BAHASA MELAYU MODUL KHAS KERTAS 2 BM SPM
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti,
kemudian buat satu rumusan tentang faedah-faedah menderma darah dan
langkah-langkah menggalakkan orang ramai menderma darah. Panjangnya rumusan
anda hendaklah tidak melebih 120 patah perkataan.
Derma darah
amalan mulia yang bukan hanya dapat memupuk nilai baik dalam diri, tetapi
paling penting turut membantu menyelamatkan nyawa. Malangnya di negara kita,
amalan ini kurang mendapat sambutan terutama daripada golongan muda. Menyedari
kepentingan amalan itu, Pelbagai usaha perlu dilakukan untuk menggalakkan
masyarakat menderma darah bagi memastikan bekalan di Bank Darah sentiasa
mencukupi. Antara langkah tersebut ialah tarikh 14 Jun diisyitiharkan
sebagai Hari Derma Darah Sedunia. Namun hakikatnya, kempen menderma darah masih
kurang mendapat sambutan dan tidak memenuhi jumlah keperluan darah yang
diperlukan. Hal ini disebabkan kurangnya kesedaran mengenai kepentingan
menderma darah, selain kurang maklumat dan pendedahan mengenai menderma darah.
Malah, sambutan Hari Derma Darah Sedunia tidak diuar-uarkan untuk disambut
sebagai menyedarkan masyarakat mengenai kepentingan menderma darah. Melalui
amalan derma darah, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan
terbukti bahawa penderma juga dapat kelebihan dengan menderma darah.
Antara kelebihan
menderma darah ialah penderma dapat melahirkan satu perasaan yang sangat
menggembirakan apabila berjaya menolong doctor menyelamatkan nyawa orang lain.
Selain itu, derma darah secara konsisten dapat mengurangkan risiko kanser
termasuk kanser hati, paru-paru, colon, perut dan tekak. Amalan derma darah
juga dapat mengurangkan jumlah zat besi yang berlebihan di dalam badan dan
dapat menghindarkan risiko sakit jantung. Sebelum setiap proses menderma darah
bermula, seseorang penderma akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan
percuma. Secara tidak langsung, hal ini dapat membantu mereka mengdiagnosis
sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.
Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima dan
mengetahui analisis darah serta jenis darah secara percuma. Kalau sendiri pergi
ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah
tentu kena bayar.
Setiap kali seseorang menderma darah, sebanyak 640 Kcal akan hilang. Hal ini
boleh membantu seseorang dalam proses untuk mengurangkan berat badan. Di
samping itu, perasaan gembira mendapat pek percuma seperti makanan, minuman,
t-shirt dan sijil amat baik untuk sistem imun di dalam badan. Derma darah juga
membolehkan penderma untuk mengisi semula bekalan darah, membantu badan
penderma berfungsi dengan lebih cekap dan dapat bekerja secara produktif. Oleh
itu, usaha orang ramai untuk menderma darah amatlah dihargai. Namun anda layak
untuk menderma darah sekiranya anda seorang penderma yang berisiko rendah iaitu
tidak memudaratkan diri sendiri dan darah yang anda derma itu tidak tercemar
dengan virus penyakit-penyakit yang boleh berjangkit menerusi pemindahan darah.
Tuntasnya,
menderma darah merupakan satu amalan sukarela yang terpuji dan tidak ternilai
sumbangannya. Keinginan untuk menderma darah perlulah wujud dalam diri setiap
individu tanpa dipaksa oleh mana-mana pihak. Malah setiap orang haruslah
mengganggap bahawa menderma darah adalah satu tanggungjawab diri dan
mendermanya tanpa diundang.
(Dipetik dan diubah suai daripada‘Derma
Darah Kurang Dapat Sambutan Golongan Muda’ The Borneopost.com, 2015)
Soalan 2 : Pemahaman[35 markah] Soalan
2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i) Berikan maksud rangkai kata secara
konsisten. [2 markah]
(ii) Pengarang mengemukakan beberapa punca
Kempen Derma Darah tidak mendapat sambutan masyarakat. Nyatakan punca-punca
tersebut. [3 markah]
(iii) Masyarakat kita terutamanya golongan
muda kurang berminat untuk menderma darah. Pada pendapat anda, apakah tindakan
-tindakan yang boleh diambil oleh media massa untuk menggalakkan masyarakat
kita terutama golongan muda
menderma darah? [4 markah]
Soalan 2 (b)- Petikan Cerpen Baca petikan
cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Saya teringat cerita bonda
tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah hitam dekad lampau. Sejarah
yang meninggalkan parut luka sentimen yang bukan sedikit. Sejarah suram yang
berparut duka angkara gelodak emosi dan kesumat yang mengalir dalam dada setiap
warganya sejak sekian lama. Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman
melalui system pecah dan perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum
meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan antara warga kota yang mewakili
bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban
menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga mencetuskan huru-hara
kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan. Seperti
kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah
hari.
Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’Oleh Husna Nazri Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, Dbp
(i) Apakah kesan sistem pecah dan perintah
yang dilaksanakan oleh penjajah di negara kita? [2 markah]
(ii) Peristiwa 13 Mei betul-betul
meninggalkan kesan mendalam kepada perpaduan rakyat Malaysia.Pada pendapat
anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan sejarah hitam
tersebut berulang kembali ? [3 markah]
(iii) Jelaskan satu persoalan yang
terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada cerpen tersebut
yang tidak terdapat dalam petikan. [4 markah]
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Tradisional
Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soaan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Maka
kedengaranlah ke Melaka, Cau Pandan, anak Bubunnya, akan dititahkan menyerang
Melaka. Maka ada seorang hamba Allah diam di Melaka, bangsanya Arab, Sidi Arab
namanya disebut orang. Maka tuan itu sentiasa bermain panah lasykar, seperti
dewal orang berzikir. Barang ke mana tuan itu pergi, panah itu di bawahnya.
Maka tatkala itu Tuan Sidi Arab itu pun menghadap Sultan Muzaffar Syah. Telah
tuan itu mendengar khabar Cau Pandan akan datang ke Melaka itu, maka tuan itu
pun berdiri di hadapan baginda. Maka dihalanya panahnya itu ke benua
Siam. Maka kata tuan Sidi Arab, sambil menarik panahnya itu. “Mati engkau, Cau
Pandan.”
Maka Sultan
Muzaffar Syah pun tersenyum; maka titah baginda pada Tuan Sidi Arab itu,
“Jikalau sungguh mati Cau Pandan, sungguhlah tuan keramat.”
Adapun Cau Pandan itu, lagi di benua Siam,
maka berasa kepada dadanya seperti kena panah, maka Cau Pandan pun sakit
muntahkan darah lalu mati. Maka tidaklah Siam menyerang Melaka, sebab mati Cau
Pandan itu. Maka itulah diperbuat orang nyanyi :
(i) Berikan maksud dewal orang berzikir ?
[2 markah]
(ii) Apakah tindakan Sidi Arab apabila
mendengar khabar Cau Pandan hendak menyerang Melaka? [3 markah]
(iii) Sekiranya anda Sultan Muzaffar Syah,
apakah tindakan-tindakan yang anda lakukan untuk membalas jasa Sidi Arab yang
telah berjaya membunuh Cau Pandan ? [3 markah]
Soalan 2 (d) – Petikan Gurindam Baca
gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Gurindam Dua Belas
(Fasal yang ketiga)
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
Apabila terpeihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau
memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tiada senonoh.
Anggota tengah hendaklah diingat,
Di situlah banyak orang yang hilang
semangat.
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa
rugi.
Mohd Yusof Md Nor dan Abdul Rahman
Kaeh(Penyelenggara) Puisi Melayu Tradisi, 1996. Antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul
(i) Terangkan maksud rangkap ke lima
gurindam di atas. [2 markah]
(ii) Gurindam di atas mnerangkan
kepentingan menjaga anggota badan daripada melakukan perkara-perkara negatif.
Pada pendapat anda, apakah
tindakan-tindakan yang boleh dilakukan oleh seseorang untuk mengelakkan diri
daripada melakukan perkara yang tidak elok dan negatif. [3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat
dalam gurindam di atas. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran
Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan. (a) Tulis satu ayat bagi setiap rangkai
kata di bawah dengan menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan
penggunaannya. Anda tidak boleh menambah imbuhan dan tidak boleh menggunakan
rangkai kata itu sebagai peribahasa ataukata nama khas.
(i) telur putih (ii) putih
telur (iii) susu lembu (iv)lembu susu (v) jambu merah
(vi)merah jambu [6 markah]
(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina
ayat tanya dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan
hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata yang berhuruf condong dalam ayat-ayat
yang diberi.
(i) Ibu ke pasar pagi tadi..
(ii) Tuan Hj. Sulaiman pengetua sekolah
itu.
(iii) Pelajar itu berjaya dengan cemerlang
kerana rajin belajar.
(iv) Pertandingan Akhir Bahas Ala Parlimen
Bahasa Melayu diadakan di Dewan Seri Murni.
(v) Pasukan itu berjaya menjadi juara bola
sepak melalui kerjasama perpasukan.
(vi) Tiga biji telur digunakan untuk membuat
kek itu.
(c) Dalam setiap ayat terdapat
satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan
betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak bleh
menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan
imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Kadar kemalangan jalan raya dalam
kalangan penunggang motorsikal yang semakin meningkat pada masa ini kebimbangan
banyak pihak.
(ii) Pemakanan yang baik dapat melahirkan
jenerasi yang sihat sekali gus berupaya untuk meningkatkan cemerlangan pelajar
dan produktiviti pekerja.
(iii) Tahap pendidikkan moral yang rendah
telah dikenalpasti sebagai punca utama wujudnya pelbagai gejala sosial di
sekolah rendah dan sekolah menengah. [6 markah]
(d) Dalam setiap ayat terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahankesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i) Uji pandu kereta yang baru siap
syarikat pengeluar kereta itu dilakukan oleh berapa orang pekerjanya.
(ii) Semua orang ramai diminta untuk
berada di dalam rumah sekiranya berasa tidak sihat bagi mengelakkan pembiakan
virus Influenza A (H1N1).
(iii) Perpaduan kaum dapat dicapai
sekiranya wujud sikap saling hormatmenghormati agama, kepercayaan dan budaya
dengan hati yang ikhlas tanpa ada sebarang prasyarat. [6 markah]
(e) Tulis ayat berdasarkan setiap
peribahasa di bawah supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya.
(i) Hangat-hangat tahi ayam (ii) Bagai
ikan pulang ke lubuk (iii) Bagaimana acuan, begitulah kuihnya [6 markah]
Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab soalan-soalan
di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut :
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(ii)Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda
kaji, bincangkan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut.[7
markah]
(b) Bandingkan dua buah novel yang anda
kaji, bandingkan tema kedua-dua novel tersebut.[8 markah]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan