10 Makanan paling menggemukkan di Malaysia.
Makanan Malaysian selalu dikategorikan sebagai
menggemukkan. Jom kita belajar tentang 10 makanan popular dan lihat sejauh mana kebenarannya.
Kita semua memang sukai makanan. Lagi-lagi makanan
lazat Malaysia seperti nasi lemak and roti canai. Tapi tahukah kita kandungan
setiap makanan yang dimakan – kalori, nutrisi, lemak, dan segala yang
terkandung dalam makanan tersebut? Percayakah anda, ada beberapa jenis makanan
yang boleh menyebabkan kita gemuk?
1. Nasi
Lemak.
Kegemaran setiap rakyat Malaysia. Hidangan nasi
lemak (mengandungi karbohidrat,protein,lemak) lebih kurang 390 kalori tak
termasuk sambal, telur rebus, ikan bilis dan kekacang. Hidangan lengkap lebih
kurang 450-500 kalori. Kalau anda makan nasi lemak bertambah dan kadang kadang
ada ayam goreng (240 kalori), sambal sotong(170 kalori) atau lauk yang lain,
rasa rasa menggemukkan tak?
2. Roti
Canai.
Paling senang, paling cepat. Siapa yang tak suka
kan? Satu keping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Kalau anda makan dua
keping dah 600 kalori, itu baru hidangan sarapan pagi, lunch, dinner dan snek
diantaranya anda nak makan apa? Bayangkan kalau berlari di treadmill atau
jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori.
… bayangkan kalau berlari di treadmill atau
jogging, kenalah berlari dalam 90min barulah bakar 600 kalori…
3. Nasi
Goreng.
Biasanya satu pinggan dalam 630 kalori. Kerana nasi
tersebut digoreng, ditambah pula dengan ayam dan telur serta sedikit sayur,
menjadikan nasi goreng kurang seimbang. Nilai kalori tinggi lebih kepada lemak
dan karbohidrat. Kalau nak makan, cuba jangan lebih segenggam tangan.
4. Ais krim.
Ais krim memang sedap! Siapa tak nak. Lagi-lagi
dengan cuaca di Malaysia yang panas 365 hari setahun. Tetapi ingat, ais
krim tinggi lemak dan gula serta kalori – dua scoop ais krim pun dah 380
kalori. Macam mana tu?
5. Burger.
Burger memang tinggi kalori. Daging kisar tinggi
nilai lemak. Satu hidangan burger biasanya lebih 475 kalori. Biasanya makan ada
keju, sos cili, mayonis, kadang kadang special sikit ada telur. Agak agak
berapa kalori?
Untuk rujukan burger Burger King. Lebih 1000kcal.
6. Mee kari.
Hidangan mee dengan sup kari,santan. Menyelerakan!
Kalori lebih kurang 500. Kalau teringin juga, apa salahnya ganti dengan mee
sup, baru 380 kalori.
7. Makanan
bergoreng.
Rata-rata kebanyakan makanan bergoreng. Sekeping
pisang goreng pun dah 170 kalori. Makanan seperti ini tak sesuai sebab digoreng
menggunakan minyak (1g fat : 9 kalori) dan lagi-lagi kalau dipakai minyak yang
sama. Jadi kalau boleh kurangkan makanan bergoreng, cari alternatif lain(rebus,
panggang dll)
8. Susu
Pekat Manis.
Susu penuh krim ini sememangnya kurang elok untuk
anda! Kandungan lemak tinggi dan walaupun ia ada sumber kalsium, dinasihatkan
menggantikannya dengan kurang kandungan lemak atau rendah lemak. Satu sudu susu
pekat manis biasa mengandungi dalam 60kcal.
…Satu sudu susu pekat manis biasa mengandungi dalam
60kcal.
9. Roti
Manis dan Donut.
Kadang kadang orang salah sangka roti tidak memberi
kesan kegemukan apa apa. Tetapi roti manis seperti roti krim dan coklat memang
tinggi dengan kandungan lemak dan karbohidrat. kalori. Boleh cuba roti
wholemeal.
6 Donut mengandungi dalam 1200kcal.
… tahukah anda bahawa 1x donut biasa mengandungi
200kcal! Kalau makan separuh dozen dah 1200kcal!! …
10. Mayonis.
Suku cawan mayonis mengandungi 360 kalori (40g
lemak). Memang kurang sihat jika anda penggemar mayonis yang tegar. Jadi
kurangkan!
Sebenarnya makanan yang disenaraikan ini tak
menggemukkan pun, cuma bergantung kepada anda berapa banyak anda makan dan
kuantiti yang diambil. Jika anda makan tanpa mengambil kira kalori, lemak lemak
yang terkandung di dalamnya, maka itu boleh consider makanan yang anda ambil itu
menggemukkan diri anda sendiri.
Jadi anda harus kawal pemakanan dan tahu bagaimana
sukatan kalori setiap hari. Semoga berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan