BM SPM 2021 – Untuk pelajar cemerlang A+ 2021
Soalan 1- Baca petikan dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baik sahsiah diri dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid. Jika diberi pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang normal. Inovasi berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja memudahkan pengurusan dan meringankan beban pendidikan sepanjang proses pembelajaran di sekolah, malah dapat mewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat melahirkan murid yang sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.
Dipetik, diubah suai - Inovasi Kreatif Memacu Kejayaan
Pendidikan Khas Oleh Hayati Adlin Mohd Abd Majid DS, Bil 1/2019 [8 m]
Jawapan
1_____________________________________________________________________________
2__________________________________________________________________________
1_____________________________________________________________________________
2_____________________________________________________________________________________
Soalan 2- Baca petikan dengan teliti dan senaraikan tiga kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya terletak pada bahu mereka. Dalam kalangan generasi muda, lima prinsip Rukun Negara telah diterapkan sejak bangku sekolah demi membentuk jati diri mereka. Namun demikian terdapat segelintir rakyat yang telah memuat naik kata-kata yang menghina institusi tersebut melalui laman sosial. Oleh itu, hukuman yang lebih berat perlu dikenakan terhadap pihak yang terlibat kerana setiap rakyat Malaysia perlu akur bahawa kesetiaan kepada raja dan negara ialah tanggungjawab kita bersama.
Dipetik dan diubah suai daripada Kesetiaan Kepada Raja
dan Negara oleh Nurul Muhaminah Dewan Masyarakat, Bil 2/2017 [6 markah]
Jawapan
1______________________________________________________________________________
2______________________________________________________________________________
3_____________________________________________________________________________
Soalan 3- Baca petikan di bawah dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.
Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini dapat mendidik remaja menjadi lebih berdaya kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja menceburi bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi juga boleh menceburi bidang tersebut. Oleh hal yang demikian para remaja yang berminat dalam bidang ini tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus dan latihan keusahawanan. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak yang berminat dalam bidang ini.
Dipetik dan
diubah suai daripada Ayuh, Jadilah Usahawan! Oleh Syed Mahadzir bin Syed
Ibrahim Dewan Siswa, Bil 7/2019 [6 markah]
Jawapan
1___________________________________________________________________________________
_2_______________________________________________________________________________
__________________________________________________________________
3________________________________________________________________________________
BM SPM 2021 – Untuk pelajar cemerlang A+ 2021
Soalan 1 Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.
Perhimpunan
rasmi biasanya dijalankan di dewan
sekolah pada hari pertama persekolahan setiap minggu. Semua guru dan murid
diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi. Perhimpunan rasmi sekolah dapat
memupuk disiplin dalam kalangan murid. Perhimpunan ini dapat menanam semangat
patriotik melalui nyanyian lagu Negaraku. Para guru dan murid wajib
berdiri tegak ketika menyanyikan lagu kebangsaan. Selain itu, perhimpunan rasmi
diadakan untuk membudayakan kemahiran mencatat dan kemahiran mendengar ketika guru
menyampaikan amanat.
Dipetik dan diubah suai daripada Manfaat Perhimpunan
Sekolah terhadap Pelajar oleh Teo Eileen Dewan Siswa, Bil 12/2018 [6 markah]
Jawapan
1_________________________________________________________________________________
2__________________________________________________________________________________
3___________________________________________________________________________________
4___________________________________________________________________________________
5____________________________________________________________________________________
6___________________________________________________________________________________
Soalan 2 Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih seperti yang berikut:
Subjek:_____________________________ Predikat : ____________________________________
Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika yang indah dan sangat berpotensi di Asia. Industri pelancongan ini menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan ekonomi negara. Industri-industri lain pula berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan sebagai penjana ekonomi baru negara hanya dapat direalisasikan jika usaha membangunkan industri pelancongan diberi penekanan yang sewajarnya.
Dipetik dan
diubah suai daripada Industri Pelancongan Di Malaysia
tourismahmadzamane.wordpress.com [6 markah]
Jawapan
1____________________________________________________________________________
2____________________________________________________________________________
3____________________________________________________________________________
Soalan 3 - Dalam petikan 1, terdapat enam kesalahan bahasa manakala petikan 2 terdapat lima kesalahan bahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap petikan anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang dinyatakan dalam
arahan soalan. Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Petikan 1 Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah mencipta bagi menggantikan kenderaan kovensional sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu memainkan tugas yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu menggerak ekonomi negara.Di antara contoh kenderaan awam ialah monorel,komuter,bas,teksi dan kapalterbang.(6m]
1__________________________2_________________________3____________________
4__________________________5_________________________6 ___________________
Petikan 2
Munirah : Selamat pagi Doktor Aidil. Terima kasih kerana sudi menghabiskan masa untuk diwawancara pagi ini. Doktor Aidil : Selamat pagi.
Munirah : Saya Munirah daripada Kelab Majalah Intan SMK Cempaka, ingin mewawancarakan doktor berkaitan cara-cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat. Doktor, apakah yang dimaksudkan dengan amalan gaya hidup sihat? Doktor Aidil : Gaya hidup sihat merupakan satu amalan yang kita perlu lakukan bagi mewujudkan kehidupan yang selesa dan terhindar daripada pelbagai penyakit. Dalam hal ini, seseorang hendaklah mengamalkan pemakanan yang seimbang, melakukan senaman setiap hari dan menjaga persekitaran untuk sentiasa bersih.
Munirah : Terima kasih doktor di atas penerangan tentang gaya hidup sihat itu.
Doktor Aidil : Sama-sama. [5 markah]
1_____________________________2______________________________3____________________
4_____________________________5 _____________________________
BM SPM 2021 – Untuk pelajar cemerlang A+ 2021
Soalan 1 Petikan mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan,betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga belas kesalahan . Anda tidak perlu menyalin petikan tersebut.
Campur tangan di Perak bermula akibat masalah perlumbaan takhta kerajaan Perak antara Sultan Abdullah dan Sultan Ismail. Sultan Abdullah telah bertindak dengan cuba meminta tolong dan sokongan daripada pihak British. Perjanjian Pangkor berjaya ditandatangani pada 20 Januari 1874 dan Sultan Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak. Kesannya Sistem Residen diperkenal oleh pihak British yang kononnya bertindak sebagai penasihat kepada Sultan Perak di dalam urusan pentadbiran negeri.
Residen pertama yang pihak British lantik untuk menjawat jawatan residen ialah JWW Birch. Sir Andrew Clark menyatakan bahawa Birch merupakan calun yang paling layak kerana beliau pernah bertugas sebagai pegawai British di Ceylon sebelum ini. Malangnya, kemasukan Birch di Perak sebagai residen tidak di senangi dalam kalangan orang Melayu. Hal ini berpunca daripada pertukaran yang dilakukan oleh beliau di Perak seperti isu dihambakan dan peraturan tanah. Dipetik dan diubah suai daripada Perancangan Pembunuhan JWW Birch oleh Wan Mohd Rahimi Rahim Dewan Siswa, Januari 2016 [13 markah]
1______________________ 6______________________10________________________________
2_____________________ 7 _____________________ 11_______________________________
3______________________8______________________12________________________________
4______________________9 ______________________13____________________________
5_____________________________
Soalan 2 : Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.
Maka baginda pun hairan serta bertitah pada Temenggung, “Hai Temenggung, tiadakah menyuruhkan orangnya berkawal tadi?”
Maka sembah Temenggung, “Daulat tuanku Syah Alam, patik menyuruh orang berkawal semalam tadi, seorang pun tak bertemu. Patik hamba itu pun hairanlah akan penjurit itu.”
Maka titah baginda, “Apatah sebabnya maka dapat
dicurinya oleh penjurit itu?” Dipetik
daripada Kepimpinan Melalui Teladan
dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, KPM [6 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Soalan 3: PERIBAHASA - Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan dua peribahasa sahaja, kemudian berikan peribahasa lain yang sama maksud atau hampir sama maksud dengan peribahasa tersebut.
Datuk Ismail : Kamal, kawasan perumahan kita akan mengadakan gotong-royong pada hari Sabtu ini. Kamu datang, ya. Ajak anak-anak sama.
Kamal : Maaflah Datuk. Saya ada hal lain.
Datuk Ismail : Sebagai penduduk, kita mesti saling bekerjasama untuk menjaga kawasan perumahan kita kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Barulah tugas yang dilakukan itu dapat diselesaikan dengan cepat dan berkesan.
Kamal : Betul, Datuk. Saya setuju bahawa kita saling memerlukan seperti aur dengan tebing dalam hidup bermasyarakat. Tapi kami sekeluarga akan pergi menziarahi kakak saya yang sakit di hospital pada hari Sabtu ini. Suaminya pun baru sahaja meninggal dunia
Datuk Ismail:Oh,
saya bersimpati atas penderitaan yang ditanggung oleh kakak awak, sudah jatuh
ditimpa tangga .[4m]
Jawapan1.___________________________________________2.___________________________________________
Soalan 4 Baca petikan dengan teliti, nyatakan tiga peribahasa yang sesuai dengan situasi dalam petikan tersebut.
“Dahlah emak dan ayah saya sakit, sampai hati Mak Liah pula buat saya begini. Saya sudah berusaha sedaya upaya untuk membantu anaknya dalam pelajaran, tetapi dia bukan sahaja tidak menghargai pertolongan saya, malah menuduh saya tidak pandai mengajar anaknya,” luah Hasnun dengan nada sedih.
“Bersabarlah Hasnun,” pujuk Syafik kepada rakan karibnya yang bukan sahaja emaknya dirawat di hospital, malah ayahnya juga ditahan di hospital kerana mengalami keracunan makanan. “Jangan fikirkan sangat cakap Mak Liah itu. Perkara penting yang harus kamu utamakan sekarang ialah teruskan usaha supaya cita-cita kamu tercapai,” nasihat Syafik. [6 m]
Jawapan1________________________________2____________________________________3__________________________