
Permainan Tradisional
Peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional -Karangan percubaan SPM Johor DT Karangan B soalan b 1

Karya ZH tingkatan 5 sains aliran agama 2016 (pelajar terbaik 11A SPM 2016)
Dewasa ini, permainan tradisional seperti layang-layang, gasing dan
congkak kurang diminati serta semakin dilupakan oleh generasi muda.
Bincangkan peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional.
Pada zaman ini permainan tradisional sudah semakin dipandang enteng dan disisihkan daripada arus perdana oleh masyarakat kita . Sebenarnya negara kita ini memang kaya dengan pelbagai jenis permainan tradisional yang sepatutnya tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Antara permainan tradisional tersebut termasuklah congkak, wau, gasing, galah panjang, batu seremban, teng-teng, guli, sepak raga, konda-kondi dan banyak lagi. Kebanyakan permainan tersebut kurang diketahui oleh generasi muda. Hari ini kita tidak nampak lagi sebarang kelibat anak-anak bermain permainan tradisional terutama di kota raya. Hal ini membayangkan bahawa permainan tradisional berkenaan akan lenyap ditelan zaman jika tiada usaha digiatkan untuk mengetengahkannya dalam kalangan khalayak. Ibu bapa khususnya perlu memainkan peranan menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional. Banyak peranan perlu dimainkan oleh ibu bapa dalam usaha menggalakkan anak-anak minat bermain permainan tradisional.
Usaha pertama yang ibu bapa perlu lakukan untuk menggalakkan minat anak-anak bermain permainan tradisional adalah dengan memupuk minat dalam diri ibu bapa sendiri terhadap permainan tradisional. Ibu bapa pada masa ini banyak terdedah dengan pelbagai pengaruh modenisasi dan perubahan. Mereka sering menganggap permainan tradisional telah lapuk dan ketinggalan zaman. Sebagai ibu bapa, mereka perlu sedar bahawa mereka berperanan mendedahkan permainan tradisional kepada anak-anak. Hal ini boleh dilakukan dengan mencari pelbagai informasi berkaitan dengan permainan tradisional. Ibu bapa perlu mengakses maklumat tentang permainan tradisional melalui internet, atau bertanya kepada golongan yang lebih tua, lebih berpengalaman tentang permainan tradisional.Hasilnya, ibu bapa dapat memahami dengan lebih jelas perihal setiap permainan tradisional yang ada di negara kita. Terdapat banyak laman web yang memberikan pelbagai maklumat berkenaan pelbagai permainan tradisional beserta videonya sekali. Permainan tradisional seperti wau, gasing, galah panjang, congkak, dan sebagainya sesuai untuk disertai, prosedurnya mudah dan kosnya murah. Secara tidak langsung,apabila wujud kesedaran dan minat dalam diri ibu bapa maka usaha untuk menggalakkan anak-anak melibatkan diri dalam permainan tradisional di negara ini dapat dijana dengan mudah.
Selain itu, usaha yang boleh ibu bapa lakukan adalah dengan menjadikan permainan tradisional sebagai medium pengisi masa lapang anak-anak. Hal ini boleh dilakukan dengan menggalakkan anak-anak bersama-sama rakan-rakan sebaya bermain congkak, seremban, gasing dan banyak lagi, pada waktu petang atau pada masa cuti sekolah bagi menggantikan permainan moden. Ibu bapa boleh memberi tunjuk ajar kepada anak-anak dan rakan-rakan mereka tentang cara-cara permainan tradisional tersebut bagi membolehkan anak-anak memainkannya bersama-sama rakan-rakan. Inisiatif ini bukan sahaja dapat memartabatkan permainan tradisional malah dapat memupuk semangat setia kawan dan kerjasama anak-anak sesama rakan. Hal ini juga boleh mengelakkan anak-anak sebagai remaja daripada terjebak dengan pelbagai gejala negatif akibat daripada pengaruh rakan-rakan dan persekitaran yang tidak baik. Bagi diri anak-anak adalah lebih baik mengisi masa dengan bermain permainan tradisional daripada melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah. Jelaslah permainan tradisional mendatangkan banyak kebaikan kepada anak-anak terutama apabila ibu bapa dapat pastikan pengisian masa dipenuhi dengan bermain permainan tradisional.
Di samping itu, bagi menggalakkan permainan tradisional diminati oleh anak-anak, ibu bapa melalui PIBG hendaklah berani mengesyorkan kepada guru-guru di sekolah agar permainan tradisional menjadi salah satu aktiviti semasa perjumpaan kokurikulum. Ibu bapa jua boleh menulis surat kepada pihak sekolah menerusi perantara PIBG agar memasukkan permainan tradisional menjadi sebahagian daripada aktiviti kokurikulum di sekolah. Hal ini secara tidak langsung akan memperkenalkan permainan tradisional kepada semua pelajar termasuklah anak- anak kita sendiri. Anak-anak kita juga akan menyertai permainan tradisional yang dipertandingkan di peringkat sekolah semasa aktiviti kokurikulum dan juga persatuan akademik. Antara aktiviti yang boleh dilakukan ialah pertandingan membuat wau, pertandingan bermain congkak dan demonstrasi permainan daripada golongan ibu bapa yang lebih berpengalaman bagi menarik minat anak-anak. Dengan cara tersebut, minat anak-anak terhadap permainan tradisional dapat dipupuk agar kepelbagaian permainan tradisional dapat dipelihara. Ibarat kata pepatah, tak kenal maka tak cinta amat bertepatan kerana jika anak-anak telah mula diperkenalkan dengan pelbagai permainan tradisional, sudah pastilah minat dan kecintaan terhadap permainan ini akan tertanam secara semula jadi. Ternyata ibu bapa hari ini perlu berani membuat perubahan ke arah memartabatkan permainan tradisional agar terus diminati oleh anak-anak.
Selanjutnya untuk menjadikan
permainan tradisional lebih diminati oleh anak-anak, apa salahnya ibu bapa turut serta bermain permainan tradisional untuk
menceriakan suasana. Persaingan dan perlumbaan permainan tradisional
antara ibu bapa dan anak-anak akan menyemarakkan lagi semangat anak-anak
untuk memahirkan diri dengan permainan-permainan tradisional tertentu. Sambil
bermain, sambil membimbing anak-anak akan cara-cara atau tips yang tepat bermain
permainan tradisional. Langkah ini sudah tentu dapat menghidupkan kembali
kegemilangan permainan tradisional dalam kalangan remaja dan anak-anak hari
ini. Permainan tradisional memang wajar dikembalikan kegemilangannya dalam
semarak kasih keluarga bahagia.. Ibu bapa hendaklah berganding bahu, bersikap
terbuka untuk mempopularkan kembali warisan bangsa yang tidak ternilai harganya
ini, bak kata para hukama sesuatu itu perlu
bermula dengan langkah pertama. Ibu bapalah yang memulakannya.
Jika tidak permainan tradisional warisan silam ini hanya akan tinggal nama
sahaja dalam lipatan sejarah, dan..... akan terus hilang ditelan
masa. Daya iltizam dan kreativiti ibu bapa diharapkan akan dapat mempopularkan
kembali warisan bangsa agar tak lapuk dek hujan
tak lekang dek panas . Sesungguhnya suasana gelak
ketawa, riuh rendah sesebuah keluarga terasyik dengan permainan tradisional
secara tidak langsung menggalakkan anak-anak lebih cenderung dan berminat akan
permainan tradisional.
Usaha yang seterusnya ialah ibu bapa perlu sentiasa menanamkan semangat cinta akan
budaya negara terutama terhadap permainan tradisional dengan membelikan anak-anak alat-alat permainan tradisional. Adanya alat seperti gasing, papan congkak, guli, membangkitkan naluri ingin tahu dan ingin mencuba bermain. Ibu bapa perlu prihatin, permainan tradisional merupakan budaya masyarakat Malaysia sejak
dahulu dan perlu diteruskan dan dipelihara agar dikenali oleh generasi akan
datang. Sesuatu yang baik itu perlu dipupuk dan ditanam dalam diri sejak kecil
sesuai dengan peribahasa, melentur buluh
biarlah dari rebungnya. Jika asasnya telah kukuh maka secara langsung
anak-anak masa ini tidak akan segan silu mempertahankan dan memartabatkan
permainan tradisional. Alah bisa tegal biasa kerana sesuatu yang sukar pada
awalnya akan menjadi mudah dan biasa jika selalu dilakukan dan diamalkan.
Begitulah juga yang diharapkan terhadap permainan tradisional. Jika ibu bapa telah
mula menanamkan sikap sayang dan cinta akan budaya bangsa, maka sudah
pasti permainan tradisional gah terpelihara dalam kalangan masyarakat Malaysia.
Permainan tradisional ini amat mendamaikan hati , dapat mengelakkan stres
atau tekanan dan tidak membosankan. Kecintaan terhadap permainan tradisional yang disemai oleh ibu bapa terhadap anak –anak akan memupuk juga rasa cinta terhadap budaya negara. Bawalah anak-anak menyaksikan pertandingan
permainan tradisional agar mereka teruja untuk memahirkan diri. Yang nyata Ibu bapa wajar
membeli dan membekalkan anak-anak dengan peralatan permainan tradisional untuk membiasakan, mendedahkan dan menggalakkan anak-anak bermain permainan tradisional.
Kesimpulannya, ibu bapa hendaklah berusaha
mempopularkan permainan tradisional agar permainan tersebut terus terpelihara
dan mendapat tempat di hati anak-anak .Seyogia anak-anak hari ini perlu
berganding bahu dan meminta sokongan dan bantuan ibu bapa agar
permainan tradisional terus dimartabatkan dan diketengahkan dalam pelbagai
situasi dan aktiviti. Kedua-dua pihak boleh saling bekerjasama meningkatkan
paradigma permainan tradisional negara agar terus mekar berkembang dan diminati
ramai. Khazanah ini perlu dipelihara dan dikekalkan menggunakan pelbagai
pendekatan relevan bersesuaian dengan kata peribahasa di mana ada kemahuan di situ ada jalan

izin copy
BalasPadamboleh ja
PadamMaaf sebab berkongsi..tapi saya nak minta izin copy
PadamBoleh. Silakan. Tiada masalah.
BalasPadamxleh copy , kenapa yaa?
Padamminta izin copy ya
BalasPadamminta izin copy ya
BalasPadamminta izin salin ya,tuan tanah
Padamminta izin salin ya,tuan tanah
PadamTuan tanah izinkan. Alhamdulillah.
Padamizin copy?
BalasPadamizin copy
BalasPadamnak copy boleh?
BalasPadamizin copy
BalasPadamizin copy
BalasPadamMohon keizinan utk dikongsikan dengan pelajar
Padammnx izin nk copy
Padamizin copy
BalasPadamsalam,minta izin untuk copy untuk rujukan
BalasPadamBoleh, tak ada masalah
BalasPadamizinkan saya copy.. saya nak buat rujukan
Padamcan i copy it?
BalasPadamBoleh, boleh.... tak da masalah
BalasPadamizin copy
BalasPadamsaya nak copy untuk rujukan .....
BalasPadamcan i copy it
BalasPadamMohon copy sebagai rujukan yee
BalasPadammintak copy
BalasPadammohon copy boleh?
BalasPadamizin copy
BalasPadamnak copy
BalasPadamizin copy
BalasPadamBoleh minta copy?
BalasPadamnak copy?
BalasPadamizin kan saya copy
BalasPadamkenapa x boleh copy yer?
BalasPadamgood
BalasPadamizin copy
BalasPadamizin copy, rujukan exam untuk esok
BalasPadamizin copy
BalasPadamsaya nk copy bleh x
BalasPadamKalau penulis dh izin bgi copy.... Jangan dk tnya soalan yg sama... Haihhhh
BalasPadamizin copy
BalasPadammohon copy
BalasPadamtq
BalasPadamMinx copy tq
BalasPadamizin untuk dikongsi dengan murid
BalasPadamizin copy
BalasPadamsy copy boleh...
BalasPadammohon copyt kasih
BalasPadammohon copyt kasih
BalasPadamKarangannya gramatis sekali..boleh dijadikan rujukan.. Saya minta izin untuk copy yaa.. Terima kasih.. Semoga terus sukses..
BalasPadamizin copy pak
BalasPadamIZIN COPY PAK
BalasPadamizinkan copy
BalasPadamIzin copy n paste ye..makasehh..indah sungguh karangan ini
BalasPadammohon izin copy n paste.
BalasPadamnak copy
BalasPadambaguslah karangan ni.. sangat berguna.. dah la esok nak SPM.. saya rasa ni soalan keluar esok.. thanks.. isi nya sangat bermanfaat kepada saya... Jangan lupa comeback EXO- OBSESSION...and plz give a lots of love for EXO and BLACKPINK (tiberr) BTW... thanks again..
BalasPadambetul tu
Padamkarangan yang menarik tetapi tidak
BalasPadamminta izin copy
BalasPadamminta izin nak copy
BalasPadamizinkan saya copy
BalasPadammohon izin copy..t.kasih
BalasPadamMintak izin copy❤️❤️❤️❤️❤️❤️
BalasPadamboleh mohon copy untuk pelajar saya
BalasPadamtak dapat copy. perlu izin penulis.
Padamizinkan copy
BalasPadammnx izin copy
BalasPadamsalam..mohon maaf. saya izin copy
BalasPadam