Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Rabu, 6 November 2019

Aku ayam, dikatakan binatang yang paling miskin. ENJOY READING....!


Aku ayam, dikatakan binatang yang paling miskin

​Kalau nak tahu, binatang yang paling miskin ialah ayam. Tulisan ni pun aku dah tak berapa nampak sebab aku ni RABUN AYAM. Kasihan....kan?! deritanya hidup ayam, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai tulisan pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun jadi tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM, mengenangkan kemiskinan diri yang masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli kasut.  BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH RIUH SEKAMPUNG. Puncanya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK KAPUR apabila teringatkan peristiwa  kalau lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU AYAM. Hari ini  makan Telur AYAM goreng dikatakan MATA KERBAU. Kerbau dapat nama. Malang sungguh nasib ku sebagai seekor AYAM. Nasib kau lah wahai ayam........!.
Berasa nak lari dari rumah jah, sebab aku tak mahu jadi AYAM TAMBATAN, hajatnya aku nak lari!, terutama musim ini, tapi jangan cuba nak tangkap aku, nanti AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI . Aku sering disindir, AYAM DI KEPUK MATI KELAPARAN,  ITIK DI AIR MATI KEHAUSAN. Walau sering disindir kerana miskin, aku dan  kawan aku itik buat tak tahu, AYAM TAK PATUK,  ITIK TAK SUDU. Dan semasa berjauhan dengan keluarga aku jadi seperti AYAM KEHILANGAN IBU.
Haih.... mengelamun pulak aku ni.... tuh... tu dengar tu...... AYAM BERKOKOK TANDA HARI NAK SIANG.... tidak ada apa-apa nak dimakan pada pagi ini kerana AYAM SUDAH DI SAMBAR HELANG.  Kasihan.......kasihan......! Aku duduk diam-diam sahaja dalam rumah sambil berilusi  sepanjang musim PKP covid 19



 


CARA MENULIS NOMBOR DALAM BAHASA MELAYU


CARA MENULIS NOMBOR DALAM BAHASA MELAYU
Pengguna bahasa keliru dengan penggunaan angka dalam penulisan. Hal ini demikian kerana kita kurang didedahkan dengan cara menulis angka atau nombor dengan betul. Berikut merupakan beberapa cara menulis angka dalam penulisan bahasa Melayu.
1.       Nombor kurang daripada 10, nombor  tersebut perlu dieja sepenuhnya. 1, 2,3,4,5,6,7,8,9 Contoh :
  Di dalam kotak itu ada 3 ekor anak kucing.          (sepatutnya ) Di dalam kotak itu ada tiga ekor anak kucing.
Jika angka tersebut berada di pangkal/ permulaan ayat tetap ditulis angka walaupun lebih daripada 10.
Contoh :             15 orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat  ke sekolah.
                           (bukannya) Lima belas orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat ke sekolah.(x)
2.       Nombor lebih daripada 10, nombor tersebut tidak perlu dieja sepenuhnya, gunakan angka.
12, 36, 101, 1234 dan sebagainya
Contoh :  Satu ratus satu  orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.(x)
(sepatutnya)101 orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.
3.       Nombor yang melibatkan tarikh tidak perlu dieja.
3 Disember ini dia akan menyambut hari lahirnya. ( atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tanggal  31 Ogos ini.
 (bukannya) Tiga Disember  ini dia akan menyambut hari lahirnya. (atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan pada tanggal Tiga Puluh SatuOgos ini.(x)
4.       Nombor  yang  melibatkan  unit  yang besar seperti ribu, juta, billion dan seterusnya.
12 000, 100 000, 23 000 000
Contoh :  100 000 keping sampul  surat kenang-kenamgan berjaya dijual dalam tempuh dua hari oleh pejabat pos itu.
(sepatutnya) 100 ribu keping sampul surat kenang-kenangan berjaya dijual dalam tempuh empat  hari oleh pejabat pos itu.
Mengikut laporan  The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir
30 000 000 orang.
(sepatutnya) Mengikut laporan  The Star, jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir 30 juta orang.

Lagi ejaan yang salah dan yang betul




EJAAN YANG SALAH DAN PEMBETULANNYA

Banyak calon SPM masih berasa keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan yang digunakan dalam pertuturan ataupun penulisan dalam seharian.

Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah lagi sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan.

Berikut merupakan ejaan yang tepat bagi sesetengah perkataan yang mengelirukan.  Jangan silap lagi.........

  1. resepi ❌ resipi ✔ 
  2. menyakinkan ❌ meyakinkan ✔ 
  3. istirehat ❌ istirahat ✔ 
  4. kadang-kala ❌ kadangkala ✔ 
  5. sambilewa ❌ sambalewa ✔ 
  6. dasyat ❌ dahsyat ✔ 
  7. insuran ❌ insurans ✔ 
  8. ambulan ❌ ambulans ✔ 
  9. juwita ❌ juita ✔ 
  10. unggu ❌ ungu ✔ 
  11. mengulangkaji ❌ mengulang kaji ✔ 
  12. penguatkuasa ❌ penguat kuasa ✔ 
  13. gambarajah ❌ gambar rajah ✔ 
  14. redha ❌ reda ✔ 
  15. kerinting ❌ keriting ✔ 
  16. bergu ❌ beregu ✔ 
  17. kontingen ❌ kontinjen ✔ 
  18. mengenengahkan ❌ mengetengahkan ✔ 
  19. mengenepikan ❌ mengetepikan ✔ 
  20. mengkedepankan ❌ mengedepankan ✔ 
  21. mengkebelakangkan ❌ mengebelakangkan ✔ 
  22. sihat walafiat ❌ sihat wal afiat ✔ 
  23. majerin❌ marjerin ✔ 
  24. rempah ratus❌ rempah-ratus ✔ 
  25. alat siaraya ❌ alat siar raya ✔ 
  26. margasatwa ❌ mergastua ✔ 
  27. workshop (bi) ❌ woksyop (bm) ✔ 
  28. bertungkus-lumus ❌ bertungkus lumus ✔ 
  29. limau kasturi ❌ limau kesturi ✔ 
  30. walaubagaimanapun ❌ walau bagaimanapun ✔ 
  31. mee ❌ mi ✔ 
  32. kuey teow ❌ kuetiau ✔ 
  33. respon ❌ respons ✔ 
  34. sunnah ❌ sunah ✔ 
  35. ramadhan ❌ ramadan ✔ 
  36. leukimia ❌ leukemia ✔ 
  37. emel ❌ e-mel ✔ di-e-melkan & meng-e-melkan 
  38. katrij ❌ kartrij ✔ 
  39. cop nama ❌ cap nama ✔ 
  40. Insha Allah ❌ Insya-Allah ✔ 
  41. alergik ❌ alergi ✔ 
  42. ansurans ❌ ansuran ✔ 
  43. urusetia❌ urus setia ✔ 
  44. keretapi ❌ kereta api ✔ 
  45. merbahaya ❌ berbahaya/marabahaya ✔ 
  46. naskah ❌ naskhah ✔ 
  47. atlit ❌ atlet ✔ 
  48. war-war ❌ uar-uar/wara-wara ✔ 
  49. urusetia ❌ urus setia ✔ 
  50. fax ❌ faks/faksimile ✔ 
  51. was-was ❌ waswas ✔ 
  52. stokin ❌ stoking ✔ 
  53. karenah❌ kerenah ✔ 
  54. kemaskini ❌ kemas kini ✔ 
  55. ulangkaji ❌ ulang kaji ✔ 
  56. pra sekolah ❌ prasekolah ✔ 
  57. temu janji ❌ janji temu ✔ 
  58. menghadkan ❌ mengehadkan ✔ 
  59. hajjah ❌ hajah ✔ 
  60. agen ❌ ejen ✔ 
  61. murtabak❌martabak✔

Jangan Tiru