Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Selasa, 30 Mei 2023

Rumusan - format terkini- latihan untuk pelajar SPM

Baca petikan dan teliti bahan grafik  kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

         Penularan wabak COVID-19 secara global telah menjangkiti lebih 4.7 juta manusia dan mengakibatkan kehilangan lebih 300,000 nyawa . Selain itu, penyebaran jangkitan korona virus telah mengubah corak kehidupan manusia dan merencatkan pertumbuhan ekonomi dengan begitu drastik. Pandemik COVID-19 juga mendatangkan kesan langsung kepada ekosistem perniagaan domestik seperti industri makanan dan minuman, industri pembinaan dan pembuatan, industri pelancongan,  industri pertanian, industri pembinaan dan industri perkhidmatan. Hal ini sekali gus mengakibatkan ramai kehilangan pekerjaan.

       Sebanyak 20.5 juta orang hilang pekerjaan di Amerika Syarikat pada April lalu yang merupakan situasi paling teruk pernah berlaku sekali gus menyebabkan tahap pengangguran meningkat kepada 14.7 peratus. Untuk menghalang penularan virus ini, pergerakan manusia seluruh dunia telah dihadkan dan hal ini memberikan impak yang luar biasa kepada alam sekitar. Hal ini jelas menunjukkan bahawa apabila manusia tidak menjalankan aktiviti mereka, maka perkara ini dapat menyelamatkan dan memulihkan keadaan alam sekitar  seperti sedia kala.

         Pelbagai langkah proaktif telah dilakukan untuk menangani permasalahan yang sedang melanda ini. Setiap lapisan masyarakat, syarikat-syarikat swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turut mengambil inisiatif untuk memutuskan rantaian wabak ini. Beberapa buah hotel telah dijadikan pusat kuarantin. Malah, terdapat hotel di Cyberjaya yang memberikan perkhidmatan sebagai pusat kuarantin kepada individu yang baru pulang dari luar negara . Kementerian Kesihatan juga telah membuat persiapan bagi menghadapi kemungkinan penularan wabak yang lebih serius. Dipetik daripada  : BERNAMA oleh Professor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin - UMS

BAHAN 2 – GRAFIK

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca petikan dan teliti bahan grafik , kemudian buat satu rumusan yang panjangnya  tidak melebihi 120 patah perkataan. 

Bahan 1 – Petikan - Rekreasi ialah segala aktiviti yang memerlukan keupayaan fizikal dan pergerakan anggota badan di samping keupayaan mind, kebolehan dan bakat seseorang individu tersebut.  Rekreasi melibatkan aktiviti secara individu seperti bebasikal, dan secara baerkumpulan seperti bola sepak.  Walau apa-apa pun jenis aktiviti yang dijalankan, rekreasi memerlukan interaksi sosial yang baik dan berkesan agar dapat dijalankan dengan jayanya.  Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa aktiviti rekreasi mampu melahirkan keluarga bahagia dan dapat mengeratkan hubungan silaturahim.  Hal ini demikian kerana, ahli keluarga akan turut serta menjalankan pelbagai aktiviti dengan memainkan peranan masing-masing.  Selain itu, aktiviti rekrasi juga mampu memberi ketenangan jiwa kepada anggota masyarakat kerana merweka dapat menghayati keindahan alam sekitar yang saujana mata memandang.

          Amalan rekreasi amat signifikan bagi menyihatkan badan.  Sebagai contoh, apabila kita melibatkan diri dalam aktiviti sukan ekstrem seperti terjunan udara, tubuh badan kita akan berpeluh sekali gus dapat menyingkirkan garam mineral yang tidak diperlukan oleh tubuh badan.  Kesannya, penyakit kronik seperti sakit jantung, ldarah tinggi dan kencing manis dapat dielakkan.  Namun begitu, masyarakat hari ini sering beranggapan bahawa aktiviti rekreasi ini hanya membuang masa kerana terdapat sesetengah aktiviti rekreasi memerlukan tempoh masa yang lama untuk dilakukan.  Kesibukan masyarakat mengejar kemewahan duniawi menyebabkan mereka tidak berminat untuk melakukan aktiviti ini. 

          Aktiviti rekreasi mampu menggalakkan pertukaran idea dan buah fikiran dalam kalangan masyarakat.  Pertukaran idea yang bernas mampu mematangkan tahap pemimiran masyarakat.  Misalnya. Melalui diskusi ringkas dalam kalangan masyarakat, sikap individualisme dapat dihaoyusjann dan semangat perpaduan yang ampuh dapat dilakar.  Aktiviti rekreasi dan riadah mempunyai banyak kepentingan tertentu yang dapat dimanfaatkan oleh setiap anggota masyarakat.  Oleh hal yang demikian, kita perlulah mengutamakan dan mengamalkan aktiviti riadah dalam kehidupan seharian  kerana sesungguhnya , minda yang cerdas terletak pada badan yang sihat.

BAHAN 2 - PANTUN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca petikan dan teliti bahan poster kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan

Bahan 1  : PETIKAN

Alam sekitar ialah anugerah Tuhan yang amat bernilai kepada kesejahteraan kehidupan manusia kerana kita banyak bergantung pada sumber semula jadi. Namun begitu, banyak kesannya kalau kita tidak menjaga  alam sekitar

       Pemuliharaan terhadap alam sekitar kalau diabaikan akan berlaku kepupusan. Ekosistem dan ekologi alam semula jadi akan terganggu apabila berlaku kepupusan flora atau fauna. Cuaca juga akan menjadi panas dan kering jika penebangan hutan dilakukan secara tidak terancang. Habitat semula jadi turut musnah jika pembakaran hutan dilakukan secara terbuka. Pelbagai jenis haiwan bergerak ke kawasan baharu untuk mencari tempat perlindungan. Akhirnya fenomena pencemaran alam sekitar mengakibatkan kepupusan haiwan dan tumbuh tumbuhan.

          Hutan yang menjadi sumber ekonomi negara jika tidak diurus dengan baik akan berlaku kepupusan hutan dan kita kehilangan habitat hutan yang amat berharga.. Bencana banjir dan tanah runtuh, kerap berlaku ada kaitan dengan kegiatan pembalakan dan kemusnahan hutan. Oleh itu, kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan perlu menghentikan kegiatan pembalakan haram.

           Untuk menyelamatkan alam sekitar negara kita, kerajaan juga telah mewujudkan hutan simpanan kekal yang diurus dan diklasifikasikan sebagai hutan perlindungan, hutan berhasil, hutan lipur dan hutan penyelidikan dan pembelajaran. Dalam usaha menjaga alam sekitar, semua pihak perlu bekerjasama menggembleng tenaga dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar demi kehidupan yang berkualiti pada masa depan.      (Dipetik, diubah suai daripada ‘Memelihara Alam Sekitar’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa, Dis 2016  )

 

Bahan 2 : Poster – penjagaan alam sekitar

 

(Gambar ini diambil daripada internet  tentang Poster Kempen Kitar Semula daripada Majlis Bandaran Kuala Langat)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Baca petikan dan sajak di bawah, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan 1 – Petikan

Permainan tradisional dikenali juga sebagai permainan rakyat yang dipusakai daripada generasi terdahulu. Bentuk permainan rakyat yang berseni ini merupakan salah satu daripada identiti Negara yang patut dipelihara demi kepentingan generasi pada masa hadapan. Antara permainan tersebut, congkak merupakan permainan tradisional yang paling popular.

       Permainan congkak menetapkan dua orang pemain dalam satu permainan membolehkan semangat setia kawan dizahirkan yang menjadi asas kepada kerukunan hidup bermasyarakat. Permainan congkak dalam kalangan masyarakat terdahulu berupaya mencerdaskan ketajaman akal. Perkataan congkak itu sendiri membawa maksud pengiraan. Kemahiran pengiraan ditekankan melalui mengira mata membuktikan bahawa generasi dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik. Permainan congkak juga mampu dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan. Permainan ini boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

        Permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang sebaris dan dua lubang ibu yang dipanggil “kampung” terletak di hujung papan. Lubang ibu tersebut mestilah diisi dengan buah sebanyak mungkin untuk mencapai kemenangan. Secara tidak langsung, permainan congkak menekankan nilai kejujuran apabila pemain mematuhi peraturan permainan tanpa melakukan penipuan walaupun berkeinginan untuk memenangi pertandingan tersebut. Kegagalan generasi muda memahami falsafah ini dalam permainan congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang. Sesetengah ibu bapa  hari ini menganggap  setiap permainan tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-anak mereka. Alangkah ruginya jika warisan budaya tinggalan nenek moyang tidak lagi dihargai sehingga hilang dalam arus peredaran masa. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Memugar Permainan Tradisional,’Oleh Nazri Hussein,Dewan Budaya, Bil. 3/2019

 

Bahan 2 – Sajak

CONGKAK WARISAN ZAMAN BERZAMAN


Bermain congkak damai terasa

Ceria menyusun jari jemari

Suasana ceria terjana sentiasa

         Jari-jemari mengatur buah-buah congkak

         Permainan congkak ada caranya

        di medan persaingan yang menuntut ketekunan

        perlu bersabar berdepan lawan

         Guli disusun satu persatu,

Sampai giliran kita bergerak.

Perlu pandai menggerak tangan

Perlu pandai mengatur kemenangan

Ilmu matematik di ujung jari

Gerak lawan boleh dirangka

Tajam akal bawa kemenangan

Congkak riadah minda sianak desa

Sejak dulu hingga sekarang

  Riang ria bermain congkak    

   Kenangan indah alam remaja

Warisan berzaman kebanggaan nusa    


Amin Adnan, Kota Bharu 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan Tiru