BACA, SEMUA MESTI BACA, BACA SATU DEMI SATU......
Cara menjadi anak yang baik, yang membahagiakan kedua-dua ibu bapa.
Hari ini, saya ingin berkongsikan sedikit petua kepada, anak-anak, dan sesiapa sahaja bagaimana mahu menjadi anak yang soleh yang disayangi ibu bapa dan dikasihi semua. Saya paparkan sekadar beberapa prakarsa untuk sama-sama kita hayati. Semoga kita semua tergolong dalam golongan anak-anak yang soleh, sehingga terasa sejuk perut ibu kita mengandungkan kita selama sembilan bulan sepuluh hari.
1. Sentiasa berwajah ceria, sejuk mata memandang apabila bercakap atau bertentang mata dengan kedua-dua ibu bapa. Wajah yang berkerut, berkedut menyebabkan kita kelihatan lebih tua daripada usia. Ingat, senyuman yang diukir di wajah boleh membahagiakan ibu bapa, mendamaikan dunia.
2. Sentiasa bersedia menolong, membantu, 'ringan tulang' untuk meringankan tugas ibu bapa dalam melakukan kerja-kerja rumah. Sambil bekerja, sambil berbual-bual dengan ibu bapa dalam suasana selesa, sebuah keluarga bahagia.
3. Melakukan sesuatu kerja tanpa perlu disuruh oleh ibu bapa kita. Lakukan dengan penuh keikhlasan hingga menjadi suatu kebiasaan. Rimbunan kasih terserlah apabila suasana rumah jadi selesa hasil sikap rajin anak-anak melakukan kerja-kerja mengemas, memasak, menjaga kebersihan.
4. Tidak pernah merintih, merungut apatah lagi mendengus apabila ditegur atau dinasihati. Yang sepatutnya jadi sebut-sebutan ialah ‘maafkan saya’, ‘Ok mak’, Thank u so much mak, ayah, ‘ I luv u mak , ayah’.... (contoh sahaja ni..)
5. Setiap kali selepas solat, panjatkanlah doa, mohon kebahagiaan untuk kedua-dua ibu bapa. Dalam suasana bening syahdu sentiasalah berdoa. Berdoalah ke hadrat Allah swt agar ibu bapa kita berada dalam kalangan orang beriman, dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diampunkan segala dosa kedua-dua ibu bapa kita. (dan percayalah, ibu bapa kitapun sama, sentiasa berdoa untuk kita)
6. Sentiasa amalkan budaya salam dan mencium tangan kedua-dua ibu bapa sewaktu hendak keluar atau masuk ke dalam rumah.
7. Memohon kemaafan daripada ibu bapa setelah kita melakukan sesuatu kesalahan atau kesilapan. Terutama apabila kita rasakan telah menyinggung perasaan kedua-duanya. Cepat-cepat minta maaf. Haiiih... kena cepat-cepat minta maaf, sebelum air mata ayah atau air mata ibu tumpah....... !!
8. Semasa makan sendukkan nasi untuk kedua-dua ibu bapa. Masakkan makanan kegemaran mereka. Suapkan ibu nasi. Tanya soalan mudah-mudah contoh, “mak, mak, ok ke hari ni ?” atau “ayah, ayah ok ke hari ni?”
9. Ingat hari-hari istimewa kedua-dua ibu bapa, hari lahir mereka, berikan cenderahati, atau sekadar ucapan ringkas yang boleh membuatkan senyuman terukir di wajah
10. Sesekali atau berkali-kali apa salahnya berkongsi hobi, berkongsi rahsia, bertukar-tukar pendapat dengan ayah dan ibu. Diselang seli pula dengan gurau senda, contoh: puji masakan emak, puji keanggunan emak walaupun usianya merangkak senja. Ohoooh... kiutnya!!
11. Realisasikanlah impian kedua-dua ibu bapa. Terutama harapan dan impian ibu bapa ingin melihat kejayaan anak-anak. Kejayaan dalam peperiksaan amat membahagiakan. Saat menunggu keputusan peperiksaan, debarannya lebih terasa, lebih dirasai oleh ibu bapa. Tak percaya? Huh.. tanyalah mak dan ayah ....!!
12. Sentiasa berterima kasih, bersyukur atas setiap pemberian daripada ibu bapa. Boleh buat permintaan, tetapi biarlah mengikut kemampuan kedua-dua ibu bapa. Pendek kata ukur baju di badan sendiri. Kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Bersederhana tetapi bahagia.
13. Solat berjemaah dengan kedua-dua ibu bapa. Atau sama-sama ke masjid apabila hampir masuk waktu, ketika azan berkumandang.
14. Kalau sudah bekerja. Bawa ibu bapa tinggal bersama-sama kita. Jadilah doktor, jururawat, pengasuh, ketika mereka uzur ataupun sakit. Anak sentiasa ada di sisi menemani.
15 Kalau tinggal berjauhan jenguklah mereka pada hujung minggu, pada hari cuti dan pada hari lebaran. Pulang ke kampung menjenguk ayah dan ibu terasa terubat rindu. Ayah dan ibu pula setia, tabah, sabar tersengguk-sengguk menanti kepulangan anak di muka pintu.
16. DAN kirimlah wang setiap bulan kepada ibu bapa kita( biarpun sedikit tetapi konsisten). Masa sekolah ibu bapa kita bagi duit poket hari-hari, kini giliran kita pula, bagi, bulan-bulan. (walaupun ibu bapa tidak meminta segala-galanya dibalas dengan wang)
17. Telefon, tanyakan khabar mereka. Selalulah menelefon, sebab bagi ibu bapa, tak dapat tengok wajah dengar suara anakpun jadilah. Hubungilah ibu bapa ketika mereka masih ada, masih bernafas di bumi Allah ini. Di alam barzakh, ....‘tak da line’ untuk berhubung, untuk dihubungi.
18. Bawalah kedua-dua ibu bapa kita menunaikan fardu Haji di Makkatul Mukaramah. Kalau bukan sekarang mungkin suatu hari nanti, yang penting hasrat dan impian itu, ada....... Ohhhoohh ... sweetnya...!!
19 Yang penting dan yang utama, jadilah anak yang tahu membalas jasa kedua-dua ibu bapanya, kerana kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah sepanjang usia..... !
20. Ayah dan ibu, ayah dan ibu itulah.... permulaan kami, dapat melihat bulan dan matahari ............
Tiada ulasan:
Catat Ulasan