BAHASA MELAYU KERTAS 2 MODUL EKSKLUSIF SPM
Soalan 1: Rumusan (30
markahl
BAHASA MELAYU KERTAS 2 MODUL
EKSKLUSIF SPM
Soalan 1: Rumusan (30 markahl Baca petikan dengan teliti, kemudian
buat rumusan tentang langkah-langkah untuk memulihara sungai di bandar dan kepentingan
memulihara sungai. Paniangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah
perkataan.
Menjijikkan! Suatu gambaran kesedihan pencinta alam sekitar apabila melihat
keadaan lesu Sungai Klang dan Sungai Gombak. Keadaan sungai bukan sahaja kotor
malah berbau busuk. Kedua-dua batang sungai yang mengalir di tengah-tengah bandar
raya Kuala Lumpur itu sepatutnya menjadi destinasi yang menarik untuk warga
kota beriadah dan berekreasi, tetapi menjadi tempat paling memualkan kerana
persekitaran sungai telah menjadi sarang penagih dadah yang menjadikan tembok
Sungai Klang sebagai lokasi strategik untuk berlindung daripada pihak berkuasa.
Timbunan sampah di tebing sungai pula menjadi tempat pembiakan binatang seperti
tikus, lipas dan lalat. Oleh sebab itu, pihak penguat kuasa perlu kerap turun
padang untuk memantau pihak yang tidak bertanggungiawab ini daripada
mencemarkan sungai.
Semasa pelancaran projek River of Life, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
(DBKL) telah mengingatkan betapa pentingnya warga kota mengubah sikap mereka
dalam memastikan kebersihan Sungai Klang dan Sungai Gombak. Ingatan tersebut
disampaikan kerana pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan supaya
air sungai dapat terus mengalir. Namun begitu, usaha-usaha tersebut belum mampu
mengubah nasib sungai di bandar raya itu. Sehubungan dengan itu, kerajaan perlu
menilai semula kempen mengubah budaya membuang sampah untuk
menyedarkan warga kota. Walauptrn banyak pihak berpendapat bahawa undang-undang
yang sedia ada lebih daripada mencukupi untuk menjaga kelestarian sungai, namun
pihak penguat kuasa perlu melaksanakan dan menguatkuasakan undang-undang yang
berkaitan dengan tegas.
Program-program pemuliharaan sungai yang dilaksanakan oleh DBKL seperti program
pemuliharaan Sungai Klang dan Sungai Gombak, melibatkan masa yang panjang dan
kos yang tinggi. Dalam hal ini, DBKL mesti merangka suatu pendekatan proaktif
yang lebih komprehensif untuk memastikan keberkesanan program yang dijalankan.
Pendekatan tersebut boleh dilakukan dengan menjalankan kajian secara terperinci
agar dapat dilaksanakan dengan berkesan. Untuk tujuan itu, DBKL perlu
mengaktifkan program sungai angkat selain menambah baik aktiviti pemuliharaan
sungai. Kejayaan memulihara Sungai Melaka sehingga menjadi destinasi
pelancongan utama di Melaka boleh dicontohi. Di samping itu, para pemilik
kilang hendaklah bertanggungiawab menanggung kos pemulihan sungai yang dicemari
oleh aktiviti mereka sendiri. Hal ini demikian kerana mereka tiada masalah
untuk membayar denda yang dikenakan setelah mengaut keuntungan yang
berjuta-juta ringgit hasil daripada operasi kilang mereka
Dalam menangani permasalahan ini juga, warga kota mesti bekerjasama bagi
meminimumkan pencemaran sungai agar sungai di bandar dapat dipulihara. Hal yang
demikian tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada mereka untuk mencapai
matlamat yang diinginkan kerana kebersihan sungai di Bandar melambangkan cara
hidup warganya.
Dipetik daripada 'Memulihara Sungai di
Bandar' oleh Abdul Kadir Mohd. Ayub, Dewan Masyarakal, Oktober 2012
Soalan 2 :Soalan 2 (a)- Petikan Umum Berdasarkan
petikan di atas , jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata mengubah
budaya. (2 markahJ
(ii) Pengarang berpendapat bahawa
sungai-sungai di bandar sebagai tempat paling memualkan. Nyatakan sebab-sebab
pengarang berpendapat sedemikian. (3 markahl
(iii) Pada pendapat anda, apakah
usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menjadikan sungai sebagai destinasi
pelancongan?(4 m)
Soalan 2 (b) Baca petikan cerpen kemudian
jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
Setiap kali saya meluahkan hasrat untuk
bermastautin di ibu kota bonda memberikan pelbagai alasan agar saya terus
menetap di kampung halaman tercinta ini. Kata bonda ilmu agama saya masih
terlalu cetek dan nipis. Bimbang, saya akan hanyut dibawa arus hedonisme dan
modenisme yang sedang melanda anak-anak muda kota. Malahan, kata bonda lagi,
bahasa ibunda saya juga masih lemah. Bahasa yang membesarkan saya dengan segala
adat resam dan nilai budaya warisan turun-temurun. Bahasa yang diwarisi nenek moyang
sejak zaman berzaman.
Bonda tahu, secubit
ilmu yang mengisi dada saya yang kerdil ini tidak akan mampu mengekang ledakan
perubahan sosial yang boleh meragut jati diri saya sebagai generasi bermaruah.
Saya akui kebenaran kata-kata bonda tentang malapetaka yang sedang menghinggapi
sekian ramai anak-anak sebangsa saya. Kebanyakannya tergadai maruah dan harga
diri dek mengejar dunia yang bergelar globalisasi dalam menuju arus perdana.
"Mel, agama dan bangsa itu cermin
maruah kita yang ditinggalkan nenek moyang! Jasad yang dibaluti agama serta
lidah yang dilebati bahasa ibunda merupakan warisan kita yang masih ada. Andai
kedua-dua sudah hilang di atas muka bumi ini, kita bukan lagi generasi
bermaruah, tetapi bangsa yang dilaknati Allah."
Dipetik - cerpen 'Munsyi' oleh Husna Nazri
antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP
(i) Bersandarkan petikan cerpen di atas,
nyatakan punca-punca bonda menghalang Mel untuk bermastautin di bandar. (2
markahl
(ii) Pada pandangan anda bagaimanakah
cara-can untuk meningkatkan semangat jati diri remaja sekarang? [3 m)
(iii) Huraikan satu pengajaran yang
terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain daripada keseluruhan cerpen ini
yang tidak terdapat dalam petikan. (4 markah)
Soalan 2[cl - Baca petikan prosa
tadisional kemudian iawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebermula maka Laksamana pun memakai
pakaian penjurit. Maka Laksamana pun berjalanlah. pada malam itu kelam-kabut
dan hujan pun rintik-rintik. Maka Kertala Sari masuklah ke dalam kota.
Maka Laksamana pun tidur di
tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu
gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahu lah akan Kertala Sari datang itrr.
Maka Kertala Sari pun berjalan ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya
pada tubuh Laksamana.
Maka Kertala Sari pun berdiri
atas kepala Laksamana itu, katanya "Teririk bangkai pula aku ini!"
Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya
sudah terhunus, lalu ia bangun melompai menikam dada Kertala Sari terus ke
belakangnya.Maka Laksamana pun berkata "Ceh, mati engkau olehku!"
Setelah Kertala Sari merasai luka itu,
maka dihunusnya kerisnya pula mengusir laksamana. Dua tiga langkah maka ia pun
rebah terjerumus lalu mati. Maka oleh Laksamana dihirisnya syahwatnya
diambilnya lalu ia kembali ke rumahnya.
Setelah hari hampir siang
maka orang pun lalu. Maka dilihatnya seorang perlente mati; maka segera
dikeratnya telinga dibawa kepada raja sembahnya "Ya tuanku, inilah
tandanya patik membunuh penjurit yang terlalu buas itu."
Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui
Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul DBP
(i) Berikan maksud dilihatnya seorang
perlente matL (2 markahl
(ii) Apakah tindakan yang dilakukan oleh
Laksamana terhadap Kertala sari? {3 markahl
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah kita
perlu melakukan perbincangan sebelum melaksanakan sesuatu pekerjaan? (3
markahl
Soalan2(d) Baca sajak kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda sendiri
PESAN LELAKI KECIL KEPADA GADIS KAMPUS
Kuhantar kau mengecapi angin baru
udara lain dari kampung bendang kuningmu
bumantara asing dari yang sering kaumesrai
yang sama sekali berbeza
dengan suasana suntimu
kaunikmatilah angin dan udara ilmu itu
memesrai azimat dan tangkal
dari tangga gading.
Kulepaskan kau menjadi burung putih
dengan sayap berkembang
menongkah awan perak dan kabut dingin
mengenal kalimat hujan dan bilah petir
menyelit antara sembilu nasib
dan waras akal.
Di awan kampus yang sarat ilmu
hadir sihir angin bemafas api
di pohon kampus yang tegar status
berceracak selumbar noda mengabur fikir
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
SAZALAE YACOB Antologi
Sejadah Rindu DBP
di padang kampus yang hijau pertimbangan
tumbuh gunung ego menghalau pekerti.
(i) Apakah yang hendak disampaikan oleh
penyajak melalui petikan sajak di atas. [2 markah]
(ii) Dalam rangkap pertama sajak ini ada
dinyatakan tentang perubahan minda yang perlu dilakukan oleh seseorang murid
sebelum mereka bergelar pelajar universiti. Pada pendapat anda, mengapakah
mereka perlu bersedia dengan langkah-langkah yang sewajarnya ketika berada di
menara gading? (3 markahl
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat
dalam sajak tersebut. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa [30 markah) Jawab semua soalan.
(a) Tutis satu ayat bagi setiap perkataan
untuk menuniukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan atau menggunakan perkataan-perkataan itu sebagai peribahoso
atau nama khas-
(i) hati (ii) perhatian
(iii) pemerhatian (iv) pandang (v) pandangan (vi)
pemandangan 16 markah)
(b) Baca setiap ayat di bawah kemudian
pastikan pola ayat sama ada Frasa Nama * Frasa Nama (FN+FN), Frasa Nama + Frasa
Kerja (FN+FK)' Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN+FA) atau Frasa Nama + Frasa
Sendi (FN+FS).
(i) Abang saya pegawai di pejabat
itu. (ii) Gadis yang berbaju
kurung itu sangat cantik.
(iii) Pemuda yang kacak itu ke pejabatnya
dengan menaiki kereta. (iv)
Petani itu menjual hasil tanamannya di pasar.
(v) Sumbangan ini daripada Tun Ahmad
Sarji (vii) Faridah pelakon drama
Anakku Dah
Balik.
(6 m)
(c) Dalam setiap ayat terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak holeh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan salu kesalahan imbuhan,
(i) Semua data kemasukan pelancong asing
ke negara kita akan dikemas kini bagi mudahkan pihak penguatkuasa mengesan
pelancong yang melakukan kesalahan jenayah.
(ii) Oleh sebab Nizam amat meminati
profesyen keguruan, dia telah hadir untuk bertemu duga di Kementerian
Pendidikan Malaysia.
(iii) Aktiviti ko-kurikulum seperti
bersukan, berkawad dan berkhemah dapat membentuk nilai pemimpin yang utuh dalam
kalangan pelajar di sekolah. [6 markahl
(d) Dalam ayat di bawah,
terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan
tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula
(i) Sejak kebelakangan ini, pasukan nasyid
Ar-Rijal telah banyak mendapat undangan untuk mengadakan pertunjukan di sekitar
daerah Dungun'
(ii) Novel Kasihku Kasihmu Jua mendapat
sambutan luas apabila berada di pasaran sejak daripada hari pertama
dilancarkan.
(iii) Berbagai reaksi ditunjukkan oleh
pelajar di dalam kelas itu apabila Cikgu Harith Iskandar menyapa mereka yang
berbuat bising sehingga mengganggu proses pembelajaran. (6 markahl
(e) Bina satu ayat berdasarkan
peribahasa: (i) Meninggi diri (ii) Buruk
siku (iii) Serkap jarang (6 m)
Soalan 4: Novel (15 markah) Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda
pelajari, huraikan dua nilai kerjasama yang terdapat dalam novel tersebut. [7
m)
(b) Watak utama dalam sesebuah novel
sering menghadapi cabaran dalam hidupnya.Berdasarkan dua buah novel yang anda
pelajari, jelaskan cabaran yang dihadapi oleh watak utama[8 markahl
Usaha sungguh-sungguh untuk DMPR2
100 % A+ BM SPM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan