CARA MENULIS NOMBOR DALAM BAHASA MELAYU
Pengguna
bahasa keliru dengan penggunaan angka dalam penulisan. Hal ini demikian kerana
kita kurang didedahkan dengan cara menulis angka atau nombor dengan betul.
Berikut merupakan beberapa cara menulis angka dalam penulisan bahasa Melayu.
1. Nombor kurang
daripada 10, nombor tersebut perlu dieja
sepenuhnya. 1, 2,3,4,5,6,7,8,9 Contoh :
Di dalam
kotak itu ada 3 ekor anak kucing. (sepatutnya ) Di dalam kotak itu ada tiga ekor
anak kucing.
Jika angka tersebut berada di pangkal/ permulaan
ayat tetap ditulis angka walaupun lebih daripada 10.
Contoh :
15 orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang
lewat ke sekolah.
(bukannya) Lima
belas orang pelajar ditahan oleh pengawas kerana datang lewat ke
sekolah.(x)
2. Nombor lebih
daripada 10, nombor tersebut tidak perlu dieja sepenuhnya, gunakan
angka.
12, 36, 101, 1234 dan sebagainya
Contoh : Satu
ratus satu orang menjadi mangsa banjir kilat yang berlaku di
Pantai Dalam petang semalam.(x)
(sepatutnya)101 orang menjadi
mangsa banjir kilat yang berlaku di Pantai Dalam petang semalam.
3. Nombor yang
melibatkan tarikh tidak perlu dieja.
3 Disember ini dia akan
menyambut hari lahirnya. ( atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan
pada tanggal 31 Ogos ini.
(bukannya) Tiga
Disember ini dia akan menyambut hari lahirnya. (atau)
Malaysia akan menyambut ulang tahun kemerdekaan
pada tanggal Tiga Puluh SatuOgos ini.(x)
4. Nombor yang melibatkan unit yang
besar seperti ribu, juta, billion dan seterusnya.
12 000, 100 000, 23 000 000
Contoh : 100
000 keping sampul surat kenang-kenamgan berjaya dijual
dalam tempuh dua hari oleh pejabat pos itu.
(sepatutnya) 100 ribu keping
sampul surat kenang-kenangan berjaya dijual dalam tempuh empat hari
oleh pejabat pos itu.
Mengikut laporan The Star, jumlah
penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir
30 000 000 orang.
(sepatutnya) Mengikut laporan The Star,
jumlah penduduk Malaysia Tahun 2014 mencecah hampir 30 juta orang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan