Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Isnin, 13 November 2017

Sesuatu Yang Terindah mengikut tafsiran masing-masing & Fakta Kelakar Tapi logik juga ya.... dan buat kita berfikir dan terhibur

    


 Sesuatu Yang Terindah mengikut tafsiran masing-masing
Apakah Yang Terindah Dalam Hidup?(untuk anak-anak  tersayang Along, Angah, Abang & Adik - pandai-pandai bawa diri pabila berada  di daerah kejauhan   - Di Tanah Merah sekarang panas, tapi tanaman mak subur merimbun. Sayur bayam, kailan, dll tersusun rapi dalam pasu. Mak siram hari-hari. Ayah buatkan  Green house yang kedua untuk mak, cantik, ayah dah postkan gambar  ke  facebook  Along , Angah, Abang dan Adik. Ayah ambil masa lebih  seminggu untuk siapkan. Cantik.....!! Tahniah angah kerana akhirnya beroleh PhDnya tahun ni setelah sekian lama berjuang di medan ilmu. Dan.. Tahniah adik kerana dapat tawaran lanjutkan pengajian ke Perancis - jaga diri)

Terdapat beberapa hal yang terindah yang berlaku dalam kehidupan seharian kita.
Hal-hal yang mampu membuatkan bibir kita terukir senyuman dan hati kita selesa dan tenang.
Hal yang terindah dalam hidup ialah…
Ketika kita PERGI ada yang MENDOAKAN..
Ketika kita JAUH ada yang MERINDUKAN..
Ketika kita SEDIH ada yang membuat kita TERSENYUM..
Ketika BERTEMU ada yang mengucapkan SALAM..
Ketika kita SAKIT ada yang MENJENGUK..
Ketika kita TAK TAHU ada yang bersedia MENGAJAR..
Ketika kita KEBINGUNGAN ada yang memberi PETUNJUK.
Ketika kita BERTANYA ada yang sedia MEMBERI JAWAPAN dengan sopan
Ketika kita SUNYI ada yang MENELEFON
Ketika kita. MARAH ada yang MENYEJUKKAN
Ketika MESEJ DIHANTAR ada yang MEMBACA
Ketika-ketika ini anak menelefon, MAK ok ke? Mak dah makan ke belum?(isyh... tak da soalan lain ke?) 
Alhamdulillah..Ya Allah aku mensyukuri segala ilmpah rahmatMU
Ya ALLAH jadikan kami hamba-Mu yang pandai dan tahu bersyukur,
Aamiin ya Rabbal’alamin

Fakta Kelakar Tapi logik juga ya.... dan Buat kita berfikir dan terhibur


Kalau pembaca hendak tahu, terdapat beberapa fakta yang kelakar, tapi  buat kita berfikir tentang apa-apa yang ada di dunia ini. Berikut adalah beberapa fakta yang kelakar tapi logik boleh kita share /kongsikan bersama-sama. Saya cuma edit & pilih yang sesuai untuk pelajar......


1.Tahukah anda 1,700 tahun diperlukan oleh seseorang untuk menonton semua video dalam Youtube.
2. Tahukah anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi... hi hi...
3.Tahukah anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar  kadangkala hingga beribu kilometer daripada sarangnya tanpa sesat atau  silap walaupun tanpa bantuan kompas. Hal ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya. 
4.Tahukah anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih  aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 
5.Tahukah anda antara kereta kebal dan tok guru ilmu kebal, akhlak kereta  kebal adalah lebih baik kerana kereta kebal walaupun ia kebal tapi tak pernah membanggakan diri dan riak akan kekebalannya. 
6.Tahukah anda Laksamana adalah jawatan besar di dalam kesultanan Melayu Melaka. ‘Laksa kedah’ pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"
7. Tahukah anda gajah adalah satu-satu mamalia yang tidak boleh melompat. 
8.  Tahukah anda apabila ditanya apakah permintaan terakhirnya sebelum ditembak mati oleh skuad penembak, penjenayah bernama James W.Rodgers menyatakan dia cuma mahu sehelai jaket kalis peluru (nak mati pun masih nak buat lawak yang sangat cerdik)
9. Tahukah anda Kehidupan Jehan miskin belum pernah ditayangkan dalam siri bersamamu TV3.
10.Tahukah anda membuat tahu sumbat sungguh meletihkan. Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tahu sumbat ke dalam mulut.
11.Tahukah anda Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan. Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L. Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A,  sebab lessen A tak ada.
12.Tahukah anda ramailah  orang lelaki takut kalau-kalau mati pucuk. Tapi tak takut kalau-kalau mati esok.
13. Tahukah anda walau maju macam mana sekali pun Pekan di Pahang tetap akan disebut Pekan.
14.  Tahukah anda air sebenarnya tidak boleh dicencang tetapi boleh ditarik,contohnya teh tarik.
15.  Tahukah anda Kota Sarang Semut di Kedah majoriti penduduknya adalah manusia.
16. Tahukah anda tempat paling kecil di Malaysia ialah Setapak.
17. Tahukah anda walaupun licin tetapi penduduk di Lumut tidak jatuh ketika berjalan.
18. Tahukah anda Pasir Mas di Kelantan tidak laku jika ada yang membawa ke pajak gadai
19.  Tahukah anda Orang Malaysia adalah orang paling kuat kerana boleh makan makanan hebat seperti belimbing besi, ubi kayu, pisang emas, jambu batu, pucuk paku, ikan parang, tongkat ali dan banyak lagi.
20.  Tahukah Anda.......  walaupun hidup beribu tahun kalau tak sembahyang tiada gunanya
21. Tahukah Anda... kita kalau ada masalah jangan letak di kepala, letak sahaja di hujung jari, kemudian goncang-goncangkan  jari jemari itu, insyaAllah masalah akan hilang bersama-sama elusan-elusan bayu.

(pelajar yang datang ke rumah saya, yang pandai internet, tolong ajar saya cara buat facebook, boleh? Rahsia kita berdua ya...saya tak pandai!! blog ni pun pelajar yang ajar, saya cuma tahu tulis saja)







Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan Tiru