Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Rabu, 16 Jun 2021

Cara menjadi anak yang baik, yang membahagiakan kedua-dua ibu bapa.BACA, SEMUA MESTI BACA, BACA SATU DEMI SATU......

 BACA, SEMUA MESTI BACA, BACA SATU DEMI SATU......

Cara menjadi anak yang baik, yang membahagiakan kedua-dua ibu bapa.

Hari ini, saya ingin berkongsikan sedikit petua kepada, anak-anak, dan sesiapa sahaja  bagaimana mahu menjadi anak yang soleh yang disayangi ibu bapa dan dikasihi semua. Saya paparkan sekadar beberapa prakarsa untuk sama-sama kita hayati. Semoga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh, sehingga terasa sejuk perut ibu kita mengandungkan kita selama  sembilan bulan sepuluh hari.

1. Sentiasa berwajah ceria, sejuk mata memandang  apabila bercakap atau bertentang mata dengan kedua-dua ibu bapa. Wajah yang berkerut, berkedut menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia. Ingat, senyuman yang diukir di wajah boleh  membahagiakan ibu bapa, mendamaikan dunia. 

2. Sentiasa bersedia menolong, membantu, 'ringan tulang' untuk meringankan tugas ibu bapa dalam melakukan kerja-kerja rumah. Sambil bekerja, sambil berbual-bual dengan ibu bapa dalam suasana selesa, sebuah keluarga bahagia.

3. Melakukan sesuatu kerja  tanpa perlu disuruh  oleh ibu bapa kita. Lakukan dengan penuh keikhlasan hingga menjadi suatu kebiasaan. Rimbunan kasih terserlah apabila suasana rumah jadi selesa hasil sikap rajin anak-anak melakukan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga kebersihan.

4. Tidak pernah merintih, merungut apatah lagi mendengus apabila ditegur atau dinasihati. Yang sepatutnya jadi sebut-sebutan ialah ‘maafkan saya’, ‘Ok mak’, Thank u so much mak, ayah, ‘ I luv u mak , ayah’.... (contoh sahaja ni..)

5. Setiap kali selepas solat, panjatkanlah doa, mohon  kebahagiaan untuk kedua-dua ibu bapa. Dalam suasana bening syahdu sentiasalah berdoa.  Berdoalah ke hadrat Allah swt agar ibu bapa kita berada dalam kalangan orang beriman, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki,  diampunkan segala dosa kedua-dua ibu bapa kita. (dan percayalah, ibu bapa kitapun sama, sentiasa berdoa untuk kita)

6. Sentiasa  amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.

7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan. Terutama apabila kita rasakan telah menyinggung perasaan kedua-duanya. Cepat-cepat minta maaf. Haiiih... kena cepat-cepat minta maaf, sebelum air mata ayah atau air mata ibu tumpah....... !!

8. Semasa makan sendukkan nasi untuk kedua-dua ibu bapa. Masakkan makanan kegemaran mereka. Suapkan ibu nasi. Tanya soalan mudah-mudah contoh, “mak, mak, ok ke hari ni ?” atau “ayah, ayah ok ke hari ni?”

9. Ingat hari-hari istimewa kedua-dua ibu bapa, hari lahir mereka, berikan cenderahati, atau sekadar ucapan ringkas yang boleh membuatkan senyuman terukir  di wajah


10. Sesekali atau berkali-kali apa salahnya berkongsi hobi, berkongsi rahsia, bertukar-tukar pendapat dengan ayah dan ibu. Diselang seli pula dengan gurau senda, contoh: puji masakan emak, puji keanggunan emak walaupun usianya merangkak senja. Ohoooh... kiutnya!!

11. Realisasikanlah impian kedua-dua ibu bapa. Terutama harapan dan impian ibu bapa ingin melihat kejayaan anak-anak. Kejayaan dalam peperiksaan amat membahagiakan. Saat menunggu keputusan peperiksaan, debarannya lebih terasa, lebih dirasai oleh ibu bapa. Tak percaya? Huh.. tanyalah mak dan ayah ....!!

12. Sentiasa berterima kasih, bersyukur atas setiap pemberian daripada ibu bapa. Boleh buat permintaan, tetapi biarlah mengikut kemampuan kedua-dua ibu bapa. Pendek kata ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Bersederhana tetapi bahagia.

13.  Solat berjemaah dengan kedua-dua ibu bapa. Atau sama-sama ke masjid apabila hampir masuk waktu, ketika azan berkumandang.

14. Kalau sudah bekerja. Bawa ibu bapa tinggal bersama-sama kita. Jadilah doktor, jururawat, pengasuh, ketika mereka uzur ataupun sakit. Anak sentiasa ada di sisi menemani. 

15 Kalau tinggal berjauhan jenguklah mereka pada hujung minggu, pada hari cuti dan pada hari lebaran.  Pulang ke kampung menjenguk ayah dan ibu  terasa terubat rindu. Ayah dan ibu pula setia, tabah, sabar tersengguk-sengguk menanti kepulangan anak di muka pintu.

16. DAN  kirimlah wang setiap bulan kepada ibu bapa kita( biarpun sedikit tetapi konsisten). Masa sekolah ibu bapa kita bagi duit poket hari-hari, kini giliran kita pula, bagi, bulan-bulan. (walaupun ibu bapa tidak meminta segala-galanya dibalas  dengan wang)

17. Telefon, tanyakan khabar mereka. Selalulah menelefon, sebab bagi ibu bapa, tak dapat tengok wajah dengar suara anakpun jadilah. Hubungilah ibu bapa ketika mereka masih ada, masih bernafas di bumi Allah ini.  Di alam barzakh, ....‘tak da line’ untuk  berhubung, untuk dihubungi.

18.  Bawalah kedua-dua ibu bapa kita menunaikan fardu Haji di Makkatul Mukaramah. Kalau  bukan sekarang mungkin  suatu hari nanti, yang penting hasrat dan impian itu, ada....... Ohhhoohh ... sweetnya...!!

19  Yang penting dan yang utama, jadilah anak yang tahu membalas jasa kedua-dua ibu bapanya, kerana kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang usia..... !

20. Ayah dan ibu, ayah dan ibu itulah.... permulaan kami,  dapat melihat bulan dan matahari ............


Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4 & Tingkatan 5

 Istimewa UNTUK pelajar  SPM 2023

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 4

1. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

2. Darah daging

Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri.

3. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Maksud : mengalami susah senang bersama-sama.

4. meninggi diri

Maksud : Sombong

5. bermuka dua

Maksud : Tidak jujur.

6 baik hati

Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).

7. tulang belakang

Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan

8. bara yang digenggam biar sampai jadi arang

Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan.

9. bagai kaca terhempas ke batu

Maksud : Sangat sedih atau kecewa.

10. melentur buluh biarlah dari rebungnya

Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi.

11. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi

Maksud : dua orang atau pihak yang sama darjat dalam adat

12. seperti lembu dicucuk hidung

Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang

13. yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing

Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu.

14. dayung sudah di tangan, perahu sudah di air

Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh.

15. terang hati

Maksud : Lekas pandai.

16. rendah hati

Maksud : Tidak sombong

17. murah hati

Maksud : Pemurah.

18. tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh.

19. Tangan kosong

Maksud : Hampa.

 

Senarai Peribahasa dalam Buku teks Tingkatan 5

1. lintah darat

Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.

2. bagai aur dengan tebing

Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu.

3. anak dagang

Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat

4. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri

Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi.

5. kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai

Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah

6. indah khabar daripada rupa

Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebih-lebihkan.

7. hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah

Maksud : Pengagihan yang sama banyak.

8. bukit sama didaki, lurah sama dituruni

Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama.

9. Seperti kacang lupakan kulit

Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan.

10. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

11. masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak

Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan

12. ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya..

13. memerah otak

Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh.

14. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya

Maksud : Tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah

15. berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian

Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari.

16. yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang

Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha

17. sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit

Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga.

18. bak cendawan tumbuh selepas hujan

Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa.

19. bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.

Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat.

20. yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran

Maksud : Bernasib malang kerana setelah memperoleh sesuatu, tetapi yang sudah di tangan hilang pula.

21. mencari jalan

Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.

22. biar mati anak, jangan mati adat

Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat.

23.sediakan payung sebelum hujan

Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana.

24. berbesar hati

Maksud : Gembira.

25. anak buah

Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita.

26. tuan rumah

Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

27. yang lama dikelek, yang baharu didukung

Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu.

28. batu penghalang

Maksud : Halangan

29 untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan

Maksud : orang lelaki yang merisik bakal isterinya.

30. bagai ikan pulang ke lubuk

Maksud : a. Orang yang pulang ke tempat asal. b. Kehidupan yang senang.


Bahasa Melayu Latihan intensif menjelang SPM 2023

  Bahasa Melayu Latihan intensif menjelang SPM 2023

Dalam petikan,terdapat 13 kesalahan bahasa.Senaraikan,betulkan kesalahan-kesalahan itu

            Dron atau pesawat tanpa pemandu (UAV) ialah pesawat tanpa juruterbang yang dikawal jauh oleh juruterbang, sama ada juruterbang ini berada di stesen kawalan atau UAV diterbangkan secara automatik berdasarkan penerbangan praprogram yang merancang oleh individu yang pakar atau terlatih sahaja. Belakangan ini, berupaya dron lebih terserlah setelah ditingkatkan perkakasan kemudahan rakaman. Lantaran itu, seiring dengan berkembang teknologi globalisasi pada hari ini, penggunaan dron menjadi pilihan pengkaji dalam pelaksanaan akitiviti penyelidikan dan pengurus perhutanan. Hal ini dikatakan sedemikian kerana dron dapat diubah suai daripada pelbagai aspek untuk dibantu memberikan hasil yang terbaik.

Aktiviti kumpulan maklumat lapangan dengan gunanya dron memerlukan perancangan kerja yang teliti kerana keadaan keliling kawasan perlu diambil kira. Bagi kawasan hutan yang agak ekstrem, perancangan yang teliti seperti mengenal pasti keadaan awan, cuaca dan faktor keliling perlu diambil kira. Dalam konteks ini, pihak Jabatan Perhutanan mengorak langkah dengan menggunakan dron untuk berlaku kerja pemantauan dan pengurusan hutan. Dron mampu gerakkan dengan jarak yang laju dan jauh, iaitu sehingga 100 kilometer dengan sekali penerbangan. Oleh hal yang demikian, alat tersebut dapat  membantu jabatan ini pantaukan aktiviti kawasan hutan dengan lebih sistemkan dan berkesan. Sementara itu, penambahan kemudahan rakaman dalam bentuk audio - visual dibolehkan gambar kawasan hutan yang diambil, diolah menjadi data pelbagai guna seterusnya petambahkan nilai cerapan.

Dipetik  dan diubah suai daripada ‘Dron dalam Pengurusan Hutan’ oleh M. Izwan Ramlan Dewan Kosmik, Mac 2017 

1________________  2___________________3_________________4___________________

5________________  6___________________7_________________8___________________

9________________  10__________________11________________12__________________

13________________


Baca petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis semula petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud asalnya.

   Maka Laksamana pun tidur di tengah pasar itu. Maka didengar oleh Laksamana kaki Kertala Sari itu terlalu gemuruh bahananya. Maka Laksamana pun tahu lah akan Kertala Sari datang itrr. Maka Kertala Sari pun berjalan ke tengah pasar itu. Maka tertendang kakinya pada tubuh Laksamana.

   Maka Kertala Sari pun berdiri atas kepala Laksamana itu, katanya "Teririk bangkai pula aku ini!"

Adapun akan Laksamana tidur itu kerisnya sudah terhunus, lalu ia bangun melompai menikam dada Kertala Sari terus ke belakangnya.Maka Laksamana pun berkata "Ceh, mati engkau olehku!"

Dipetik daripada 'Kepimpinan Melalui Teladan' dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul DBP

_______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berikan kata pemeri yang tepat:

1. Rumah ini ______________ rumah ibu saya

2. Hadiah ini _______________untuk ibu saya sempena hari lahirnya

3. Cara ibu menjimatkan wang_________dengan menabung

4. Kaedah saya beri ibu wang ___________ melalui perbankan atas talian

5. Saya _____________ anak tunggal dari keluarga yang sederhana

6. Ibu saya _____________seorang  ibu tunggal

7. Arwah bapa saya _____________ bekas tentera yang bertugas di Sabah

8. Tugas saya pula _____________ringan hanya membantu ibu di dapur

9. Soalan anda __________________ sangat bagus.

Lengkapkan peribahasa berikut:

1. kalau asal benih yang _______________, jatuh ke laut menjadi ____________

2. kalau bertepuk ________________ tangan tidak akan ________________

3. kalau kail panjang ___________________, lautan dalam jangan ____________

4. kalau tiada ada ____________________, masakan tempua bersarang __________

5. Kalau tiada angin _____________________ masakan pohon ____________

6. Kalau merenung ___________________ di langit jangan lupa ______________ di bumi

Bahasa Melayu Latihan intensif menjelang SPM 2021

NOVEL PANTAI KASIH & BIMASAKTI 

Huraikan nilai kerjasama yang terdapat dalam novel Pantai kasih dan Bimasakti menari

Novel yang saya kaji ialah  Pantai Kasih karya Azmah Nordin. Antara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah_________________________________________________________ _____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________Nilai kerjasama  seterusnya  ialah ____________________________________________________ 

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ .Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel ini

manakala

Novel yang saya kaji ialah  Bimasakti Menari karya Sri Rahayu binti Mohd Yusop. Antara nilai kerjasama yang terdapat dalam novel ini ialah____________________________________________

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________.Nilai kerjasama seterusnya ialah  __________________________________________________ _________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________ Kesimpulannya jelas terdapat nilai kerjasama dalam novel ini


Soalan KBKK

1. Kumpulan anda diminta bekerjasama memujuk rakan anda yang sakit gigi untuk berjumpa doktor gigi. Bincangkan cara memujuk rakan anda yang degil dan   keras kepala itu.

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

2. Anda dan rakan tingkatan lima ingin membina kawasan ternakan burung di kawasan sekolah sebagai hadiah atau kenangan terindah untuk sekolah anda. Bincangkan cara untuk menjayakan projek itu dalam masa yang singkat

____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

3. Anda dan rakan-rakan amat menyayangi guru kelas tingkatan lima merangkap guru Bahasa Melayu anda yang banyak berkorban masa dan tenaga demi kejayaan anda. Bincangkan cara anda sebagai pelajar untuk membalas jasa dan pengorbanan guru yang amat anda sayangi dan kagumi itu.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________


Perumpamaan untuk pelajar 2023 Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 

Perumpamaan untuk pelajar 2023

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

 

1.      Air yang _________ jangan disangka tiada _____________

2.      alang-alang menyeluk _____________ biar sampai ke pangkal ______________

3.      Ayam di kepuk mati _____________itik di___________mati kehausan

4.       bagai _________ dipagari bintang

5.      Bagai __________ jatuh ke  pasir

6.       bagai ____________ lupakan  kulit

7.       bagai ______________ di tepi gantang

8.      bagai ______________ terhempas ke batu

9.      Bagai aur dengan _________________

10.   bagai melepaskan __________ di  tangga

11.   bagai menahan jerat di ________________

12.   Bagai menangguk di air ____________

13.   Bagai menarik rambut di dalam __________rambut tidak _________tepung tidak berselerak

14.   bagai menatang minyak yang ________________

15.   bagai mencurah air ke daun ___________

16.    bagai mencurah garam ke _________________

17.    Bagai mendapat durian ____________

18.   bagai orang ______________ disorong bantal

19.   bagai pahat dengan _____________

20.   bagai si kudung mendapat ______________

21.   bagai sirih pulang ke ________________

22.   bagai telur di hujung _______________

23.    bagai tikus membaiki ____________

24.    banyak udang banyak ____________, banyak orang banyak ______________

25.   bertepuk sebelah tangan takkan ________________

26.   biar putih tulang jangan putih ____________

27.   buang yang keruh ambil yang ___________

28.   Di mana ada gula di situ ada_____________

29.   Duduk sama ___________ berdiri sama ________________

30.   Kalau tiada____________bertiup, masakan pohon ___________

31.   Ke gunung sama di________________, ke lurah sama di____________

32.   Kusangka panas hingga ke __________rupanya hujan di _________________

33.   Lembu punya susu _____________punya nama

34.   Malu berkayuh perahu ___________malu bertanya sesat______________

35.   Marahkan nyamuk kelambu _______________

36.   Mati semut kerana______________

37.    menanam tebu di bibir __________

38.    Nasi sudah menjadi ____________

39.   Rumah siap pahat ___________________

40.   sebab nila setitik rosak susu ______________

41.   seekor kerbau masuk _________ habis semua terpalit

42.    sejunjung bagai sirih, serumpun bagai _____________

43.   Sekali air _________ sekali pasir berubah

44.   seperti _________ pulang ke benua

45.    seperti __________ di hujung rumput

46.   seperti abu di atas ______________

47.   seperti anak ayam kehilangan ______________

48.   seperti api di dalam ________________

49.    seperti cincin dengan _______________

50.   seperti gunting dalam ______________

51.   seperti kera mendapat ________________

52.   seperti rusa masuk _______________

53.   Seperti si___________kehilangan tongkat

54.   ular menyusur akar tidak akan hilang __________

Jangan Tiru