KOMSAS TINGKATAN 4 - CERPEN MUNSYI
A. SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat
‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang
bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut
bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan
agama, bahasa dan bangsa. Penjajah telah
berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah
tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar
memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik,
bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca.
Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu
akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu
berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan
kehidupan. Namun bonda berpesan agar
menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.
Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama
Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab
Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat
sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.
Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan
dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya,
jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang
telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak
kelihatan di mana-mana.
B. TEMA
Semangat cinta akan bahasa,
agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara.
Contohnya, ibu kerap
menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar
dihormati oleh orang.
C. PERSOALAN
1. Keinginan anak
muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’
memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya
seperti kebanyakan remaja yang lain.
2. Peranan penjajah
dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah
dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga
menimbulkan
rusuhan kaum akibat
rasa tidak puas hati rakyat.
3. Kegigihan anak
muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’
tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah
ke bandar.
4. Ketaatan seorang
anak terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati
nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada
pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di
bandar.
5. Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu
keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh
akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.
D. PLOT
1. Permulaan Cerpen dimulakan dengan kisah ‘saya’ tidak diizinkan
oleh bondanya berhijrah ke kota kerana bimbang anaknya itu akan hanyut oleh
arus hedonism dan modenisme yang melanda anak-anak muda di kota.
2. Perkembangan
Bonda pernah bercerita pada
‘saya tentang system pemerintahan penjajah yang memecah-belahkan perpaduan
rakyat negara ini. Setelah Negara merdeka, perpecahan
tersebut mencetuskan huru-hara kepada negara ini.
Ibu menasihati
‘saya’ agar memelihara agama, bahasa , bangsa dan Negara ini. ‘Saya’ juga membaca membaca pelbagai buku
simpanan bonda untuk memantapkan jati diri dan bahasa ‘saya’
Setelah bonda yakin
dengan kemantapan diri ‘saya’ baharulah ‘saya’ dibenarkan berhijrah ke kota
untuk membaiki taraf hidup saya. ‘Saya ‘
dikirimkan buku-buku lama untuk disampaikan kepada sahabat lama bonda iaitu
Munsyi.
Di Bandar ,’saya’
dapati anak-anak muda telah hanyut oleh keseronokan hidup dan melupakan
nilai-nilai murni dan batas kehidupan.
‘Saya’ mendengar
berita kampung tradisi yang didiami oleh Munsyi akan didirikan pelbagai
bangunan mewah dan hotel bertaraf lima bintang.
3. Klimaks Aku sampai di perkampungan tradisi itu dan mendapati
jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ. Buku-buku pemberian bonda juga turut musnah
dalam peristiwa itu tetapi Munsyi tidak ada di situ.
4. Peleraian
Berhari-hari aku mencari
Munsyi tetapi tidak berjumpa.
E. TEKNIK PENCERITAAN
1. Dialog - “Tuan inikah yang bernama Munsyi,
sahabat baik bonda saya.”
2. Imbas kembali -
Saya teringat cerita bonda tentang kota mewah itu yang pernah mencalit sejarah
hitam empat dekad lampau.
3. Imbas muka - Di
kota nanti carilah seorang sahabat lama bonda bernama Munsyi.
4. Pemerian - Salam
saya akhirnya dijawab oleh seorang lelaki di usia emas dengan janggut putih
menutupi sebahagian muka yang putih bersih.
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan
seorang maharaja di zaman kesultanan melayu.
Di jari-jemarinya lengkap menggenggam sebilah keris bersarung cantik.
5. Kejutan - Saya
mendengar khabar bahawa syarikat perumahan akan mengambil alih kampung tradiri
yang didiami oleh Munsyi dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel bertaraf lima
bintang.
6. Saspens - Aku
mencari Munsyi tetapi tidak berjumpa.
F. WATAK DAN PERWATAKAN
Watak
utama
‘Saya’
1. Seorang yang
taat. Cth - ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke
bandar.
2. Seorang yang
amanah. Cth - ‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang
sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
3. Seorang yang
gemar membaca. Cth - ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang
Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
4. Seorang yang
tidak mudah putus asa. Cth - ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila
sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah
ditolak oleh ibunya.
Watak sampingan
Bonda
‘saya’
1. Seorang yang
berpengetahuan luas.
Bonda bercerita
kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
2. Seorang yang
bersifat patriotik.
Bonda menasihati
‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
3. Seorang yang amat
memahami
Bonda mengizinkan
‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati
dirinya.
Munsyi
1. Kawan lama bonda.
2. Seorang yang
cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian
tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
3. Seorang yang
mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan
menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.
F. LATAR
Latar masa
1. Zaman
pemerintahan penjajah - Penjajah telah memerintah negara menggunakan system
pecah dan perintah.
2. Zaman selepas
merdeka - Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai,
bahasa dan agama selepas dijajah.
Latar tempat
1. Di kampung - Pada
mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke
kota
2. Di kota - ‘Saya’
berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
3. Di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota - Munsyi tinggal di sebuah rumah terletak
di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Latar masyarakat
1. Masyarakat
kampong - ‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
2. Masyarakat remaja
yang tinggal di Bandar - ‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar
kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.
3. Masyarakat yang
mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan - Penduduk kampung tradisi
mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan
tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
4. Masyarakat yang
cekal dan berani - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka
hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
G. GAYA BAHASA
1. Kata ganda -
Zaman- berzaman
2. Metafora -
Pagar-pagar perkauman, pohon kebenaran, racun perkauman
3. Peribahasa -
Bahasa jiwa bangsa
4. Simile -
Pakaiannya lengkap dengan tengkolok dan baju melayu bersamping bagaikan seorang
maharaja di zaman kesultanan Melayu.
5. Hiperbola - Namun
kerana hasad dengki, khianat, kronisme serta rasuah yang bermaharajalela,
kegemilangan yang dibina musnah sekelip mata.
H. NILAI
1. Patriotik - Bonda
menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.
2. Ketaatan - ‘Saya’
tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
3. Kegigihan -
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk
dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
4. Amanah - ‘Saya’ menyampaikan amanah
bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke
bandar.
I. PENGAJARAN.
1. Kita hendaklah
taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu - ‘Saya’ tidak membantah ketika
ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
2. Kita hendaklah
gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan - Anak-anak bangsa pada zaman dahulu
cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
3. Kita hendaklah
rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan - ‘Saya’ telah mengkaji teks
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik
ibunya.
4. Kita tidak boleh
mudah putus asa apabila menemui kegagalan - ‘Saya’ meminta izin ibunya sekali
lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu
pernah ditolak oleh ibunya.
SINOPSIS Cerita
memaparkan percubaan raja Siam, Bubunnya hendak menyerang kerajaan Melaka yang
tidak kesampaian kerana kebijaksanaan pemerintah dan kesaktian hulubalang
Melaka.
Ceritanya bermula pada zaman dahulu kala
negeri Siam yang dikenali sebagai Syahrunnuwi begitu kuat sehingga semua
kerajaan bawah angin telah ditakluki oleh Siam kecuali kerajaan Melaka. Apabila
Melaka yang diperintah oleh Sultan Muzaffar Syah enggan memberi surat sebagai
tanda tunduk kepada Siam, raja Siam telah menyuruh panglimanya Awi Cakri
membawa hulubalang dan rakyatnya yang sangat ramai untuk menyerang Melaka
melalui hulu Pahang. Apabila Sultan Muzaffir Syah mendengar berita tentang
rancangan serangan Siam itu, baginda pun menghimpunkan rakyat Melaka dari
segenap pelusuk negeri. Tun Perak dari Kelang telah datang membawa bersama-sama
dengan anak isteri masing-masing. Pada masa itu, Seri Amerta dilantik oleh
sultan sebagai bentara kerana kecerdikan dan kepetahannya berkata-kata.
Seri Amerta telah diminta oleh sultan untuk
menyiasat tindakan Tun Perak tersebut. Tindakan Tun Perak itu dipersoalkan
sebanyak tiga kali oleh Seri Amerta. Tun Perak meminta Seri Amerta jangan
mencampuri urusan orang lain. Baginda menjelaskan sekiranya orang Kelang yang
datang dari jauh itu ditemani anak isteri masing-masing, mereka akan berperang
dengan lebih bersemangat. Apabila hal ini disampaikan kepada Duli Yang
diPertuan, baginda amat bersetuju dengan tindakan Tun Perak itu lalu menitahkan
Tun Perak terus bermastautin di Melaka. Apabila serangan Siam itu telah dapat
dipatahkan, Tun Perak telah dijadikan sebagai bentara di Melaka.
Tidak lama kemudian Seri Amerta menyuruh
Tun Perak menghadap kerana ada seorang orang Kelang mengadu bahawa dirinya
dianiayai oleh Tun Perak. Setelah disoal siasat, Tun Perak menyatakan bahawa
Seri Amerta tidak memahami tugas dan tanggungjawab diamanahkan oleh Sultan.
Sultan bersetuju dengan penjelasan Tun Perak lalu melantiknya sebagai Perdana Menteri
dengan gelaran Paduka Raja yang setaraf dengan Seri Nara Diraja.
Seri Nara Diraja sudah tua dan tidak
mempunyai anak lelaki,hanya ada seorang anak perempuan yang bernama Tun Putih
hasil perkahwinan dengan anak bendahara. Setelah isterinya itu mangkat barulah
Seri Nara Diraja mengakui bahawa baginda mempunyai seorang anak lelaki yang
bernama Tun Nina Madi hasil perhubungan dengan gundik istana.
Pada masa itu masyarakat Melayu telah
berpecah kepada dua puak iaitu puak Paduka Raja dan puak Seri Nara Diraja
kerana kedua-duanya mempunyai taraf yang sama. Kedua-dua orang besar ini tidak
dapat bekerjasama kerana berbeza pendapat. Apabila hal ini diketahui oleh
Sultan Muzaffir Syah, baginda amat kecewa kerana bimbang negara akan lemah jika
pembesarnya saling tidak bermuafakat. Baginda telah memikirkan jalan
penyelesaian dengan mencai jodoh baru kepada Seri Nara Diraja, tetapi semuanya
telah ditolak oleh Seri Nara Diraja sehinggalah dia dijodohkan dengan Tun Kudu
anak perempuan Bendahara Seri Wak Raja, saudara kepada Paduka Raja. Justeru,
hubungan Seri Nara Diraja dengan Paduka Raja kembali baik apabila baginda
bersetuju supaya Paduka Raja dilantik sebagai bendahara manakala Seri Nara
Diraja menjadi penghulu bendahari.
Tidak lama kemudian orang Siam di bawah
pimpinan Awi Dicu menyerang Melaka. Sultan mengetahui hal tersebut lalu
menitahkan Paduka Raja dengan diiringi Seri Bija Diraja dan segala hulubalang
untuk mempertahankan Melaka. Anak Seri Bija Diraja bernama Tun Umar yang
berkelakuan aneh telah disuruh melanggar perahu pihak Siam, tiga buah perahu
Siam telah dikalahkan dengan hanya sebuah perahunya. Pihak Siam menjadi takut
dan membatalkan hasrat menyerang Melaka. Bendahara Paduka Raja menggunakan
strategi memasangkan puntung api pada pokok-pokok di sepanjang pantai
seolah-olah banyak perahu perang Melaka yang dibawa untuk mempertahankan
Melaka. Angkatan perang Siam telah berundur. Setelah pihak Siam berundur,
Bendahara Paduka Raja dan orang-orangnya telah dianugerahkan persalinan yang
mulia.
Walau bagaimanapun, berita kegagalan
serangan Siam itu sampai ke pengetahuan Paduka Bubunnya, raja Siam itu amat
marah dan diri sendiri membuat keputusan untuk menyerang Melaka tetapi anaknya
Cau Pandan menawarkan diri untuk menyerang Melaka. Raja Siam bersetuju lalu
menggunakan lapan ratus buah kapal perang besar dan banyak kapal perang kecil
di bawah pimpinan Pra Kelong untuk membantu Cau Pandan menyerang Melaka.
Apabila berita rancangan Siam untuk menyerang Melaka itu diketahui oleh sultan
Melaka, Sidi Arab yang mempunyai kesaktian ilmu memanahnya telah memanah Cau
Pandan yang berada di Siam. Akhirnya Cau Pandan yang belum sempat menyerang
Melaka itu telah terkena panahan tersebut di dada, telah muntah darah lalu
mati. Kesaktian Sidi Arab itu amat dihargai sultan dan diberi ganjaran yang
setimpalnya.
Setelah empat puluh dua tahun Sultan
Muzaffir Syah memerintah Melaka, akhirnya baginda mangkat dan digantikan oleh
anaknya Raja Abdullah gelaran Sultan Mansur Syah. Ketika menaiki takhta, Sultan
Mansur Syah berusia 27 tahun. Baginda beristerikan anak Seri Nara Diraja iaitu
Tun Putih Nur Pualam. Baginda seorang raja yang kacak, adil, dan murah hati
yang tiada tolok bandingnya pada masa itu.
TEMA Keghairahan Siam menyerang Melaka tanpa
menilai kelemahan diri sendiri dan menyiasat kekuatan pihak lawan terlebih
dahulu sebelum mengatur serangan.
PERSOALAN
1. Kebijaksanaan Tun Perak dalam mengatur
strategi menghalang serangan dari Siam
Tun Perak membawa
rakyat dari Kelang bersama-sama anak isteri untuk menaikkan semangat berperang
Tun Perak mengikat puntung api pada pokok bakau, pokok nyirih dan pokok api-api
di sepanjang pantai bagi menakutkan pihak musuh.
2. Semangat tidak mudah berputus asa.
Siam mengatur
serangan ke atas Melaka sebanyak tiga kali walaupun kesemua percubaan tersebut
menemui kegagalan.
3. Kepentingan permuafakatan antara
pemimpin memperkukuh ketahanan negara.
Konflik antara Tun
Perak dengan Seri Nara Diraja telah menyebabkan masyarakat berpecah yang boleh
melemahkan kekuatan negara.
4. Perkahwinan dapat mengeratkan
perhubungan persaudaraan.
Contohnya, Sultan
telah menjodohkan Tun Kudu anak saudara Tun Perak dengan Sri Nara Diraja.
5. Tanggungjawab melaksanakan tugas
masing-masing tanpa mencampuri urusan orang lain
Tun Perak meminta
Seri Amarta tidak mencampuri urusannya dan mempersoalkan sesuatu tindakan yang
diambil.
6. Merahsiakan sesuatu perkara bagi
mengelakkan konflik dalam keluarga.
Seri Nara Diraja
merahsiakan anak hasil hubungannya dengan gundik bagi mengelakkan berkonflik
dengan isteri
7. Unsur kesaktian dalam peperangan
Sidi Arab mempunyai
kesaktian dalam ilmu memanah. Beliau telah memanah dari Melaka sehingga dapat
membunuh Cau Pandan yang berada di benua Siam.
PLOT
Permulaan Persiapan rakyat Melaka menghadapi ancaman
pertama daripada Siam.
Perkembangan Pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di
Melaka dan kebijaksanaan Tun Perak dalam pelbagai perkara.
Konflik
1. Antara Tun Perak dengan orang Kelang
yang mengadu.
2. Antara Tun Perak dengan Seri Nara
Diraja yang tidak sehaluan.
Klimaks Sultan menceraikan Tun Kudu untuk
dikahwinkan dengan Seri Nara Diraja.
Peleraian Kemangatan
Sultan Muzaffar Syah.
WATAK DAN PERWATAKAN
Sultan Muzaffar Syah
1. Pemerintah negeri Melaka.
2. Baginda tegas dalam mentadbir negerinya.
3. Berpandangan jauh. Melantik Tun Perak sebagai
pembesar kerana dapat melihat ciri-ciri kepemimpinan pada diri Tun Perak.
4. Baginda adil dalam pemerintahannya. Baginda
tidak terburu-buru dalam menjatuhkan hukuman apabila menerima aduan orang
Kelang berkenaan Tun Perak.
5. Baginda juga bijaksana. Baginda mengahwinkan
Tun Kudu dengan Seri Nara Diraja bagi menyelesaikan perselisihan antara Seri
Nara Diraja dengan Bendahara Paduka Raja.
Tun Perak (Bendahara Paduka Raja)
1.Tun Perak amanah
dalam menjalankan tugas. Tun Perak bersedia meletakkan jawatan sekiranya sultan
beranggapan beliau gagal melaksanakan tugasnya.
2. Beliau taat akan raja. Tun Perak
mentaati perintah Sultan Muzaffar Syah supaya membuat persiapan untuk mengusir
tentera Siam yang berada di Batu Pahat.
3. Tun Perak juga bijaksana. Tun Perak
mengarahkan anak-anak buahnya memasang puntung api pada setiap pokok bakau
untuk memperdayakan angkatan tentera Siam.
4. Beliau berhati-hati dalam melakukan
sesuatu tindakan. Tun Perak tidak terburu-buru menjawab pertanyaan Seri Amerta
kerana beliau berhati-hati dalam berbicara.
Seri Nara Diraja
1. Beliau memegang jawatan sebagai
penghulu bendahari.
2. Seri Nara Diraja takut akan isterinya.
Beliau hanya mengakui Tun Nina Madi sebagai anaknya selepas kematian isterinya.
3. Seri Nara Diraja sering berselisih
pendapat dan tidak sepakat dengan Paduka Raja (Tun Perak)
4. Walaupun sudah tua, beliau berkahwin
dengan Tun Kudu, bekas isteri Sultan Muzaffar Syah yangg juga saudara Tun
Perak.
LATAR
Latar Masa
1. Zaman Kesultanan Melayu Melaka, pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah.
2. Waktu malam – waktu Awi Dicu hendak menyerang
Melaka dan Bendahara Tun Perak serta penduduk Melaka menyalakan puntung api.
Latar Tempat
1. Melaka – tempat istana pemerintahan
Sultan Muzaffar Syah.
2. Kelang – Tempat Tun Perak memerintah
sebagai Penghulu.
3. Hulu Muar – tempat rotan mengikat
barang dibuang oleh angkatan Siam.
4. Batu Pahat – tempat orang Siam membuat
perigi.
Latar Masyarakat
1. Masyarakat yang taat akan pemerintah –
pembesar dan rakyat Melaka taat titah perintah baginda sultan.
2. Masyarakat yang bersatu – penduduk
Melaka bersatu tenaga mempertahankan Melaka daripada serangan Siam.
3. Masyarakat yang bijaksana – Tun Perak
bijak mengatur strategi dalam menghadapi angkatan perang Siam.
4. Masyarakat yang berani – Tun Umar
berani menghendap dan menyerang beberapa buah perahu Siam.
5. Masyarakat yang berilmu – Tuan Sidi
Arab mempunyai ilmu tentang kemahiran memanah.
GAYA BAHASA
1. Bahasa istana – tuanku, patik, titah
2. Penggandaan – perahu kecil-kecil
3. Bahasa Arab – Allah, fiil
4. Bahasa klasik – syahadan, hatta
5. Simile – seperti saudara sejalan jadi
6. Sinkope – ku, mu, tak
NILAI
1. Keberanian – Tun Umar berani melanggar
perahu Siam yang ingin menyerang Melaka.
2. Kebijaksanaan – Tun Perak bijak
mengatur strategi menghadapi serangan Siam.
3. Keadilan – Sultan Muzaffar Syah
bertindak adil dalam mendamaikan dua orang pembesar yang tidak sehaluan.
4. Tanggungjawab – pembesar dan rakyat Melaka
bertanggungjawab mempertahankan Melaka daripada serangan Siam.
5. Rasional – Tun Perak memberi alasan
yang rasional apabila diajukan soalan oleh Seri Amerta tentang aduan orang
Kelang.
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah menjalankan pemerintahan
secara adil dan saksama.
2. Kita hendaklah berani menentang musuh
atas prinsip kebenaran.
3. Kita sewajarnya bertindak rasional
apabila menghadapi masalah.
4. Kita mestilah menunaikan tanggungjawab
yang diamanahkan dengan sebaik mungkin.
5. Kita mestilah mempertahankan keamanan
dan kedaulatan negara.
Gurindam Beberapa Petua Hidup: Maksud Rangkap, Persoalan, Gaya bahasa, Unsur Bunyi,
Bentuk, Nilai dan Pengajaran
Maksud
Rangkap 1 Orang
yang kurang berfikir dan belajar hidupnya akan tersasar/mengakibatkan mereka
salah langkah.
Rangkap 2 Sesiapa yang bercakap kurang sopan dan biadap akan
mengalami bencana.
Rangkap 3 Sesiapa yang suka bergaduh sesama sendiri hidupnya
akan diselubungi kesedihan.
Rangkap 4 Sekiranya mempelajari ilmu separuh jalan/ tidak
selesai tidak akan berguna dalam kehidupan
Rangkap 5 Ilmu pengetahuan boleh diperolehi sekiranya belajar
dengan tekun.
Rangkap 6 Dunia merupakan tempat untuk bergaul dan
berinteraksi serta mencari rakan yang sesuai.
Rangkap 7 – Sesiapa
yang melakukan kebaikan namanya akan disanjung sepanjang zaman.
Rangkap 8 Orang yang menganiayai orang lain akan
dimurkai oleh Tuhan.
TEMA Nilai-nilai
murni dalam kehidupan seharian. Gurindam ini menekankan penghayatan yang perlu
ada dalam diri setiap insan/seseorang
PERSOALAN
1. Persoalan berfikiran
baik dalam kehidupan. Contoh : (
R1) Kurang fikir kurang siasat Tentu dirimu kelak sesat
2. Menjaga
percakapan sesama insan. Contoh : (R2) Kalau mulut tajam
dan kasar Boleh ditimpa bahaya besar
3. Persoalan memilih
rakan baik dalam pergaulan. Contoh :
(R6) Dunia ini taman pergaulan Hendaklah pilih sahabat dan taulan
4. Persoalan berbudi
dan berjasa dengan ikhlas sesama manusia.
Contoh : (R7) Barang siapa berbuat jasa Mulia namanya segenap masa
5. Persoalan tentang
setiap perbuatan akan ada balasan. Contoh
: (R8) Barang siapa berbuat khianat Tuhan kelak memberi laknat.
GAYA BAHASA
1. Repitasi – Kurang fikir, kurang siasat
2. Imej alam atau imejan – dipandang sebagai bunga di taman.
3. Pengulangan kata – Jikalau ilmu tiada sempurna
Jikalau
kamu bersifat budiman
Jikalau
kamu bersifat dermawan
Jikalau
kamu bersifat pemurah
4. Sinkope – Tentu dirimu kelak tersesat
Tetapi tolonglah dirimu dahulu
5. Simile – Ibarat beringin, racun dan upas
dipandang sebagai bunga di taman.
6. Peribahasa – Telunjuk lurus kelengkeng berkait
NILAI
1. Rasional – kita
dinasihatkan agar berfikir dahulu sebelum berkata-kata untuk mengelakkan salah
faham dan sengketa sesama manusia.
2. Kesopanan – kita
dituntut agar menjaga tutur kata supaya tidak menyinggung hati orang lain.
3. Setia kawan –
seorang sahabat yang baik akan sentiasa mendorong rakannya ke arah kebaikan.
4. Mengenang jasa –
seseorang yang berjasa akan dikenang sepanjang masa.
5. Kerjasama – sifat
suka membantu dan menolong sesama insan perlu diamalkan.
6. Kerajinan – kita
dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan ilmu dan kemahiran.
7. Baik hati – kita
dituntut agar sentiasa berbudi sesama manusia.
8. Kebijaksanaan –
kita perlu bijak dalam memilih sahabat dan taulan di dunia ini.
PENGAJARAN
1. Kita mestilah
berfikiran rasional sebelum bercakap dengan orang lain demi menjaga maruah
diri.
2. Kita mestilah
ikhlas dalam persahabatan dengan tidak bersengketa dengan sesiapa.
3. Kita mestilah
setia dalam pergaulan dengan kawan-kawan supaya kehadiran kita disukai.
4. Kita mestilah
gigih menimba ilmu demi menjamin masa depan yang lebih cerah.
5. Kita mestilah
bersungguh-sungguh dalam usaha mencari ilmu supaya setiap masalah yang kita
hadapi dapat diselesaikan.
6. Kita mestilah
rajin berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dalam diri supaya dapat menjadi
manusia yang bijak pandai.
7. Kita mestilah
berbuat baik sesama manusia agar dipandang tinggi dalam masyarakat.
8. Kita mestilah
bersifat murah hati dengan membantu sesiapa sahaja untuk meringankan beban
mereka.
**********************************
Nota santai NOVEL - Pantai Kasih & Bimasakti Menari
Soalan 4 A :
PANTAI KASIH
peristiwa yang dapat memberikan teladan,
iktibar kepada pembaca.
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang pertama ialah peristiwa Doktor Raiha mempertikaikan tindakan Doktor Uwang yang telah menjalankan pembedahan penggantiansendi pinggul sebanyak lima kali terhadap Unong Siron. Peristiwa ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar bersikap berani dalam mempertahankan pendapat walaupun dengan pihak atasan atau majikan.
Peristiwa yang
kedua
ialah peristiwa Doktor Raiha tetap dengan pendiriannya untuk mengekalkan janin
dalam kandungan kerana janin itu tidak berdosa. Peristiwa ini dapat memberikan
teladan kepada pembaca agar menyayangi anak walaupun anak tersebut merupakan
golongan istimewa (Sindrom Down).
Soalan 4 A BIMASAKTI MENARI peristiwa yang dapat memberikan teladan kepada pembaca.
Novel
yang saya kaji ialah novel Bimasakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop. Terdapat pelbagai peristiwa yang dapat
memberikan teladan kepada pembaca.
Peristiwa yang
pertama
ialah peristiwa Nurul Hafsa berusaha untuk menjadikan Kuala Selangor sebagai
Kawasan Simpan Langit Gelap untuk mengembalikan populasi kelip-kelip. Peristiwa
ini dapat memberikan teladan kepada pembaca agar menjaga kelestarian alam
sekitar demi kesejahteraan hidup.
Peristiwa yang kedua ialah peristiwa Puan Wickham telah berkirim salam kepada Tan Sri Muhaimin dan memasak untuk mereka bertiga sebelum pulang mengikut rombongannya walaupun mereka telah bercerai. Peristiwa ini dapat menjadikan teladan kepada pembaca kerana kita perlu menjaga hubungan kekeluargaan agar bertambah erat untuk kepentingan anak-anak.
SOALAN 4 B :
PANTAI KASIH & BIMASAKTI MENARI peristiwa
yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca
Novel yang saya kaji ialah novel Pantai Kasih karya Azmah Nordin Terdapat banyak peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel ini. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel Pantai Kasih ialah peristiwa Doktor Raiha yang telah menegur Felicia Landosi kerana bersikap kasar terhadap ibu Unong Siron. Doktor Raiha memberikan teguran kepada Felicia Landosi supaya melayani dan merawat pesakit dengan adil. Felicia sering kali melayani pesakit yang bergelar Datin dengan penuh mesra sebaliknya melayan ibu Unong Siron yang merupakan golongan sederhana dengan kasar sehingga mendapat teguran daripada Doktor Raiha.
Manakala
novel
yang saya kaji ialah novel Bimasakti
Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Peristiwa ini menimbulkan keinsafan kepada pembaca kerana kita perlu
adil dalam memberikan layanan kepada semua orang tanpa mengira pangkat, darjat
atau kekayaan. Peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca dalam novel
Bimasakti Menari ialah peristiwa Tan Sri Muhaimin membantu Muhammad Taufik
menyelesaikan masalah kekurangan populasi kelip-kelip. Tan Sri Muhaimin telah
membeli tanah yang menyusuri tepi anak sungai di Kampung Kuantan terus ke
Kampung Api-api seluas 50 hektar. Muhammad Taufik telah memagar anak sungai
supaya kelip-kelip ada tempat untuk bersembunyi. Peristiwa ini menimbulkan
keinsafan kepada pembaca agar menjaga alam sekitar kerana Muhammad Taufik
begitu memelihara populasi kelip-kelip agar tidak pupus.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan