak-kanak. Program PERMATA yang ditubuhkan atas inisiatif beliau, begitu komited dalam memastikan Dasar Penjagaan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan berjaya dilaksanakan sepenuhnya di negara kita. PERMATA yang diilhamkan oleh Yang Amat Berbahagia DS Hajah Rosmah binti Mansor  menggalakkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun untuk mendapatkan bimbingan dan pendidikan awal untuk meningkatkan kualiti pembangunan tahun formatif mereka. Kaedah pembelajaran disusun direncanakan mengikut kesesuaian bagi kumpulan umur kanak-kanak yang merangkumi sifat fizikal, bahasa, kognitif, sosio-emosi dan rohani dalam persekitaran yang selamat, sihat dan menyeronokkan; PERMATA jua bertindak membangunkan kurikulum yang komprehensif untuk pembangunan awal kanak-kanak yang merangkumi pendidikan, penjagaan kanak-kanak, nutrisi dan kesihatan Melalui PERMATA jua usaha dilakukan bagi mewujudkan infrastruktur dan persekitaran pembelajaran  yang kondusif termasuk peralatan pembelajaran yang berkualiti bagi membolehkan pencapaian hasil pembelajaran yang positif dapat dijelmakan. Yang Amat Berbahagia DS Hajah Rosmah binti Mansor  jua secara berterusan melaksanakan dan menyelia pembinaan Pusat Anak PERMATA Negara di seluruh negara. Kajian berkaitan mula dijalankan termasuk menyelidik program pendidikan awal kanak-kanak di beberapa negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat, Australia dan New Zealand. Daripada pemantauan itulah, maka lahirlah Program Permata Negara berkonsepkan keseronokan belajar mengikut apa-apa yang kanak-kanak mahukan dengan memberi fokus pendidikan yang berbentuk pengalaman sebenarnya. Kita berbangga  mempunyai seorang srikandi yang meletakkan masa depan anak-anak hari ini sebagai suatu keutamaan  kerana anak-anak adalah permata negara. Sesungguhnya usaha beliau yang berterusan yang seakan-akan tiada nokhtah serta tiada penghujungnya  dalam melakukan anjakan paradigma kedudukan anak-anak hari ini, wajar diteladani, dicontohi oleh wanita Malaysia yang lain.

           Sesuatu yang amat menyentuh perasaan ialah  Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah amat mengharapkan masyarakat tidak memandang enteng akan keupayaan golongan kurang upaya (OKU) dalam melakukan sesuatu perkara. Bukan suatu tragedi kehidupan dan bukan pula dipinta, lahir ke dunia dalam keadaan buta, pekak, bisu dan tempang, namun sudah suratan menimpa diri. Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah menjelaskan setiap OKU mempunyai kelebihan dan keupayaan masing-masing dan ada antara mereka yang lebih hebat berbanding individu normal. Golongan ini perlu diberi bimbingan dan latihan bersesuaian dengan kemampuannya. Beliau memberi contoh pencapaian atlet paralimpik negara yang bukan sahaja berjaya merangkul emas tetapi juga mencipta rekod baharu dunia semasa Paralimpik Rio 2016 di Brazil. Sebagai anggota masyarakat yang duduk dalam sebuah komuniti, kita hendaklah bersatu menerjah cabaran dalam memperkasakan pembangunan modal insan ini tanpa mengira sebarang perbezaan. Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah begitu yakin dan berharap agar tidak ada lagi suara-suara sumbang  mempertikaikan keupayaan golongan spastik dan sebaliknya kita berikan sokongan sewajarnya terhadap mereka kerana Islam  mengajar dan menuntut kita menjaga hubungan sesama manusia Pada masa sama beliau mengakui terdapat anjakan persepsi masyarakat yang semakin prihatin terhadap golongan cacat yang menunjukkan masyarakat Malaysia secara kolektifnya, telah memahami dan menyantuni golongan berkenaan. Keprihatinan Yang Amat Berbahagia DS Hajah Rosmah terhadap golongan istimewa ini telah mendapat perhatian yang memberangsangkan apabila rakyat Malaysia tampil bersatu memberi sokongan dan sorakan terhadap atlet-atlet paralimpik negara pada Kejohanan Paralimpik di Brazil tahun 2016. Alhamdulillah usaha beliau dalam membela nasib golongan spastik hari ini membuahkan  kejayaan  kerana naluri beliau membisikkan takkan lari gunung dikejar hilang kabus tampak jua.

             Dalam masa selangkas betik berbuah, selejang kuda berlari, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah binti Mansor  menerima banyak anugerah atas sikapnya yang sedia membantu dan sedia  memberikan pendapat dan pandangan, sedia meluangkan banyak masa bergiat aktif dalam pelbagai aktiviti khidmat sosial negara. Hari ini, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti), menjadi Penaung Yayasan Harapan Kanak-kanak Malaysia, Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Penaung Persatuan Badminton Malaysia (BAM),Persatuan Warga Cinta Negara Malaysia (PENCINTA),Persatuan Thalasemia Malaysia dan menjadi.Pengerusi Jawatankuasa Kerja Permata Negara. Bidal tradisi mengungkapkan kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, namun dengan kail yang sejengkal itulah beliau meredah  fenomena suasana bagi memastikan kebajikan golongan yang benar-benar memerlukan diberikan perhatian. Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah  berjuang habis-habisan memastikan golongan yang memerlukan diberi bantuan sewajarnya, kerana beliau berpendapat betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Dalam senyap, dalam suasana seribu liku, membujur lalu melintang patah, beliau nekad memberikan bantuan dan pertolongan kepada yang memerlukan berlandaskan kapasiti dirinya sebagai seorang insan prihatin dan suka membantu. Sebagai isteri seorang Perdana Menteri,beliau sentiasa menjaga wibawa dan personalitinya sebagai isteri pemimpin. Dalam tegas ada kelembutan, dalam kelembutan ada semangat nan membara, beliau seorang pendengar yang setia  dan sentiasa santun berbicara menyebabkan dirinya sentiasa disenangi oleh semua. Tak kenal maka tak cinta, sesiapa yang mengenali dirinya sudah tentu kagum dengan keikhlasannya, dan kehalusan bual bicaranya. Hari ini beliau banyak menerima pelbagai anugerah dan pingat daripada pelbagai pihak dari dalam dan luar negara, salah satunya adalah Anugerah Keamanan dan Keharmonian Antarabangsa daripada Majlis Perniagaan bagi Persefahaman Antarabangsa (BCIU) Amerika Syarikat pada 17 April 2010.  Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah  jua telah dianugerahi Ijazah Doktor Kehormat Persuratan daripada Universiti Curtin, Australia sebagai mengiktiraf daya usahanya dalam pembangunan pendidikan terutama pendidikan awal kanak-kanak menerusi program Permata Negara. Selain itu, beliau turut juga dinobatkan sebagai Tokoh Industri Sukan Negara 2012 pada Majlis Anugerah Industri Sukan Negara 2012.. Kata orang kalau tiada ada berada masakan tempua bersarang rendah. Anugerah diberi pasti ada sebab-musababnya. Banyak jawatan diamanahkan  dan pelbagai anugerah yang diperolehi adalah atas khidmat bakti yang dicurahkan untuk negara, khususnya untuk anak-anak PERMATA negara. Titik  titis air matanya pabila melihat anak-anak didera, disakiti tanpa belas, tanpa simpati. Beliau tidak merelakan kesemua ini terjadi. Yang pasti momen-momen terindah bagi beliau di sebalik anugerah, ialah apabila tumpuan total dapat diberikan ke arah memastikan kebajikan anak-anak hari ini terpelihara.

           Kesimpulannya,  Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah  berpendapat kanak-kanak adalah tunjang kepada ketamadunan bangsa dan negara. Mereka adalah aset bernilai yang menjadi lakaran memperkasakan pembangunan pada masa hadapan. Menjaga kebajikan anak-anak adalah asas utama perjuangan Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah. Beliau amat mengalu-alukan penglibatan pelbagai kumpulan profesional, ahli akademik, aktivis dan pegawai-pegawai kerajaan  bersama-sama menggilap keupayaan permata negara selain mencari penyelesaian masalah sosial yang melingkari golongan itu. Menjaga kebajikan anak–anak hari ini menjadi tumpuan dan fokus utama seorang tokoh wanita Malaysia yang amat kami kagumi. Kami amat menyayangi beliau. Harapan kami golongan pelajar yang usia baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang, semoga Yang Amat Berbahagia Datin Seri Hajah Rosmah dan suami, serta seisi keluarga sentiasa mendapat limpah rahmat, taufik dan hidayah Allah SWT. Amin Ya Rabbal 'Alamin




Karya
Nur Hidayah Hamizah binti Mohamad Ridzwan
Nur Fatin Atirah binti Mohd Shakri,
dan Fatin Nur Insyirah binti Puteh
Tingkatan 5 silikon

(pelajar tg 4 kalau masa cuti ni nak hantar karya, boleh, tapi karya mesti asli & menepati format baru boleh saya masukkan dalam blog- Salah ejaan, salah tatabahasa, tak pa nanti saya betulkan - maznahmusa@gmail.com)

Khamis, 30 November 2017

UMNO & BN - GURINDAM PABILA: PESANAN IKHLAS BUAT YAB DS NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA

GURINDAM PABILA: PESANAN IKHLAS BUAT YAB DS HAJI MOHD BIN TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA 

 
Pabila menjadi PERDANA MENTERI kebajikan rakyat HENDAKLAH DILESTARI
Pabila menjadi PADUKA BENDAHARA dirimu sentiasa di HATI JELATA
Pabila menjadi NAKHODA WATAN jadikan paduka ayahandamu CONTOH TELADAN
Pabila mengatur AGENDA PEMBANGUNAN kejayaan ayahandamu jua jadikan PEDOMAN
Pabila  terasyik menyusun  STRATEGI ingat ya, rakyat menilai serta MEMERHATI
Pabila kejayaan telah DICAPAI, rakyat miskin, daif, gelandangan USAH DIABAI
Pabila sudah tersohor TERNAMA beringat-ingatlah, fitnah, tohmah tetap ada DI MANA-MANA
Pabila FITNAH BERMAHARAJALELA tak cukup dirimu, isterimu, keluargamu turut DICELA
Pabila fitnah MELANDA DIRI rakyat jelata amat BERSIMPATI
Pabila dirimu diulit SENYUMAN rakyat mengerti segala KEPAHITAN
Pabila terasa dirimu TERTEKAN, yakinlah, nasihat & doa ibumu, memberi KETENANGAN
Pabila banyak DICACI, DIHINA, DICELA, serahkan sahaja kepada YANG MAHA ESA
Pabila sanggup MENERIMA CABARAN fitnah tohmah TIDAK PERLU DILAYAN
Pabila fitnah datang MENYENGAT alhamdulillah engkau tidak PATAH SEMANGAT
Pabila engkau berbuat UCAPAN laut bicaramu jelas  MENDAMAIKAN
Pabila berada di atas PENTAS kekalkan momentummu,tutur katamu sentiasa BERALAS
Pabila berhati-hati ELAK SENGKETA sopan santunmu bualan JELATA




Pabila orang MENGEJI & MENGHINA, biarkanlah mereka berkokok, berketak hingga LEWAT SENJA
Pabila ucapanmu penuh BERINTIPATI, BERSINERGI rakyat pasti setia MENDENGARI
Pabila terpilih memegang KUASA pastikan rakyat bersatu, damai SELESA
Pabila dirimu ikhlas, tegas & BERANI itulah pemimpin yang DICARI-CARI
Pabila engkau MENITIP BICARA slogan IMalaysiamu  RAKYAT SUKA
Pabila engkau bekerja BERSUNGGUH-SUNGGUH keyakinan rakyat BERTAMBAH KUKUH
Pabila UMNO & BN sentiasa DIDUGA teruskan perjuanganmu MEMBELA NUSA
Pabila UMNO & BN sentiasa DIPERKASA, teruskanlah perjuanganmu ke segenap KOTA & DESA
Pabila 
UMNO & BN  ERAT GANDINGAN doa & harapan rakyat IRINGI PERJUANGAN
Pabila terdengar LAUNGAN AZAN  ibadah solat segeralah SEMPURNAKAN
Pabila NUR ISLAM DISEBAR DISEMAI rakyat hidup DAMAI & PERMAI
Pabila solat SENTIASA DIJAGA insyaAllah segala cabaran DAPAT DIDUGA
Pabila berjaya MEMBANGUNKAN NUSA titipkan syukur KE HADRAT YANG MAHA ESA
DAN...............
Pabila ribut taufan 7 gunung, 7 lautan, 7 benua datang MELANDA

 ingat pesanan Paduka Laksamana TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA  InsyaAllah.

    

SEKADAR UNTUK RENUNGAN SEMUA
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ):
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).
_____________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
 Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran Agama.
_____________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179).
 Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
______________________________________
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
 Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka
menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

_____________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
_______________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Wallahu alam


Ahad, 26 November 2017

PANTUN TERIMA KASIH 1

PANTUN TERIMA KASIH 1
 
Di dahan a
ra hinggap  kenari
hinggap sekaw
an di pohon jati,
terima kasih sauda
ra dan saudari,
memberi tumpu
an sepenuh hati.

Pasangan peta
ni,memetik lada
Lalu diber
sih jari jemari
Kami di si
ni serba tiada
Terima ka
sih bantuan diberi,

Ke pekan Jua
seh Puteri Rekan
Santun berbu
di kasih bersemi
terima ka
sih kami ucapkan
kerana su
di menolong kami,

Dari Jua
seh tuju ke pekan,
 Jalan seha
la laluan titi
Terima ka
sih kami ucapkan,
Atas sega
la jasa dan bakti
.
Naik peda
ti pergi bertapa
Meredah pepo
hon jalan beriringan
Jasa dan bak
ti tidak dilupa
Seribu ta
hun jadi kenangan
,
Petik kela
di di ujung desa
bergerak go
yah terasa payah
Orang berbu
di kita berbahasa
Rahmat hida
yah melimpah ruah.

Bukit Pia
tu kembang melati
Tepian hu
ma menahan joran
Tuan memban
tu seikhlas hati
Kami teri
ma penuh kesyukuran
 
Bawa peda
ti ke Kota Lama
Suasananya ber
sih cantik berseri
Budi dan bak
ti kami terima
Terima ka
sih ucapan diberi
 
Bersama kaw
an  sapa menyapa
Berpegang ta
ngan  tepian halaman
Budimu tu
an kami tak lupa
Jadi kena
ngan zaman berzaman
 
Kereta seli
sih di Kuala Kedah
Jalan seha
la  hujung jeti
Terima ka
sih ucapan terindah
Atas sega
la jasa dan bakti
 
Puteri Kadaz
an  berkain Kelingkan
Senyum seki
las  menyambut tamu
Sekalung pengharga
an kami titipkan
Tidak terba
las jasa baktimu
 
Ke Pangkalan Pe
goh gadis rupawan
Petik kela
di  pinggiran jerami
Mulia sung
guh hatimu tuan
Kerana su
di membantu kami
 
Pinggiran bera
ngan pinang berjajar
Pokok  pa
las tepian hutan
Segala bimbi
ngan tunjuk dan ajar
Tidak terba
las segunung intan
 
Pekan Meran
ti riuhnya sakan
Kumpul setem
pat hati tertanya
Jasa dan bak
ti tuan curahkan
Semoga menda
pat limpah rahmat-Nya
 
Pak Ma
mat mengayuh pedati
Kayuh peda
ti ke ujung desa
Limpah rah
mat rabbulizzati
Tuan berbak
ti  menabur jasa
 
Tampak ber
sih selepas mandi
Ke Pasir Pe
kan jadi dambaan
Terima ka
sih sekalung budi
Kami ucap
kan tanda penghargaan
 
Cantik menaw
an bingkisan Cik Siti
Seni origa
mi  seindah  hiasan
Sememangnya tu
an baik hati
Membantu ka
mi tak minta balasan
 
Pepohon kela
pa seri negeri
Tampak je
las pucuk di awan
Tak tahu a
pa yang patut diberi
Untuk memba
las jasamu tuan
 
Kita ja
gai hati nan rawan
Anak de
sa kasih bersemi
Kami har
gai sumbanganmu Tuan
Dirimu sentia
sa di hati kami
​                                  oleh Maznah Musa
Pantun ini boleh guna untuk label sampul surat, hadiah untuk penceramah sekolah atau tetamu atau sesiapa yang beri sumbangan sebagai ucap kata terima kasih sekalung budi

Jangan Tiru