Tajuk karangan untuk pelajar SPM
1. Ciri-ciri rancangan TV yang paling anda minati. Bincangkan
2, Kesan-kesan amalan makan makanan segera. Huraikan
2, Kesan-kesan amalan makan makanan segera. Huraikan
3, Adik
anda ’ 24 jam mengadap komputer’. Bincangkan cara-cara menangani gejala
‘ketagihan komputer’ dalam kalangan ahli keluarga anda

Tajuk karangan hari ini (30 mac 2020) Latihan persediaan SPM musim PKP
Tajuk karangan untuk pelajar SPM
(karangan B)
1. Cara-cara penjagaan kesihatan dalam kalangan rakyat Malaysia, untuk kekal sihat sepanjang hayat. Bincangkan.
Intro - Hargai masa sihat, badan cergas minda cerdas. Sakit datang macam kilat, pergi macam semut. Terdapat banyak cara untuk kita sama-sama menjaga kesihatan tubuh badan. Tepuk dada tanya selera.
Isi
1. Amalkan amalan pemakanan seimbang. Patuhi piramid makanan. Banyakkan sayur, ulam-ulaman, buah-buahan. Pepatah Inggeris ada menyatakan 'an apple a day will keep a doctor away'
2. Beriadah, bersenam. bersukan
3. Pemeriksaan kesihatan secara berkala
4. Jaga kebersihan.
5. Sentiasa berfikiran positif.Eratkan persahabatan Lakukan kebaikan.
Penutup:
Kesimpulannya, jaga kesihatan demi kesejahteraan. Tiada yang lebih indah selain kekal sihat hingga ke hujung usia. Kalau ada rasa atau perasaan serba tak kena dalam diri, cepat-cepatlah berjumpa doktor .
2. Faedah belajar secara berkumpulan menjelang SPM 2020. Jelaskan.
Tolong hebahkan kepada rakan-rakan

Tajuk karangan untuk pelajar tingkatan 4
1. Buah-buahan tempatan memang enak, lazat, berkhasiat. Bincangkan pelbagai kaedah memajukan industri buah-buahan tempatan.

Tajuk karangan pelajar PT3
1. Hubungan erat adik- beradik , perlu sentiasa dieratkan ke arah membentuk keluarga bahagia. Huraikan peranan ibu bapa dalam mengekalkan suasana harmoni, sebuah keluarga bahagia.

Esok saya beri tajuk baharu sebagai pengisian masa cuti. Ingat masa itu emas dan jangan lupa jaga kesihatan diri, jaga ayah & ibu dan duduk diam-diam di rumah. Siapkan karangan ini, nanti habis cuti semua kerja boleh beri kepada saya. (kertas 1 dan kertas 2) Gunakan masa yang berharga ini jua untuk berbakti kepada kedua-dua ibu bapa tersayang. JANGAN LUPA KLIK FOLLOW. Jadilah follower blog saya ini.
Setakat ini alhamdulillah daily viewers purata 1000 sehari tapi jumlah followers kekal 27 orang.
.
Hari ni 2april follower bertambah seorang (TK Chung Zhi Ming), viewers masih kekal seribu sehari , Blog ni baru berusia 3 tahun.

BAHAN LATIHAN BM 31 MAC 2020
KOLEKSI SOALAN DRAMA SPM - Latihan intensif untuk pelajar cemerlang SPM 2020
Drama -Berkhidmat untuk Negara
Baca petikan
drama, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
AIMAN :
Masalahnya saya tak mahu pergi. Saya nak minta daddy tolong dapatkan
pengecualian untuk saya. Saya tak sukalah program macam itu!
KHIR GHAZALI :
Kalau itu yang Aiman nak daddy bantu, daddy akan kata tidak. Daddy mahu Aiman
pergi sertai PLKN itu. Banyak faedah yang akan Aiman dapat. Cubalah berfikir
seperti orang dewasa, Aiman bukan budak-budak lagi. Jadilah manusia yang
sentiasa dahagakan ilmu dan pengalaman. Jangan hanya pandai meminta daripada
berusaha.
AIMAN :
Lecehlah berbincang dengan daddy. Semua keputusan daddy akan tentukan dan Aiman
hanya kena ikut. Baik Aiman minta tolong daripada mummy pula. Mummy lebih faham
akan jiwa dan kemahuan Aiman.
(Sedang AIMAN mahu
berlalu meninggalkan daddynya, muncul pula MASNAH, mummy AIMAN. AIMAN terus
mendapatkannya).
MASNAH : Apa
yang dua beranak ini bincangkan? Dari tadi mummy dengar macam hangat saja?
KHIR GHAZALI :
Anak awak ini, dah besar panjang pun asyik nak bermanja saja. Cuba awak ajar
supaya dia tahu berdikari. Buat malu saja kalau anak lelaki macam ini. (Drama ‘Berkhidmat untuk Negara’
oleh Affiz Zulkarnean- Jaket Kulit Kijang dari Istanbul)
(i) Apakah masalah yang timbul antara Aiman dengan
ayahnya? [2 markah]
_________________________________________________________________________________
(ii) Program Latihan Khidmat Negara (PLKN)
merupakan program latihan bagi mereka yang baru menamatkan alam
persekolahan.Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil oleh
kerajaan untuk menarik minat remaja menyertai PLKN? [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Huraikan satu nilai murni dalam petikan drama
di atas dan satu nilai murni yang lain daripada keseluruhan drama yang tidak
terdapat dalam petikan. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Drama -Bukan
Gila - Baca petikan drama kemudian jawab soaIan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
BAPA : Pak
cik rasa ada yang tak kena dengan dirinya. Semasa dia tinggal di sini dulu, pak
cik perhatikan dia sering bercakap loghat Indonesia. Jarang sekali pak cik
dengar dia bercakap dalam loghat bahasa kita. Doktor kata dia gila.
IBU : Gila
yang dibuat sendiri. Kita tak suruh dia buat macam tu. Dia yang buat, biar dia
sendiri yang tanggung. Mak cik tak terdaya lagi hendak melayan kerenah si Azmir
tu.
ARIF : Mak
cik, pak cik.... Saya rasa Azmir bukan buat-buat gila. Bagi saya dia bukan gila
atau buat-buat gila, tapi Azmir sedang menderita suatu penderitaan yang tidak
tertanggung.
PELAKON 1 :
Kami lihat pada bajunya terdapat tanda nama, W.A.Domski?
IBU : ltu
pun satu hal. Memalukan keluarga saja. Orang ramai dah heboh. Azmir masuk orang
Putih. Dia tak mahu jadi orang Melayu lagi. Habis, macam manalah orang tak kata
dia gila. Mak cik sungguh malu sekarang. Nak jumpa orang pun mak cik dah tak
sanggup lagi.
PELAKON 2 :
Bersabarlah mak cik. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ini buat kita
semua.
PELAKON 3 :
Betul juga kata rakan saya tu. Peristiwa yang berlaku kepada Azmir mungkin
berpunca daripada kurangnya perhatian dan kasih sayang.
IBU : Nak
buat macam mana lagi, encik. Kami dah beri pelajaran hingga dia masuk ke
universiti.
ARIF : Betul
mak cik, tetapi.. Masuk ke universiti saja belum menjamin seseorang itu
mendapat kasih sayang yang secukupnya.
(IBU dan BAPA
berpandangan. Mereka semacam rasa bersalah)
PELAKON 1 :
Pak cik, mak cik.. marilah kita sama-sama membantu Azmlr. Dia amat memerlukan
perhatian dan kasih sayang. bukan cemuhan dan penghinaan. Dia memerlukan
semangat dan perangsang daripada kita semua, bukan kutukan dan hukuman.
PELAKON 2 :
Kami lihat, Azmir seperti sedang menderita suatu penderitaan yang tak
tertanggung. Kutukan, cemuhan dan hukuman akan hanya menyebabkan sakit yang
dialaminya menjadi lebih parah.
ARIF : Kami
fikir, eloklah pak cik dan mak cik berjumpa dengan Azmir di hospital dengan
segera sebelum terlambat. Dia amat memerlukan klta semua, lebih-lebih lagi pak
cik dan mak cik. Kami minta diri dulu. (Drama ‘Bukan Gila‘ oleh Sharif Shaary-
antologi Sejadah Rindu.)
(i) Bagaimanakah
tanggapan keluarga Azmir terhadap Azmir semasa kunjungan Arif dan rakan-rakan
ke rumahnya? [2 markah]
____________________________________________________________________________________
(ii) Sahsiah
anak-anak merupakan cerminan didikan ibu bapa. Berikan pendapat anda tentang
peranan ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak. [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Jelaskan satu
pengajaran yang terdapat dalam petikan drama di atas dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan drama tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. [4
markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

1hb April 2020
BAHASA MELAYU SPM 2020 – sasaran A+ BM SPM
Latihan Cerpen-Cinta Ahmad Mutawakkil-Baca petikan cerpen
kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Usai
solat maghrib – ketika Imam Ngah Deraman sedang berdoa, dengan tubuh dipaling
ke kanan menghadap Penghulu Ibrahim Sigap, dan kami para makmum pula, sepatah
demi sepatah, mengaminkan setiap baris
kalimah – di pintu surau, terdengar suara orang memberi salam. Perlahan dan
sangat rengsa bunyinya.
Sambil
berdoa, Imam Ngah Deraman berpaling – disusuli Penghulu Ibrahim Sigap. Melihat
saja, mata kedua-duanya tiba-tiba terjegil, dan nampak sangat terperanjat.
Dengan telapak tangan yang masih menadah doa, kami segera menoleh.
Dek
pelita ayan yang tergantung pada alang beranda sangat terang cahayanya, maka
susuk tubuh dan wajah lelaki yang tersepuk di muka pintu segera kami kenal akan
gerangannya.
Dialah
Ahmad Mutawakkil. Wajahnya berkerut-kerut; kedua-dua matanya terpejam. Kemeja
putih ala-ala peon British dipenuhi darah, manakala seluar kelabunya dipenuhi
kotoran. Malah, calitan lumpur dan sisa-sisa daun kering turut melekat pada
muka dan rambutnya. Meskipun doa oleh Imam Ngah Deraman sudah berakhir, kami
masih keras membatu dek tenggelam punca.
Ahmad
Mutawakkil dalam keadaan terhuyung-hayang, bangun perlahan-lahan. Sebelah
tangannya memaut tiang pintu, manakala sebelah lagi terkulai. Waktu itu, kami
sedar – perkara yang ditakuti belakangan ini, benar-benar terjadi. Anak tunggal
arwah Wak Sadir yang selama ini disanjung laksana lampu ayan yang menerangi
kampung, kini di ambang maut. (Dipetik daripada cerpen ‘Cinta Ahmad
Mutawakkil’ dalam antologi Sejadah Rindu)
(i) Apakah
reaksi Imam Ngah Deraman apabila melihat kehadiran lelaki yang memberikan salam
di pintu surau? [2 m]
_________________________________________________________________________________
(ii)
Andaikan situasi cemas dalam petikan di atas berlaku pada hari ini. Pada
pendapat anda, apakah tindakan yang patut dilakukan apabila berhadapan dengan
situasi tersebut? Nyatakan tiga
tindakan. [3 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Jelaskan satu nilai murni dalam petikan
cerpen di atas dan satu nilai murni terdapat dalam keseluruhan cerpen.[4 m)
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________


Latihan
Cerpen – Hipertensi - Baca petikan cerpen , kemudian jawab soalan-soalan menggunakan
ayat anda sendiri.
Dulu-dulu ketika di sekolah rendah, Aiman selalu
ponteng sekolah. “Bosan dan jelak,” tingkahnya kepada babah dan ibu.
“Mengapa
bosan?” tanya babah. Ibu mengerling tajam, marah akan perilaku si anak yang
selalu berkontradiksi dan berkontras dengan watak babahnya.
“Heh,
kan Aqil ni budak genius, budak cerdik dan pintar! Aqil dah cipta formula
sendiri. Biarpun baru berusia lapan tahun, baru belajar tahun dua tahap satu,
Aqil mampu menyelesaikan masalah matematik Tingkatan Lima,” kata murid pintar
itu membela diri.
Dia
mundar-mandir di dalam kelas. “Apalah kau ni Chee Keong, masalah mudah itu pun
kau tak dapat buat.” Hujung-hujung cakapnya berbunga sindiran di sebalik dedaun
kemaafan.
“Aiman,
pergi duduk di kerusi awak. Sekali lagi awak ganggu kawan, saya akan bawa awak
menghadap Guru Besar,” Guru Kelas bersuara tegas, memberi amaran keras.
Tapi dia
degil. Hatinya seteguh karang di lautan, sekeras sinar suria berkedudukan 90
darjah tepat. Babah dan ibu marah. Dendam yang bertakung sekian lama di dalam
tasik hati mencair dalam detik momen yang singkat. Aiman dirotan. Ibu
mengemukakan bantahan dan protes dalam hati.
Sepanjang minggu, murid bernama Aiman Aqil itu ponteng kelas; protes
kepada lebam-lebam di pinggul. Keriangan sudah tercantas, tapi masalah belum
terurai dan terungkai.
Spontan,
dia mengambil kesempatan itu untuk mewujudkan suasana halusinasi futuristik
yang penuh cabaran, disaluti persaingan kompetitif yang menyengat hebat.(Dipetik daripada cerpen ‘Hipertensi’ dalam antologi Sejadah Rindu)
(i) Apakah
keistimewaan yang ada pada Aiman Aqil? [2 markah]
_________________________________________________________________________________
(ii)Pada pendapat anda,bagaimanakah ibu bapa Aiman
Aqil dapat mengurangkan tabiatnya yang suka berhalusinasi?[3m
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan
satu persoalan yang lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam
petikan. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2hb April 2020
Latihan SAJAK untuk pelajar cemerlang BM SPM 2020
Soalan
2(d) – Sajak Baca sajak kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
ERTI
HIDUP BERERTI
Aku selalu didatangi
Malam
sepi
Bagai
kalung
Yang melingkari leherku
Tidak berubah keesokan hari
Siapa
yang akan menjengukku
Keluhan seorang tua sunyi
Keheningan tasik
Kehijauan rumput
Hanya menjadi bayangan
Di penjuru ruang zaman
Cinta dalam Rahim dilupai
Dari sulung ditendang ke bongsu
Dari angah ditendang ke sulung balik
Kucari erti hidup
Menderita mengerang sakit
Berdiri tanpa ruang
Aku bagi mereka
Tiada makna
Anakku bakaku
Baik setia mahupun derhaka
Semoga disirami benih keinsafan
Menjadi penawar dalam hati
Embun cinta atasi angin dingin
Jangan terpegun
Ada yang mati
Ada yang hidup
Tiada yang kekal kecuali tuhan
Teo Wei Sing Antologi Sejadah Rindu Tingkatan
5
(i)
Apakah maksud rangkap pertama sajak di
atas ? [2 markah]
____________________________________________________________________________________________
(ii)
Pada pendapat anda, berikan tiga sebab
mengapakah terdapat segelintir anak-anak yang jarang - jarang menziarahi ibu
bapa mereka? [3 markah]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Kemukakan dua persoalan yang
dapat diperoleh daripada sajak di atas. [4 markah]
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

KOLEKSI SOALAN SAJAK SPM 2020
Soalan 2(d) – Puisi
Moden Baca sajak dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya menggunakan ayat anda sendiri.
Sang Gembala Kuda
Dia lelaki bergelar
perkasa
dengan cemeti
keberanian di tangan
rembat angkuhnya
memacu takut
menghalau kuda-kuda
di padang
berebutan memburu
kandang.
Rumput dan jerami
terhidang
adalah kanun janji
kesetiaan
dimamah rakus kala
lapar
tak peduli nasib
diri setelah kenyang
jadi tunggangan
memburu rakan.
Dia lelaki punya
kuasa
sesekali suaranya
lebih gempita
daripada ringkik
kuda sekandang
pacuannya diiring
seribu keberanian
meredah onak di
rimba perburuan
meranduk lumpur di
paya penindasan
sambil melibas
cemeti durjana
dia melempar
muslihat
aku penyelamat
maruah
berjuang atas dasar
kebenaran
menentang semua
kebobrokan.
Dia lelaki sang
gembala kuda
hanya mengenal
pantas tunggangan
tanpa membaca
keletihannya
dia lelaki sang
gembala kuda
hanya tahu mengejar
kehebatan
tanpa menghitung
kesakitannya
dan kuda-kuda itu
ditunggangi
ditunggangi dan
ditunggangi!
Mohd Hashim Othman
Istimewa, 2012 Utusan Publications &
Distributors Sdn. Bhd. Antologi Jaket Kulit Kijang KPM
SULIT 1103/2 © 2019 Hak Cipta MPSM Negeri
Sembilan SULIT
(i) Berdasarkan rangkap ketiga sajak tersebut,
nyatakan sebab Sang Gembala Kuda dianggap sebagai lelaki yang mempunyai kuasa?
[2 markah)
__________________________________________________________________________
(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang
perlu ada dalam diri seorang pemimpin agar dihormati dan disegani? [3m]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam
sajak tersebut. [4 markah]
__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Siaran 3hb April : pesan kepada rakan - buka blog saya ini. untuk pengisian masa musim PKP Covid 19
Ingat MASA ITU EMAS
Peribahasa yang mempunyai maksud yang sama
atau hampir sama.
Pergaduhan adik beradik, akan berbaik semula
carik-carik
bulu ayam akhirnya bercantum jua
air
dicencang tak akan putus
Perantau yang pulang ke tempat asal
belut
pulang ke lumpur
ikan pulang ke lubuk
Gagak pulang ke benua
Sirih pulang ke gagang
Sejauh mana seluang melaut akhirnya kembali
ke pantai jua
Setinggi-tinggi terbang bangau akhirnya
kembali ke belakang kerbau
Musuh yang tidak diketahui.
api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
Duri dalam daging
mendedahkan keburukan ahli keluarga akan
mengaibkan diri sendiri
membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka
sendiri
Meludah ke langit terpercik ke muka sendiri
Jangan inginkan sesuatu yang di luar kemampuan
kita
Ukur
baju di badan sendiri
Kalau
kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga
Disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain
turut terkena akibatnya
-
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
-
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
Dapat sesuatu yang lebih baik yang lama
diabaikan
- sudah
dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
- habis
madu, sepah dibuang
Manusia punyai sikap yang berbeza
- lain
padang lain belalang
-
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam
- lain
dulang lain kakinya,lain orang lain hatinya
-
rambut sama hitam, hati lain-lain
Sahabat baik
- bagai
isi dengan kuku
- bagai
aur dengan tebing
- bagai
dakwat dengan kertas
Kerjasama erat
- hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
- berat
sama dipikul, ringan sama dijinjing
- ke bukit
sama di daki, ke lurah sama dituruni
-Banyak
sama berlaba, sedikit sama merasa
Sejunjung
bak sirih, serumpun bak serai
Mencontohi sikap, tingkahlaku ibu bapa
- ke
mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
-
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
- bapa
borek, anak rintik
-Guru
kencing berdiri murid kencing berlalri
Sia-sia memberi nasihat
- masuk
telinga kiri keluar telinga kanan
-
mencurah air ke daun keladi
- mencurah
garam ke laut
-hujan
jatuh ke pasir
Buat kerja biar sampai selesai
-
genggam bara api biar sampai jadi arang
-
alang-alang mandi biar basah
-alang-alang
berdakwat biar hitam
Alang-alang
berminyak biar licin
-
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Rajin berusaha pasti berjaya
- kalau
tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
- Usaha
tangga kejayaan
Mengharapkan sesuatu yang belum pasti
-
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
-
burung terbang dipipiskan lada
Kedudukan yang berbahaya
- telur
dihujung tanduk
- retak
menanti belah
Kedudukan yang sementara
- embun
dihujung rumput
- abu
di atas tunggul
mengambil kesempatan/keuntungan atas
kesusahan orang lain
-
menangguk di air keruh
- menahan
jerat di pergentingan
Jong
pecah yu kenyang
Sesustu berlaku mesti ada sebabnya
Kalau
tiada ada berada masakan tempua bersarang rendah
Kalau
tiada angin bertiup masakan pohon bergoyang
Pasangan pengantin yang sepadan, sesuai
- bagai
pinang di belah dua
- bagai
cincin dengan permata
- bagai
tanduk bersendi gading
Bagai merpati dua sejoli
Orang yang sedang marah jangan ditegur
- Jangan
dijolok sarang tebuan
Api marak jangan disirami minyak
Kesusahan datang secara berturut-turut
1.
Sudah jatuh ditimpa tangga
2.
Antah patah lesung hilang
Bergotong-royong, bekerjasama, bersatu padu
1.
Hidup sandar-menyandar, bagai aur dengan tebing
2.
Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat
3. Ke
gunung sama didaki, ke lurah sama dituruni
4. Hati
gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
5.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
6. Sejunjung
bak sirih, serumpun bak serai
7.
Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
1. Air yang _________ jangan disangka tiada _____________
2. alang-alang menyeluk _____________ biar sampai ke pangkal ______________
3. Ayam di kepuk mati _____________itik di___________mati kehausan
4. bagai _________ dipagari bintang
5. Bagai __________ jatuh ke pasir
6. bagai ____________ lupakan kulit
7. bagai ______________ di tepi gantang
8. bagai ______________ terhempas ke batu
9. Bagai aur dengan _________________
10. bagai melepaskan __________ di tangga
11. bagai menahan jerat di ________________
12. Bagai menangguk di air ____________
13. Bagai menarik rambut di dalam __________rambut tidak _________tepung tidak berselerak
14. bagai menatang minyak yang ________________
15. bagai mencurah air ke daun ___________
16. bagai mencurah garam ke _________________
17. Bagai mendapat durian ____________
18. bagai orang ______________ disorong bantal
19. bagai pahat dengan _____________
20. bagai si kudung mendapat ______________
21. bagai sirih pulang ke ________________
22. bagai telur di hujung _______________
23. bagai tikus membaiki ____________
24. banyak udang banyak ____________, banyak orang banyak ______________
25. bertepuk sebelah tangan takkan ________________
26. biar putih tulang jangan putih ____________
27. buang yang keruh ambil yang ___________
28. Di mana ada gula di situ ada_____________
29. Duduk sama ___________ berdiri sama ________________
30. Kalau tiada____________bertiup, masakan pohon ___________
31. Ke gunung sama di________________, ke lurah sama di____________
32. Kusangka panas hingga ke __________rupanya hujan di _________________
33. Lembu punya susu _____________punya nama
34. Malu berkayuh perahu ___________malu bertanya sesat______________
35. Marahkan nyamuk kelambu _______________
36. Mati semut kerana______________
37. menanam tebu di bibir __________
38. Nasi sudah menjadi ____________
39. Rumah siap pahat ___________________
40. sebab nila setitik rosak susu ______________
41. seekor kerbau masuk _________ habis semua terpalit
42. sejunjung bagai sirih, serumpun bagai _____________
43. Sekali air _________ sekali pasir berubah
44. seperti _________ pulang ke benua
45. seperti __________ di hujung rumput
46. seperti abu di atas ______________
47. seperti anak ayam kehilangan ______________
48. seperti api di dalam ________________
49. seperti cincin dengan _______________
50. seperti gunting dalam ______________
51. seperti kera mendapat ________________
52. seperti rusa masuk _______________
53. Seperti si___________kehilangan tongkat
54. ular menyusur akar tidak akan hilang __________
1