FAEDAH MENGUASAI PELBAGAI BAHASA
Bahasa
merupakan alat perhubungan sesama insan sejak zaman puntung berasap lagi. Kita
menggunakan bahasa lisan dan tulisan serta bahasa isyarat bagi golongan
spastik. Namun yang lebih memakmurkan dunia ialah apabila kita mampu menguasai
pelbagai bahasa. Kemampuan menguasai dan berkomunikasi dalam pelbagai bahasa
merupakan suatu kelebihan bagi mana-mana individu.. Tanpa kemampuan dan
kemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa, agak sukar seseorang untuk
berkomunikasi khususnya dengan individu yang berlainan bangsa. Pelbagai manfaat serta faedah kita perolehi
apabila kita menguasai pelbagai bahasa tanpa mengenepikan bahasa ibunda.
Masyarakat jua turut kagum dan memandang tinggi terhadap sesiapa yang
berkebolehan menguasai bahasa asing seperti bahasa Jepun, bahasa Perancis,
bahasa Korea, bahasa Arab dan sebagainya
Antara kebaikan
paling ketara apabila kita menguasai pelbagai
bahasa ialah kita jadi lebih mudah, lebih yakin untuk
berkomunikasi dengan sesiapa sahaja. Kita jadi lebih memahami dan difahami. Kita
jadi lebih berkeyakinan , lebih ceria dan selesa untuk berhadapan dengan
sesiapa sahaja di tengah-tengah khalayak. Apabila kita menguasai bahasa
Jepun,pergi pula merantau ke Negara Matahari
Terbit itu kehidupan kita jadi lebih terarah kerana kita
dapat berkomunikasi secara natural dengan masyarakat di sana tanpa
tergagap-gagap atau tersekat-sekat atau terpaksa menggunakan kamus dan
jurubahasa. Orang Jepun boleh
memberitahu tempat-tempat menarik serta keistimewaan yang terdapat di negara
Jepun kepada kita yang datang ke negara mereka.. Apabila kita menguasai pelbagai
bahasa, dengan sendirinya kita juga menghormati dan memahami orang yang
bertutur dengan kita. Ketika inilah kita akan lebih memahami psikologi individu
yang bertutur dengan kita. Dengan menguasai pelbagai bahasa seseorang mudah
untuk menolong kita semasa berada di perantauan, Kita akan berfikiran positif
dan sentiasa bersikap peramah dan ikhlas
semasa berbual, bersembang dengan masyarakat berbilang bangsa. Ternyata dengan menguasai pelbagai bahasa kita akan lebih
yakin dalam perbualan, perbincangan
atau berkomunikasi dengan sesiapa
sahaja.
Selain itu, melihat
dari sudut yang lebih indah, sebagai pelajar kita dapat melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,
baik di pusat pengajian tinggi awam atau swasta apabila kita menguasai lebih
daripada satu bahasa.. Kebolehan dan kemampuan menguasai dan berkomunikasi
dalam pelbagai bahasa menjadi semakin penting sekiranya kita hendak melanjutkan
pelajaran ke luar negara. Hal ini demikian kerana hampir semua pusat
pengajian tinggi menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam
pengajaran dan pembelajaran kerana Bahasa Inggeris ialah bahasa
komunikasi global. Hal ini dikukuhkan
lagi apabila seseorang ingin melanjutkan pelajaran di negara-negara maju
seperti Jepun dan Peranchis yang menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri
sebagai bahasa pengantar utama, contohnya, untuk melanjutkan pelajaran di
Negara Perancis, pelajar perlulah mengikuti
kursus untuk menguasai bahasa Perancis terlebih dahulu sebagai pakej untuk terpilih bagi mengikuti
pengajian di sana. Jelaslah penguasaan
pelbagai bahasa memberikan kemudahan kepada setiap orang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
di samping mudah untuk memahami budaya
dan gaya hidup masyarakat yang kita temui.
Selanjutnya, dengan menguasai pelbagai bahasa kita jadi lebih mudah untuk
meningkatkan ilmu pengetahuan dan pelbagai kepakaran. Kita sedia maklum, ilmu
pengetahuan yang terdapat di dunia ini adalah dalam pelbagai bahasa, khususnya
bahasa Inggeris, bahasa Arab ,bahasa mandarin
yang menjadi antara bahasa utama dunia.. Sebagai contoh, kita dapat
meningkatkan pengetahuan dan lebih menghayati keindahan Islam, apabila kita
menguasai bahasa Arab yang merupakan bahasa kitab suci Al-Quran. Sementara itu,
bagi golongan pelajar yang menguasai bahasa Inggeris mereka lebih mudah untuk
membuat rujukan ilmu pengetahuan melalui buku-buku atau Internet. Kemahiran dan
kepakaran menguasai bahasa Inggeris, memberi laluan mudah untuk pelajar
di institusi pengajian
tinggi menghasilkan kajian ilmiah yang
berkualiti . Sesungguhnya, memiliki kepakaran dan kemahiran
menguasai pelbagai bahasa dapat
meningkatkan lagi ilmu pengetahuan
Seterusnya, menguasai pelbagai bahasa lebih memudahkan kita untuk memperoleh peluang
pekerjaan. Apabila kita berkemahiran bertutur dalam pelbagai bahasa kita dianggap
mempunyai banyak kelebihan serta keistimewaan kerana mampu bertutur dengan pelbagai
pihak. Sebagai contoh, di Malaysia seseorang yang boleh bertutur dalam bahasa
Melayu, bahasa Inggeris dan Mandarin memiliki ciri-ciri pekerja yang digemari
dan dikehendaki majikan kerana memudahkan urusan interaksi dengan masyarakat
majmuk yang terdapat di negara kita. Di samping itu, dengan menguasai pelbagai
bahasa membolehkan seseorang itu, menceburkan diri dalam bidang penterjemahan
atau jurubahasa dalam bidang kehakiman dan juga sektor pelancongan. Bidang
terjemahan dikatakan mempunyai masa depan yang cerah kerana mempunyai
permintaan kerjaya yang tinggi. Begitu juga dalam bidang pelancongan yang
amat memerlukan khidmat pemandu pelancong yang boleh menguasai bahasa asing. Sememangnya, penguasaan pelbagai bahasa dan kemahiran berkomunikasi menjadi suatu
kriteria untuk lebih mudah mendapat peluang pekerjaan
Di samping itu sesuatu yang amat terkesan di minda saya ialah apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa kita dapat
menikmati dunia seni yang dalam pelbagai bahasa. Kalau kita memahami bahasa
Korea misalnya kita boleh menikmati, menghayati, dan memahami keseluruhan drama
tanpa perlu membaca sarikatanya. Oh, alangkah indahnya apabila kita boleh
menyanyi lagu-lagu Korea seperti lagu Gang
Nam style, Hukana Matata yang pernah tersenarai dalam program K Popnya.
Kalau kita boleh bertutur dan menguasai bahasa Mandarin kita boleh menonton
filem-filem klasik China seperti The Last Emperor, Wolf Warrior, Filem-filem Kung Fu, Sorrows of the Forbidden City dan yang
paling menarik ialah filem once upon a time in China. Begitu juga kita boleh membaca novel, drama,
puisi dalam bahasa Inggeris seperti Hamlet, Romeo and Juliet, Mark Anthony and Cleopatra, Macbeth oleh
Shakepeare. Orang yang meminati dunia seni tahu betapa indahnya panorama kehidupan
ini apabila kita menguasai lebih daripada satu bahasa, terasa seolah-olah
berada di alam fatamorgana dan
sentiasa mensyukuri segala nikmat diberi khususnya kemampuan menguasai pelbagai
bahasa. Lumrahnya penguasaan pelbagai bahasa memberi kita ruang dan
peluang menghayati dan menikmat keindahan dunia seni yang disampaikan dalam pelbagai bahasa.
Kesimpulannya,
kita wajar mempelajari dan menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda kita,
contohnya Bahasa Inggeris yang merupakan
bahasa
lingua franca global. Kebolehan
menguasai pelbagai bahasa menjadi suatu
medium yang memudahkan proses perhubungan dan perantaraan, menjadi suatu
nilai tambah kepada diri dan juga menjadi pemudahcara apabila berhadapan dengan
beberapa situasi. Kata para hukama,
pabila berada
di tanah orang pandai-pandailah membawa diri, jadi dengan menguasai
lebih daripada satu bahasa kita boleh melestari kehidupan bermasyarakat di
mana-mana sahaja di seantero persada alam.
Oleh Mohd Adam Syahmi SMKDMPR1
Pada hari Isnin baru-baru ini (17hb September 2018) saya telah berceramah BM kertas 1 & 2 di Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Sekolah ini adalah antara sekolah tahfiz terbaik di Malaysia. Saya sampai agak awal di perkarangan sekolah. Damainya hati melihat pelajar-pelajar tingkatan 1 duduk berkumpulan, atau sendirian di bawah rimbunan pohon menghijau semuanya tenang syahdu menghafal ayat-ayat suci al quran. Bertuahnya ibu bapa yang anak mereka cemerlang menghafal 30 juzuk alquran. Pelajar tingkatan lima pula semuanya berada di dewan sekolah.
Pelajar Tahfiz ini semuanya lelaki. Calon SPM 100 orang. Sasaran tahun ini insyaAllah 100% A+ . Kita usaha sama-sama ya. Ingat, latihan menghasilkan kesempurnaan- DOA CIKGU MENGIRINGI PERJUANGAN KALIAN
Pada hari Isnin baru-baru ini (17hb September 2018) saya telah berceramah BM kertas 1 & 2 di Maahad Tahfiz Pulai Chondong. Sekolah ini adalah antara sekolah tahfiz terbaik di Malaysia. Saya sampai agak awal di perkarangan sekolah. Damainya hati melihat pelajar-pelajar tingkatan 1 duduk berkumpulan, atau sendirian di bawah rimbunan pohon menghijau semuanya tenang syahdu menghafal ayat-ayat suci al quran. Bertuahnya ibu bapa yang anak mereka cemerlang menghafal 30 juzuk alquran. Pelajar tingkatan lima pula semuanya berada di dewan sekolah.
Pelajar Tahfiz ini semuanya lelaki. Calon SPM 100 orang. Sasaran tahun ini insyaAllah 100% A+ . Kita usaha sama-sama ya. Ingat, latihan menghasilkan kesempurnaan- DOA CIKGU MENGIRINGI PERJUANGAN KALIAN
very helpful
BalasPadamsangat bagus
BalasPadamgoood
BalasPadamSangat baik dan amat membantu murid mengarang. Terima kasih.
BalasPadamSANGAT CEMERLANG ......KOSA KATA YANG BAGUS
BalasPadamnk copy utk rujukan bleh?
BalasPadambgus
BalasPadamBagus
BalasPadamgi
BalasPadamBoleh menambah ilmu pengetahuan tentang faedah menguasai pelbagai bahasa....penggunaan penanda wacana juga bagus...blh dijadikan rujukan kdp pelajar
BalasPadamgood
BalasPadam