Faedah perhimpunan rasmi sekolah. Bincangkan (Karangan B)
Perhimpunan rasmi sekolah saya diadakan pada setiap pagi Ahad dan pihak sekolah mengklasifikasikan perhimpunan ini sebagai rutin mingguan. Dalam suasana hening pagi, magis berlaku, suasana jadi sunyi, sepi ketika lebih seribu pelajar berkumpul ! Momen-momen indah inilah paling dinanti-nantikan kerana ketika inilah seluruh warga berkumpul persis sebuah keluarga besar yang harmonis, dan semua saling memandang wajah antara satu sama lain, tanpa suara, dalam suasana nyaman, sejuk, sesejuk embun pagi. Sesekali....sesekali, seronok jua tengok fesyen pakaian cikgu yang duduk di pentas. Semuanya nampak anggun dan segak sewaktu perhimpunan rasmi sekolah. Wajah anak-anak yang usia baru setahun jagung, darah baru setampuk pinang, sentiasa berbunga senyuman ketika berada di dewan sekolah. Perhimpunan rasmi sekolah dimanfaatkan sepenuhnya oleh guru dan pelajar.
Antara faedah mengadakan perhimpunan rasmi sekolah ialah pihak sekolah seyogia menjadikan waktu perhimpunan sebagai wadah untuk menyemai, menanam dan memupuk rasa sayang akan sekolah, naluri cinta akan negara disemarakkan dalam kalangan pelajar dan guru. Perhimpunan rasmi dilaksanakan dalam suasana yang cukup berdisiplin dalam erti kata setiap warga perhimpunan itu menghormati dan mematuhi nilai, norma dan peraturan perhimpunan. Perhimpunan mingguan ini pula diurus dan dikendalikan dengan cara yang cukup bersistem, bermula dengan bacaan doa oleh alfadil Ustaz, manakala guru dan pelajar mengaminkan doa. Selesai bacaan doa, pelajar menyanyikan lagu Sekolah, lagu Negeri, dan lagu Kebangsaan, seiring dengan upacara menaikkan bendera diikuti pula dengan bacaan ikrar Rukunegara, dipimpin oleh Ketua Pengawas Sekolah. Jelaslah secara simbolik, tersurat dan tersirat melalui perhimpunan rasmi sekolah kita dapat menzahirkan rasa kasih akan sekolah, seiring rasa cinta akan negara dalam kalangan guru dan pelajar
Di samping itu saya melihat perhimpunan rasmi sekolah sebagai medium untuk para guru, pentadbir dan Pengetua membentuk tingkah laku dan personaliti pelajar ke arah mematuhi peraturan dan disiplin sekolah. Sewaktu perhimpunan rasmi inilah masa dan tempat yang paling praktikal untuk mendidik, membimbing dan memimpin pelajar supaya lebih berdisiplin. Mematuhi peraturan bukanlah sesuatu yang menyusahkan pelajar sebaliknya mendidik mereka supaya peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika perhimpunan rasmi pelajar dididik supaya menghormati majlis yang diadakan, dengan penuh tertib berada di tempat masing-masing mengikut barisan, mengikut kelas masing-masing dan mengikut jantina, di samping menjaga tingkah laku, sentiasa senyap, dan fokus memberi tumpuan terhadap ucapan Pengetua atau guru. Sesekali terdengar bunyi batuk-batuk atau bersin adalah perkara biasa. Ternyata pada kesempatan berada di perhimpunan rasmi inilah masa, paling sesuai untuk pihak sekolah mendisiplinkan murid
Selanjutnya perhimpunan rasmi sekolah mendedahkan pelajar kepada isu-isu dan hal ehwal semasa. Tanpa maklumat, pelajar jadi persis katak di bawah tempurung. Penyampaian berita tentang kegiatan sekolah dibuat dengan mengambil kira kesemua pelajar boleh mendengar maklumat yang disampaikan. Sekiranya jumlah pelajar ramai maka pembesar suara digunakan. Berita dan maklumat tersebut biasanya disampaikan oleh guru bertugas atau diumumkan sendiri oleh Pengetua. Sekiranya ada hadiah yang perlu disampaikan maka perhimpunan sekolah adalah tempat terbaik untuk menyampaikannya. Murid-murid akan dapat memahami aktiviti-aktiviti sekolah dan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh sekolah dan sama-sama berkongsi kejayaan itu. Penghargaan ini adalah merupakan antara cara bagi pihak sekolah menyemai dan menanamkan semangat kasih, sayang dan bangga akan sekolah.Penghargaan yang diberikan sewaktu perhimpunan sekolah akan menjadi pendorong kepada murid-murid untuk lebih berusaha dengan penuh dedikasi bagi mencapai kejayaan.Yang penting murid-murid akan berasa seronok dengan pelbagai informasi, maklumat dan ehwal semasa yang diterima dan terasa dihargai pula apabila setiap kejayaan mereka mendapat pengiktirafan dan ganjaran sewaktu perhimpunan rasmi sekolah.
Selain itu, perhimpunan rasmi sekolah dapat melahirkan pelajar yang menghargai masa,dan pasti hadir ke sesi perhimpunan menepati masa. Semua atur cara disusun dan selenggara oleh pengawas sekolah menepati jadual, akur pada masa yang ditetapkan agar tidak memakan masa pembelajaran. Dalam hal ini, bukan sahaja sekolah malah negara juga turut berbangga kerana dapat membentuk modal insan kelas pertama yang berkualiti, yang meletakkan suatu prinsip paling berharga bahawa masa itu emas.. Sekolah dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab dalam menguruskan masa, menghargai masa sewaktu mengendalikan perhimpunan dan berterusan dalam pelbagai situasi kehidupan selepas tamat persekolahan. Perhimpunan rasmi sekolah dapat mendidik mereka supaya bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai pelajar dan pemimpin pelajar. Sebagai contoh, semua pelajar diminta hadir ke perhimpunan sekolah 5 minit lebih awal sebelum waktu perhimpunan bermula. Situasi ini menunjukkan betapa pentingnya pengurusan masa. Sememangnya perhimpunan rasmi sekolah mendidik pelajar menghargai masa kerana masa yang berlalu itu tiada bertara nilainya.
Mengimbau dari sudut yang berbeza, sewaktu perhimpunan pagi inilah, pelajar-pelajar yang melanggar disiplin, yang bising di dalam kelas, yang ponteng kelas, yang lewat masuk kelas atau yang lewat hadir ke perhimpunan akan didenda, ohoooh... dirotan di hadapan perhimpunan. Walaupun masa dan peristiwa itu telah lama berlalu, peristiwa dirotan kerana gagal menyiapkan kerja rumah, gagal menyiapkan tugasan karangan, saya dirotan oleh guru disiplin di hadapan khalayak, menjadi nostalgia yang amat menghiris perasaan. Kata-kata pedas guru disiplin masih terngiang-ngiang di telinga " lepas ni saya nak tengok kerja awak kemas dan sempurna. SAYA NAK TENGOK AWAK DAPAT CEMERLANG BM SPM!" Suaranya persis halilintar membelah angkasa. Saya akur. Perhimpunan pagi menyedarkan saya betapa pihak sekolah amat mengambil berat tentang masa depan pelajar. Peristiwa dirotan di telapak tangan di hadapan perhimpunan, walaupun telah lebih dua purnama berlalu, tapi di hati ini, SAKITnya, pedihnya, masih terasa hingga ke hari ini. Saya berjanji akan berjuang habis-habisan dalam SPM nanti, untuk BM dan semua subjek yang lainnya. A+ BM SPM sememangnya menjadi sasaran dan matlamat saya dan rakan -rakan sekelas. Sesungguhnya perhimpunan rasmi sekolah mampu membentuk perilaku pelajar ke arah yang positif, lebih mengutamakan akademik, serta insaf akan kesilapan, waima bersedia berjuang di medan ilmu.
Kesimpulannya, pelaksanaan perhimpunan rasmi sekolah banyak memberi kebaikan kepada pelajar dan memberi nafas baharu dalam penjanaan ilmu. Hal ini bukan sahaja memudahkan guru untuk mengurus dan mengendalikan program sekolah, malahan dapat mendidik pelajar supaya memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya bak kata pepatah berperahu biarlah berpendayung agar sampai ke tanah seberang. Syukur alhamdulillah segala aktiviti dalam perhimpunan rasmi sekolah saya memang dimanfaatkan sepenuhnya oleh seluruh warga sekolah.
oleh Alya Jazilah
Maahad Muhammadi (p) Kota Bharu
tq
BalasPadamTw
BalasPadamtq
BalasPadamterima kasih
BalasPadamkarangan hebat
BalasPadamNice,tq
BalasPadamPrakarsa yg vital seyogia dilakukan bg
BalasPadamTQ
BalasPadamALHAMDULILLAH, BERMANFAAT, TERIMA KASIH.
BalasPadamtq
BalasPadamtq
BalasPadamKarangan yg baik tq
BalasPadamtq
BalasPadamtq
BalasPadamterima cikgu
BalasPadamtq
BalasPadamthakns
BalasPadamtq
BalasPadamtq
BalasPadamSaya share karangan ini.TQ
BalasPadamsaya share
BalasPadamTQ
BalasPadamtw
BalasPadamTQ SISS
BalasPadamtq
BalasPadamTQ CGU
BalasPadamtq
BalasPadamgood
BalasPadamtq
BalasPadam