Soalan BM 2 percubaan
negeri Kelantan
Cara-cara
menjimatkan air dalam kehidupan harian.

Kepentingan air dalam kehidupan makhluk sejagat sememangnya agak janggal jika dipandang remeh. Pagi-pagi lagi setelah bangun tidur, kita sudah mencari air. Airlah yang pertama-tama kita cari! Tanpa air, seluruh aktiviti harian kita seakan ternokhtah dan bagaimana agaknya ya... kehidupan ini tanpa air......?! Kini air terus menjadi keperluan asas yang amat penting dalam kehidupan namun perbincangan ini lebih telus dan berfokus tentang cara-cara penjimatan air dalam kehidupan harian. Kita perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam usaha menjimatkan air, seyogia kita secara pragmatik dapat melancarkan aktiviti harian yang berkaitan dengan penggunaan air tanpa sebarang kemelut atau masalah!
Antara
kaedah penjimatan air yang perlu kita fokuskan ialah penjimatan penggunaan air ketika mandi. Sewaktu
kita mandi, mandilah dengan air pancuran. Kajian menunjukkan penggunaan air
pancuran jauh lebih menjimatkan berbanding menggunakan gayung atau mencurahkan
air dari bekas takungan air ke badan. Curahan air tanpa hentilah dikatakan
suatu elemen pembaziran. Kita pasti akan berasa lebih selesa menggunakan air
pancuran yang dipasang menggunakan sistem beraliran sederhana. Kesejukan dan
kenyamanannya amat luar biasa. Kaedah ini dikatakan dapat menjimatkan sejumlah
besar air berbanding mandi dengan air siraman air, menggunakan gayung. Mandi pula, janganlah terlalu
lama, sambil mandi sambil menyanyi pula.... Haih... bertambah-tambahlah pembaziran air
berlaku! Percepatkanlah masa mandi kita. Kalau biasanya mandi
selama dua puluh minit,
isyh, isyh...lamanya mandi!! sekarang mandilah dalam
masa lima atau sepuluh minit menggunakan air pancuran tekanan sederhana. Yang jelas mandi
dengan air pancuran tekanan sederhana, merupakan suatu kaedah rutin yang pasti
dapat menjimatkan penggunaan air
Perlu
diingat, sebelum mandi, biasanya kita perlu
menggosok gigi, jadi, ketika ini nasihat saya ialah jangan biarkan air paip
terus mengalir tanpa henti semasa kita menggosok gigi, menyapu
sabun pada badan atau mencukur janggut!. Pembaziran ternyata berlaku apabila
kita mengamalkan tabiat sebegini. Saya berani menyatakan bahawa 99.9 peratus
rakyat Malaysia membazirkan air ketika menggosok gigi. Sebaik-baiknya, tutuplah
paip air apabila menggosok gigi atau... ketika bercukur. Kaedah ini jika
diamalkan secara berterusan dapat menjimatkan banyak liter air sehari.
Rendamkanlah pisau cukur ke dalam bekas air dan bukannya membilas pisau
cukur anda dengan air paip , kerana cara sebegini amat membazirkan air !!. Ingat, air itu perlu dibayar
untuk setiap penggunaannya, bukannya percuma!!Sememangnya tidak
membiarkan air terus mengalir ketika menggosok gigi atau ketika bercukur
merupakan satu langkah praktikal penjimatan air.
Hakikat yang nyata, apabila
melakukan kerja cuci - mencuci, membasuh perkakasan di dapur, contohnya
membasuh pinggan, periuk belanga dan kuali, nasihat saya ialah, apa salahnya
kita membasuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan menggunakan
air yang mengalir dari pili air. Pembaziran dapat dielakkan jika kita
tidak membiarkan air berterusan mengalir. Air bilasan boleh dikumpulkan
untuk kegunaan lain yang lebih spesifik seperti untuk menyiram pokok bunga di
halaman, untuk mencuci parit dan longkang di persekitaran rumah. Sesungguhnya amalan
menggunakan air takungan air di dalam sinki atau di dalam baldi, untuk kerja-kerja
membasuh di dapur jauh lebih praktikal lagi menjimatkan berbanding kita
menggunakan air aliran air secara terus dari paip air yang ternyata
suatu pembaziran.
Langkah paling unik lagi berkesan ialah apabila kita mencuci kereta, amalkanlah
menggunakan air dari dalam bekas takungan air atau gunakanlah baldi.
Elakkan menggunakan air daripada hos air yang ternyata amat membazir.
Memanglah menyeronokkan apabila melihat air mencurah-curah keluar, tetapi mulut
akan terlopong, ternganga melihat bil air berganda meningkatnya. Apa salahnya kita
guna sedikit masa, tadah air ke dalam bekas yang besar, dan gunakan air itu
untuk mencuci kereta. Banyak liter air dapat kita jimatkan. Air tadahan
air dalam baldi yang kotor, tersisa dan berbuih sabun kita gunakanlah pula
untuk mencuci simen atau lantai mosaik di halaman rumah. Realitinya penggunaan
air,menggunakan air dari dalam takungan atau baldi untuk kerja
mencuci kereta merupakan suatu kaedah penjimatan yang amat berkesan.
Sesuatu yang dijangka pada
awal-awal lagi, ialah apabila paip air bocor, maka berlakulah
curahan air tanpa henti menjurus kepada pembaziran. Usaha membaiki paip
bocor perlu disegerakan untuk mengelakkan pembaziran air berterusan, manakala
bil air pada bulan itu akan melonjak berlipat kali ganda. Paip air yang
bocor, boleh diperbaiki sendiri sekiranya kita berkemahiran atau kalau tanpa
kemahiran maka mintalah bantuan segera daripada tukang paip yang berkemahiran.
Langkah paling dinamik ialah, kalau berlaku paip pecah dan air keluar
mencurah –curah segerakan membuat laporan kepada jabatan bekalan air setempat.
Dalam sesingkat masa bungkah paip air yang bocor akan diperbaiki, pembaziran
segera dihindari. Tepatlah disarankan agar kita membaiki paip atau
pili air yang bocor, hatta dapatlah kita elakkan
pembaziran air. Kita elakkan pembaziran sesegera yang mungkin!!!
Kesimpulannya, penjimatan air menggunakan tips atau kaedah yang
pelbagai memberi ruang dan peluang untuk kita mengelakkan pembaziran. Setiap
bulan kita berasa amat selesa, dan lega kerana tidak perlu membayar bil air
yang tinggi. Bukannya susah sangat untuk menjimatkan air. "Air tu kan sejuk...!! jadi janganlah
berlama-lama duduk di dalam bilik air......!". Berjimat cermat
itu amalan mulia manakala pembaziran itu membawa kerugian yang pasti akan
menjejaskan kelancaran aktiviti kehidupan.
Hasil karya
Syaidatul Iffah binti Fauzi (5 sains 1 aliran agama 2017)
Iffah mewakili negeri Kelantan dalam pertandingan Pidato Piala Diraja Peringkat Kebangsaan di Kampus UIA Kuantan Pahang
