Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Rabu, 8 November 2017

PUISI PERSARAAN- hanya untukmu

PUISI PERSARAAN 
Hanya Untuk mu

Ayuhai Tuan
Sudah ke penghujungan rupanya kita
Bagai tak perasan hari nan pergi
Bagai tak terasa masa nan berlalu
Alih-alih kita terasa sebak di hujung pilu
Oleh saat perpisahan menjelma di depanku
Baru sangat rasanya bersamamu
Tempoh sesingkat itu
Amat dirasakan kemesraanmu

Ayuhai Tuan
Engkau ibarat segunung intan
Intan terpilih di muara jernih
Kami sepakat di bawah redup rimbun kasihmu
Ke laut menuju alur
Ke darat menuju banir
Tak lekang dek panas
Tak lapuk dek hujan
Ibarat pohon dicabut layu dianjak berguguran dedaunan

Maka pada pagi ini
Dengan baris-baris puisi
Dengan citra ilusi
Kok embun nan setititik nak dijadikan laut
Kok tanah nan sekepal nak dijadikan gunung
Ampun jugalah lidah nan tak bertulang
Bahasa nan tak berbaris

Ayuhai Tuan,
Susunkanlah di lipatan hati
Usah gentar kiranya datang ombak menderu
Taufan melanda, gunakanlah segala ilmu
Praktikkan ilmu di dalam diri
Agar tidak jadi seperti kenari

Ayuhai Tuan,
Terimalah dari kami sekudus kasih, setulus sayang
Budi yang diberi tak terbalas dek kami
Segala limpah rahmat Allah yang memberkati

Begitulah rasa yang ada di lopak nubari
Banyak kenangan, banyak ingatan, banyak pengalaman

Kendatipun begitu,
Laut mana tidak bergelombang
Bumi mana tidak ditimpa hujan
Inikan pula kami manusia biasa
Kelemahan diri tidak terperi
Kekuatan diri tidak tercari


Jadi,
Sudi apalah kiranya
Kata nan terlanjur
Tingkah nan sumbang
Bicara nan menyinggung
Dan hati nan tak kena
Diampun dan dimaaf jua


Namun begitu
Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang di tapak tangan
Walaupun jauh hanya di situ
Di mata hilang,  di hati jangan

Maklumlah
Anak enggang berkayu tinggi
Patah ranting terbanglah ia
Pegawai kerajaan tak lama di sini
Sampai musim bersaralah lah ia

Sebab bagi kami,
Tuan sukar dicari ganti
Walau seribu tahun lagi……….!!

Sekian, terima kasih

Bagi yang berminat,pantun persaraan pula ada dalam blog saya yang satu lagi iaitu-bahasa eksklusif untuk semua.


 BAHASA ISTANA
Bersemayam = Tinggal
Makan = Santap
Tidur = Beradu
Sakit = Gering
Mengunjungi = Mencemar duli
Setuju = Berkenan
Terima kasih = Junjung kasih
Bangun = Bangkit
Beri = Kurnia / anugerah
Berkata = Bertitah
Uzur / sakit = Gering
Gembira = Sukacita
Sedih = Dukacita
Marah = Murka
Hari keputeraan = Hari jadi
Peterana = Tempat khas untuk orang berpangkat
Beranak / Bersalin = Berputera
Mandi = Bersiram
Hulu = Kepala
Payung = Iram-iram
Kasut = Kaus
Kubur = Makam
Meninggal dunia = Mangkat
Kerusi = Singgahsana

Pisang
Pisang paling mahal = Pisang emas
Pisang kelat = Pisang meda
Pisang termenung = Pisang berangan
Pisang bentuk bulat = Pisang kaki    
Pisang paling kecil = Pisang monyet
Pisang kulit merah = Pisang udang merah
Pisang masak hijau = Pisang boyan
Pisang kerepek = Pisang helang
Pisang salai = Pisang susu
Pisang waktu pagi = Pisang embun

Pisang pembasuh mulut = Pisang rastali
Pisang dibuat sayur = Pisang kapas
Pisang saiz comel = Pisang montel
Pisang dibuat apam = Pisang padang
Pisang banyak lemak = Pisang lemak manis
Pisang kerap digoreng = Pisang nipah
Pisang spesis cempedak = Pisang nangka
Pisang dibuat rojak = Pisang batu
Pisang dibuat gulai = Pisang abu
Pisang berasa masam = Pisang asam
Pisang dibuat lempeng = Pisang raja
Pisang rendang = Pisang serendah
Pisang bentuk gading = Pisang tanduk
Pisang jantung ke atas = Pisang derhaka
Pisang bukan milik saya = Pisang awak

Profesor dengan Pendayung
Sampan Suatu masa, seorang profesor hendak menyeberang sebatang sungai dengan sebuah sampan. Ketika sampan berada di gigi air, dia bertanya kepada pendayung sampan: “Kamu pandai menulis dan membaca?”
“Er… er… Tidak. Saya buta huruf,” jawab pendayung sampan.“Kamu telah hilang separuh daripada kehidupan kamu. Orang yang buta huruf hilang separuh keupayaan untuk hidup dengan berjaya.” Sampan semakin ke tengah sungai. Profesor bertanya lagi: “Kamu ada menyimpan wang dalam bank?”
“Er… er… Tidak. Pendapatan saya hanya cukup-cukup makan,” jawab pendayung sampan Iagi. “Kamu hilang separuh Iagi daripada kehidupan kamu. Orang yang tidak menyimpan Wang tidak boleh hidup selesa pada hari tua nanti.”
Sampan sampai ke tengah sungai. Arus semakin mengganas. Tiba-tiba sampan itu bocor. Air masuk dengan banyaknya dan sampan hampir tenggelam. Si pendayung segera bertanya kepada profesor: “Tuan pandai berenang?”
“Eh…eh…saya tidak pandai berenang ” jawab profesor dalam nada panik. “KaIau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan!” 

Pengajarannya, jangan memandang rendah ke atas sifat lahiriah orang lain. Mungkin dia memiliki keistimewaan dan potensi diri anugerah Allah s.w.t. yang tidak kita miliki.



Sekadar bacaan santai,- TAHUKAH ANDA?

Bacaan santai : Tahukah Anda??

.
1. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai
paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam
filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun
1960. Dalam bahasa Melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama
Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 
.
2. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau,
menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada
penggunaan susu cap bendera. 
 .
4. Tahukah Anda Persatuan Cintai Hidupan Liar diasaskan oleh Richard Martin
dari Ireland pada tahun 1824. Lagu Bola Sepak Dunia 1998 yang ditujukan
khas buat pemain, peminat serta persatuan2 bolasepak amnya pula
dinyanyikan oleh Ricky Martin. 
.
5. Tahukah Anda hanya enam bahasa digunakan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu (PBB) iaitu bahasa Inggeris, perancis, Arab, Cina, Rusia dan
Sepanyol. ianya akan bertambah menjadi tujuh bahasa jika ada perwakilan
yang menggunakan bahasa pasar atau bahasa kesat. (bahasa yang ke tujuh
hanya biasa digunakan room dot dot dot) 
.
6. Tahukah Anda kedua-dua belah kaki kita tidak sama besar kerana sebelah adalah
kaki kanan dan sebelah lagi adalah kaki kiri. Namanya saja sudah tidak
sama jadi tentunya besarnya juga tidak sama. 
.
7. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani.
Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi
lain ke arahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta
bukanlah magnet. 
.
8. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak
menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya
benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia
tidak akan diekori lagi. 

.9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar
kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau
silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung
mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 
.
10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama
walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun
orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa
lapar. 
.
11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih
aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di
rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 
.
12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit,
pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 
.
13. Tahukah Anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, ahlak kereta
kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak
pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya. 
.
14. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan
sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa
kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk  menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita. 

Jangan Tiru