Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Ahad, 19 Februari 2023

Latihan rumusan terkini SPM

 

LATIHAN RUMUSAN KSSM -


Baca petikan dan sajak di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan  menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan sajak.

BAHAN 1 – PETIKAN

Permainan tradisional dikenali juga sebagai permainan rakyat yang dipusakai daripada generasi terdahulu. Bentuk permainan rakyat yang berseni ini merupakan salah satu daripada identiti negara yang patut dipelihara demi kepentingan generasi pada masa hadapan. Contoh permainan tradisional ialah permain guli, batu seremban, congkak, kaki gajah dan galah panjang. Antara permainan tersebut, congkak merupakan permainan tradisional yang paling popular. Walau bagaimanapun, perubahan teknologi telah mencipta pelbagai jenis permainan digital yang menjejaskan minat generasi baharu terhadap permainan tradisional, termasuklah permainan congkak.

           Sekiranya diperhalusi, permainan congkak yang menetapkan dua orang pemain dalam satu permainan membolehkan semangat setia kawan dizahirkan yang menjadi asas kepada kerukunan hidup bermasyarakat. Di samping itu, permainan congkak dalam kalangan masyarakat terdahulu berupaya mencerdaskan ketajaman akal. Hal ini berkaitan dengan perkataan congkak itu sendiri membawa maksud pengiraan. Kemahiran pengiraan ditekankan melalui mengira mata membuktikan bahawa generasi dahulu sudah didedahkan dengan ilmu matematik. Permainan congkak juga mampu dijadikan sebagai riadah yang menyeronokkan. Permainan ini boleh mengelakkan seseorang itu daripada melakukan aktiviti yang tidak berfaedah.

          Selain itu, permainan congkak yang mempunyai tujuh lubang sebaris dan dua lubang ibu yang dipanggil “kampung” terletak di hujung papan. Lubang ibu tersebut mestilah diisi dengan buah sebanyak mungkin untuk mencapai kemenangan. Secara tidak langsung, permainan congkak menekankan nilai kejujuran apabila pemain mematuhi peraturan permainan tanpa melakukan penipuan walaupun berkeinginan untuk memenangi pertandingan tersebut. Kegagalan generasi muda memahami falsafah ini dalam permainan congkak menyebabkan minat mereka semakin hilang. Tambahan pula, sesetengah ibu bapa pada hari ini menganggap bahawa setiap permainan tradisional termasuk congkak boleh menjejaskan masa belajar anak-anak mereka. Alangkah ruginya jika warisan dan budaya tinggalan nenek moyang tidak lagi dihargai sehingga hilang dalam arus peredaran masa.

    Dipetik/diubah suai daripada ‘Memugar Permainan Tradisional,’ Oleh Nazri Hussein, Dewan Budaya, Bil. 3/2019

BAHAN 2 – SAJAK

 GADIS-GADIS YANG BERSIMPUH DI BERANDA


Semilir angin petang membawa simfoni damai

 melodi syahdu dirasakan penuh harmoni

 

ayu busana dan senyuman lirih

kesantunan gadis-gadis yang bersimpuh di beranda

bermain congkak warisan bonda.

 

Jari-jemari mengatur buah-buah congkak

bagai lenggang gemalai

 di medan persaingan yang menuntut ketekunan

andaiannya menjangkau jauh ke hadapan

menang tidak pernah sombong diri

kalah tiada terlintas rasa iri.

 

Gadis-gadis yang bersimpuh di beranda

bermain congkak warisan bonda

melestari seni budaya

dalam utuh maruah moyang tercinta

tanpa gundah diri dicerca mundurnya minda.

              M. ARIF- Jalan Munsyi Abdullah, Melaka


 ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------- 

LATIHAN RUMUSAN KSSM –2023

Baca petikan dan bahan grafik di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan dan bahan grafik.

          Cendawan ialah organisma yang unik dan tidak tergolong dalam alam haiwan atau alam tumbuhan. Cendawan sebenarnya membina kumpulannya sendiri yang dikenali sebagai alam kulat yang tidak berupaya menghasilkan makanan sendiri disebabkan kekurangan klorofil. Di kebanyakan negara, cendawan ditanam sebagai sumber makanan penduduk kerana mengandungi nilai gizi atau zat makanan yang tinggi. Spesies cendawan seperti tiram kelabu, tiram putih dan tiram raja adalah antara spesies yang popular dalam kalangan penggemar cendawan.    

          Dalam perubatan tradisional, cendawan digunakan secara meluas untuk mengubati pelbagai jenis jangkitan bakteria. Cendawan juga dikatakan dapat menghentikan masalah pendarahan. Selain itu, seseorang yang mempunyai tekanan darah tinggi digalakkan supaya mengambil ekstrak cendawan yang diproses kerana dipercayai mampu menjadi penawar untuk mengurangkan tekanan darah tinggi. Namun, tidak semua cendawan selamat demikian oleh manusia. Hai ini demikian disebabkan terdapat juga cendawan yang beracun dan dapat memudaratkan kesihatan kerana mengandungi kadar toksik yang tinggi. 

          Kajian menunjukkan bahawa cendawan merupakan sumber yang kaya dengan antibiotik untuk melawan bakteria yang menjadi punca penyakit. Di samping itu, cendawan juga dapat meningkatkan sistem imunisasi dalam tubuh manusia. Satu penemuan penting tentang keistimewaan cendawan ialah kemampuannya dalam merawat penyakit kanser. Kajian juga menunjukkan bahawa cendawan mengandungi bahan aktif yang dikenali sebagai polisakarida yang menjadi penawar kepada penyakit kanser. Mereka yang mempunyai kadar kolesterol yang tinggi disarankan supaya menjadikan cendawan sebagai makanan harian kerana mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam tubuh badan. 

           Perusahaan cendawan yang berkembang pesat, seperti cendawan tumbuh selepas hujan sebaik-baiknya hendaklah seiring dengan kesedaran tentang manfaat pemakanan cendawan. Kemen-kempen dan promosi tentang kebaikan cendawan perlu diperluaskan oleh pelbagai pihak.  Pelbagai insentif kepada pengusaha penanaman cendawan juga penting untuk meningkatkan daya saing mereka.  Malah pasaran produk cendawan perlu diperluas sehingga ke peringkat antarabangsa agar perusahaan ini mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan perusahaan dan  produk tanaman yang lain.

 Dipetik daripada ‘Cendawan Kaya dengan Antibiotik’ oleh Wardah , Dewan Kosmik,  April 2011.

BAHAN 2 - GRAFIK 


Bahasa Melayu Latihan intensif menjelang SPM 2022 - Cg Maznah Musa

 

 Bahasa Melayu Latihan intensif menjelang SPM 2022

Berikan kata pemeri yang tepat:

1.     Masakan ini ______________ masakan ibu saya

2.     Kek ini _______________untuk ibu saya sempena hari lahirnya

3.     Cara saya menjimatkan wang_________dengan menabung

4.     Saya beri ibu wang ___________ melalui perbankan atas talian

5.     Alia _____________ anak tunggal dari keluarga yang sederhana

6.     Ayah saya _____________seorang  tentera

7.     Datuk saya pula _____________ bekas tentera yang bertugas di Sabah

8.     kegemaran saya pula _____________melukis

9.     Soalan anda __________________ sangat menarik.

Dalam petikan,terdapat 13 kesalahan bahasa.Senaraikan,betulkan kesalahan-kesalahan itu

            Dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) ialah pesawat tanpa juruterbang yang dikawal jauh oleh juruterbang, sama ada juruterbang ini berada di stesen kawalan atau UAV diterbangkan secara automatik berdasarkan penerbangan praprogram yang merancang oleh individu yang pakar atau terlatih sahaja. Belakangan ini, berupaya dron lebih terserlah setelah ditingkatkan perkakasan kemudahan rakaman. Lantaran itu, seiring dengan berkembang teknologi globalisasi pada hari ini, penggunaan dron menjadi pilihan pengkaji dalam pelaksanaan akitiviti penyelidikan dan pengurus perhutanan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dron dapat diubah suai daripada pelbagai aspek untuk dibantu memberikan hasil yang terbaik.

Aktiviti kumpulan maklumat lapangan dengan gunanya dron memerlukan perancangan kerja yang teliti kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. Bagi kawasan hutan yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti keadaan awan, cuaca dan faktor keliling perlu diambil kira. Dalam konteks ini, pihak Jabatan Perhutanan mengorak langkah dengan menggunakan dron untuk berlaku kerja pemantauan dan pengurusan hutan. Dron mampu gerakkan dengan jarak yang laju dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan. Oleh hal yang demikian, alat tersebut dapat  membantu jabatan ini pantaukan aktiviti kawasan hutan dengan lebih sistemkan dan berkesan. Sementara itu, penambahan kemudahan rakaman dalam bentuk audio - visual dibolehkan gambar kawasan hutan yang diambil, diolah menjadi data pelbagai guna seterusnya petambahkan nilai cerapan.

Dipetik  dan diubah suai daripada ‘Dron dalam Pengurusan Hutan’ oleh M. Izwan Ramlan Dewan Kosmik, Mac 2017

1________________  2___________________3_________________4___________________

5________________  6___________________7_________________8___________________

9________________  10__________________11________________12__________________

13________________

Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

   Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahu lah akan Kertala Sari datang itrr. Maka Kertala Sari pun berjalan ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.

   Maka Kertala Sari pun berdiri atas kepala Laksamana itu, katanya "Teririk bangkai pula aku ini!"

Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompai menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.Maka Laksamana pun berkata "Ceh, mati engkau olehku!"

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul DBP

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Lengkapkan peribahasa berikut:

1.   kalau asal benih yang _______________, jatuh ke laut menjadi ____________

2.   kalau bertepuk ________________ tangan tidak akan ________________

3.   kalau kail panjang ___________________, lautan dalam jangan ____________

4.   kalau tiada ada ____________________, masakan tempua bersarang __________

5.   Kalau tiada angin _____________________ masakan pohon ____________

6.   Kalau merenung ___________________ di langit jangan lupa ______________ di bumi

 

 

 

 

Bahasa Melayu Latihan intensif menjelang SPM 2022

NOVEL PANTAI KASIH & BIMASAKTI 

Huraikan nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari

Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah_________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Nilai kerjasama  seterusnya  ialah ____________________________________________________

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ .Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

manakala

Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd YusopAntara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah____________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.Nilai kerjasama seterusnya ialah  __________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

 

Soalan KBKK
1. Kumpulan anda diminta bekerjasama memujuk rakan anda yang sakit gigi untuk berjumpa doktor gigi. Bincangkan cara memujuk rakan anda yang degil dan   keras kepala itu.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Anda dan rakan tingkatan lima ingin membina kawasan ternakan burung di kawasan sekolah sebagai hadiah atau kenangan terindah untuk sekolah anda. Bincangkan cara untuk menjayakan projek itu dalam masa yang singkat

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Anda dan rakan-rakan amat menyayangi guru kelas tingkatan lima merangkap guru Bahasa Melayu anda yang banyak berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anda. Bincangkan cara anda sebagai pelajar untuk membalas jasa dan pengorbanan guru yang amat anda sayangi dan kagumi itu.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Latihan penyuntingan terkini - menjelang SPM 2022-23

 

Bahasa Melayu menjelang SPM 2022

Latihan Penyuntingan 1  Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Gariskan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. .             

Novel Pantai Kasih ceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa lalui pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya jadi doktor pakar bedah. Selepas  mehadapi kegagalan dalam perkahwinnya,  beliau akhirnya  menerima pelawaan   mentornya, Doktor Uwang agar sertainya di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawat Pantai Kasih.

       Sepanjang tugas di pusat rawatan tersebut,  fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi pesakit namun mereka  masih mampu untuk tungkus lumus menabung wang bagi dapatkan rawatan operasi daripada para pakar ubatan di pusat rawatan itu.  Anehnya,  yang kaya raya tidak ramai pula yang hadapi komplikasi yang serupa.  Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray milik salah seorang daripada pesakit.  Dari mata kasar, memang tiada yang aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya beritahu ada sesuatu yang tidak kena pada X-Ray itu. Hal ini membuatkan Raiha  tambah  tekan.


1.      _________________

2.      _________________

3.      _________________

4.      _________________

5.      _________________

6.      _________________

7.      _________________

8.      _________________

9.      _________________

10.   _________________

11.   _________________

12.   _________________

13.   _________________


Latihan Penyuntingan 2  Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. . 

Di samping itu, Raiha juga sering diganggu oleh gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan ingatkan dia pada kisah silamnya yang amat ngerikan  dan menyayat hati.    Bagaimanapun, oleh semangatnya yang kuat, dia teruskan juga juang dalam bidang ubatan.             

       Apabila beliau cuba luahkan perasaan tentang masalah itu kepada Doktor Uwang,  nyata mentornya itu agak tidak senang.  Padahal sebelum itu,  Doktor Uwang adalah  guru demonstrator dalam bidang anatominya dan ajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun bedahan.  Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama dalam spesifikasi ortopedik, di institusi tinggi tempatan dahulu. Selang berapa tahun kemudian, apabila beliau mulakan klinikal yearnya di sebuah hospital kerajaan,  pernah beberapa kali bantu Doktor Uwang dalam bilik pembedahan, selain kerap iringi lelaki itu ke ceramah-ceramah perubatan dan sebagainya. 


1.      _________________

2.      _________________

3.      _________________

4.      _________________

5.      _________________

6.      _________________

7.      _________________

8.      _________________

9.      _________________

10.   _________________

11.   _________________

12.   _________________

      13._________________


Latihan Penyuntingan 3:  Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Hatinya pernah tersangkut pada doktor kacak itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedar pun akan wujudannya.  Biar apa pun, ketika itu,  selain daripada sebagai mentor, Doktor Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.

Tetapi, apabila kerja di pusat rawatan mewah milik Doktor Uwang  dan ditugas untuk mengambil alih tugas bedah salah seorang pesakit yang hadapi komplikasi berulang-kali,  pandangannya terhadap doktor itu mula ubah.  Pelbagai tanda tanya, selubunginya. Dan peristiwa  aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor Uwang mengalami malangan di jalan yang hampiran dengan pusat rawatan itu.

     Biar apapun perasaannya,  sebagai seorang doktor yang profesional,  Raiha tentang jalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan guna peralatan yang dibeli khas oleh doktor itu sendiri.  Peralatan yang digunakan untuk pesakit-pesakit yang berpendapat sederhana.


1.      _________________

2.      _________________

3.      _________________

4.      _________________

5.      _________________

6.      _________________

7.      _________________

8.      _________________

9.      _________________

10.   _________________

11.   _________________

12.   _________________

13.   _________________

LATIHAN NOVEL : berasaskan novel berikut nyatakan satu peristiwa yang menimbulkan keinsafan. 1. Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin 2. Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

 

LATIHAN NOVEL : berasaskan novel berikut nyatakan satu peristiwa yang menimbulkan keinsafan.

1.      Novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin   2. Novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop

 

 

Peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam novel Pantai Kasih Karya Azmah Nordin ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha.Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat atau kekayaan.

 

   

 

 Peristiwa yang menimbulkan keinsafan dalam novel Bimasakti Menari Karya Sri Rahayu Mohd Yusop ialah peristiwa  Tan Sri Muhaimin membantu Muhammad Taufik menyelesaikan masalah kekurangan populasi kelip-kelip di Kuala Selangor.. Tan Sri Muhaimin telah membeli tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke Kampung Api-api seluas 50 hektar. Muhammad Taufik telah memagar anak sungai supaya kelip-kelip ada tempat untuk bersembunyi.Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca agar menjaga alam sekitar kerana Muhammad Taufik begitu serius memelihara populasi kelip-kelip agar tidak pupus.

Latihan Penyuntingan BM SPM 2022

 

Bahasa Melayu SPM 2022 – Sasaran A+ BM SPM

Latihan Penyuntingan 1: Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu

 

Remaja bersahsiah tinggi perlu mengamalkan etika dan berpersonaliti yang luhur. Mereka bukan sahaja perlu menpraktikan  ajaran agama malah tidak kekuk melakukan kerja-kerja amal. Namun, setengah remaja keliru  dan mengalami kecelaruan emosi sehingga melakukan perkara di luar jangkaan seperti menberuntak, mengengkari arahan ibubapa dan tidak mengamalkan ajaran agama. Mereka juga tidak suka melaku pekerjaan kebajikan seperti gotong-royong. Selain itu, remaja berakhlak terpuji perlu sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolakansur kerana kesejahteraan sosial sukar  di capai tanpa  sifat sedemikian. Malahan, jati diri yang mapan merupakan kraiteria yang tidak boleh dipinggirkan dalam membentuk sahsiyah tinggi seseorang remaja agar keharmuniyan dan perpaduan di kalangan rakyat dapat dikekalkan


1.___________________

2____________________

3.___________________

4.___________________

5.___________________

6.___________________

7.___________________

8.___________________

9.___________________

10.__________________

11.__________________

12.__________________

13.__________________


Latihan Penyuntingan 2: Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu

 

Tekanan perasaan perlu ditangani dengan segera untuk mengelakkan perkara yang lebih kotor berlaku terutamanya bagi para para pelajar. Pelajar perlu memahami Falsafah Pendidikan Negara yang mahu lahirkan  pelajar yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani, intelektual dan sosial. Oleh itu, mereka seharusnya belajar di dalam persekitaran yang menyeronokkan agar emosi mereka berkembang secara natural dan memenuhi keperluan mereka sebagai remaja. Pelajar juga perlu menjauhkan diri daripada perkara yang merosakkan emosi dan ketenangan. Seelok-elok nya pelajar harus mempunyai halatuju yang konsisten tentang masa depan mereka. Perkara sampingan yang mampu menjejaskan kesetabilan emosi seperti hubungan pribadi dengan rakan-rakan, masaalah keluarga, masalah dengan guru dan masalah keewangan  perlu ditangani dengan bijaksana kerana dikhuwatiri mampu menjejaskan tumpuan mereka terhadap peperiksaan.


1.___________________

2____________________

3.___________________

4.___________________

5.___________________

6.___________________

7.___________________

8.___________________

9.___________________

10.__________________

11.__________________

12.__________________

13.__________________


Latihan Penyuntingan 3: Petikan ini mengandungi tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu

 

Terdapat orang ramai yang gagal menguruskan sampah mereka dan tidak melupuskanya mengikut cara yang betul, sehingga menyebabkan berlakunya longgokkan sampah. Selain daripada itu, amalan penggunaan pingan mangkuk dan bungkusan pakai buang seperti polisterina dan plastik beg yang semakin berleluasa di masa ini turut menjadi penyumbang pada timbunan sampah sarap. Oleh itu, kerajaan seharusnya menguat kuasakan larangan penggunaan bahan ini kerana penguraiannya memakan masa yang sangat lama. Selain itu, terdapat juga setengah barangan dibungkus secara berlebih-lebihan untuk menarik minat pengguna. Namun demikian, tanpa disedari bahan pembungkussan barangan yang di buang begitu sahaja boleh menyebabkan timbunan sampah semakin bertambah. Masalah tersebut menjadi semakin serius bila terdapat pihak yang dipertanggungjawab untuk kutip dan melupuskan sampah tidak menjalankan tugas secara berkesan  


1.___________________

2____________________

3.___________________

4.___________________

5.___________________

6.___________________

7.___________________

8.___________________

9.___________________

10.__________________

11.__________________

12.__________________

13.__________________

soalan RUMUSAN format terkini

 

BAHAGIAN C [30 Markah] SOALAN 9 RUMUSAN Baca petikan dan teliti bahan grafik disertakan di bawah, kemudian, buat satu rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120 patah perkataan.

Bahan 1 - Petikan

     Setiap tahun, ribuan orang bergantung pada penerimaan darah dan produk darah yang disumbangkan untuk kekal hidup. Kecederaan dan penyakit tertentu boleh menyebabkan kadar darah seseorang menurun. Tanpa bekalan darah yang cukup, mereka tidak akan menerima oksigen yang mencukupi dalam badan yang seterusnya boleh mengakibatkan kematian. Umum mengetahui bahawa menderma darah membawa 1 001 manfaat. Malah, menderma darah bukan hanya memberi kelebihan kepada penerima tetapi juga faedah kesihatan kepada penderma, selain dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain.

      Menderma darah juga dapat mencegah hemochromatosis, iaitu penyerapan zat besi yang berlebihan oleh tubuh dan menurunkan risiko bagi serangan jantung sebanyak 88 peratus seperti kajian yang dilakukan oleh American Journal of Epidemiology. Melalui pendermaan darah, penderma dapat mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk. Hal ini demikian kerana para penderma akan menjalani analisis secara percuma bagi mengetahui tahap kesihatan dan jenis darah mereka. Penderma darah juga akan mendapat manfaat dari segi rawatan kesihatan seperti rawatan pesakit luar dan rawatan perubatan di hospital kerajaan. Bagi seseorang yang mengalami masalah berat badan berlebihan, inilah masanya untuk mengurangkan berat badan.

      Seterusnya, menderma darah juga dapat merangsang pengeluaran sel darah baharu yang seterusnya dapat membantu menjaga kesihatan anda. Sel darah merah banyak digunakan untuk pesakit yang memerlukan transfusi darah apabila berlaku pendarahan berlebihan seperti kemalangan, pembedahan

atau tumpah darah semasa bersalin. Sel darah merah juga diperlukan untuk transfusi darah secara berkala bagi pesakit talasemia, kanser, dan penyakit buah pinggang demi mengekalkan kualiti kehidupan yang baik.

      Masyarakat Malaysia sebenarnya sudah mempunyai kesedaran untuk berbuat demikian dari tahun ke tahun. Namun, masih ada yang ragu-ragu untuk menderma darah sedangkan banyak manfaat kesihatan yang bakal diperoleh. Ramai antaranya fobia dengan darah dan tidak kurang juga mempunyai tanggapan bahawa menderma darah boleh menggemukkan badan. Keadaan tersebut berlaku akibat kurangnya maklumat dan pengetahuan tentang manfaat menderma darah serta persepsi terpesong masyarakat yang berfikir mereka akan dapat jangkitan penyakit HIV dan hepatitis dengan  menderma darah.Tamsilnya, Pusat Darah Negara (PDN) akan terus bergiat aktif bagi menggalakkan dan memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya menderma darah.

Dipetik dan diubah suai daripada ‘Manfaat Derma Darah yang Anda Tak Tahu, Rugi Kalau Abaikan’ Sinarplus, sinarharian.com.my, Jun 2020

Bahan 2 - Poster

Sumber: Pusat Darah Negara

Jangan Tiru