Aku ayam, dikatakan binatang yang paling
miskin
Kalau nak tahu, binatang yang paling miskin ialah ayam. Tulisan ni pun
aku dah tak berapa nampak sebab aku ni RABUN AYAM. Kasihan....kan?! deritanya
hidup ayam, KAIS PAGI MAKAN PAGI, KAIS PETANG MAKAN PETANG. Hati sedih sampai
tulisan pun CAKAR-CAKAR AYAM. Tidur pun jadi tak lena, cuma TIDUR-TIDUR AYAM,
mengenangkan kemiskinan diri yang masih BERKAKI AYAM tak ada duit nak beli
kasut. BERTELUR PUN CUMA SEBIJI, DAH
RIUH SEKAMPUNG. Puncanya sebab buat Kerja HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Jual barang
tak bermutu orang kata barang tu CAP AYAM. Termenung sedih jadi AYAM BERAK
KAPUR apabila teringatkan peristiwa kalau
lelaki bawa perempuan dikata BAPA AYAM. Si ibu jaga perempuan dikatakan IBU
AYAM. Hari ini makan Telur AYAM
goreng dikatakan MATA KERBAU. Kerbau dapat nama. Malang sungguh nasib ku sebagai
seekor AYAM. Nasib kau lah wahai ayam........!.
Berasa nak lari dari rumah jah, sebab aku tak mahu jadi AYAM TAMBATAN, hajatnya
aku nak lari!, terutama musim ini, tapi jangan cuba nak
tangkap aku, nanti AYAM TERLEPAS TANGAN BAU TAHI . Aku sering disindir, AYAM DI
KEPUK MATI KELAPARAN, ITIK DI AIR MATI
KEHAUSAN. Walau sering disindir kerana miskin, aku dan kawan aku itik buat tak tahu, AYAM TAK
PATUK, ITIK TAK SUDU. Dan semasa berjauhan
dengan keluarga aku jadi seperti AYAM KEHILANGAN IBU.
Haih.... mengelamun pulak aku ni.... tuh... tu dengar tu...... AYAM
BERKOKOK TANDA HARI NAK SIANG.... tidak ada apa-apa nak dimakan pada pagi ini
kerana AYAM SUDAH DI SAMBAR HELANG.
Kasihan.......kasihan......! Aku duduk diam-diam sahaja dalam rumah sambil berilusi sepanjang musim PKP covid 19



Tiada ulasan:
Catat Ulasan