KELEBIHAN
HARI JUMAAT ~ PENGHULU SEGALA HARI


Sahabat yang dirahmati Allah,
Hari Jumaat adalah hari hari besar di
sisi Allah dan dikhususkan bagi umatnya. Ini jelas daripada Firman Allah yang
bermaksud : "Apabila diseru untuk bersembahyang pada hari Jumaat maka
segeralah kamu mengingati Allah serta tinggalkan jual beli. Inilah yang lebih
baik bagi kamu sekiranya kamu mengetahui". (Surah Jumaah ayat 9)
Dalam ayat itu, Allah melarang manusia bekerja dan berusaha untuk
kepentingan dunia sebaik ia mendengar seruan azan solat Jumaat. Larangan ini
menggambarkan bahawa menunaikan fardu Jumaat penting dan wajib dikerjakan.
Dalam hadis lain Rasulullah mengatakan hari Jumaat adalah hari yang
besar disisi Allah. Ia lebih besar daripada Aidilfitri dan Aidiladha.
Pada hari Jumaat kita disunatkan pergi
ke masjid awal,sekurang-kurangnya sebelum tergelincir mata hari. Ini kerana
pada setiap hari Jumaat, Allah mengutus malaikat berdiri di pintu masjid untuk
mencatat nama mereka yang masuk. Apabila khatib naik ke mimbar, berhentilah
mereka mencatatnya.
Dalam perjalanan ke masjid kita
hendaklah dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri. Apabila berada dalam
masjid, janganlah melangkah kepala orang untuk kesaf hadapan atau berjalan di
sisi mereka. Jika hendak duduk di saf hadapan, kita hendaklah datang awal
kerana Rasulullah melarang keras melangkah kepala orang. Apabila masuk masjid,
hendaklah kita solat dua rakaat tahayattul masjid walaupun pada masa itu khatib
sedang berkhutbah.
Sebaik-baiknya hendaklah ia solat di
tiang yang terdekat dengannya supaya orang ramai tidak lalu di hadapannya
ketika ia sedang solat. .Ketika imam berkhutbah, kita hendaklah mendengar nasihat dan tunjuk ajar yang disampaikan.
Anggaplah nasihat itu untuk diri kita dan berazamlah untuk melaksanakan segala
nasihat tersebut.
Jangan sekali-kali berkata-kata atau
bercakap dengan teman ketika imam berkhutbah. Larangan ini jelas daripada sabda
Rasulullah yang bermaksud:"Sesiapa yang berkata kepada temannya sedangkan
imam masih berkhutbah: Dengarlah! Maka dia telah lalai, dan barang siapa yang
lalai pada waktu imam sedang berkhutbah maka tiada Jumaat baginya." (Hadis
Riwayat Ibn Majah)
Setiap hari-hari dalam Islam mempunyai
kelebihan masing-masing. hari Jumaat adalah hari yang paling istimewa daripada
hari-hari lain. Terdapat enam keistimewaan hari Jumaat iaitu :
1.
Berlakunya hari kiamat.
Jumaat merupakan hari yang selalu
dikaitkan dengan berlakunya hari kiamat. Dalam suatu hadis riwayat Muslim, Nabi
s.a.w. bersabda maksudnya : “Pada hari Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada
hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan
akan dikabulkan permintaannya.”
Sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
"Pada hari itu kiamat akan terjadi dan tidaklah seorang pun malaikat
muqarrabun pun di sisi Allah Azzawajalla melainkan ia takut pada hari Jumaat,
(tetapi) tidak langit dan tidak bumi melainkan ia merasa kasih pada hari
Jumaat”. (Hadis Riwayat Ibnu Majah
dan Al-Baihaqi)
2.
Nabi Adam diciptakan dan dia juga disingkirkan dari Syurga.
Hari Jumaat memang istimewa. Hari ini
nabi Adam a.s. diciptakan, dan hari ini jugalah baginda diturunkan daripada
Syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya :
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam
a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari Syurga.”
3.
Penghulu segala hari.
Jumaat ini adalah hari yang
sangat-sangat istimewa kerana agama kita sendiri yang meletakkan Jumaat itu
ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu
hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat
di namakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik
hari).”
Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda
yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan
ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak
terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada
hari Jumaat.
4.
Selamat dari fitnah kubur bagi yang mati pada hari Jumaat.
Daripada Abdullah bin Amr berkata
sabda Nabi saw. yang bermaksud : “Tidak seorang Muslim yang mati pada hari
Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.” (Hadis Riwayat
Tarmizi)
Jadi, sama-samalah kita berdo'a
moga-moga Allah memilih kita dalam kalangan manusia yang diberikan kelebihan oleh Allah swt
5.
Kebaikan menjaga kebersihan dan memotong kuku.
Sebelum menunaikan fardu Jumaat, kita
disunatkan mandi walaupun waktu solat telah hampir. Disunatkan juga mencukur
kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan
pakaian yangsebaik-baiknya. Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku
pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan
memberikannya keselamatan.”
6.
Makbulnya do'a di antara dua khutbah.
Majoriti ulama' berpendapat bahawa makbulnya do'a yang dibaca
di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama
dan khutbah kedua.
Daripada Abu Hurairah r.a. telah
meriwayatkan : Rasulullah s.a.w telah bersabda : "Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w. sedang membicarakan tentang hari Jumaat, dan baginda bersabda: Padanya
(hari Jumaat) terdapat suatu saat yang tidak ditemui oleh seorang hamba (Allah)
yang muslim dengan dia mendirikan solat sambil memohon kepada Allah akan
sesuatu, melainkan apa yang dipohonkannya itu diberikannya kepadanya. Dia
mengisyaratkan dengan tangannya yang diangkatkan". (Hadis Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana
seorang hamba Mukmin apabila meminta (berdo'a) kepada Allah sesuatu kebaikan
melainkan Allah memakbulkan do'anya atau ia meminta Allah melindunginya
daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.”
(Hadis riwayat Tarmizi).
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari
r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah
mendengar bahawa Rasulullah pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling
mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat
selesai didirikan.
Sahabat
yang dimuliakan,
Solat Jumaat dua rakaat yang
difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang
perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal
ibadat yang dilaksanakan.
Rasulullah bersabda maksudnya :
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor
unta."
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua,
dia seperti berkorban seekor lembu."
“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat
pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas."
“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat,
dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam , " dan
"Sesiapa hadir solat pada saat
kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”
Apabila imam naik ke mimbar, malaikat
menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang
datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat
semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.
Umat Islam juga dituntut membuat
persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk
dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.
Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya :
“Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat
Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka
diberi tambahan tiga hari lagi."
“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan
sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan
kelalaian, yakni bersalah.”
Hadis di atas membuktikan bahawa Islam
memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang
disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber
ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.
Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah
s.a.w. bersabda maksudnya : “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat
Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)
Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa
Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan
keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih
utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Tarmizi).
Ada
banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan
menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam antaranya adalah
:
1.Orang yang meninggal dunia pada hari
Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari kiamat. Daripada Abdullah bin Amr r.a. berkata :
Rasululah s.a.w. telah bersabda maksudnya : "Tidaklah daripada seorang
Muslim yang mati pada hari atau malam Jumaat, melainkan dia dipelihara Allah
daripada fitnah kubur". (Hadis
Riwayat Tarmizi)
2. Sesiapa yang membaca surah Ali
Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo'akan kebaikan ke atasnya
sehingga matahari terbenam pada hari itu.
Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud:
“Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya
antara dua Jumaat.”
3. Waktu solat subuh membaca surah
al-Sajdah dan surah Al-Insan.
4. Selesai solat Jumaat : Surah
Al-Ikhlas, Al-Falaq, An-Naas
5. Memperbanyakkan do'a, zikir dan
selawat
Firman Allah Dalam Al-Quran maksudnya
: "Sesungguhnya Allah dan para malaikat telah berselawat ke atas Nabi.
Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam yang sempurna ke
atasnya (Nabi)". (Surah Al-Ahzab, ayat 56)
6. Sesiapa membaca surah Yassin pada
malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut
hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.
7. Sabda Rasulullah yang diriwayatkan
oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud:
"Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih
hingga Jumaat akan datang."
8. "Mereka yang mendirikan solat
Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan
atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar."
9. "Mereka yang berdo'a dengan
penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah."
Sahabat,
Marilah kita sama-sama kita menfaatkan
malam dan hari Jumaat untuk kita mempertingkankan amal ibadah, berdo'a dan
berselawat kepada Nabi saw Hari Jumaat adalah hari kebesaran umat Islam.
Terdapat banyak pahala , ganjaran dan keistimewaan yang dinyatakan dalam
hadis-hadis Nabi saw khusus untuk umat Islam yang mengharapkan keredhaan Allah
swt. Semoga kalian semua beroleh keberkataan dan sentiasa dirahmati Allah swt
dalam amalan soleh yang kalian kerjakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan