CIRI-CIRI SEBUAH PUSAT SUMBER SEKOLAH YANG BAIK
Karya Syed Ahmad Izzuddin b Said Md Zain 5 silikon (karangan bahagian A percubaan negeri Terengganu )
Apabila kita bercakap tentang pusat sumber sekolah, kita perlu fokus kepada pusat sumber yang selesa dan kondusif untuk seluruh warga sekolah. Janganlah hanya sekadar ada pusat sumber sahaja, tetapi situasinya amat mengecewakan. Pihak sekolah khususnya unit pusat sumber sekolah (unit PSS) perlu berusaha menampilkan pusat sumber yang benar-benar berfungsi sebagai pusat sumber kerana saya berpendapat hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Kalau usaha digandakan sudah pasti sebuah pusat sumber idaman dapat direalisasikan. Saya mahukan sebuah pusat sumber yang fungsional, bukan sekadar melepaskan batuk di tangga, yang hanya ada label pusat sumber tetapi kosong tidak berpengunjung. Terdapat banyak ciri pusat sumber yang baik. Mari kita telusuri bersama-sama akan ciri-ciri pusat sumber yang baik.
Sebagai pembuka tirai perbincangan, sebuah pusat sumber yang baik, letaknya wajar di kawasan sekolah yang benar-benar strategik. Lokasinya yang strategik dapat menarik kunjungan berkala warga sekolah. Pelajar tidak akan teruja pergi ke pusat sumber kalau letaknya nun jauh di sudut sepi, di belakang sekolah, diletakkan pula bersebelahan dengan tempat pelupusan sampah sekolah atau diletakkan nun jauh di puncak bangunan sekolah di tingkat lima bangunan sekolah tanpa ‘lift’ atau eskalator , pelajar terpaksa memanjat puluhan anak tangga untuk sampai ke pusat sumber sekolah. Saya cadangkan pusat sumber diletakkan di tingkat paling bawah, di bahagian depan bangunan sekolah, bersebelahan taman, atau pusat rekreasi sekolah. Suasana cukup nyaman dan indah. Sambil mengulang kaji pelajaran, pelajar boleh menikmati panorama sekolah yang indah lagi menakjubkan. Yang jelas ciri paling utama sebuah pusat sumber ialah lokasinya yang strategik yang memukau kehadiran dan kunjungan pelajar ke pusat sumber sekolah.
Hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah kemudahan bahan bacaan yang mencukupi merupakan ciri unggul sebuah pusat sumber sekolah. Bahan bacaan, bahan rujukan, cd , rakaman video, akhbar dan majalah mencukupi untuk kemudahan dan keperluan pengunjung setia pusat sumber sekolah. Perkhidmatan kaunter pinjaman yang profesional yang terdiri daripada pengawas pusat sumber yang terlatih dan Guru Pusat Sumber yang berwibawa sentiasa memantau perjalanan dan pengurusan pusat sumber agar memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan. Semua bahan bacaan mempunyai kod dan rekod dari segi jumlah dan spesifikasi mata pelajaran. Kalau untuk Sejarah, BM, Geografi, ada kodnya yang tersendiri begitulah untuk buku-buku bagi subjek yang lain. Akhbar dan majalah pula disediakan yang terkini dan mencukupi untuk tatapan dan bacaan pelajar. Ternyata kemudahan bahan bacaan yang mencukupi merupakan ciri eksklusif pusat sumber yang menggamit kehadiran pelajar untuk datang dan pergi, dan datang kembali ke pusat sumber sekolah.
Tidak dapat saya nafikan pula, ciri pusat sumber yang baik ialah pusat sumber yang mempunyai kemudahan asas yang lengkap seperti kemudahan internet berkelajuan jalur lebar, pendingin udara yang sejuk selesa, kipas dan lampu, kerusi meja yang mencukupi, rak buku yang kemas teratur , jendela yang luas dengan hiasan langsir yang sederhana indah. Dalam panorama yang unik menarik, pelajar pasti akan menjadikan pusat sumber sebagai tempat menelaah, menyelidik, membuat ulangkaji atau berdiskusi di ruang legar yang disediakan khusus oleh pengurusan pusat sumber. Kemudahan menggunakan internet diberikan mandat seluas-luasnya kepada semua pengunjung pusat sumber. Pusat sumber jua memaparkan peraturan dan disiplin pada dinding utama pusat sumber, yang perlu dipatuhi ketika berada di pusat sumber sekolah. Jadi, saya yakin, kemudahan asas yang serba- serbinya lengkap menjadi penanda aras sebuah pusat sumber yang baik.
Kesimpulannya memang sebuah pusat sumber yang baik menjadi idaman setiap pelajar sekolah. Pelajar menjadi pengunjung setia pusat sumber sekolah. Saya amat bersyukur kerana pusat sumber sekolah saya mempunyai ciri-ciri unggul sebuah perpustakaan sekolah, apatah lagi pusat sumber sekolah saya telah pernah dinobatkan sebagai pusat sumber terbaik peringkat negeri dan kebangsaan. Kalau tidak ada apa-apa hendak dibuat pada petang nanti, ehmmm... jom...., jom kita ke pusat sumber sekolah!
.
.
.
.
(walau baru beberapa tahun usia blog ini namun syukur alhamdulillah telah ada ramai pengunjungnya, cuma jumlah yang follow terlalu kecil. Saya harap ada yang sudi dan sedia untuk follow blog saya ini, Jumlah pengunjung sudah melebihi 3 ratus ribu tapi yang follow setakat hari ni hanya 27 orang dan kebanyakannya pelajar saya sendiri. Harap-harap ada guru dan pelajar sudi follow untuk tingkat lagi semangat kita dalam sama-sama bersiaran. Terima kasih kepada pelajar- pelajar yang bantu, yang tolong saya bina blog ini. Terima kasih)
Good esssay
BalasPadamgood!
Padamyes
Padamnyc 1 tq
BalasPadamSaya kongsi jawapan cikgu. Terima kasih
BalasPadamtq
BalasPadamHebat. Izinkan saya kongsi penulisan ini.
BalasPadamterima kasih
BalasPadambatuk ke batok eh cikgu?
BalasPadamSaya tak guna perkataan batok sebab orang Melayu sangat beradap, apabila ke rumah orang dia tidak akan lepaskan batok di tangga, sebaliknya batok disangkut semula ke tempat asal tepi tempayan, selepas guna. Orang Melayu ni dia batuk-batuk untuk beritahu tuan rumah dia ada di luar rumah. Atau hajat nak masuk rumah, tapi tak jadi, lalu dia batuk-batuk untuk beritahu tuan rumah dia datang tapi jadi masuk ke rumah.(buat kerja separuh jalan lah tu.. ya) Dalam blog saya yang satu lagi ada cerita indah tentang sopan santunnya orang Melayu. Bacalah ya. Maaf saya lambat balas.
Padamterima kasih
Padamthanks
BalasPadamVery nice, very nice. *clap* *clap*
BalasPadamterima kasih untuk memberi contoh.
BalasPadamtq
BalasPadamSaya galakkan pelajar hantar karya, saya semak dan saya siarkan di blog ini.
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamKarangan yang baik
BalasPadamkarangan yang baik
BalasPadamkarangan yang lengkap dan mempunyai kosa kata yang menarik serta peribahsa yang bagus
BalasPadamso good
BalasPadamgood for me
BalasPadambaik.
BalasPadamgooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooooood
BalasPadamgood
BalasPadamNice karangan
BalasPadamterima kasih
BalasPadambkn beshe ii
BalasPadami lobe it
BalasPadamBoeklaaaaaa good2
BalasPadamnak kongsi tq
BalasPadamMenarik
BalasPadam