Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 18 Ogos 2018

Latihan mengesan kesalahan tatabahasa

Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruang jawapan yang disediakan
Latihan 1
1. Ibu Atiqah memberitahu bahawa dia dapat keluar  menonton wayang jika dia telah menyiapkan kerja 

    rumah yang diberi oleh gurunya.
2. "Encik gurukah Bahasa Melayu anak saya di sekolah  ini?" tanya Hasnan kepada kerani di pejabat sekolah.
3. Perasaan Shimah teramat sayu sekali mengenangkan  kematian adik kesayangannya akibat kemalangan di  jalan raya.
4. Pada masa ini banyak kes jenayah pecah rumah dilaporkan kepada polis dan kebanyakannya berlaku di taman perumahan-perumahan.
5. Pendatang asing dari negara ASEAN suka datang di negara kita kerana nilai mata wang negara kita tinggi.
6. Kapal terbang-kapal terbang tentera Amerika telah  menembak pejuang-pejuang Afghanistan tanpa belas kasihan.
7. Disiplin sangat penting bagi seorang murid yang ingin berjaya dalam pelajaran.
8. Ibu bapa diingatkan agar mendapatkan maklumat berpandukan kepada keterangan yang betul, bukan 
    mendengar khabar angin semata-mata.
9. Puan Siti tidak pasti sama ada hendak menghantar  anaknya ke taska atau rumah jirannya, kerana hujan  turun tidak henti-henti.
10. Beliau merupakan tokoh korporat yang terkenal dan paling berpengaruh sekali di bandar itu.

Latihan 2
1. Pokok-pokok rendang itu menjadi tempat berteduh, terutama di musim panas.

2. Selain berpidato, Azman juga seorang pelajar yang  tangkas dalam seni mempertahankan diri.
3. Alat tulis-alat tulis yang dijual di kedai itu bukan sahaja  murah, malah berkualiti.
4. Tokoh korporat itu memang tersohor walaupun dia  hanya dibesarkan di kawasan pedalaman.
5. Ustazah Salmah menceritakan tentang pengalamannya mengajarkan subjek Pendidikan Islam sebelum  berpindah ke sekolah baharu.
6. Bola yang hilang itu ditemui oleh beberapa orang pelajar ketika bermain-main di kawasan berkenaan.
7. Apabila bercerita akan format peperiksaan, banyak perkara perlu diteliti terlebih dahulu.
8. Dr. Fatin telah mendedahkan yang penyakit berjangkit telah mula menular di kawasan perkampungan orang asli.
9. Berita pemergian Sultan Johor ke negara-negara Timur Tengah mendapat liputan meluas dalam sidang akhbar.
10. Encik Ismail seorang ayah yang begitu tabah sekali  dalam menempuh pelbagai dugaan hidup.

Latihan 3
1. Yang mana benar?

2. Jamai akan berpindah ke Melaka atau Pahang?
3. Jangan membuat bising.
4. Sila ambil perhatian!
5. Gadis itu tercantik.
6. Kami ingin bertemu Puan Maimunah.
7. Saya dapat menyaksikan sekawan burung-burung  terbang mencari makanan pada waktu pagi.
8. Nenek pergi ke kedai untuk membeli tomato sos, gula dan  tepung gandum.
9. Suhaimi mendapat hadiah utama di dalam pertandingan pidato yang disertainya semalam.
10. Bendera-bendera yang berwarna-warni berkibaran di  sepanjang jalan menuju ke stadium.

Latihan 4
1. Azmi tidak sahaja baik hati malah dia seorang yang  pandai.
2. Asmawi membaca neneknya surat yang baru sahaja diterimanya dari luar negara.
3. Sudah bertahun Mak Cik Rohana tidak mendapat khabar berita daripada anaknya yang telah menetap di luar negara.
4. Aminah sangat bencikan lelaki yang sering  mengganggunya itu.
5. Sejak dari semalam ibu kelihatan sugul dan tidak  berselera makan.
6. Peristiwa sedih yang menimpa keluarga tidak dapat dilupakan oleh saya walaupun sudah lama berlalu.
7. Membaca ialah antara kegemaran Amira pada waktu lapangnya.
8. Rahman memiliki ijazah sarjana muda dalam bidang perubatan daripada universiti luar negara.
9. Johor Bahru terletak antara Singapura dengan Melaka.
10. Cikgu Amri menyuruh kami mendapatkan lain-lain sumber untuk mendapatkan maklumat tentang 
     kehilangan pelajar perempuan itu.

Latihan 5
1. Wakil rakyat di kawasan itu berjanji akan menyelesaikan tentang masalah yang dihadapi oleh penduduk di  kawasan perumahan itu.
2. Apabila dimarahi oleh ibu, adik menghempaskan mainan yang baru dibelinya itu kepada lantai.
3. Rahimah sering menghadapi banyak masalah tentang  pelajaran.
4. Semua anak-anak sungai tercemar sejak pembangunan  di kawasan itu dilaksanakan.
5. "Beta berharap agar tuanku dapat menyelesaikan  masalah yang dihadapi oleh rakyat dengan segera." 
    sembah Hang Tuah kepada Sultan Melaka.
6. Tolong jangan berbuat bising di kawasan ini.
7. Hamdan dilantik sebagai ketua pengawas lantas dia mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi.
8. Junainah memperolehi tempat pertama dalam  pertandingan mewarna.
9. Setiap murid mempunyai tahap kebolehan yang berbeza  untuk menguasai perkara yang mereka pelajari.
10. Pemandangan di tepi pantai itu memang tersangat  indah, terutama pada waktu pagi.

Latihan 6
1. Agenda terakhir mesyuarat itu ialah membincangkan lain- lain masalah yang dihadapi oleh penduduk kampung. 
2. Keropok ikan itu memang sedap dimakan jika dicecah pada cili sos.
3. Selepas pulang daripada sekolah, Amin terus mencapai  basikalnya untuk pergi ke kafe siber.
4. Rahimi yakin yang dia akan memenangi pertandingan bercerita itu.
5. Kakak menjahiti  adik sehelai baju.
6. Kanak-kanak di Tadika Idaman kepanasan sepanjang hari  kerana alat penghawa dinginnya rosak.
7. Rumahkau memang cantik.
8. Ku ambil bola itu.
9. Najib tidak mengindahkan nasihat gurunya.
10. Dia dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pengarah Jabatan  Penerangan.

Latihan 7
1. Ambillah apa yang ada di atas meja itu.
2. Sebahagian daripada harta-harta pusaka Haji Wahid akan disumbangkan kepada anak-anak yatim.
3. Rahimah pulang ke kampung untuk bertemu saudara-maranya.
4. Pembangunan negara Malaysia hendaklah berteras Rukun Negara.
5. Selain sehelai tuala, pihak pengurusan hotel juga menyediakan dua biji sabun kepada para pelanggan.
6. Keadaan di dalam kelas itu menjadi sangat riuh-rendah apabila beberapa orang murid tiba-tiba menjerit.
7. Pihak kerajaan negara itu berjanji akan memenjarakan siapa sahaja yang terlibat dengan jenayah rasuah.
8. Beribu anak muda menyaksikan gelagat Mat Rempit.
9. Tiada seorang pun dalam kalangan ahli-ahli jawatan kuasa dipersalah kerana masalah itu timbul selepas mereka meletakkan jawatan.
10. Yu Wei terpandai di dalam kelasnya.


Latihan 8
1. Nenek menanak nasi tetapi ibu memasak gulai kegemarannya.
2. Tiap usaha yang dilakukan memerlukan kesungguhan  dan ketabahan.
3. Kejadian keracunan makanan berlaku di kedua buah  sekolah di daerah itu.
4. "Beta berharap agar tuanku dapat memaafkan kesalahan  anakanda Raja Ahmad kerana baginda masih mentah   lagi," sembah Tun Perak kepada Sultan Mansor.
5. Tugasan yang disediakan oleh kami itu mendapat pujian daripada guru kerana  kemas dan menarik.
6. Pihak berkuasa akan menyiarkan berita terkini kapal terbang itu melalui  televisyen dari masa ke semasa.
7. Oleh kerana gagal memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM yang lepas, Aizal membuat keputusan untuk mengikuti kursus kemahiran.
8. Para murid-murid dinasihatkan oleh guru besar agar melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum.
9. Sebagai bapa, Encik Aizul sanggup berbuat apa-apa sahaja demi untuk kejayaan anak-anaknya dalam pelajaran
10. Yang di-Pertuan Agong berucap sempena sambutan Hari Kemerdekaan Negara yang ke-57 di Istana Negara.


Faedah Menderma Darah. Bincangkan - KARANGAN SPM 2019


Faedah  menderma darah. Bincangkan

DERMA DARAH…sebut sahaja perkataan darah, terasa berdegup degap jantung ini. Namun, andainya kita pernah menderma darah walaupun sekali, kita adalah merupakan insan yang istimewa dan sumbangan yang telah kita berikan itu memang tidak ternilai harganya!! Untuk menderma darah seseorang didorong oleh banyak faktor termasuk kesedaran diri sendiri untuk berbakti, ingin membantu pesakit yang mungkin terdiri daripada saudara mara dan kawan, ataupun akibat pengaruh rakan-rakan dan saudara mara. Saya berpendapat darah merupakan satu komponen penting dalam perawatan kesihatan. Keperluan dan permintaan terhadap darah semakin meningkat untuk rawatan kes-kes seperti pembedahan jantung, pemindahan organ, rawatan pesakit-pesakit talasemia, haemofilia dan anemia sudah tentu memerlukan pemindahan darah. Menderma darah bukan hanya dapat menyelamatkan nyawa orang lain tetapi pada masa yang sama penderma turut menikmati faedahnya. Ayuh, kita telusuri bersama-sama faedah dan kebaikan menderma darah.

        
Sebagai pembuka tirai perbincangan , derma darah mampu menyelamatkan nyawa seseorang. Bagi sesiapa yang berisiko tinggi kehilangan darah, akibat kemalangan atau  ibu yang mengalami ‘tumpa darah’ ketika melahirkan anak, amat mendambakan bekalan darah. Dalam menghadapi kemelut kecemasan seperti ini, yang situasi nya bagaikan nyawa  di hujung tanduk, pesakit sangat memerlukan darah yang banyak dalam kadar yang segera. Sudah tentu pada saat getir itu, jika tiada bekalan darah yang didermakan,  akan menyulitkan lagi keadaan pesakit. Bukan suatu slot drama akasia, atau klimaks bagi sesebuah novel, tetapi suatu saat yang benar-benar mencemaskan. Bekalan darah amat diperlukan untuk menyelamatkan pesakit berkeadaan nazak. Semua proses pendermaan dilakukan secara profesional bagai menarik rambut di dalam tepung, rambut tidak putus tepung tidak berselerak. Sebagai penderma kita  tidak akan berasa sedikit pun kesakitan, segala-galanya bakal berlalu bagaikan bayu yang bertiup lembut. Setiap jarum dan perkakasan lain yang digunakan hanya digunakan sekali sahaja, jadi keadaannya selamat, tidak membahayakan penderma. Yang pasti kita menjadi insan penyelamat apabila bersedia untuk menderma darah.

         
 Selanjutnya menderma darah boleh membantu seseorang menangani dan menghindari penyakit yang berkaitan dengan darah. Perlu saya tekankan bahawa derma darah amat penting dalam membantu pesakit yang menghidap penyakit yang lazimnya berkaitan dengan darah seperti penyakit hemofilia, anemia dan talasemia yang berkaitan dengn sel darah merah. Manakala penyakit kegagalan sumsum tulang dan leukimia pula adalah penyakit yang berkaitan dengan keperluan  bekalan darah bagi menjalani kehidupan biasa seperti kita. Tanpa bekalan darah yang berterusan, maka situasi ini boleh mengundang maut kepada sipesakit. Justeru darah yang diderma adalah sangat penting sebagai penghindar penyakit bersabit dengan darah. Setiap kali menderma darah, kita dijangka  dapat memenuhi keperluan pesakit yang kekurangan darah. Keajaiban berlaku apabila darah yang didermakan, jelas dapat membantu melancarkan pergerakan darah penderma sekaligus memberi faedah kepada penerima. Penderma pula dapat mengetahui kumpulan atau jenis darahnya. Darah  sipenderma lazimnya diuji di makmal sebelum dipindahkan kepada pesakit. Situasi  ini membolehkan sipenderma  secara serampang dua mata dapat mengetahui jenis darahnya dan dalam masa yang sama mengesan sekiranya terdapat jangkitan atau masalah lain pada peringkat awal dalam dirinya. Ternyata yang menderma darah mendapat manfaat manakala yang menerima dapat diselamatkan nyawanya dengan izin Allah jua

   
 Di samping itu penderma darah sebenarnya berasa lebih relaks, tenang bagaikan berada di bawah  redup mentari yang serba indah kerana sipolan bukan sahaja mempunyai tahap kesihatan yang baik bahkan  bertambah baik selepas menderma darah.. Ujian darah akan dilakukan ke atas semua penderma setiap kali mereka menderma darah; walaupun mereka adalah penderma tetap. Prosedur ini adalah langkah untuk memastikan semua darah diderma adalah selamat dan tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan penerima. Langkah ini juga membolehkan penderma mengetahui tahap kesihatan mereka kerana jika didapati penderma menghidap penyakit tertentu, perkara berkenaan akan dimaklumkan segera supaya mereka boleh mendapatkan rawatan sewajarnya. Orang dewasa mempunyai empat hingga lima liter darah. Setiap kali menderma jumlah darah diambil hanya 300 hingga 450 mililiter atau hanya lapan peratus darah dikeluarkan dari badan penderma.Kita tidak perlu bimbang kemungkinan masalah kekurangan darah kerana perkara ini tidak akan berlaku. Setiap hari badan kita akan menghasilkan sel darah baharu bagi menggantikan sel yang mati akibat ´tua´. Malah penderma diberikan pil zat besi dan asid filik untuk merangsang badan menghasilkan sel darah baharu sebaik selesai menderma darah. Sesungguhnya pengalaman menderma darah memberi suatu perasaan yang cukup indah, cukup bermakna  apabila kita telah benar-benar bersedia untuk berbuat kebajikan dengan hati yang ikhlas.

       
Seterusnya apabila wujudnya bank darah di hospital dan kitalah penyimpan akaun bank tersebut ! Hari ini kita menerima hakikat bahawa kebarangkalian sipenderma, atau penerima derma mendapat penyakit berjangkit sememangnya tidak timbul kerana proses pengambilan darah adalah selamat dan dilakukan dengan berhati-hati. Banyak langkah keselamatan diambil oleh pihak hospital untuk kebaikan penderma dan bakal penerima darah. Semua peralatan seperti jarum baru, bersih dan steril akan digunakan bagi setiap penderma dan jarum yang sudah digunakan akan dibuang. Jadi tiada kemungkinan jarum ini terkena penderma lain. Sebelum darah diambil, tekanan darah akan diukur bagi memastikan tekanan darah adalah normal, diikuti ujian pengenalan jenis darah. Sampel sama akan digunakan untuk ujian darah seterusnya. Selepas contoh darah diambil untuk pengenalan jenis dan ujian darah, pegawai perubatan akan memberi kaunseling bagi memastikan kita sebagai penderma berisiko rendah. Menderma darah boleh merangsang badan menghasilkan lebih banyak sel darah baru. Secara tidak langsung akan meningkatkan taraf kesihatan penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan membawa oksigen yang jauh lebih baik, berbanding sel lama. Setiap darah yang diderma hanya boleh disimpan dalam tempoh empat bulan sahaja. Oleh itu, pendermaan darah secara konsisten dapat memastikan bank darah hospital akan sentiasa mempunyai bekalan darah yang mencukupi.Tidak ada yang perlu ditakuti.Sememangnya menderma darah memberi suatu tanggungjawab penuh keikhlasan kita membekalkan keperluan yang mencukupi untuk bank darah di hospital

       Selain itu
, apabila kita menderma darah, amal kebaikan kita itu dapat membantu mengeratkan perhubungan tanpa  perlu kita memikirkan siapa penerimanya atau bagaimana darah akan digunakan dan dimanfaatkan. Aha..perlu diingat, Sipenerima bukan Dracula yang menghisap darah mangsanya!Aspek humaniti menjadikan kita tulus ikhlas menderma darah. Setiap hari ada sahaja orang memerlukan darah untuk menyambung hidup. Darah yang diderma boleh disimpan selama 42 hari dalam peti dingin beku sebelum diberikan kepada golongan yang memerlukan. Ramai warga emas melalui proses pendermaan darah telah terbukti  menjadikan badan mereka berasa lebih selesa. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tetapi berasa selesa merupakan antara sebab kenapa warga emas kini semakin kerap menderma darah.Menderma darah adalah seperti melakukan kerja khidmat komuniti yang lain. Perasaan gembira hadir secara tidak langsung selepas kita menolong orang lain. Selepas menderma, darah sipenderma akan diganti dalam masa 48 - 72 jam. Walaupun sel darah merah hanya dapat diganti sepenuhnya dalam masa 6-8 minggu, namun kesemua proses itu menjadikan badan lebih sihat, kuat, cergas dan bertenaga. Menderma darah bukan sahaja menyelamatkan nyawa seseorang, bahkan dapat mengeratkan ikatan silaturahim rakyat Malaysia yang berbilang ras. Maka jadikanlah aktiviti menderma darah suatu rutin kehidupan dan  lebih baik lagi kalau kita dapat mengajak ramai teman dan kaum keluarga untuk sama-sama mendermaYang jelas, aktiviti yang dilakukan bersama-sama bukan sahaja membantu mengeratkan hubungan sesama rakan penderma, sesama penderma dan sipenerima, malah menyumbang kepada pembangunan komuniti  yang serumpun bak serai, sejunjung bak sirih bagi menyelamatkan nyawa pesakit yang sangat mendambakan bekalan darah.

      
   Kesimpulannya 
ada antara kita yang menderma darah  sekadar  untuk mencari pengalaman dan memenuhi rasa ingin tahu.Namun hari ini kita yakin dan percaya bahawa menderma darah adalah suatu tanggungjawab sosial yang dapat membantu menyelamatkan nyawa orang lain. Ada yang menderma sebab mereka kenal seseorang yang ada masalah sakit kronik, yang perlukan sumbangan darah daripada orang lain. Tidak kiralah apa-apa sahaja sebab  kita menderma darah, sebenarnya, banyak faedah pada kesihatan yang  kita perolehi melalui  usaha kemanusiaan ini  Yang terindah dan yang mendamaikan naluri ini  ialah, selepas kita menderma, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baharu yang segar dan memberi suatu keyakinan untuk kita terus menderma. Menderma darah ‘memaksa’ badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan kita  kekal sihat, fungsional, dan  dapat bekerja dengan lebih produktifnya ke  arah membina martabat diri di  bumi tercinta ini.


Karya  eksklusif, terbaik  ; Siti  Sufiah  ( pelajar A+ BM SPM )

Terima kasih kepada semua bekas pelajar DM2 yang menghantar  karangan untuk siaran blog ini. Terima kasih

Jangan Tiru