Aku antara berjuta rakyat malaysia yang zaman
sekolah rendahnya membawa bekal. Kita letak tepi cerita ada duit belanja atau
tidak. KIta fokus kepada membawa bekal ke sekolah, khususnya botol air. Kepada
sesiapa yang sezaman dengan aku botol air paling popular pada masa itu ialah
botol air berbentuk telefon atur. Antenanya jadi straw.
Tertunggu, tunggu jugak aku kalau-kalau trend hipster akan kembalikan
botol air telefon jenama Atur ni.
Malangnya, aku mengada-ngada. Tak pernah nak air
kosong di isi dalam botol itu. Kalau mewah, masa tu air ovaltine, kalau biasa – biasa,
air teh o sahaja. Air milo jangan harap la, itu kena tunggu lori milo datang
sekolah baru merasa.
Kalaulah masa tu aku tahu tabiat membawa dan minum
air kosong ini kana memberi kesan kepada kesihatan dompet aku semasa dewasa.
Fast foward ke
alam kedewasaan.
Aku bersembang dengan seorang kenalan yang aku tahu
sentiasa membawa botol air bersama-sama kemana-sahaja dia pergi, sama ada
bekerja apa lagi kalau beriadah. Botol air dia pun boleh tahan bergaya. Sekejap
botol kaca, sekejap botol plastik. Kadang-kadang botol air yang dapat free
apabila beli minyak hitam di stesen minyak Shell atau Petronas tu.
Ada sekali aku tengok dia bawa botol air bentuk
kertas A4 yang tebal dekat seinci. Mungkin sebab aku gelak besar sangat hari
tu, dia tak bawa dah botol air fail dia tu. Katanya dah bagi kat bini.
Satu hari aku gatal mulut bertanya tentang
tabiatnya membawa air kosong setiap hari itu:
Aku: Engkau ada kencing manis ke, asyik bawak air kosong
je. Try la Vivix tu. aku tengok banyak blog promote. Aku tengok engkau pun
duit banyak je…
Din Botol: Betul.
Aku: Betul apa? Kencing manis?
Din Botol: Tak, tak de kencing manis. Aku cakap betul
aku duit banyak. Pasal selalu bawa air botol la.
Aku: Engkau kencing keluar petrol ke? Lepas tu
tadah tuang dalam kereta. Jimat duit minyak. Macam tu?
Din Botol: Tak la sampai macam tu. Engkau kalau singgah
stesen minyak selalu je aku tengok beli air tin. Kalau sehari tiga ringgit,
sebulan berapa?
Aku: Ala kalau aku tak beli pun jimat tak sampai seratus
je sebulan.
Lalu aku kena syarah dengan Din Botol yang isinya
lebih kurang macam ni.
Mampukah
kita menyimpan RM 1000 sebulan?
“Aku tak beli minuman
dalam tin atau kotak bila berjalan. Untuk elakkan rasa haus, aku bawa air
botol. Dapatlah jimat, betul, jimatnya sikit je. RM90 sebulan je, kalau kau
andaikan kau beli air botol RM3 setiap hari. Itu bukan sebab aku jadi banyak
duit. Tapi itu sebab aku dapat simpan duit sikit.
Itu baru satu habit.
Kalau aku dinner di rumah setiap hari dan tapau lunch di office, aku jimat
lagi. Dapat la jimat sikit lagi, mungkin RM50 sebulan. Kalau aku konsi kereta
dengan kau bergilir-gilir ke pejabat, dapat la jimat lebih RM100 sebulan duit
minyak. Itu baru tiga habit. Bayangkan kalau aku ada sepuluh habit yang boleh
jimatkan aku RM100 setiap satu.
Sebulan aku boleh jimat
RM1000.00.
Kalau kau berhenti
merokok sahajapun, kau dah boleh jimat RM500 sebulan, separuh dari apa yang aku
boleh jimat. Itu engkau baru buang satu habit.
Simple je, setiap hari
ko teliti apa ko buat, cari satu benda yang boleh ko buang, yang boleh jimatkan
kau RM3. Jadikan Habit. Cukup sepuluh, Ko akan jimat RM900 sebulan. Simpanlah
extra sikit Rm100 untuk cukup kan RM100. Jadi tak mustahil nak simpan RM1000.00
sebulan kan?”
Aku faham apa din cuba sampaikan. Rumah terdiri
daripada ratusan bata yang kecil. Kalau tiba-tiba nak simpan selonggok, memang
akan terduduk. Tapi kalau ‘cukur’ dua tiga ringgit dari perbelanjaan yang dah
‘terbiasa’ itu, memang boleh nampak hasil kalau konsisten dan ada kemahuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan