Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Isnin, 21 Ogos 2017

BAHASA MELAYU TATABAHASA SPM POLA AYAT DASAR (AYAT INTI) : FN + FN, FN+ FK, FN+FA, FN+FS & PERIBAHASA MELAYU


BAHASA MELAYU TATABAHASA SPM
KENAL PASTI POLA AYAT DASAR (AYAT INTI) : FN + FN, FN+ FK, FN+FA, FN+FS
Bincang bersama-sama guru bahasa
1.       Saya amat sayang akan keluarga saya
2.       Saya   sedang belajar bahasa Perancis
3.       Saya seorang mahasiswi
4.       Abang saya seorang penuntut Universiti Malaya
5.       Dia sedang belajar di fakulti Undang-undang
6.       Kakak saya yang sulung sedang bekerja
7.       Kakak saya bekerja di Putrajaya
8.       Kakak saya yang kedua  baru sahaja menamatkan pengajiannya
9.       Kakak saya menamatkan pengajian Doktor Persuratannya di UTP
10.   Kakak saya bekerja sebagai pensyarah fakulti kimia.
11.   Kakak saya memelihara kucing
12.   Kucing itu di dalam sangkar
13.   Kakak membancuh kopi
14.   Sudu itu untuk membancuh kopi
15.   Warna biru warna kegemaran ibu.
16.   Ibu saya sedang mengemas rumah
17.   Ibu saya suka menanam pokok bunga
18.   Pokok-pokok bunga tumbuh merimbun di halaman rumah.
19.   Bapa saya pergi ke masjid
20.   Bapa saya solat setiap waktu di masjid
21.   Masjid itu terletak berhampiran rumah saya
22.   Masjid itu berwarna biru
23.   Ayah pulang lewat dari masjid
24.   Ayah suka berbual-bual dengan rakan masjidnya selepas solat
25.   Rumah saya rumah batu
26.   Rumah saya kecil sahaja.
27.   Rumah itu untuk keluarga saya
28.   Keluarga saya sangat penyayang
29.   Saya mendengar nasihat ibu saya
30.   Nasihat itu  daripada ibu saya
31.   Ibu saya suka berbual tentang bunga-bungaan
32.   Hadiah itu untuk saya
33.   Hadiah itu sungguh besar
34.   Suara itu suara ayah saya
35.   Ayah baru balik dari masjid
36.   Ayah tersenyum disambut oleh adik
37.   Adik membonceng motosikal ayah
38.   Ayah membawa adik dengan motosikal ke Bandar
39.   Adik membeli sekeping pizza
40.   Pizza itu sangat sedap dan lazat.
41.   Ayah membayar harga pizza
42.   Penjual pizza mengucapkan terima kasih
43.   Harga pizza itu sangat murah harganya
44.   Ibu tidak suka makan pizza
45.   Ayah dan adik pulang ke rumah
  
PERIBAHASA, SIMPULAN BAHASA
Carilah  maksud peribahasa bersama-sama guru.                      

Ada udang di sebalik batu  Maksud:
Air dicencang takkan putus  Maksud:
Anak buah  Maksud :
Anak dagang Maksud :
Anak emas  Maksud :
Atas pagar  Maksud :
Ayam tambatan Maksud:
Bagai aur dengan tebing Maksud :
Bagai bertih direndang Maksud:
Bagai bulan dipagar bintang Maksud :
Bagai buluh ditarik songsang Maksud :
Bagai ikan pulang ke lubuk  Maksud :
Bagai kaca terhempas ke batu  Maksud :
Bagai menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak  Maksud:
Bak cendawan tumbuh selepas hujan  Maksud :
Batu penghalang  Maksud :
Bau-bau  bacang  Maksud:
Belakang parang diasah lagikan tajam  Maksud :
Belanda minta tanah  Maksud:
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud :
Berganti tikar  Maksud :
Beri betis hendak paha   Maksud :
Berkerat rotan berpatah arang Maksud:
Bermuka dua  Maksud :
Bersaksi ke lutut   Maksud :
Bertemu buku dengan ruas   Maksud :
Bertikam lidah  Maksud :
Biar mati anak, jangan mati adat  Maksud :
Biar pecah di perut jangan pecah di mulut   Maksud:
Biar putih tulang jangan putih mata  Maksud:
Biar titik jangan tumpah  Maksud:
Bidan terjun   Maksud:
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat  Maksud :
Buruk siku  Maksud :
Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua  Maksud :
Cubit paha kiri paha kanan terasa Maksud:
Darah daging  Maksud :
Di mana ada gula di situ ada semut Maksud:
Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud :
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi  Maksud :
Duri dalam daging  Maksud:
Enggang lalu ranting patah Maksud
Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah Maksud:
Genggam bara api  biar sampai jadi arang  Maksud :
Gergaji dua mata   Maksud:
Gunung sama didaki, lurah sama dituruni Maksud :
Hanya jauhari mengenal manikam  Maksud :
Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah  Maksud :
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua  Maksud :
Indah khabar daripada rupa  Maksud :
Itik pulang petang   Maksud :
Jong pecah Yu kenyang  Maksud :
Kacang lupakan kulit  Maksud :
Kaduk naik junjung  Maksud:
Kain basah kering di pinggang  Maksud:
Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga Maksud :
Kalau takut dilanda badai, jangan berumah di tepi pantai  Maksud :
Kalau tiada ada berada, masakan tempua bersarang rendah  Maksud :
Kalau tiada angin bertiup masakan pohon bergoyang  Maksud :
Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud :
Kilas ikan di air tahu jantan, betina   Maksud:
Laut yang tenang jangan disangka tiada buaya  Maksud:
Lembu punya susu sapi punya nama  Maksud :
Lintah darat Maksud :
Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud :
Melentur buluh biarlah dari rebungnya  Maksud :
Meludah ke langit terpercik ke muka sendiri  Maksud:
Membuka pekung di dada   Maksud:
Memerah otak   Maksud :
Menahan jerat di pergentingan Maksud :
Menanam tebu di bibir mulut  Maksud :
Menangguk di air keruh  Maksud :
Mencari jalan   Maksud :
Mencurah air ke daun keladi    Maksud :
Mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan Maksud:
Mengajar itik berenang Maksud :
Menunggu bulan jatuh ke riba  Maksud:
Orang lain makan nangka orang lain mendapat getahnya Maksud:
Pasang telinga Maksud:
Pelanduk dua serupa  Maksud:
Perahu sudah di air Maksud:
Rendah hati Maksud :
Rumah siap pahat berbunyi    Maksud:
Sarang tebuan jangan dijolok Maksud :
Sediakan payung sebelum hujan  Maksud :
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain  Maksud :
Seperti api dalam sekam Maksud :
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul  Maksud :
Seperti lembu dicucuk hidung Maksud :
Seperti tikus membaiki labu   Maksud :
Siapa makan lada dia terasa pedasnya  Maksud :
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas  Maksud :
Tangan kosong Maksud :
Terang hati  Maksud :
Terang-terang tanah  Maksud :
Tuan rumah Maksud :
Tulang Belakang  Maksud :
Ular menyusur akar takkan hilang bisanya  Maksud :
Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud :
Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing  Maksud :
Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud :
Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud :
Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : 



<s


Bahasa Melayu SPM- tajuk-tajuk karangan boleh dijadikan bahan perbincangan guru dan pelajar

Bahasa Melayu SPM- tajuk-tajuk karangan boleh dijadikan bahan perbincangan guru dan pelajar
Tajuk untuk KARANGAN A (SPM)
1. Kebaikan  perniagaan dalam talian
2. Faedah amalan membaca
3.Kepentingan perhimpunan pagi(perhimpunan rasmi) di sekolah
4. Faedah berniaga secara kecil-kecilan
5. Cara menghadapi kenaikan harga barang

6  Faedah membawa bekal ke sekolah Bincangkan
7 Ciri-ciri pusat sumber sekolah idaman pelajar
TAJUK-TAJUK POPULAR KARANGAN B (spm)

Soalan 1: Diri sendiri

1. Ciri-ciri sebuah koperasi sekolah
2.Kepentingan kemudahan asas sekolah
3. Peranan ibu bapa dalam mengggalakkan anak-anak membaca

4 Tanggungjawab  pengawas sekolah
4. Kepentingan disiplin kepada pelajar Bincangkan
5. Kesan-kesan amalan makan makanan segera. Huraikan
6 Keluarga saya keluarga bahagia. Ciri-ciri keluarga bahagia yang saya maksudkan ialah...
7. Remaja hari ini ’ 24 jam mengadap computer’. Bincangkan cara-cara ibu bapa menangani gejala ‘ketagihan komputer’ dalam diri anak--anak
Soalan 2 : Keluarga
1. Huraikan peranan ibu dalam membentuk amalan gaya hidup sihat dalam kehidupan berkeluarga
 2. Tugas dan tanggungjawab ibu bapa dalam memastikan anak-anak sentiasa berdisiplin dan mematuhi disiplin
3. Peranan ibu bapa dalam menyemai semangat patriotic dalam kalangan ahli keluarga. Bincangkan
4. Menabung dapat mengukuhkan ekonomi keluarga. Bincangkan
5. Peranan dan tanggungjawab ahli keluarga memastikan rumah sentiasa bersih.
6. Menghapuskan ‘serangan’ lalat. Lipas dan tikus di rumah merupakan tanggungjawab setiap ahli keluarga. Bincangkan apakah yang sepatutnya dilakukan oleh anggota keluarga
7. Bagaimana menjadikan amalan pemakanan seimbang sebagai amalan keluarga.
8. Usaha setiap ahli keluarga dalam membendung kenaikan harga barang.
9. Persediaan seisi keluarga menghadapi bencana banjir
10.  Bincangkan cara-cara anak-anak menceriakan hati dan perasaan seorang ibu.

Soalan 3 : Masyarakat / Negara
1. Langkah-langkah memupuk semangat kejiranan
2. Kebaikan melakukan aktiviti riadah dan rekreasi
3. Usaha-usaha meningkatkan industri pelancongan negara
4. Langkah-langkah memperkasakan sistem pengangkutan awam di Malaysia
5. Cara-cara menggalakkan minat membaca dalam kalangan rakyat Malaysia
6. Kaedah paling berkesan untuk memperkukuhkan integrasi nasional di Malaysia
7. Langkah-langkah melestarikan keindahan alam sekitar negara
8. Kepentingan menguasai bahasa Inggeris dalam kalangan masyarakat Malaysia
9. Langkah pragmatik mengatasi gejala rasuah di Malaysia.
10. Sukan mampu memupuk perpaduan kaum di Negara kita. Beri pendapat anda.

Soalan 4 : Global
1. Kerjasama antara Negara mampu membanteras jenayah antarabangsa
2. Semua Negara perlu membentuk ikatan kerjasama bagi mengawal penularan penyakit berjangkit
3. Negara-negara dunia berperanan meningkatkan pengeluaran makanan untuk memenuhi permintaan permintaan yang semakin meningkat
4. Kerjasama antara Negara boleh dibentuk melalui dunia Maya. Bincangkan
5. Usaha menangani kesan kemelesetan ekonomi dunia.
6. Peranan masyarakat antarabangsa dalam menangani isu pemanasan global
7. Sukan dapat menyatukan  seluruh warga jagat. Bincangkan
8. Kesan perang. Bincangkan
9. Hubungan akrab antara Negara kita  dengan Negara luar dapat dieratkan lagi dengan pelbagai cara. Bincangkan
10. Bagaimana menangani isu pemanasan global. Bincangkan

Soalan 5 : Warisan / Nilai-nilai Murni / KOMSAS
1. Kepentingan memelihara dan memulihara SUNGAI sebagai nadi kehidupan
2. Usaha memghidupkan semula sastera tradisional agar tak lapuk dek hujan tak lekang dek panas
3. Langkah –langkah menarik minat pelajar terhadap subjek kesusasteraan
4. Keindahan di sebalik cabaran kerjaya seorang anak seni. Bincangkan.
5. Seni tembikar, batik, sulaman tekat benang emas,sulaman songket,  perlu diketengahkan kepada masyarakat antarabangsa. Bincangkan faedah-faedah mengenengahkannya.
6. Sebuah novel yang , begitu terkesan jalan ceritanya di hati anda.  Huraikan.
7. Kebanyakan drama TV hari ini bertemakan cinta remaja, seringkali membosankan Bincangkan cara-cara menjadikan seni drama atau  ‘wayang kita’ atau filem kita lebih menarik setanding  kegemilangan Bollywood dan Hollywood hari ini
8. Faedah menyertai kesatuan seni mempertahan diri seperti Te Kwando,  seni silat, karate, dan lain-lain. Bincangkan.
9. Banyak aktor atau aktres tempatan yang anda minati. Bincangkan cara-cara menghargai jasa seniman dan seniwati tempatan.
10.   Bincangkan cara-cara menarik perhatian pelajar meminati kerjaya seni.












Bahasa Melayu mengimbau dunia tatabahasa ; Mengesan kesalahan bahasa dalam ayat

LATIHAN INTENSIF MENJELANG SPM 2017 – SASARAN A+ BM SPM
Dalam setiap ayat di bawah terdapat  kesalahan bahasa. Carikan kesalahan tersebut bersama-sama gur BM anda

1.    Syah sangat sayangkan kucing peliharaannya, Lancelot.
2.    Saya akan maklumkan perkembangan projek ini dari masa ke semasa.
3.    Lain-lain hal yang berbangkit boleh dikemukakan dalam mesyuarat yang akan datang.
4.      Syed yang paling petah berhujah di dalam pertandingan debat itu.
5.      Di hari pernikahannya, kakak telah didandan oleh seorang jurusolek terkenal.
6       Setengah remaja lebih gemar menghabiskan masa bersama kawan-kawan berbanding ahli keluarga
7      Airen dan rakan-rakannya saling bertukar-tukar pandangan ketika mengadakan perbincangan  sesama mereka.
8      Asingkan telur putih terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam adunan.
9      Adik terkejut lalu menangis bila mendengar bunyi guruh berdentum.
10   Kerja-kerja memperdalamkan parit itu akan dimulakan pada minggu hadapan.
11    Hujan halus telah turun ketika perlawanan itu sedang berlangsung.
12   Mereka telah belajar berlawan daripada mahaguru silat di pinggir kampung.
13   Encik Sufi menghalau makhluk halus dengan ilmu kedoktorannya
14   Anda perlu tanamkan pokok bunga itu mengikut jarak yang sama supaya kedudukannya lebih teratur.
15   Tauke pasar besar itu mengupah orang Islam untuk memotong ayam bagi menghasilkan daging ayam yang halal
16   Kerja-kerja menimbus jalan yang berlubang-lubang itu dilakukan oleh pekerja dari Jabatan Kerja Raya.
17   Kerja-kerja pembersihan telah dilangsungkan di kolam tersebut setelah airnya dibuang oleh mesin penyedut air.
18   Pengikut kursus kem motivasi telah didedahkan dengan cara menyelamatkan diri ketika sesat di dalam hutan.
19   Mengikut undang-undang Melayu lama, mereka yang melawan raja akan dihukum bunuh.
20   Kapal kargo itu hanya boleh berlabuh di pelabuhan itu ketika air naik
21   Mak Tua sedang menyulam tikar mengkuang untuk dihadiahkan kepada anak saudaranya.
22    Kawasan hutan di sempadan di antara Thailand dengan Kelantan merupakan kawasan penyusupan barang-barang ke Malaysia.
23   Kawasan semak itu perlu dipotong untuk mengindahkan pemandangan di sekitar pekan tersebut.
24    Penduduk Kampung Semangat telah berusaha menangkap harimau yang memakan lembu ternakan mereka.
25    Banyak rumah bertingkat-tingkat dibina di bandar-bandar besar untuk mengatasi masalah tempat tinggal penduduk kota
26   Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah Ampang telah berjaya menaiki bukit dan merentas hutan rimba dalam program menawan puncak Gunung Ledang.
27   Sanusi melahirkan perasaan kecewanya setelah beliau tidak berjaya meletakkan kaki di puncak Gunung Ledang.
28   Para pengusaha dinasihati supaya cepat berusaha untuk meningkatkan produktiviti hasil pertanian mereka.
29    Encik Ali dan isterinya sedang memerangkap ikan di tepi sungai tersebut dengan menggunakan beberapa batang joran.
30   Mahkamah telah menjatuhi hukuman maut kepada penjenayah yang kejam itu

LATIHAN EKSTRA
Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama asa ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +Frasa kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
(i)                   Baju sutera ini untuk ibu.
(ii)                 Kuda putih itu berlari pantas.
(iii)                Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
(iv)               Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(v)                 Penduduk kampung akan bergotong- royong pada hujung minggu ini.
(vi)               Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.
(vii)               Kain songket itu untuk Sarah.
(viii)            Aini  menangis kerana kelaparan.
(ix)               Rumah Embong itu sangat sempit dan jauh di pedalaman.
(x)                 Cikgu Asmawati guru kelas Aini dan Sarah.
(xi)                Keluarga Yunus  akan datang merisik Sarinah di Kampung Parit Haji Rais.
(xii)              Balai raya itu sudah usang.
Isi ruangan kosong dengan peribahasa yang sesuai bagi ayat-ayat tersebut.
(i) Hasliza sentiasa teringat dan rindu akan suaminya yang telah berbulan-bulan pergi belayar seperti ____________________________
(ii) Kassim Selamat menjadi buta kerana terlalu sedih dan banyak menangis selepas mendapat berita bahawa isterinya telah meninggal dunia ibarat pepatah_________________
(iii) Jangan sekali-kali kita mengeji ahli keluarga sendiri kerana perbuatan itu samalah seperti mengeji diri sendiri seperti _________________
Nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i)                  Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Azlina, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii)                 Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.

(iii)                Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan


Bahasa Melayu dalam dunia novel SPM - MODUL Soalan untuk novel negeri Kelantan

MODUL SOALAN: NOVEL
SOALAN 4: NOVEL
Jawab soalan-solan di bawah berdasarkan novel-novel berikut :
(i) Pantai Kasih karya Azmah Nordin  (ii) Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop
MODUL   : 1
 a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa pada peringkat peleraian. [7 markah]
b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, huraikan persoalan tentang semangat kerjasama yang terdapat dalam setiap novel [8 markah]
MODUL   : 2
a) Pengarang memaparkan kritikal sosial yang mendedahkan kepincangan masyarakat dalam novelnya. Berdasarkan novel yang anda pelajari, jelaskan dua kritikan sosial yang dipaparkan oleh pengarang. [7 markah]
b) Berdasarkan dua buah novel yang telah anda kaji, bandingkan satu persoalan  terdapat dalam novel-novel tersebut. [8 m]
MODUL  : 3
a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua pengajaran yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam novel tersebut.  [7 markah]
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar tempat yang dapat dikaitkan dengan persoalan pengorbanan yang terdapat dalam setiap novel tersebut.  [8 markah]
MODUL   : 4
(a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua latar masyarakat  yang terdapat dalam novel yang anda kaji [7 m]
(b) Pembaca turut berasa sedih dan mungkin mengeluarkan air mata apabila membaca sebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang mengundang rasa  sedih pembaca dalam novel yang anda kaji.  [8 markah]
MODUL  : 5
(a) Terdapat pelbagai persoalan yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji. [7 markah]
(a) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu  contoh peristiwa berdasarkan teknik suspens yang yang terdapat dalam setiap novel.  [8 markah]
MODUL  : 6
a) Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, jelaskan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel yang anda kaji.  [7 m]
(c) Pembaca turut berasa sedih dan mungkin mengeluarkan air mata apabila membaca sebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang mengundang rasa sedih pembaca dalam novel yang anda kaji.  [8 markah]
MODUL  : 7
(a) Dalam sesebuah novel, terdapat peristiwa-peristiwa yang menarik perhatian pembaca.  Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, pilih dua peristiwa yang menarik, nyatakan sebab peristiwa itu berjaya menarik perhatian anda.[7 m]
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu latar masyarakat yang dipaparkan dalam setiap novel tersebut.  [8 markah]
MODUL   : 8
(a) Sebuah novel yang menarik banyak bergantung kepada tema yang diutarakan oleh pengarang. Huraikan tema yang terdapat dalam sebuah novel yang telah anda pelajari  [7 markah]
(b) Huraikan satu persoalan berdasarkan dua buah novel yang telah anda pelajari  [8 markah]
MODUL   : 9
(a) Watak utama banyak mempengaruhi jalan cerita sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan tiga perwatakan watak utama.  [7 markah]
(b) Salah satu nilai yang terdapat dalam sesebuah novel ialah nilai kasih sayang. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai kasih sayang   [8 markah]
MODUL   : 10
(a) Dalam salah sebuah novel yang anda baca, terdapat beberapa peristiwa yang menarik. Jelaskan dua peristiwa yang menarik berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.  [7 markah]
(b) Salah satu nilai yang terdapat dalam sesebuah novel ialah nilai kegigihan. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan dua peristiwa yang menunjukkan nilai kegigihan.  [8 markah]
MODUL : 11
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua latar tempat  dapat ditemukan dalam novel tersebut.[7m]
(b) Salah satu nilai yang terdapat dalam sesebuah novel ialah nilai keberanian.Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang  menunjukkan nilai keberanian.  [8 markah]
MODUL : 12
(a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan dua latar masyarakat yang terdapat dalam novel tersebut . [7m]
(b) Salah satu nilai yang terdapat dalam sesebuah novel ialah nilai bekerjasama. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang menunjukkan nilai bekerjasama  [8 markah]
MODUL : 13
a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan perwatakan satu watak sampingan yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]
b) Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, huraikan tema yang terdapat dalam setiap novel. [8 markah]
MODUL : 14
a) Terdapat pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari. Berdasarkan dua masalah kehidupan dalam sebuah novel yang anda kaji, berikan komen anda tentang cara masalah tersebut diselesaaikan. [7 markah]
b) Huraikan satu peristiwa yang menunjukkan wujudnya nilai kasih sayang antara watak berdasarkan novel-novel yang anda kaji. [8 markah]
MODUL  : 15
a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, terdapat persoalaan kasih sayang dalam keluarga. Jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkaan dengan persoalan tersebut.[7 markah]
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa pada peringkat permulaan novel. [8 markah]
MODUL : 16
a) Huraikan tema novel yang telah anda pelajari.  [7 markah]
b) Dalam setiap novel terdapat pelbagai latar masyarakat yang boleh kita  contohi.  Buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan tiga contoh yang sesuai  berdasarkan sebuah novel-novel yang anda pelajari.[8 markah]
MODUL  : 17
a) Teknik plot dalam sesebuah novel memainkan peranaan yang penting dalam menghasilkan kaarya yang bermutu.
Jelaskan dua teknik plot yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]
b) Berdasarkan dua novel yang anda kaji, huraikan persamaan pengajaran yang terdapat dalam setiap novel tersebut.[8 m]
MODUL : 18
a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, nyatakan dua peristiwa saspens yang terdapat dalam novel tersebut.[7 markah]
b) Jelaskan persamaan dan perbezaan latar masyarakat dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [8 markah]
MODUL  : 19
a) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua kepincangan masyaarakat yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 markah]
b) Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dapat memikat hati pembaca dalam sesebuah novel. Berdasarkan novel yang anda kaji, jelaskan tiga peristiwa menarik dalam novel tersebut. Berikan alasan anda. [8 markah]
MODUL  : 20
a) Terdapat pelbagai peristiwa yang menyentuh perasaan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa yang menyentuh perasaan anda yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari. [7 markah]
b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan persamaan pengajaran yang terdapat dalam novel-novel tersebut.
[8 markah]
MODUL  : 21
a) Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua watak sampingan dalam novel tersebut.  [7 markah]
b) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji. [8 markah]
MODUL  : 22
a) Huraikan dua perwatakan utama yang boleh dicontohi dalam novel yang anda pelajari. [7 markah]
b) Kejujuran merupakan salah satu persoalan yang terdapat dalam novel yang anda pelajari. Buktikan pernyataan tersebut dengan mengemukakan dua bukti yang tepat. [8 markah]
MODUL  : 23
a) Terdapat pelbagai peristiwa menarik yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam sebuah novel yang telah anda pelajari. Mengapakan anda berpendapat sedemikian. [7 markah]
b) Berdasarkan dua novel yang telah anda pelajari, bandingkan latar  masyarakat daalam setiaap novel tersebut. [8 m]
MODUL  : 24
a) Berdasarkan sebuah novel yang telah anda pelajari, huraikan dua nilai tanggungjawab yang terdapat dalam novel tersebut.  [7 markah]
b) Huraikan pengajaran yang anda peroleh setelah mengkaji dua buah novel yang anda telah pelajari.[8 markah]
MODUL  : 25
a) Berdasarkan mana-mana novel yang anda pelajari, nyatakan konflik yang berlaku dalam diri watak utama. [7 m]
b) Jelaskan dua nilai setia kawan yang terkaandung dalam dua novel yang telah anda pelajari [8 markah]
Jawapannya Tunggguuuuuuuuuuu!!!!


Jangan Tiru