Penjagaan
kebersihan amat penting dalam usaha melahirkan generasi yang cinta akan
kebersihan
Huraikan
cara-cara anda menjaga kebersihan.
(Karya terbaik pelajar)
Saya telah dididik sejak kecil lagi peri pentingnya
menjaga kebersihan. Suasana bersih
selesa memang menjadi suatu keutamaan keluarga. Ibu bapa saya, pembersih
orangnya. Sikap bersih mereka berdua
kini saya dan adik-adik saya warisi. Pelbagai cara saya lakukan untuk menjaga
kebersihan. Mungkin tidak cukup kertas untuk saya ceritakan segala-galanya,
tetapi ingin saya kongsikan kaedah misteri paling unik saya menjaga kebersihan.
.
Antara cara paling unik saya menjaga kebersihan
saya mulakan dengan menjaga kebersihan bilik tidur saya.
Saya pastikan setiap pagi saya ada masa untuk mengemas bilik tidur saya sebelum terbit
mentari. Saya pastikan kamar tidur saya
bersih, sebersih-bersihnya sebelum sesuatu yang tidak diduga berlaku. Semua adik
beradik saya , termasuk saya sendiri
perlu kemas bilik tidur sebelum ibu
datang menjenguk. Kalau ada yang tidak kena, tidak kemas, cadar terbalik misalnya, atau kain pelikat sejadah bersepah maka akan
bermulalah siaran Radio Malaysia Kelantan. Kelantan FM akan mula bersiaran! Ibu saya akan membebel tanpa henti....."Jangan jadikan tempat tidur serupa tempat kucing beranak!" kata ibu. Ternyata
membersihkan kamar tidur adalah rutin harian saya menjaga kebersihan.
.
Seterusnya saya amat mengutamakan kebersihan diri,
saya mandi pagi sebelum mengambil wuduk untuk solat subuh,. Walau terpaksa
berebut bilik air dengan adik beradik, tetapi mereka terpaksa beralah dengan
saya sebab pagi-pagi saya mengejar masa
untuk ke masjid dengan ayah saya. Saya
bonceng motosikal ayah, kalau saya lambat ayah akan tinggalkan saya. Saya terpaksa jalan kaki. Jadi pagi-pagi saya berebut bilik air. Apabila saya
sudah berjaya masuk bilik air saya mandi sungguh-sungguh Saya guna gayung ,berlama-lama mandi. Fuhh...
sejuknya air bukan kepalang. Waktu pagi di Tanah Merah cuaca memang sejuk.
Airnya pun sejuk. Terasa macam berada pada musim sejuk di Eropah. Apabila saya rasa badan saya sudah cukup
bersih, barulah saya keluar bilik air . Kakak dan adik-adik tunggu di luar
bilik air, biasalah mereka akan menjeling saya. Saya hanya SENYUM.
Ohoooh..kalau berlaku bekalan air di rumah terputus, saya akan mandi di masjid! Yang penting, dan yang utama, saya bersihkan diri dengan mandi pada
waktu pagi.
Selanjutnya satu lagi aspek kebersihan yang saya
jaga, ialah saya pastikan makanan yang saya suap ke mulut saya benar-benar
bersih. Saya suka masakan ibu saya kerana saya yakin makanan dimasak oleh ibu
saya adalah yang paling bersih di dunia. Saya memang ‘alergic’ trauma dan fobia dengan makanan
yang dijual di warung di tepi jalan, sebab saya ragui akan kebersihan dan kesegaran makanan
itu. Sesekali saya bantu ibu memasak. Setakat tolong masak nasi, saya memang
ada Ummph.... saya basuh beras dua kali.
Kali ketiga baru boleh dijerang. Selepas makan saya pastikan sisa makanan saya masukkan ke dalam plastik sampah. Dan saya buangkan terus ke
tempat pelupusan sampah dalam perjalanan saya ke sekolah. Bukannya susah sangat
sebab alah bisa tegal biasa. Saya akui
saya memang cerewet tentang kebersihan makanan.Kebersihan pakaian bukanlah suatu masalah bagi saya. Saya anak lelaki.
Baju saya, saya bersih sendiri. Saya basuh dan saya jemur di ampaian di belakang rumah saya. Saya tidak susahkan ibu saya. Saya tidak pakai
mesin basuh. Rumah saya tidak ada mesin
basuh. Dulu ada, sekarang tiada. Tetapi kebersihan tetap saya utamakan. Saya
guna berus dan sabun. Kain pelikat, kemeja, baju sekolah saya basuh dalam baldi, saya berus satu persatu. Kasut dan
stoking sekolah saya basuh dan sayur jemur
pada pelepah kelapa di tepi rumah saya . Kekadang saya ‘offer’ bersihkan kain pelikat, baju Melayu ayah apabila saya
tengok ibu saya sibuk. Sememangnya makanan bersih, pakaian bersih adalah imej dan penampilan
diri saya, baju saya akan segera saya bersihkan walaupun ada hanya setitik dakwat tumpah di baju.
Kesimpulannya
cara saya menjaga kebersihan bukanlah sesuatu yang sukar, tetapi misteri
di sebaliknya, saya menjadi lebih peka mengutamakannya. Menjaga kebersihan menjadi formula terbaik
untuk kita hidup sihat, damai dan sejahtera. Yakinilah akan hakikat, kalau kita
jaga kebersihan, hati dan jiwa kita jua turut bersih, damai dan tenang. Setenang air di kali.......!
.
.
Oleh Mohd Afiq bin Azman- Tg 5 (SMKDMPR1)
.

Pada setiap hujung minggu saya buat 'study group' & ikuti kelas di rumah cg Maznah Rumahnya, sunyi sepi , anak-anaknya semua di universiti. Jadi kami manfaatkan setiap masa yang masih ada di rumahnya. Exam dah dekat ni kita semua perlu bersedia . Buat persediaan yang rapi dan lengkap dalam suasana tenang. Kata cikgu, dalam tenang kita boleh meneroka dunia ! Dunia kecemerlangan SPM - Insya-Allah.
Afiq
*********************************************

Penanda wacana intro bagi perenggan isi
Antara
Selain itu
Selanjutnya
Seterusnya
Di samping itu
Seperkara lagi
Penanda wacana penegasan bagi perenggan isi
Jelaslah
Ternyata
Sesungguhnya
Sememangnya
Hakikatnya
Realitinya
Tepatlah dikatakan
Sebenarnya
Tidak dapat dinafikan
.

Pada setiap hujung minggu saya buat 'study group' & ikuti kelas di rumah cg Maznah Rumahnya, sunyi sepi , anak-anaknya semua di universiti. Jadi kami manfaatkan setiap masa yang masih ada di rumahnya. Exam dah dekat ni kita semua perlu bersedia . Buat persediaan yang rapi dan lengkap dalam suasana tenang. Kata cikgu, dalam tenang kita boleh meneroka dunia ! Dunia kecemerlangan SPM - Insya-Allah.
Afiq
*********************************************

Penanda wacana intro bagi perenggan isi
Antara
Selain itu
Selanjutnya
Seterusnya
Di samping itu
Seperkara lagi
Penanda wacana penegasan bagi perenggan isi
Jelaslah
Ternyata
Sesungguhnya
Sememangnya
Hakikatnya
Realitinya
Tepatlah dikatakan
Sebenarnya
Tidak dapat dinafikan