
NOTA EKSKLUSIF NOTA EKSKLUSIF NOVEL PANTAI KASIH & BIMASAKTI


Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel yang anda kaji.
Soalan 4 (Novel) analisis percubaan SPM negeri-negeri 2019
BIL
|
TAJUK
|
NEGERI/DAERAH/SEKOLAH
|
1
|
Latar Masyarakat
|
|
2
|
Persoalan
|
Pahang, Sarawak
|
3
|
Watak Utama
|
Perlis
|
4
|
Pengakhiran peristiwa
(Peleraian)
|
Kelantan, Melaka, MRSM
|
5
|
Permulaan Novel
|
|
6
|
Pengajaran
|
Kelantan, Perlis, Terengganu
3
|
7
|
Peristiwa klimaks
|
Sabah
|
8
|
Nilai
|
Johor, Sabah, SBP
|
9
|
Latar tempat
|
Melaka, MRSM, N.9, Pulau
Pinang, Selangor 1, YIK
|
10
|
Kepincangan masyarakat
|
Pulau Pinang
|
11
|
Peristiwa
teladan/keinsafan/kesedaran
|
Negeri Sembilan, Pahang, SBP
|
12
|
Watak utama
|
YIK
|
13
|
Teknik pemerian
|
Selangor 1
|
14
|
Saspens
|
Sarawak, Terengganu 3
|
15
|
Latar Masa
|
|
16
|
Tema
|
Johor
|

Soalan 4 A : TEMA NOVEL PANTAI KASIH
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Tema novel ini adalah tentang ketabahan seorang wanita menghadapi pelbagai
cabaran dan rintangan dalam hidupnya.
Bukti yang pertama ialah peristiwa ketabahan
seorang ibu dalam menghadapikekurangan fizikal anaknya. Raiha tabah menghadapi
kekurangan fizikal anak perempuan tunggalnya yang merupakan seorang anak
istimewa. Sejak mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta
agar kandungan itu digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut
walaupun mendapat tentangan daripada suaminya. Doktor Sadiz turut meminta agar
Ayu dihantar ke asrama yang mengasuh anak istimewa, namun Raiha bertegas untuk
memelihara sendiri dan menghabiskan masa dengan anaknya itu. Kedegilan Raiha
menyebabkan suaminya berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh
Raiha untuk melarikan diri bersama-sama Rohayu.
Bukti yang kedua ialah peristiwa ketabahan seorang
isteri dalam menghadapi kegagalan rumah tangga. Raiha tabah menghadapi kegagalan
rumah tangga dengan Doktor Sadiz. Doktor Sadiz marah kerana Raiha lebih memberi perhatian terhadap anaknya apabila sudah dilahirkan. Kejadian kematian anaknya
akibat disambar api kereta mewah yang sedang marak merupakan kemuncak kemarahan
suaminya. Doktor Sadiz menang dalam kes kematian Ayu kerana saksi utama tidak
muncul dalam perbicaraan di mahkamah keluarga. Doktor Sadiz melafazkan bahawa
dia tidak akan melepaskan Raiha melainkan meninggalkannya gantung tiada bertali
sepanjang hayatnya.

Soalan 4 B : TEMA NOVEL BIMASAKTI MENARI
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop.
Tema novel ini adalah tentang kegigihan anak muda dalam usaha melestarikan alam
sekitar.
Bukti yang pertama ialah kegigihan anak muda
memulihkan populasi kelip- kelip. Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman
telah bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka cuba
memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala
Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Misalnya, Muhammad Taufik memagar
anak sungai supaya kelip-kelip mempunyai tempat untuk bersembunyi. Nurul Hafsa
pula menjalankan projek menjadikan Kuala Selangor sebagai Kawasan Langit Gelap
untuk mengembalikan populasi kelip-kelip dan kegemilangan Kuala Selangor
sebagai pusat kajian falak yang terkenal.
Bukti yang kedua ialah kegigihan anak muda
untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap projek mereka. Nurul Hafsa,
Muhammad Taufik dan Budiman gigih mendapatkan sokongan pihak kerajaan terhadap
projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama di Asia Tenggara. Nurul Hafsa
membentangkan Rancangan Projek Kawasan Simpan Langit Gelap di hadapan Menteri
Besar. Hasil kegigihan mereka, Menteri Besar menyokong projek tersebut dan
berharap agar kontraktor yang dipilih mampu menyediakan lampu seperti yang
dikehendaki.

Peristiwa tentang nilai kasih sayang dalam novel yang anda kaji.
SOALAN 4 B : PANTAI
KASIH & BIMASAKTI MENARI
Peristiwa tentang
nilai kasih sayang dalam novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin , ialah peristiwa
kasih sayang bapa terhadap anak, Raiha. Ayah Doktor Raiha menyayanginya apabila
dia menasihati Doktor Raiha supaya tidak memilih Doktor Sadiz sebagai suaminya
kerana Doktor Sadiz merupakan seorang yang angkuh dan telah berumur. Raiha yang
tetap berdegil dengan keputusannya telah menerima lamaran Doktor Sadiz seorang
Pakar Perunding Pembedahan yang merupakan seorang duda beranak dua yang usianya
lebih tua daripada usia bapa Raiha. Ayah Doktor Raiha mengingatkan Doktor Raiha agar tidak
menyesal dengan keputusan yang dibuatnya nanti.
manakala
Peristiwa tentang
nilai kasih sayang dalam novel Bimasakti Menari karya Sri Rahayu ialah peristiwa kasih sayang
Maryam Wickham terhadap anak, Muhammad Taufik. Maryam Wickham Abdullah begitu
menyayangi anaknya, Muhammad Taufik. Maryam Wickham meluahkan perasaan sayang
dan rindunya kepada Muhammad Taufik semasa dia datang ke rumah Muhammad Taufik.
Maryam Wickham juga mengambil berat tentang projek Ikhtiar Teknoalam yang diusahakan
oleh anaknya. Ikhtiar Teknoalam ialah sebuah projek pembinaan rumah mesra alam
untuk tujuan komersial yang sedang diusahakan oleh Muhammad Taufik. Walaupun dipisahkan
oleh benua dan lautan, Maryam Wickham dan Muhammad Taufik mempunyai minat yang
sama.
Kesimpulannya, terdapat
pelbagai peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang dalam kedua-dua buah novel.
Huraikan
nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari
NILAI KERJASAMA
Novel
yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara
nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah kerjasama antara doktor
bedah dan jururawat mengendalikan proses pembedahan di bilik
bedah Pusat Rawatan Pantai Kasih. Nilai kerjasama seterusnya ialah
Doktor Uwang dan doktor-doktor lain bekerjasama menghadapi penceroboh pusat
rawatan yang menyamar sebagai doktor. Penceroboh itu berjaya diperdaya oleh
Raiha dengan kerjasama Ibu Unong Siron yang secara kebetulan
mengenali pemuda berusia dua puluhan yang pernah menjadi bekas penuntut bidang
perubatan .Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel ini
manakala
Novel
yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop. Antara nilai kerjasama yang terdapat dalam
novel ini ialah Nurul Hafsa, Muhammad Taufik dan Budiman telah bekerjasama
bersatu hati dalam berjuang untuk melestarikan alam sekitar. Mereka sama-sama
cuba memulihkan populasi kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di
Kuala Selangor sebagai kawasan mencerap bintang. Nilai
kerjasama seterusnya ialah Puan Wickham tetap memberi
kerjasama mengambil berat tentang projek Ikhtiar TeknoAlam yang diusahakan
anaknya Muhammad Taufik walaupun mereka jarang-jarang dan sukar untuk bertemu. Nilai
kerjasama selanjutnya ialah Budiman
dan adiknya sama-sama prihatin bekerjasama mencari penyelesaian terhadap
pencemaran cahaya yang berlaku di Kuala Selangor dan mereka berazam
untuk menyelamatkan Kuala Selangor daripada pencemaran akibat pembangunan yang
tidak terancang. Kesimpulannya memang terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

Bincangkan cabaran yang dihadapi
oleh watak utama dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari
Novel
yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak
cabaran dilalui oleh watak utama. Antara cabaran yang
dihadapi oleh watak utama dalam novel ini ialah Raiha yang bersedia
menempuh cabaran belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti
ayahnya. Walaupun cita-citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan
seorang pakar bedah, namun atas kesediaannya mengharungi pelbagai cabaran telah
menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan
Pantai Kasih. Cabaran selanjutnya ialah Raiha dan pihak
hospital menghadapi cabaran diceroboh oleh penceroboh pusat rawatan
yang menyamar sebagai doktor. Keadaan itu berlaku sebanyak dua kali dan
berakhir apabila penceroboh itu berjaya diperdaya oleh Raiha dengan bantuan Ibu
Unong Siron yang secara kebetulan mengenali pemuda berusia dua puluhan yang
pernah menjadi bekas penuntut bidang perubatan. Kesimpulannya banyak cabaran
dilalui oleh watak utama dalam novel ini
manakala
Novel
yang saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd
Yusop. Terdapat banyak cabaran dilalui oleh watak utama.Antara cabaran Nurul Hafsa ialah beliau melalui hari pertamanya
bekerja sebagai Pegawai Sains di Balai Cerap Sultan Salahuddin, Kuala Selangor.
Sekumpulan pengunjung yang terdiri daripada kumpulan murid dan guru pengiring
dari Jepun hadir ke balai cerap tersebut untuk melihat buruj Orion
atau buruj Belantik dengan mata kasar, tanpa sebarang bantuan alat pencerap.
Malangnya, Nurul Hafsa telah menghadapi cabaran di luar jangkaannya apabila
langit pada malam tersebut yang sepatutnya telah benar-benar gelap tetap
cerah. Nurul Hafsa akhirnya telah mengambil langkah bijak bagi menyelesaikan
masalah tersebut dengan mengemukakan hujah yang dapat diterima oleh kumpulan
pengunjung tersebut. . Cabaran
watak utama selanjutnya ialah beliau cuba memulihkan populasi
kelip-kelip dan mengembalikan kegelapan langit di Kuala Selangor sebagai
kawasan mencerap bintang. Nurul Hafsa meredah
cabaran untuk mendapatkan sokongan pihak kerajaan
terhadap usaha merealisasikan projek Kawasan Simpan Langit Gelap yang pertama
di Asia Tenggara. Kesimpulannya banyak cabaran dilalui oleh watak utama dalam novel
ini

soalan percubaan
BM 2 Negeri Terengganu
Terdapat
pelbagai peristiwa menarik dipaparkan dalam sesebuah novel. Berdasarkan
dua buah novel yang anda kaji, huraikan dua peristiwa paling menarik yang
terdapat dalam setiap novel tersebut dan kemudian jelaskan sebab anda
berpendapat demikian. l8 ml
Novel
yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin.
Peristiwa menarik dan sebab dikatakan menarik dalam Novel Pantai Kasih,
ialah Peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan sebab Unong Siron mengalami
komplikasi selepas setiap kali pembedahan dilakukan terhadapnya
sehingga Doktor Uwang yang melakukan pembedahan tersebut berasa tercabar.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana seorang murid berani mempertikaikan
kewibawaan mentornya. Pembaca ingin tahu punca Unong Siron mengalami komplikasi
yang sama walaupun telah menjalani pembedahan di tempat yang sama sebanyak lima
kali olen Doktor Uwang, seorang pakar bedah terkenal. Peristiwa
menarik seterusnya ialah, Peristiwa ketika Doktor Raiha
melarikan anaknya Rahayu sehari sebelum anak itu ingin dihantar
ke pusat rawatan pemulihan untuk anak-anak sindrom down oleh suaminya.
Peristiwa ini dianggap menarik kerana memperlihatkan perasaan kasih sayang
seorang ibu terhadap anaknya. Doktor Raiha tetap ingin menjaga anaknya itu
walaupun anaknya cacat kerana menghidap sindrom down. Kesimpulannya,
peristiwa ini memang menarik bagi saya
Manakala
Novel yang
saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Peristiwa menarik dan sebab
dikatakan menarik dalam Novel Bimasakti Menari ialah peristiwa Nurul
Hafsa berjanji akan memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai
tempat pencerap bintang, amatur dan profesional walaupun Puan Wickharn
rnengatakan janji tersebut
amat sukar dikotakan. Peristiwa ini menarik
kerana memperlihatkan keazaman dan keyakinan seorang pekerja
terhadap tugasnya-. Pembaca jadi ingin tahu cara Nurul Hafsa
berusaha memulihkan kembali Kuala Selangor sebagai pusat
pencerapan bintang amatur dan profesional. Peristiwa menarik yang
seterusnya ialah Peristiwa Muhammad Taufik bersetuju mengikut
arahan penculik supaya pergi ke stesen PETRONAS pada
pukul 8.30 pagi, hari Jumaat. Peristiwa ini saya anggap
menarik kerana memperlihatkan sikap bertanggungjawab dan prihatin seorang rakan
terhadap rakannya yang dalam kesusahan. Sebagai seorang rakan, Muhammad Taufik
rela berkorban nyawa demi menyelamatkan rakannya, Nurul Hafsa yang sedang
dijadikan tebusan oleh penculik. Pembaca juga ingin tahu nasib yang akan
menimpa Muhammad Taufik dan Nurul Hafsa kesan daripada peristiwa itu. Kesimpulannya,
peristiwa ini memang menarik bagi saya

Soalan 4: Novel - Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut
(i) Pantai Kasih karya Azmah
Nordin
{ii) Bimasakti Menari karya Sri
Rahayu binti Mohd Yusop
(a) Berdasarkan sebuah novel yang
anda pelajari, jelaskan dua nilai kemasyarakatan yang terdapat dalam novel
tersebut. (7 m]
Novel
yang saya kaji ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Nilai
kemasyarakatan yang terdapat dalam Novel Pantai
Kasih ialah nilai tanggungiawab,
contohnya Doktor Raiha berusaha untuk memastikan setiap
operasi pembedahan yang dilakukannya akan memuaskan hati semua pihak yang
terlibat. Doktor Raiha jua memeriksa Unong Siron setelah menjalani
pembedahan bagi memastikan tahap kesihatan gadis itu memuaskan. Nilai
kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai keprihatinan contohnya,Doktor
Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong Siron. Baginya pembedahan
sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah lagi doktor yang melakukan
pembedahan tersebut adalah doktor pakar yang bukan calang-calang. Contoh
selanjutnya Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia masih
belum memiliki kenderaan sendiri. Kesimpulannya memang terdapat banyak nilai
kemasyarakatan dalam novel ini
Manakala
Novel yang
saya kaji ialah Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop nilai
kemasyarakatan yang terdapat dalam novel Bimasakti Menari ialah nilai
tanggungjawab , contohnya Budiman sentiasa menyokong usaha adiknya, Nurul
Hafsa mengatasi pencemaran cahaya di Kuala Selangor dan sentiasa menemani Nurul
Hafsa mencerap kehadiran kelip-kelip bersama-sama Muhammad Taufik di Kampung
Kuantan. Nilai kemasyarakatan yang seterusnya ialah nilai
kasih-sayang atau penyayang contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan
keselamatan Muhammad Taufik dan sentiasa mengikuti perkembangan kesihatannya.
Muhammad Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai
isteri. Kesimpulannya memang terdapat banyak nilai kemasyarakatan
dalam novel ini.

Soalan
Novel BM kertas 2 percubaan SPM negeri Terengganu
4(a)
Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat
penyayang yang terdapat dalam novel tersebut. [ 7 markah ]
(a) Novel yang saya kaji
ialah Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Latar masyarakat
penyayang yang terdapat dalam novel ini ialah masyarakat
yang sayang akan anak / ahli keluarga ( Masyarakat yang menyayangi anak / ahli keluarga )
contohnya, Doktor Raiha membesarkan Rohayu dengan penuh kasih sayang dan
melarikan diri bersama anaknya, Rohayu kerana tidak sanggup berpisah dengan
anaknya itu yang akan dihantar ke Pusat Rawatan untuk kanak-kanak sindrom Down.contohnya
lagi, Ibu Unong Siron menghantar anaknya ke PRPK supaya dia mendapat
rawatan yang terbaik dan sentiasa berada di sisi Unong Siron sepanjang mendapat
rawatan di situ. Contoh seterusnya Ayah Doktor Raiha
menasihatinya agar tidak berkahwin dengan Doktor Sadiz yang sombong dan lebih
tua daripadanya kerana yakin perkahwinan tersebut tidak akan membawa
kebahagiaan.Seterusnya terdapat Masyarakat yang sayang akan rakan contohnya Doktor Raiha sering
menegur dan memberi nasihat kepada Felicia Landosi menghadapi masalah peribadi
dan kemurungan. Doktor Raiha juga memaafkan kesalahan Felicia yang terlibat
secara tidak langsung dalam tragedi yang menjadi punca kematian Ayu apabila
Felicia telah sedar daninsaf akan kesilapan yang dilakukannya. contoh
selanjutnya, Doktor Raiha menumpangkan Felicia Landosi ketika Felicia
masih belum memiliki kenderaan sendiri dan sedia memaafkan kesalahan Felicia
yang terlibat dalam tragedi kematian Ayu.. Kesimpulannya terdapat
banyak latar masyarakat penyayang dalam novel ini
Novel
Bimasakti Menari
Novel yang saya kaji ialah Bimasakti
Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Latar masyarakat penyayang yang terdapat dalam
novel tersebut ialah Masyarakat yang sayang akan ibu bapa ( Masyarakat yang menyayangi ibu
bapa ) contohnya Muhammad Taufik mempelawa ibunya, Maryam Wickham
Abdulah tidur di rumahnya ketika ibunya datang ke Malaysia kerana sudah lama
mereka tidak bersua. Muhammad Taufik juga berusaha menyatukan ibu bapanya
semula. Seterusnya, Nurul Hafsa akan membina stor untuk ayahnya
apabila mendapat gaji pertama supaya peralatan berkebun ayahnya tidak dicuri
orang.Di samping itu terdapat Masyarakat yang sayang
akan rakan Muhammad
Taufik sayang akan Nurul Hafsa dan ingin menyuntingnya sebagai isteri. · contohnya, Nurul Hafsa bimbang akan
keselamatan Muhammad Taufik yang dipukul dan diculik oleh penjenayah upahan
Dato’ Johann Arlington-Majid dan sentiasa mengikuti perkembangan
kesihatannya. Seterusnya terdapat Masyarakat yang sayang akan
adik-beradik / ahli keluarga Budiman juga menemani Nurul Hafsa mengambil data populasi
kelip-kelip sehingga pukul 10.00 di kawasan jeti milik Muhammad Taufik. Budiman
mengambil tindakan tersebut kerana sayang akan adiknya, Nurul Hafsa.· contohnya Budiman sentiasa menemani
adiknya, Nurul Hafsa ketika adiknya mengadakan perbincangan dengan Muhammad
Taufik tentang projek Kawasan Simpanan Langit Gelap Kuala Selangor di Bilik
Tutorial Perpustakaan Awam Sultan Sharafuddin,.
Selanjutnya
terdapat . Masyarakat yang sayang akan anak-anak contohnya Puan Wickham
memberitahu Muhammad Taufik bahawa dia amat menyayangi dan merindui anaknya itu
ketika mereka berjumpa di Balai Cerap Sultan Salahuddin. Beliau menerima
pelawaan Muhammad Taufik agar bermalam di rumahnya dan sempat memasak makanan
tengah hari untuk anaknya itu Contohnya lagi,Tan Sri Muhaimin
sentiasa memenuhi kehendak dan keperluan anak tunggalnya, Muhammad Taufik.
Beliau menyokong usaha Muhammad Taufik mengekalkan populasi kelip-kelip dan
membina rumah prototaip mesra alam, iaitu Ikhtiar Teknoalam. Contoh
seterusnya ialah, Haji Yassir memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang
meminta menemaninya pergi ke jeti bagi menaiki bot menyusuri sungai untuk
melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan.Kesimpulannya terdapat
banyak latar masyarakat penyayang dalam novel ini

4(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang
mencetuskan saspens kepada anda dalam setiap novel tersebut dan nyatakan alasan
anda. [ 8 markah ]
Novel yang saya kaji ialah
Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat banyak peristiwa saspens dalam
novel ini, Antara peristiwa yang mencetuskan saspens dalam novel ini ialah
peristiwa Saya
tertanya-tanya tentang punca kematian sebenar anak Doktor Raiha, iaitu Rohayu
binti Sadiz. Saya ingin tahu orang yang menjadi punca utama dalam kejadian yang
mengorbankan anak kesayangan Doktor Raiha.·Doktor Raiha sering mendengar bisikan dan suara-suara aneh
yang menghantuinya siang dan malam selepas kejadian tragis kematian Rohayu,
anak tunggal kesayangannya.
Peristiwa saspens seterusnya ialah apabila Saya
tertanya-tanya perbuatan yang telah Doktor Sadiz lakukan terhadap Doktor Raiha
apabila Doktor Raiha akhirnya mengerti sebab bapanya menghalang perkahwinannya
dengan Doktor Sadiz dahulu.·Ayah Doktor Raiha bersungguh-sungguh membantah hasrat Doktor Raiha
ingin menjadi pakar bedah dan berkahwin dengan Doktor Sadiz.
Peristiwa saspens yang lain ialah Saya berasa
saspens tentang nasib Felicia memandangkan pada masa itu dia juga berada dalam
keadaan khayal akibat minum ubat batuk berlebihan. ·ketika Felicia ditahan oleh penceroboh
yang menyamar sebagai doktor di Pusat Rawatan Pantai Kasih sehingga mencetuskan
rasa panik dalam kalangan kakitangan pusat rawatan tersebut. Kesimpulannya memang terdapat peristiwa saspens
dalam novel ini
Manakala
Novel yang saya kaji
ialah, Bimasakti MenariTerdapat banyak peristiwa saspens
dalam novel ini, Antara
peristiwa yang mencetuskan saspens dalam novel ini ialah peristiwa ·pengemudi bot sukar memenuhi permintaan Nurul Hafsa yang gagal
melihat kerlipan kelip-kelip secara sinkronasi agar mereka menyusur cabang
sungai dan mendekati mulut anak sungai yang gelap milik individu serta menjadi
kawasan larangan. Saya tertanya-tanya tentang rahsia di sebalik
mulut anak sungai yang gelap dan penuh misteri itu.
Peristiwa saspens selanjutnya ialah Saya
tertanya-tanya perkara yang dibincangkan oleh mereka sehingga mereka bercakap
perlahan.·ketika Nurul
Hafsa melihat ayahnya bercakap perlahan dengan Tan Sri Muhaimin di satu sudut
seperti membincangkan perkara yang amat sulit.
Di samping itu terdapat peristiwa yang menyebabkan saya tertanya-tanya perkara yang mungkin
akan terjadi kepada mereka. iaitu · peristiwa saspens, Budiman dipukul hingga
tergelimpang ke tanah dan Nurul Hafsa dilarikan oleh tiga orang lelaki dengan
kepalanya disarung kain gelap ketika mereka membuat pencerapan kelip-kelip di
jeti Kampung Kuantan.Kesimpulannya memang terdapat peristiwa saspens dalam
novel ini

ANALISIS
MENGIKUT FOKUS SOALAN (JUN & NOV) Untuk
penilaian semua guru BM & semua calon BM SPM
Jun 2016
(a) Dalam setiap novel
terdapat peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Berdasarkan dua
peristiwa dalam sebuah novel yang telah anda pelajari, jelaskan sebab
peristiwa-peristiwa itu menyentuh perasaan anda. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah
novel yang anda kaji, jelaskan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam
watak sampingan bagi setiap novel. (8m)
Nov. 2016
(a) Salah satu nilai yang
terdapat dalam novel yang anda kaji ialah nilai
tanggungjawab. Jelaskan dua peristiwa yang menggambarkan nilai
tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua
buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar masabagi setiap
novel tersebut. (8m)
Jun 2017
(a) Tulis sinopsis
sebuah novel yang telah anda pelajari (7m)
(b) Berdasarkan sebuah
novel yang anda pelajari, huraikan dua cabaran yang dihadapi
oleh watak yang telah ditetapkan (watak utama). (8m)
Nov. 2017
(a) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam
sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari,
huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat menimbulkan perasaan simpati
pennbaca.(8m)
Jun 2018
(a) Jelaskan dua contoh peristiwa
persoalan yang menunjukkan nilai ketabahan yang terdapat dalam
sebuah novel yang anda pelajari. (7m)
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji,
huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang pada pendapat anda dapat dijadikan panduan hidup.(8m)
Kepada guru-guru BM & pelajar yang mengikuti blog saya ini, harap dapat jadi follower blog. Tekan follow di sudut atas, kanan, artikel. Semangat sikit saya, kalau follower ramai. Sekarang follower tak sampai 50 orang.( alhamdulillah pengunjung blog ni ramai) klik ya klik follow........! cg Maznah.
mohon keizinan tuan untuk saya kongsi bahan tuan kepada pelajar saya.Terima kasih.
BalasPadamBolehh
Padammohon izin tuan utk saya gunakan bahan ini bagi-pelajar saya
BalasPadamnota yang baik
BalasPadamnota yang baik...minta dicetak, terima kasih
BalasPadammohon izin utk gunakan bahan ini
BalasPadambagus
BalasPadamgood
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamtq
BalasPadamtq
BalasPadammohon izin tuan untuk saya kongsikan bahan ini kepada pelajar saya. terima kasih
BalasPadamgood
BalasPadam👍🏻👍🏻👍🏻
BalasPadamminta izin untuk print
BalasPadamTerima kasih
BalasPadammohon share pada saya
BalasPadammohon izin share
BalasPadamthank you
BalasPadammohon izin untuk print
BalasPadamtq
BalasPadamterbaik
BalasPadamassalam. mohon izin unutk cetak. Terima kasih
BalasPadam