PETUA
DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN
1) Resdung
- Ambil
isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian
jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok. Boleh juga amalkan
mencium bunga daun bawang merah sentiasa.
2) Kunyit mengurangkan rabun
mata
-
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan
di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah. Minum air yang sudah
ditapis itu satu gelas pada setiap hari.
3) Perut masuk angin
-
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong
kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.
4) Perut Memulas
- Ambil
pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.
5) Telinga bernanah
- Ambil
kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan
dengan satu sudu teh. Masukkan ke dalam telinga yang bernanah secara terus
menerus selama 1 minggu.
6) Jerawat
.
Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka
dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering. Amalkan sedemikian setiap hari.
7) Rambut beruban
- Ambil
biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar.
Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus
(jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus. Campur
debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata. Setelah
rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang
beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.
8) Melebatkan rambut
-Potong
pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti
tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang
itu dan dibiarkan beberapa minit. Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan
digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikian setiap hari.
9) Membuang tahi lalat hidup
- Ambil
getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas.
Buatlah sedemikian sehingga hilang.Begitu juga dengan caranya membuang ketuat
kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.
10) Menghilangkan kesan jerawat
- Basuh
muka dengan air kelapa muda. Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan
biar ia kering sendiri tanpa dilap. Kemudian cucilah dengan air sejuk.
11) Menghilangkan urat-urat
yang timbul di kaki
- Ambil
segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan. Makanlah
pada waktu pagi dan malam.Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke
atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10
minit. Selepas itu barulah tidur.
12) Daun petai cina - ubat seri
muka
- Cari
daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan.Sapukanlah pada
seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi. Kemudian tunggu beberapa saat barulah
dibersihkan dengan air yang bersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang
selama lebih kurang 1 bulan.
13) Kudis buta
- Cari
5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat.Ia kemudian dicampurkan
dengan santan dari segengam kelapa parut perah. Kemudian dibungkus dalam kain
jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.
14) Cacar air
- Ambil
5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya.
Airrebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada
pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa. Gosok juga daun jarak
yang sudah direbus itu pada badan pesakit. Lakukan selama 3 hari
berturut-turut.
15) Menghilangkan bekas kurap
di badan
- Bakar
kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit. Bila kulit kerang itu terbakar
jiruslah dengan air panas mendidih. Kulit kerang yang lumat ditumbuk
dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning. Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1
jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah. Sapukan ramuan itu
ke bekas kurap.
16) Menghilangkan bau ketiak
-
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan
beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. Lakukan secara
kerap setiap hari.
17) Ubat panau
- Daun
gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau
itu.
18) Gatal Kulit
- Ramai
di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya
orang perempuan. Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit
ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka
yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun
sireh.Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri. Daun sireh itu
direbus dalam periuk. Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas
air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara
air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap
kali selepas membuang air kecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa
gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.
19)Lemah jantung dan darah
tinggi
-
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di
semenanjung Malaysia. Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah. Sebaiknya
makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda
mengamalkannya penyakit anda boleh sembuh.
20) Kencing manis
- Ambil
sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati
kulit kerang yang baru. Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan
menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api
yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan.
Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah,
penyakit anda akan sembuh.Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat
tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah
mencubanya.
21) Demam kuning
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung
anak.Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak ke dalamnya dan campurkan
dengan sedikit garam. Minum air tersebut waktu pagi, petang.
33) Penyakit kuning
Ambil
daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua. Minum air
tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.
34) Demam Berdarah
a. Beri
minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan
turun segera
b. Beri
minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan basahkan
kepala dengan air tersebut
35) Cara-cara mengurangkan
demam
a. Beri
pesakit minum air yang banyak2. Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air.
Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal
36) Demam panas dan demam biasa
serta doa penawarnya
a. Beri
minum air zam-zam dan lap badannya
b.
Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang
mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:
”Dengan nama Allah, wahai Allah, sembuhkanlah hambamu, dan benarlah rasulmu
”Dan rendamlah dalam sungai itu seketika. Lakukan selama 3 hari berturut-turut
dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi. Insya-Allah, tempoh 7 hari
tetap akan sembuh.
37) Pening Kepala
-
Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak
bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil
daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian
dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan
pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.
- Satu
lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil
50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus
ditelan,selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas. Ubat cara ini boleh
dilakukan 2 kali dalam sehari.
38) Ubat Kencing Batu
-
Jagung isinya sedap dimakan.Tetapi tiadak banyak orang mengetahui bahawa teras
jagung juga mempunyai khasiatnya yang tersendiri.Carilah teras dari 6 tongkol
jagung, kemudian direbus dan dimasak dengan menggunakan 5 gelas air. Kemudian
pesakit itu bolehlah meminumnya 3 kali sehari. Setiap kali minum adalah
sebanyak 3/4 gelas.
39) Ubi Kayu Ubat Sakit Gastrik
-
Gastrik satu penyakit yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang. Dalam
perubatan tradisional orang-orang kita, bagi mengatasi sakit ini amat mudah,
bahan-bahannya amat mudah diperolehi. Cara mengubat menurut orang tua-tua kita
dahulu, ialah dengan mencari ubi kayu yang masih segar (masih muda). Dikupas
kulitnya dan dicuci dengan bersih. Kemudian ubi kayu itu dipotong sepanjang 5
cm. Makanlah ubi kayu itu sehari 3 potong (1 potong = 5 cm) iaitu pada sebelah
pagi, tengahari dan petang. Pada sebelah pagi sebelum makan ubi kayu tersebut
makanlah nasi terlebih dahulu walaupun sedikit.Lakukan ini setiap hari
kira-kira sampai 3 minggu atau sebulan.
40) Sakit Kepala
Sakit
kepala adalah berpunca dari saluran darah dan sel-sel saraf. Sel-sel saraf
terdapat diseluruh badan. Apabila sel saraf ini dibangkitkan maka rasa sakit
akan dialami. Kesakitan berlaku akibat kerosakan tisu.Bila banyak tisu rosak
maka rasa sakitnya akan lebih teruk. Bagi mengubati sakit kepala seeloknya
mengubati punca sakit terlebih dahulu. Sekiranya terlalu kerap mungkin
menandakan sakit barah otak.
i. Punca Dari Pakaian
Pakaian
yang tidak sesuai seperti terlalu ketat di bahagian pinggang boleh menyebabkan
pening kepala, begitu juga dengan bauan atau minyak wangi yang keterlaluan
ii. Punca Dari Cahaya
Anda
boleh mendapat sakit kepala sekiranya anda duduk bertentangan dengan sumber
cahaya yang terang
iii. Punca Dari Mata
Mata
yang kabur dan kelabu bila melihat sesuatu dengan merenung boleh menyebabkan
sakit kepala, begitu juga dengan cermin mata yang tidak sesuai kuasanya dan
cermin yang kotor boleh menyebabkan sakit kepala
iv. Punca Dari Penyakit
Penyakit-penyakit
seperti barah, migrain, Denggi, kencing manis, dan sebagainya boleh menyebabkan
sakit kepala.
v. Punca Dari Kepala
Otak
yang bercelaru dengan fikiran yang tak menentu juga boleh menyebabkan sakit
kepala
41) Ubat sakit kepala
i.
Ambil segenggam daun turi (ia seperti daun petai dan digunakan dalam membuat
nasi lemak), lada sebanyak 7 biji, bawang putih beberapa ulas, dan ditumbuk
kesemua bahan tersebut dan kemudian selepas ia halus dicampurkan pula dengan 1
sudu cuka dan diperapkan. Bubuhlah dikening mata anda selepas itu dan
Insya-Allah akan sembuh segera.
ii.
Ambil cuka nipah/cuka biasa/air asam jawa/air limau nipis sekadar 1 sudu teh
lalu diminum.
42) Cirit-Birit
-
Ramuannya;bawang merah, biji kopi, dan madu lebah asli. Bawang merah hendaklah
dibersihkan dan dikupas (jangan membasuhkannya).Biji kopi dikisar
halus.Campurkan bawang merah dan biji kopi yang dikisar dengan madu lalu
dimakan semasa mengidap penyakit tersebut
43) Kencing Tidak Lawas
-
Ramuannya;madu lebah, limau oren, madu dan air panas. Limau diperah dan diambil
airnya dan dicampurkan dengan madu dan air panas lalu diminum apabila
menghadapi masalah tersebut. Bawang merah hendaklah dipanaskan di atas api dan
digosokkan di atas buah pinggang dan pundi kencing.
44) Menyembuhkan Luka
-
Ramuannya; Kulit kayu manis dan madu lebah. Kulit kayu manis hendaklah ditumbuk
dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah. Bahagian luka hendaklah dibersihkan
dengan air suam. Setelah kering, sapukanlah ramuan di atas bahagian yang luka
itu.
45) Menyembuhkan sakit gigi
- Ramuannya;
Tempurung kelapa, garam, bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga
menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan
dengan madu lebah. Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada
setiap hari. Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi. Garam dapat
menahan pengaliran darah.
46) Untuk mendapat anak
-
Ramuannya;3 ulas bawang jantan,1 biji telor ayam kampung dan madu lebah
secukupnya. Kesemua hendaklah dimakan pada setiap pagi sebagai sarapan.Sebelum
itu, hendaklah meminum air suam yang telah disimpan semalaman sebagaimana yang
telah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w.Bacalah selawat sebelum meminum air
tersebut.
47) Jika terlekat tulang
-
Celupkanlah jari ke dalam madu lebah. Dengan berselawat sebnyak 3 kali,
masukkan jari ke dalam mulut dan hisapkanlah jari itu
perlahan-lahan.Insya-allah, tulang yang melekat itu akan keluar dengan mudah.
48) Untuk mengubati penyakit
batu karang
-
Ramuannya;madu lebah, dan jintan hitam.Tumbuk jintan hingga lumat kemudian
campurkan jintan hitam ke dalamnya dan gaul sampai sebati.Campurkanlah ramuan
ini ke dalam air hangat dan diminum.
49) Penawar racun dan sengatan
binatang berbisa
Ramuannya;madu
lebah dan minyak sapi atau kambing.Gaulkan sehingga sebati,kemudian diminum.
50) Penawar jika dipatuk ular
-
Ramuannya; bawang putih dan madu lebah. Bakar bawang putih, kemudian ditumbuk
sehingga lumat lalu digaulkan dengan madu dan ditampalkan pada tempat yang
terkena patukan.
51) Penawar gigitan anjing gila
-
Ramuannya;daging siput dan madu lebah.Daging siput hendaklah dihancurkan
kemudiannya dicampurkan dengan madu lebah. Ramuan ini hendaklah ditampalkan
pada bahagian badan yang telah digigit oleh anjing gila tersebut.
52) Untuk merawati masalah
batuk kering
-
Ramuannya;1/2 cawan madu lebah dan 10 ulas bawang merah. Bawang merah ditumbuk
hingga lumat kemudian diperah untuk diambil airnya. Air perahan ini dicampurkan
dengan madu lebah dam sukatan yang sama banyak dan hendaklah diminum oleh
pengidap penyakit tersebut.
53) Penawar sesak nafas
Ramuannya;madu
lebah dan lobak putih. Lobak putih hendaklah diparut.Lobak yang diparut diperah
airnya dan kemudian dicampurkan dengan madu lebah lalu diminum dengan teratur
setiap hari.
54) Penyakit gagap
- Madu
yang dicampurkan dengan garam kemudian diletakkan di bawah lidah serta
digosokkan ke atasnya, ia boleh mengubati penyakit kepada mereka yang mempunyai
masalah di dalam percakapan.
55) Batuk Biasa
-
Ramuannya;bawang putih dan madu. Bawang putih yang telah dibersihkan dari
kulitnya perlu dihancurkan terlebih dahulu sehingga halus.Campurkan bersama dengan madu dan makanlah ia 4 kali
sehari.Setiap kali makan beratnya sebanyak 100gm, sekali makan.Amalkan selama
3-7 hari.
56) Benjol dan luka yang teruk
-
Ramuannya;buah delima yang diambil bijinya dan madu.Tumbuk biji buah delima
hingga lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit madu.Sapukanlah pada bahagian
tubuh yang benjol atau luka.
57) Mempercepatkan rambut
tumbuh
- Ramuannya;darah
kambing dan madu. Ambil darah kambing dan madu, campurkan semua kembali dan
letak atas kepala.Ia bukan sahaja mempercepatkan ketumbuhan rambut malah dapat
melembut serta memanjangnya sekali.
58) Mata berselaput
-
Bahan-bahannya; Buih laut dan madu. Ambil buih laut yang terdapat dipinggir
laut (kekotoran yang disebabkan oleh garam yang terdapat di dalam laut), dan
campurkannya bersama dengan madu, kemudian letakkan campuran tersebut di atas
pelopak mata dan ulangi sehingga sembuh.
59) Penjagaan badan supaya
sentiasa langsing
Ramuan;halia,telor
ayam kampung dan madu. Halia hendaklah ditumbuk halus, kemudian bubuhkanlah air
ke dalamnya untuk mendapatkan airnya. Biarkanlah selama beberapa minit hingga
pati halia itu mendap. Air halia itu hendaklah diminum dengan dicampurkan
bersama-sama dengan madu lebah.
60) Pelembap muka
-
Ramuannya;kobis dan madu lebah Kobis dihancurkan dengan menggunakan mesin
pengisar. Kemudian airnya hendaklah diperah keluar dan dicampurkan dengan madu
lebah. Basuhkanlah kulit muka dengan ramuan ini, insya-allah kulit muka akan
menjadi lembab dan segar.
61) Membersihkan Muka
Ramuannya;sepotong
betik yang masak, madu lebah, susu segar dan susu tepung. Kesemua bahan-
hendaklah digaul sehingga rata. Kemudian basuhlah muka dengannya dan biarkan
bertempekan di muka untuk beberapa lama barulah dibasuh. Hasilnya kulit akan
bertambah cerah, lembut dan kurang berminyak.