Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Khamis, 26 Mac 2020

Ungkapan menarik untuk karangan SPM


Ungkapan menarik untuk karangan SPM
Benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, jatuh ke darat menjadi ladang subur makmur, dilontar ke udara menjadi kejora.
Ilmu itu sangat luas, ibarat lautan tidak bertepi, tiada nokhtah serta tiada penghujungnya
​Proses menimba ilmu bermula dari alam buaian hingga ke detik hembusan nafas yang terakhir.
Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari.
Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu.
Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit.
 Kekitaan yang erat tiada yang berat.
 Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok.
Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai.
Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. (Home)
Sabar penghilang penat, tekun pembawa berkat
Sabda Rasulullah saw Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu.
Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari.
Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.
Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 
​Berbudi kepada tanah, rezeki melimpah ruah.
Andai sesat di hujung jalan, kembalilah ke pangkal jalan, kembalilah kepada membaca.Bacalah al-quran

*
*
Kata para hukama, orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Saya  benar-benar berharap , agar apa-apa sahaja bahan yang saya paparkan kali ini dapat dimanfaatkan oleh semua khususnya pelajar-pelajar SPM.   Kita kongsikan bersama-sama mudah-mudahan pelajar-pelajar dapat menerokai ruang ilmu dalam suasana santai. Belajarlah dalam suasana tenang damai kerana dalam tenang kita boleh meneroka dunia. Ingat pesan saya di dalam kelas, masalah jangan letak di kepala, letakkan sahaja di hujung jari, gerak-gerakkan jari jemari itu, insya-Allah masalah akan hilang bersama-sama elusan-elusan bayu. Ada masalah selesaikan segera, tak boleh selesai, kita panjatkan doa ke hadrat Allah swt, mohon pertolongan daripada-Nya. Perjuangan pelajar –pelajar  dalam bidang ilmu saya iringi dengan doa dan harapan semoga  meraih cemerlang  A+ BM  dan semua subjek lain dalam SPM 2020 .
Banyakkan latihan mengarang kerana latihan menghasilkan kesempurnaan. Kuasai teknik untuk memperoleh cemerlang A+ BM. Berikan tumpuan total terhadap semua subjek SPM. Jangan kerutkan wajah, jangan  kedutkan dahi, nanti awak kelihatan lebih tua daripada usia. Belajarlah dalam suasana ceria, jadikan 2020 memori paling indah dalam kehidupan sebagai pelajar/calon SPM.

Pelajar  cemerlang ialah pelajar yang sentiasa tenang di wajah dan tenang di minda.

(walau baru beberapa tahun  usia blog ini namun syukur alhamdulillah telah ada ramai pengunjungnya, cuma jumlah  yang follow terlalu kecil. Saya harap ada yang sudi dan sedia untuk follow blog saya ini, Jumlah pengunjung sudah melebihi 3 ratus ribu tapi yang follow setakat hari ni hanya 27 orang  dan kebanyakannya pelajar saya sendiri. Harap-harap ada guru dan pelajar sudi follow untuk tingkat lagi semangat  kita dalam sama-sama bersiaran. Terima kasih kepada pelajar- pelajar yang bantu, yang tolong saya bina blog ini. Terima kasih)

maxresdefault.jpg

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan Tiru