Bahasa Melayu latihan intensif menjelang peperiksaan
SOALAN 1:Nyatakan pola bagi
ayat-ayat di bawah ini sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama +
Frasa Nama ( FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif ( FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama ( FN + FS).
1.
Alif Aiman daripada keluarga Johor Riau. (___________)
2.
Atlet-atlet
Sukan Olimpik sedang menjalani, latihan
di England. (___________)
3.
Basikal merah
itu untuk abang saya. (___________)
4.
Beberapa
orang pakar bedah itu sedang melakukan pembedahan di bilik bedah. (___________)
5.
Alif Aiman pelakon drama Anakku Dah Balik.
(___________)
6.
Iman Tasneem
yang berbaju kurung itu sangat cantik. (___________)
7.
Hutan
sekitarnya segar-bugar
bagaikan hamparan hijau. (___________)
8.
Alya pegawai di pejabat itu.
(___________)
9.
Jalur
Gemilang lambang identiti negara. (___________)
10.
Menara Eifel
itu memang cantik reka bentuknya.
(___________)
11.
Pemuda yang
kacak itu memakai baju Melayu.
(___________)
12.
Buku itu di
atas meja (___________)
Soalan 2:Tukarkan
ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Ayah membaca surat khabar
_____________________________________________
(ii)
Kami telah menyenaraikan
peralatan yang perlu dibawa _________________________________________________
(iii)
Saya akan membaca semua nota
itu
_________________________________________________
(iv)
Kawat berduri itu melingkari rumahnya
_________________________________________________
(v)
Pengetua telah melantik Cikgu Aziz sebagai guru disiplin
_________________________________________________
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat dua kesalahan ejaan Gariskan kesalahan tersebut.
i) Galakkan daripada guru banyak membantu meningkatkan pretasi pelajar
ii) Ibu sedih kerana adik perlu dimasukan ke wad utk rawatan kanser.
iii) Pejabat pos itu menjual pelbagai stem sempena Hari Kebangsan.
iv) Afifah perlu membuat keputusan samada perlu ke universiti atau bekahwin.
v) Usaha menggalakan belia menceburi perniagaan satu strategy yang bijak.
vi) Struktur rumah itu di lukis oleh murid-murid dengan mengguakan jangka lukis.
Buat ayat menggunakan perkataan berikut:
1. Sarang _____________________________________________
2. Sorong _____________________________________________
3. Sering _____________________________________________
4. Serang _____________________________________________
5. Sarung _____________________________________________
6. Kering _____________________________________________
7. Karang _____________________________________________
8. Karung _____________________________________________
9. Kurang _____________________________________________
10. Kurung _____________________________________________
Beri maksud perkataan (bahasa istana) berikut:
1. Mangkat _____________
2. Gering_________________
3. Santap____________
4. Bertitah_________________
5. Bersemayam______________
6. Beradu_______________
7. Bersiram___________
8. Murka____________
9. Kaus_____________
10. Peraduan___________
2. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan bahasa Kenal pasti kesalahan tersebut.
i) Ketiga kakaknya terlibat dalam kemalangan ngeri yang berlaku awal pagi tadi.
ii) Pengelola majlis itu mengkhaskan kerusi di sebelah kanan pentas untuk tetamu kehormat.
iii) Kunci kereta yang saya temui ketika pulang dari sekolah diserahkan kepada guru bertugas.
iv) Pakar di Pusat Perubatan Cermat itu sedang memeriksa gendang telinga pesakit di bilik kecemasan.
v) Kedua-dua kenderaan itu telah bertembung di selekoh tajam dan terbalik beberapa kali.
vi) Para siswazah di dewan itu saling bersalaman setelah peperiksaan akhir mereka selesai.
vii) Dato Ali mempunyai ramai penyuruh agar tugas sehariannya menjadi mudah dan lancar.
iix) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.
3) Kenal pasti subjek dan predikat dalam ayat-ayat di bawah.
i) Akmal ditangkap oleh guru disiplin kerana menghisap rokok di belakang kantin.
ii) Sampah yang bertaburan di atas lantai itu telah saya bersihkan pagi tadi.
iii) Amy dan rakan-rakannya sedang bermain bola sepak di padang sekolah walaupun hujan lebat.
iv) Anak Encik Sallih yang sulung guru sementara di sekolah kami.
v) Jalan raya itu menjadi licin setelah hujan turun dengan lebat pagi tadi