Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Bahasa Melayu - INFORMASI BAHASA – untuk pelajar cemerlang BM 2021 EJAAN YANG MENGELIRUKAN (baca, dan mahirkan sungguh-sungguh)

INFORMASI BAHASA – untuk pelajar cemerlang BM 2021
EJAAN YANG MENGELIRUKAN (baca, dan mahirkan sungguh-sungguh)

Banyak calon peperiksaan masih keliru akan ejaan bagi sesetengah perkataan. Kekeliruan ini berlaku apabila mereka mendapat input ejaan berlainan daripada media massa dan guru. Biasanya kesilapan ini berlaku sejak sekolah rendah sehingga terbawa-bawa ke meja peperiksaan SPM. Berikut ialah perkataan yang biasa kita temukan:
1.resepi 
x  resipi 
2.menyakinkan 
x  meyakinkan 
3.istirehat  
x istirahat 
4.kadang-kala 
x  kadangkala
5.sambilewa 
x  sambalewa
6.mengganggu gugat 
x  mengganggu-gugat 
7.insuran x   insurans 

8.ambulan 
x  ambulans
9.juwita  
x   juita
10.unggu   
x   ungu 
11.mengulangkaji 
 x   mengulang kaji 
12.penguatkuasa  
x  penguat kuasa
13.gambarajah 
x  gambar rajah
14.redha 
x  reda
15.kerinting 
x keriting
16.bergu 
 x  beregu
17.kontingen 
 x kontinjen
18.mengenengahkan x mengetengahkan 

19.mengenepikan 
x mengetepikan 
20.mengkedepankan  
x  mengedepankan
21.mengkebelakangkan  x  mengebelakangkan

22.sihat walafiat  x sihat wal afiat

23.majerin x  marjerin

24.rempah ratus x  rempah-ratus

25.alat siaraya x  alat siar raya

26.margasatwa  
x mergastua 
27.workshop 
x  woksyop
28.bertungkus-lumus 
x  bertungkus lumus
29.limau kasturi 
x  limau kesturi 
30.walaubagaimanapun 
  walau bagaimanapun 
31 Tengahari  x  tengah hari
Akhir kata, pembaca akan berasa pelik akan beberapa perkataan yang saya senaraikan tetap yang pelik itulah ejaan yang betul mengikut Kamus Dewan edisi keempat. Betulkan yang salah, biasakan yang betul.
images (43).jpg
UNSUR KATA JAMAK YANG MENGELIRUKAN
​Penggubal soalan peperiksaan awam seperti SPM sering kali menguji calon peperiksaan dengan memasukkan unsur kelewahan yang dibawa oleh perkataan yang mendukung makna jamak. Soalan seperti ini sering menjadi punca utama calon peperiksaan gagal mencari kesilapan malah mereka beranggapan bahawa ayat itu tiada kesilapan. Di samping itu, keterbiasaan dalam perbualan harian dengan ayat yang tidak gramatis juga menyebabkan fenomena ini berlaku. Saya  menyenaraikan 22 kesilapan umum yang sering diuji dalam peperiksaan. Saya berharap agar calon PT3 waima SPM akan berusaha untuk membaiki kelemahan diri demi persiapan yang rapi untuk menghadapi peperiksaan PT3 dan SPM nanti.
1 ada murid-murid  x   ada murid 
2.antologi puisi-puisi lama  
x  antologi puisi lama
3.gugusan pulau-pulau kecil 
 x  gugusan pulau kecil
4.kekurangan buku-buku bacaan
 x  kekurangan buku bacaan
5.rangkaian filem-filem 
x  rangkaian filem
6.longgokan sampah-sampah 
 x  longgokan sampah
7.himpunan pelajar-pelajar  
 x  himpunan pelajar
8.senarai nama-nama guru  
x  senarai nama guru
9.dua orang guru-guru  
x   dua orang guru
10.ribuan penonton-penonton 
 x  ribuan penonton
11menjumlahkan angka-angka kecil 
x  menjumlahkan angka kecil
12mengurangkan perbelanjaan- perbelanjaan rumah  
x mengurangkan perbelanjaan rumah
13.koleksi cerpen-cerpen remaja  
x  koleksi cerpen remaja
14.memperbanyak latihan-latihan sukan 
 x memperbanyak latihan sukan
15.setiap calon-calon SPM 
 x setiap calon SPM
16.sebilangan besar ahli-ahli keluarga 
 sebilangan besar ahli keluarga
17.segala maklumat-maklumat 
 x  segala maklumat
18.para remaja-remaja
 x  para remaja
19.sekandang lembu-lembu 
 x sekandang lembu
20.kebanyakan kata-kata 
 x kebanyakan kata
21. Dalam kalangan pelajar-pelajar 
x Dalam kalangan pelajar
22. Antara langkah-langkah 
x Antara langkah 
images (43).jpg
Secara tuntas, subjek Bahasa Melayu bukannya sukar tetapi memerlukan usaha pencarigalian ilmu yang berterusan agar kita dapat mengenal pasti ketidakgramatisan dalam ayat. Kesilapan dan unsur kelewahan yang dapat dibetulkan akan menjanjikan markah penulisan yang baik dan kesilapan tatabahasa dalam ayat juga dapat dikenal pasti dengan mudah. Para hukama ada menyebut, kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga, tetapi pelajar perlu insaf, sedar kalau kita berusaha, hatta dengan kail yang sejengkal itulah, kita mampu menduga lautan nan luas. Kemahiran kita jadi lebih kukuh, lebih meyakinkan andai kita lakukan latihan, latih tubi berterusan hingga ke detik penentuan.  Yang pasti perjuangan kita ke  arah 100% A+ 2020

images (43).jpg

1 ulasan:

Jangan Tiru