Langkah-langkah yang perlu
diambil untuk menggalakkan generasi muda menceburi bidang pertanian.
SOALAN PERCUBAAN BM KERTAS 1 (B) NEGERI KEDAH
Bertani atau bercucuk tanam memang
begitu sinonim dengan masyarakat kita, sebab itulah terdapat banyak bidalan
tradisi berkaitan dengan bertani
contohnya, berbudi kepada tanah rezeki melimpah ruah,
atau berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak.
Dunia tani menawarkan banyak faedah dan kebaikan justeru pelbagai langkah
diambil untuk menggalakkan generasi muda menceburi bidang pertanian.
Antara
langkah awalnya ialah kita beri kesedaran kepada generasi muda bahawa dunia
tani menjanjikan pulangan yang lumayan kerana para hukama ada
menyebut pertanian itu suatu perniagaan. Kalau generasi muda beralih arah ke
sektor pertanian, negara dapat mengurangkan pembelian hasil pertanian dari
Negara luar. Harga produk pertanian jauh lebih tinggi berbanding masa silam. Sekilo
lada besar suatu ketika mencecah RM25 manakala setongkol jagung hari ini kosnya
RM2, jadi apa lagi hendak ditunggu, remaja perlu bersegera bertindak kerana setiap keringat
yang mengalir menjanjikan pulang ringgit yang amat menguntungkan. kesedaran
perlu diberikan kepada generasi muda untuk bergiat dalam sektor pertanian
kerana perolehannya memang menjamin masa depan Jelaslah pertanian bukan lagi lambang
kemiskinan tetapi dapat melahir generasi muda yang berpendapatan tinggi dengan
pulangan hasil yang lumayan
Seterusnya penglibatan
generasi muda dalam bidang pertanian menjanjikan masa depan yang cerah kerana, dengan
iklim tropika di Malaysia, sinaran sang suria menyimbahi sejagat maya, rembasan
hujan sepanjang tahun, tanah pamahnya yang subur maka pertanian berpotensi
menjamin masa depan sesiapa sahaja termasuk generasi muda yang berminat
menceburi bidang ini. Secara semulajadi, persekitaran tanah pamah di Malaysia
memang amat menggalakkan belia menceburi bidang pertanian. Golongan muda perlu
turun padang bersama-sama generasi lama menggunakan tenaga tulang empat kerat
mengerjakan sawah ladang, dan hasilnya sayur sayuran, tanam-tanaman bakal
tumbuh merimbun sehingga suasana hijau menghiasi seluruh alam kerana berbudi kepada tanah, rezeki melimpah ruah. Ternyata
suasana, tanah pamah yang subur, hujan dan panas seiring dan senada secara langsung
menggalakkan dan mendorong anak-anak muda melibatkan diri dalam bidang
pertanian
Selanjutnya untuk
generasi muda menceburi secara lebih serius dalam bidang pertanian , golongan
ini perlu diberi latihan dan
pengalaman pendidikan dalam bidang peternakan, perikanan dan
perladangan. UiTM dan UPM merupakan pusat pengajian tinggi yang menawarkan
kursus pertanian tahap tinggi , begitu juga institusi pertanian yang lain yang
dikendalikan oleh Jabatan Pertanian seluruh negara. Pelajar-pelajar ditawarkan
biasiswa untuk melanjutkan pengajian dalam sains pertanian, sains akuakultur di
Universiti Malaysia Terengganu. Siswa siswa fakulti pertanian menjadi tenaga penggerak sektor pertanian Negara
apabila tamat pengajian mereka nanti. Sememangnya latihan,
pengetahuan, penyelidikan dan kajian yang pelbagai dalam ehwal pertanian
di universiti merupakan langkah paling berkesan menggalakkan generasi muda
menyertai sektor pertanian
Di samping itu generasi muda digalakkan melibatkan diri dalam bidang pertanian moden
dan berdaya maju . Generasi muda disuntik
semangat transformasi untuk menggunakan bioteknologi dalam sektor
pertanian. Yang uniknya generasi muda didedahkan
dengan pelbagai kaedah bertani seperti hidroponik, aeroponik, aquaponik
tanaman hibrid masih belum diketahui banyak orang . Remaja
dan belia adalah golongan generasi muda yang bertuah dan beruntung kerana di
bawah gagasan
TN50 pelbagai perubahan dilakukan dalam sektor pertanian negara yang
secara berterusan, menggalakkan kita bergiat aktif dalam bidang ini. Hal ini
ditambah pula dengan penggunaan jentera moden, dan penggunaan baka baik, benih
tanaman yang berkualiti tinggi dan mendatangkan hasil yang berlipat ganda. Realitinya mempromosi teknologi tinggi dan
pertanian moden merupakan langkah proaktif menggalakkan golongan muda melibatkan
diri dalam sektor pertanian iaitu bidang perikanan, penternakan dan perladangan
Seperkara lagi,
menggalakkan golongan muda menyertai bidang pertanian adalah dengan mewujudkan bantuan modal dan pemberian insentif daripada pihak kerajaan, khususnya kepada tenaga muda yang berminat mahu
mempelopori dunia pertanian . Modal permulaan diberikan oleh kerajaan untuk
bertani, pejabat pertanian pula membekalkan baja dan biji-biji benih. Untuk
menjalankan pertanian secara besar-besaran dan komersial, skim pinjaman yang
berkadar faedah rendah disediakan oleh
bank, terutamanya oleh Bank Agro. Dengan modal yang mencukupi, anak-anak muda ini dapat membeli mesin yang
canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan aktiviti pertanian mereka.
Pinjaman skim bayaran mudah, membolehkan
golongan muda mengusahakan pertanian atau peternakan secara komersial . Fitrahnya bantuan modal dan
bekalan baja serta biji benih, menjadi faktor penggalak kepada golongan muda
menceburi bidang pertanian.
Kesimpulannya untuk menggalakkan
golongan muda menyertai bidang pertanian pelbagai perubahan, reformasi dan
transformasi dilakukan terhadap sektor
ini. Kata
bidalan ada padi semua kerja jadi, ada beras
semua kerja deras jadi anak-anak muda digalakkan menggunakan
ilmu sains dan teknologi yang canggih
demi meningkatkan produktiviti pertanian. Dengan hasil tanaman yang berkualiti pasti dapat memenuhi permintaan tempatan dan luar
negara.
Karya: Nisa Nurlaily - (Nisa jua pernah mewakili negeri Kelantan - Pertandingan Pidato Piala Diraja peringkat kebangsaan)