PEPERIKSAAN
PERCUBAAN SPM BAHASA MELAYU KERTAS 1
SELANGOR
SOALAN 1:Penggunaan media sosial telah
menguasai kehidupan sebahagian besar remaja masa ini walaupun mereka mengetahui
terdapat banyak keburukan daripada kebaikan. Sebagai seorang remaja, huraikan
langkah-langkah yang perlu anda lakukan
untuk memastikan penggunaan media sosial
akan memberi faedah kepada diri anda.
SOALAN
2:Pada era teknologi tanpa sempadan ini, masyarakat semakin sibuk
sehingga menyebabkan semangat kejiranan semakin terhakis dalam kalangan mereka.
Huraikan langkah-langkah untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan
masyarakat.
SOALAN 3: Selaku Setiausaha Kelab Pelancongan sekolah,
anda telah menyertai lawatan ke salah sebuah tempat yang bersejarah di negara
kita.
Tulis sebuah laporan tentang
keistimewaan tempat bersejarah tersebut.
SOALAN 4:Teknologi perubatan yang
semakin canggih telah meningkatkan tahap kesihatan masyarakat di seluruh dunia.
Ulas pernyataan tersebut.
SOALAN 5:Pantun, gurindam, syair, dan
seloka merupakan puisi tradisional warisan bangsa yang semakin dilupakan oleh
generasi lalu. Huraikan peranan
pelbagai pihak supaya puisi tradisional tersebut kembali diminati.
SMK SG MANIK, PERAK
SOALAN 1:Kesihatan amat penting dalam
kehidupan kita. Oleh itu, kita perlulah menjaga kesihatan agar berada dalam
keadaan yang baik. Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menjaga
kesihatan diri agar sentiasa terjaga demi kesejahteraan hidup.
SOALAN 2: Dewasa ini semangat
sayang-menyayangi dalam kalangan masyarakat semakin terhakis ditelan arus
pemodenan negara.
Huraikan peranan yang perlu dilakukan
oleh ibu bapa untuk membentuk masyarakat yang penyayang.
SOALAN 3: Anda telah menyertai
pertandingan syarahan yang bertajuk
“Usaha-usaha untuk Memajukan Destinasi Pelancongan Negara”. Tulis
teks syarahan itu selengkapnya.
SOALAN 4: Bencana alam sering berlaku
di serata dunia. Mangsa bencana telah kehilangan harta benda dan ahli keluarga.
Sebagai negara penyayang, negara kita sering menghulurkan bantuan untuk
menolong negara yang dilanda bencana alam. Huraikan faedah memberikan sumbangan
kepada negara-negara di dunia yang ditimpa bencana.
SOALAN 5:
Pandai-pandailah
kauterbang
Menongkah
awan mulus dan kabus dingin
Jangan
kaupulang
Dengan
percikan duka dan balutan luka
Di
sayapmu yang patah
Petikan sajak ‘Pesan Lelaki Kecil
kepada Gadis Kampus’ di atas menjelaskan bahawa penyajak mengharapkan agar
anaknya mampu menempuh segala dugaan dan tidak pulang dengan kegagalan. Jelaskan
tindakan-tindakan yang perlu anda lakukan untuk memenuhi harapan ibu bapa.
KELANTAN
SOALAN 1:Penjagaan kebersihan amat
penting dalam usaha melahirkan generasi yang cinta akan kebersihan. Huraikan
cara-cara anda menjaga kebersihan.
SOALAN 2: Penggunaan telefon pintar
dalam kalangan remaja menyebabkan mereka mengabaikan tugasan harian di samping
menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran. Jelaskan peranan ibu bapa untuk
mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka.
SOALAN 3: Pengambilan makanan tambahan
memberikan pelbagai kesan kepada masyarakat. Bincangkan.
SOALAN 4:Kestabilan ekonomi dan
peluang pekerjaan yang luas merupakan antara faktor Malaysia menjadi pilihan
pekerja asing khususnya dari negara jiran. Huraikan faktor-faktor Malaysia
menjadi pilihan pekerja asing untuk mencari rezeki.
Soalan 5:Penulis karya sastera
sebenarnya memainkan peranan dalam usaha melahirkan masyarakat yang minat
membaca dengan menghasilkan karya yang mempunyai ciri-ciri tertentu. Nyatakan
ciri-ciri karya yang boleh menarik generasi muda menjadi masyarakat yang minat
membaca.
PERLIS
SOALAN 1:Penguasaan ilmu dalam
pelbagai bidang perlu diberikan perhatian oleh murid. Hal ini dikatakan
demikian kerana ilmu pengetahuan akan menjamin kejayaan seseorang. Huraikan
cara murid memperoleh ilmu dalam pelbagai bidang.
Soalan 2:Anak harus diterapkan dengan
pendidikan keusahawanan sebagai persediaan menceburi bidang perniagaan. Bincangkan
peranan ibu bapa untuk mencapai hasrat tersebut.
SOALAN 3:Pelbagai amalan boleh
dilakukan oleh masyarakat ke arah memupuk semangat kejiranan. Ulaskan
pernyataan tersebut.
SOALAN 4:Pelaburan asing memainkan
peranan penting dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi global. Jelaskan
kepentingan pelaburan asing kepada negara-negara yang terlibat.
SOALAN 5:
GURU OBOR HEMAH PERTIWI Ungkapan ini menunjukkan bahawa guru
merupakan insan yang gigih berusaha demi
memastikan kejayaan muridnya. Tulis sebuah cerita berdasarkan maksud ungkapan
tersebut.
MRSM
SOALAN 1: Minggu Kerjaya yang
dianjurkan oleh pihak sekolah bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada
peluang-peluang kerjaya, persediaan kendiri dan kursus-kursus yang ditawarkan
selepas tamat persekolahan. Bincangkan.
SOALAN 2: Budaya makan bersama-sama
ahli keluarga semakin kurang diamalkan pada hari ini. Jelaskan punca-punca
tersebut.
SOALAN 3: Sempena Bulan Membaca
Kebangsaan, anda sebagai Ketua Pengawas Pusat Sumber telah diminta untuk
menyampaikn ceramah yang bertajuk, “Malaysia sebagai negara membaca menjelang
tahun 3030”. Tulis ceramah itu selengkapnya
SOALAN 4: Hutan banyak memberikan
sumbangan dalam kehidupan manusia sejagat. Berikan komen anda.
SOALAN 5:
Buah rambai dalam padi,
Lazat cita pada rasanya;
Pandai sungguh mengambil hati,
Serta dengan budi bahasanya.
Bait pantun di atas menjelaskan
masyarakat yang berbudi bahasa. Huraikan langkah-langkah yang wajar dilakukan
bagi melahirkan masyarakat yang berbudi bahasa.
TERENGGANU
SOALAN 1:Guru umpama ibu bapa kepada
murid-murid semasa mereka berada di sekolah. Oleh yang demikian, guru perlu
dihormati kerana amalan ini mampu membentuk sahsiah terpuji seseorang murid. Bincangkan
amalan-amalan yang wajar anda lakukan untuk memupuk sikap menghormati guru.
SOALAN 2: Ibu bapa memainkan peranan
penting dalam menjamin kesihatan ahli
keluarga. Jelaskan langkah-langkah yang patut dilakukan oleh ibu bapa untuk
menjamin kesihatan ahli keluarga.
SOALAN 3: Sempena Minggu Perpaduan
Negara peringkat daerah, anda selaku Pegawai Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional telah diminta untuk menyampaikan ceramah sempena minggu
tersebut. Tajuk ceramah ialah, ‘Perpaduan Asas Keharmonian Negara’. Sediakan
teks ceramah selengkapnya.
SOALAN 4:Kemasukan pelabur asing
sangat penting untuk memacu dan menjanakan ekonomi sesebuah negara. Huraikan
manfaat kepada sesebuah negara dengan kemasukan pelabur asing.
SOALAN 5:Peribahasa, ‘Sehari
selembar benang, lama-lama menjadi kain’
bermaksud tekun dan sabar membuat sesuatu kerja, akhirnya memperoleh kejayaan. Tulis
sebuah cerita berdasarkan maksud peribahasa tersebut.
SMK
CHUNG HWA MIRI
1.
Anda akan mengambil bahagian dalam
pertandingan syarahan. Tajuk syarahan
anda ialah “Faedah-faedah Menyertai Aktiviti Riadah”.
2.
Sesebuah keluarga yang erat
hubungannya akan saling menolong dalam pelbagai aspek kehidupan.
Bincangkan kebaikan yang diperoleh ahli
keluarga apabila bersama-sama menjayakan sesebuah majlis seperti sambutan perayaan, majlis
perkahwinan, majlis hari jadi dan sebagainya.
3.
Walaupun barangan buatan Malaysia
berkualiti, namun barangan buatan luar negara masih lagi digemari oleh sebahagian
daripada rakyat Malaysia.
Jelaskan faktor-faktor berlakunya
fenomena ini dan usaha-usaha untuk menarik rakyat Malaysia membeli barangan
buatan Malaysia.
4.
Pencemaran alam sekitar akan
menjejaskan kualiti hidup masyarakat. Huraikan kesan-kesan kemusnahan alam
sekitar kepada masyarakat global.
5.
Penghasilan sesebuah karya kreatif
merupakan satu kemahiran yang kurang diminati oleh generasi muda. Berikan
pendapat anda tentang usaha-usaha yang harus dilakukan oleh pelbagai pihak
untuk melahirkan penulis muda yang berbakat.
MELAKA
1. Anda akan mengambil bahagian dalam
satu pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah cabaran remaja dalam
meningkatkan sahsiah diri. Tulis teks
pidato anda selengkapnya.
2. Semangat patriotisme sangat penting
diterapkan dalam diri remaja pada masa ini. Huraikan peranan ahli keluarga
dalam memupuk semangat patriotisme tersebut.
PULAU
PINANG
1.
Penggunaan Internet dianggap sebagai
satu gaya hidup para remaja pada abad ini. Bincangkan kebaikan dan keburukan
penggunaan Internet kepada anda.
2.
Kekuatan dan perpaduan dalam kalangan
komuniti setempat sangat penting. Jelaskan kepentingan hidup berjiran.
3.
Isu kemalangan jalan raya sering
menjadi fokus perbincangan dalam kalangan masyarakat. Huraikan langkah-langkah
untuk mengatasi masalah kemalangan jalan raya di negara kita.
4.
Pergolakan dan peperangan yang berlaku
telah menyebabkan rakyat menjadi mangsa dalam sesebuah negara. Ulaskan
kepentingan bantuan kemanusiaan terhadap negara yang terlibat.
5.
Kesabaran merupakan satu unsur nilai
murni yang terdapat dalam sesebuah cerpen. Tuliskan sebuah cerpen yang
bertemakan kesabaran.
JOHOR
1.
Anda merupakan pengerusi kelab
pencinta haiwan di sekolah anda. Anda diminta untuk menyampakan ceramah dalam
perhimpunan sekolah. Tajuk ceramah ialah “Cara-cara Murid Menyayangi Haiwan”. Sediakan
teks ceramah anda selengkapnya.
2.
Anak-anak perlu dididik untuk
menggunakan barangan buatan Malaysia.Huraikan peranan ibu bapa untuk
menggalakkan anak-anak membeli barangan buatan Malaysia.
3.
Industri pelancongan merupakan
penyumbang utama kepada ekonomi negara. Bincangkan langkah-langkah yang perlu
diambil oleh pihak kerajaan dan pihak lain yang terlibat untuk memanfaatkan
semua potensi yang ada dalam usaha memajukan industri pelancongan.
4.
Usaha membanteras aktiviti
penyeludupan seperti penyeludupan manusia, barangan dan haiwan perlu
ditingkatkan oleh Malaysia dan negara-negara jiran. Jelaskan usaha-usaha
tersebut.
5.
Peribahasa ‘Muafakat membawa berkat’
bermaksud kejayaan dapat dicapai sekiranya masyarakat bersatu dan mengamalkan
sikap bekerjasama. Bincangkan kepentingan-kepentingan sikap bekerjasama dalam
kehidupan bermasyarakat.
NEGERI
SEMBILAN
1. Kejayaan cemerlang seseorang murid
banyak bergantung pada amalan disiplin yang tinggi. Bincangkan.
2. Ibu bapa memainkan peranan utama dalam
pembentukan keluarga bahagia. Berikan pendapat anda.
3. Kes kemalangan jalan raya
menggusarkan banyak pihak terutamanya kerajaan dan ahli keluarga yang terlibat.
Sebagai ketua polis daerah, anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk,
‘Punca dan Cara untuk Menangani Kes Kemalangan Jalan Raya’ Sediakan teks
ceramah tersebut.
4.
Menguasai pelbagai bahasa amat penting terutama dalam dunia tanpa
sempadan. Banyak faedah yang diperoleh jika kita menguasai pelbagai bahasa
asing.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan