PANTUN TERIMA KASIH 2

Petik
selasih di Tanah Serendah
Paku
rawan celahan titi
Terima
kasih ungkapan terindah
Untukmu
Tuan yang baik hati
Pinggiran
desa kasih bersemi
Inderagiri
di dalam taman
Menabur
jasa di sekolah kami
Jadi
memori zaman berzaman
Tanjung
Keramat tepian huma
Singgah
pahlawan memetik kelapa
Banyak
maklumat kami terima
Jasamu
Tuan kami tak lupa
Bergurau senda Uda dan Ujang
Petik
celagi celahan jerami
Andai
ada umur panjang
Singgah
lah lagi ke sekolah kami
Anak
kedidi terbang ke desa
Terbang
berkilas celahan awan
Tuan
berbudi kami berbahasa
Tidak
terbalas jasamu Tuan
Ke
Pekan Juaseh membawa baldi
Memijak
aspal rerona merah
Ucapan
terima kasih sekalung budi
Takkan
setimpal jasa nan dicurah
Berkeris
lembing memugar keringat
Sorak
gemuruh, tiupan nafiri
Berceramah,
membimbing penuh semangat
Tuan lah
tokoh yang kami cari
Rendam
selasih di senja jingga
Letak
selisih atas jerami
Terima
kasih tidak terhingga
Terimalah
sumbangsih daripada kami
Berseloka
madah Puteri Kirana
Berbalas
senyuman Permaisuri Rekan
Kenangan
terindah lagi bermakna
Nasihat
pedoman kami manfaatkan
Cantik
berseri istana lama
Puncak
di awan gah sepekan
Tuan
memberi kami menerima
Banyak
pengetahuan, pengalaman Tuan kongsikan
Raja
Lumu ke Tanah Jawa
Bawa
cemeti langkah perlahan
Tuan
berilmu lagi berwibawa
Menabur
bakti penuh kesungguhan
Anak
desa memasang dupa
Cantik
hiasan bunga iringan
Budi
dan jasa kami tak lupa
Terimalah
bingkisan tanda kenangan
Gunung
Daik tampaknya jelas
Pagi
menjelma puputan awan
Orangnya
baik luhur dan ikhlas
Kali
pertama bertemu Tuan
Meniti
titi balik ke rumah
Pinang
berjajar tepian sawah
Tuan
berbakti memberi ceramah
Kami
pelajar berasa bertuah
Anak
bebiri tepian sawah
Suasana
selesa senja mencelah
Ilmu
diberi melimpah ruah
Semoga
sentiasa dilindungi Allah

Pantun ini boleh guna untuk sampul surat penceramah, label hadiah untuk tetamu atau sesiapa sahaja yang beri sumbangan kepada sekolah kita. Tampak lebih formal, lebih rasmi apabila disertakan pantun. Kalau bukan kita yang menghidupkan puisi tradisi siapa lagi.....? ..Jadi, manfaatkanlah
Pengalaman terindah dalam duna pantun
Hakim pantun daerah , negeri dan Kebangsaan
Hakim final pantun peringkat Kebangsaan piala sirih pulang ke gagang
Hakim pantun daerah , negeri dan Kebangsaan
Hakim final pantun peringkat Kebangsaan piala sirih pulang ke gagang
