Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Selasa, 22 Oktober 2019

BAHASA MELAYU KLASIK - SOALAN DAN JAWAPAN

LATIHAN BAHASA ELAYU KLASIK TERKINI Soalan 4 : Bahasa Melayu Standard

Soalan 1.Baca petikan bahasa Melayu Klasik. Kemudian, tulis semula petikan dalam bahasa Melayu Standard .

       Maka telah Sultan Muzaffar Syah mendengar khabar itu, maka baginda menyuruh menghimpunkan segala rakyat teluk rantau berhimpun di Melaka. Tun Perak membawa orang Kelang ke Melaka dengan anak isterinya sekali. Maka orang Kelang berdatang sembah kepada Sultan, “Ya tuanku, segala teluk rantau yang lain semuanya menghadap dengan laki-laki juga;akan patik sekalian dibawa oleh Tun Perak dengan perempuan sekali.”

JAWAPAN: Setelah mendengar berita itu, baginda pun menitahkan semua rakyat berkumpul di Melaka. Tun Perak membawa orang Kelang datang ke Melaka bersama-sama anak dan isteri mereka.

Orang Kelang datang menyembah Sultan Muzaffar Syah, “Ya tuanku, semua rakyat datang menghadap terdiri daripada kaum lelaki, patik semua dibawa oleh Tun Perak bersama-sama dengan isteri kami sekali.”

Soalan 2. Baca petikan bahasa Melayu Klasik . Kemudian, tulis semula petikan  dalam bahasa Melayu Standard

   Maka Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh berlengkap akan menyerang Melaka; Awi Cakri nama panglimanya, membawa rakyat terlalu banyak tiada terpemanai lagi.

Maka dipersembahkan orang ke bawah Duli Sultan Muzaffar Syah bahawa Raja Benua Siam menitahkan hulubalang, Awi Cakri namanya, membawa rakyat terlalu banyak terpemanai banyaknya, berjalan darat terus ke hulu Pahang.   

Dipetik daripada‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ Antologi Sejarah Rindu, KPM(6 m)

JAWAPAN: Raja Benua Siam terlalu marah, lalu menyuruh rakyatnya menyediakan kelengkapan untuk menyerang Melaka; Panglimanya bernama Awi Cakri, membawa rakyat terlalu ramai sehingga tidak terkira.

Ada orang mempersembahkan berita tentang Raja Benua Siam menitahkan hulubalangnya bernama Awi Cakri membawa rakyat terlalu ramai sehingga tidak terkira berjalan melalui darat terus ke hulu Pahang.

Soalan 3: Baca petikan bahasa Melayu Klasik. Kemudian,tulis semula petikan dalam bahasa Melayu Standard

Maka digelar baginda paduka Raja,disuruh duduk di seri balai setara Seri Nara Diraja.Maka paduka Raja pun naiklah duduk dekat Seri Nara Diraja di seri balai,maka Seri Nara Diraja berkisar ke tengah.Hatta,maka Seri Nara Diraja pun pindahlah ke sebelah kanan,jadi Paduka Raja duduk pada tempat Bendahara.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,KPM[6 m]

JAWAPAN:  Tun Perak digelar Paduka Raja dan disuruh duduk di seri balai setara dengan Seri Nara Diraja. Paduka Raja menaiki seri balai dan duduk berdekatan dengan Seri Nara Diraja. Seri Nara Diraja beralih ke tengah. Seri Nara Diraja berpindah ke sebelah kanan manakala Paduka Raja duduk di tempat Bendahara.

Soalan 4:Baca petikan bahasa Melayu Klasik.Kemudian,tulis semula petikan dalam bahasa Melayu Standard.

Hatta,maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai,dihadap orang banyak.Maka Tun Nina Madi pun lalu,disuruh naik duduk dekat,lalu diribanya oleh Seri Nara Diraja.Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk itu, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?’

Maka sembah segala orang banyak itu,”Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada mengaku,sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku.”Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,KPM [6 markah]

JAWAPAN  Pada suatu hari peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, berhadapan dengan orang ramai.Tun Nina Madi lalu dan disuruh naik untuk duduk berdekatan,lalu diriba oleh Seri Nara Diraja.Seri Nara berkata kepada semua orang yang duduk di situ, “Tahukah tuan hamba sekalian bahawa Tun Nina Madi ini anak hamba?”

Sembah semua orang,”hamba semua mengetahui hal itu juga; tuanku tidak memperkenalkannya, hamba semua takut mengatakan bahawa Tun Nina Madi anak tuanku”

Soalan 5 Baca petikan bahasa Melayu Klasik.Kemudian,tulis semula petikan dalam bahasa Melayu Standard.

Maka Seri Nara Diraja tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua orang itu menjadi orang besar,maka anak Melayu pun berbelah,setengah pada Paduka Raja,setengah pada Seri Nara Diraja,kerana kedua-dua sama orang berasal.

Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,KPM[6 markah]

JAWAPANSeri Nara Diraja tersenyum. Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar Syah sebagai Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi pembesar negeri,anak Melayu berpecah iaitu separuh berpihak kepada Paduka Raja dan separuh lagi berpihak kepada Seri Nara Diraja kerana kedua-duanya merupakan keturunan yang mempunyai kedudukan di istana.

Soalan 6 Baca petikan bahasa Melayu Klasik.Kemudian,tulis semula petikan  dalam bahasa Melayu Standard.

Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja,senantiasa beringgit juga;beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan Paduka Raja dalam kampung Seri Nara Diraja.Maka Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu.Maka fikir di dalam hati baginda,”Jikalau demikian binasalah negeri ini,kerana orang besarnya tidak muafakat sama orang besar.” Dipetik daripada ‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’ dalam antologi Sejadah Rindu,KPM [6 m]

JAWAPAN Seri Nara Diraja tidak bersepakat dengan Paduka Raja malah selalu bermusuhan. Beberapa kali juga sering kelihatan Paduka Raja di kampung Seri Nara Diraja. Sultan Muzaffar Syah mengetahui perkara tersebut dan baginda berdukacita melihat sikap Paduka Raja dan Seri Nara Diraja. Baginda berfikir dalam hati “Jika beginilah keadaannya negeri akan musnah kerana pembesar negeri tidak bersepakat sesama sendiri.”


Jangan Tiru