Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Khamis, 30 November 2017

UMNO & BN - GURINDAM PABILA: PESANAN IKHLAS BUAT YAB DS NAJIB PERDANA MENTERI MALAYSIA

GURINDAM PABILA: PESANAN IKHLAS BUAT YAB DS HAJI MOHD BIN TUN ABD RAZAK PERDANA MENTERI MALAYSIA 

 
Pabila menjadi PERDANA MENTERI kebajikan rakyat HENDAKLAH DILESTARI
Pabila menjadi PADUKA BENDAHARA dirimu sentiasa di HATI JELATA
Pabila menjadi NAKHODA WATAN jadikan paduka ayahandamu CONTOH TELADAN
Pabila mengatur AGENDA PEMBANGUNAN kejayaan ayahandamu jua jadikan PEDOMAN
Pabila  terasyik menyusun  STRATEGI ingat ya, rakyat menilai serta MEMERHATI
Pabila kejayaan telah DICAPAI, rakyat miskin, daif, gelandangan USAH DIABAI
Pabila sudah tersohor TERNAMA beringat-ingatlah, fitnah, tohmah tetap ada DI MANA-MANA
Pabila FITNAH BERMAHARAJALELA tak cukup dirimu, isterimu, keluargamu turut DICELA
Pabila fitnah MELANDA DIRI rakyat jelata amat BERSIMPATI
Pabila dirimu diulit SENYUMAN rakyat mengerti segala KEPAHITAN
Pabila terasa dirimu TERTEKAN, yakinlah, nasihat & doa ibumu, memberi KETENANGAN
Pabila banyak DICACI, DIHINA, DICELA, serahkan sahaja kepada YANG MAHA ESA
Pabila sanggup MENERIMA CABARAN fitnah tohmah TIDAK PERLU DILAYAN
Pabila fitnah datang MENYENGAT alhamdulillah engkau tidak PATAH SEMANGAT
Pabila engkau berbuat UCAPAN laut bicaramu jelas  MENDAMAIKAN
Pabila berada di atas PENTAS kekalkan momentummu,tutur katamu sentiasa BERALAS
Pabila berhati-hati ELAK SENGKETA sopan santunmu bualan JELATA




Pabila orang MENGEJI & MENGHINA, biarkanlah mereka berkokok, berketak hingga LEWAT SENJA
Pabila ucapanmu penuh BERINTIPATI, BERSINERGI rakyat pasti setia MENDENGARI
Pabila terpilih memegang KUASA pastikan rakyat bersatu, damai SELESA
Pabila dirimu ikhlas, tegas & BERANI itulah pemimpin yang DICARI-CARI
Pabila engkau MENITIP BICARA slogan IMalaysiamu  RAKYAT SUKA
Pabila engkau bekerja BERSUNGGUH-SUNGGUH keyakinan rakyat BERTAMBAH KUKUH
Pabila UMNO & BN sentiasa DIDUGA teruskan perjuanganmu MEMBELA NUSA
Pabila UMNO & BN sentiasa DIPERKASA, teruskanlah perjuanganmu ke segenap KOTA & DESA
Pabila 
UMNO & BN  ERAT GANDINGAN doa & harapan rakyat IRINGI PERJUANGAN
Pabila terdengar LAUNGAN AZAN  ibadah solat segeralah SEMPURNAKAN
Pabila NUR ISLAM DISEBAR DISEMAI rakyat hidup DAMAI & PERMAI
Pabila solat SENTIASA DIJAGA insyaAllah segala cabaran DAPAT DIDUGA
Pabila berjaya MEMBANGUNKAN NUSA titipkan syukur KE HADRAT YANG MAHA ESA
DAN...............
Pabila ribut taufan 7 gunung, 7 lautan, 7 benua datang MELANDA

 ingat pesanan Paduka Laksamana TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA  InsyaAllah.

    

SEKADAR UNTUK RENUNGAN SEMUA
Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya (Teka Teki ):
Imam Ghazali: Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?
Murid 1: Orang tua
Murid 2: Guru
Murid 3: Teman
Murid 4: Kaum kerabat
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI.
Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran: 185).
_____________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?
Murid 1: Negeri Cina
Murid 2: Bulan
Murid 3: Matahari
Murid 4: Bintang-bintang
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU.
Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
 Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan
yang sesuai dengan ajaran Agama.
_____________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling besar di dunia ini?
Murid 1: Gunung
Murid 2: Matahari
Murid 3: Bumi
Imam Ghazali: Semua jawapan itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179).
 Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.
______________________________________
IMAM GHAZALI Apa yang paling berat di dunia?
Murid 1: Baja
Murid 2: Besi
Murid 3: Gajah
Imam Ghazali: Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72).
 Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka
menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi
permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah.

_____________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling ringan di dunia ini?
Murid 1: Kapas
Murid 2: Angin
Murid 3: Debu
Murid 4: Daun-daun
Imam Ghazali: Semua jawapan kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali di dunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT.
Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat.
_______________________________________
Imam Ghazali: Apa yang paling tajam sekali di dunia ini?
Murid- Murid dengan serentak menjawab: Pedang
Imam Ghazali: Itu benar, tapi yang paling tajam sekali di dunia ini adalah LIDAH MANUSIA.
Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri
Wallahu alam


Jangan Tiru