Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Rabu, 29 Disember 2021

BM SPM 2023-SUATU CABARAN BUAT PELAJAR KUMPULAN PERTAMA SPM

   BM SPM 2023-SUATU CABARAN BUAT PELAJAR - PELAJAR  SPM

Baca petikan dengan teliti. Tukarkan ayat bersusunan biasa yang bergaris kepada ayat bersusunan songsang tanpa mengubah maksud asalnya.

Bidang keusahawanan wajar diterokai oleh golongan remaja. Bidang ini mendidik remaja menjadi lebih kreatif. Sesungguhnya amat luas ruang bagi golongan remaja menceburi bidang ini. Remaja yang melanjutkan pengajian di IPT juga boleh menceburi bidang tersebut. Para remaja yang berminat dalam tidak mempunyai masalah untuk mengikuti kursus keusahawanan. Ibu bapa perlu memberikan sokongan kepada anak-anak  menceburi bidang ini.

1.________________________________________________________________________________

2._________________________________________________________________________________

3._________________________________________________________________________________

4._________________________________________________________________________________

5.________________________________________________________________________________

6.__________________________________________________________________________________

Berdasarkan petikan di bawah, bina enam ayat tanya yang lengkap dengan menggunakan kata tanya yang betul. Kata tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan frasa yang berhuruf condong.

Perhimpunan rasmi biasanya dijalankan di dewan sekolah pada hari pertama persekolahan setiap minggu. Semua guru dan murid diwajibkan menghadiri perhimpunan rasmi. Perhimpunan rasmi sekolah dapat memupuk disiplin dalam kalangan murid. Perhimpunan ini dapat menanam semangat patriotik melalui nyanyian lagu Negaraku. Para guru dan murid wajib berdiri tegak ketika menyanyikan lagu kebangsaan. Selain itu, perhimpunan rasmi diadakan untuk membudayakan kemahiran mencatat dan kemahiran mendengar ketika guru menyampaikan amanat

  1. ____________________________________________________________________________________
  2. ____________________________________________________________________________________
  3. ____________________________________________________________________________________
  4. ____________________________________________________________________________________
  5. ____________________________________________________________________________________
  6. ___________________________________________________________________________________

 Baca petikan dengan teliti dan senaraikan dua kata kerja dan dua kata adjektif.Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih

Penekanan inovasi dalam kalangan murid pendidikan khas dapat menambah baik sahsiah diri dan kualiti kehidupan, serta memudahkan pengurusan aktiviti harian murid. Jika diberi pendedahan yang tepat, mereka mampu bersaing dengan rakan murid yang normal. Inovasi berkaitan dengan persekitaran sekolah bukan sahaja memudahkan pengurusan dan meringankan beban pendidikan sepanjang proses pembelajaran di sekolah, malah dapat mewujudkan persekitaran yang mesra kepada murid kelainan upaya ini. Hal ini akan dapat melahirkan murid yang sentiasa berfikir dan berani menghadapi cabaran.

___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Baca petikan  dengan teliti dan senaraikan tujuh kata majmuk. Kemudian anda dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang dipilih

Sebagai warganegara Malaysia, tugas menghormati institusi raja Melayu sememangnya terletak pada bahu kita. Kesetiaan kepada raja dan negara ialah tanggungjawab kita bersama-sama. Selagi matahari masih bersinar selagi itulah  kerjasama yang mantap perlu kita berikan secara sukarela  . Pada peringkat antarabangsa kita golongan remaja telah mencipta nama dalam bidang sukan dan olahraga.

_____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Dalam petikan terdapat tiga belas kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Campur tangan di Perak bermula akibat masalah perlumbaan takhta kerajaan Perak antara Sultan Abdullah dan Sultan Ismail. Sultan Abdullah telah bertindak dengan cuba meminta tolong dan sokongan daripada pihak British. Perjanjian Pangkor berjaya ditanda tangani pada 20 Januari 1874 dan Sultan Abdullah dilantik sebagai Sultan Perak. Kesannya Sistem Residen diperkenal oleh pihak British yang kononnya bertindak sebagai penasihat kepada Sultan Perak di dalam urusan pentadbiran negeri.

Residen pertama yang pihak British lantik untuk menjawat jawatan residen ialah JWW Birch. Sir Andrew Clark menyatakan bahawa Birch merupakan calun yang paling layak kerana beliau pernah bertugas sebagai pegawai British di Ceylon sebelum ini. Malangnya, kemasukan Birch di Perak sebagai residen tidak di senangi dalam kalangan orang Melayu. Hal ini berpunca daripada pertukaran yang dilakukan oleh beliau di Perak seperti isu dihambakan dan peraturan tanah.

___________________       __________________________      _________________________              ______________

___________________       __________________________      _________________________              _______________

___________________       __________________________      _________________________              _______________

___________________

Dalam petikan , terdapat enam kesalahan bahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.

Pada era globalisasi ini, pelbagai jenis kenderaan yang moden telah mencipta bagi menggantikan kenderaan kovensional sebagai pengangkutan awam. Pengangkutan awam yang moden itu pula mampu memainkan tugas yang penting kepada sesebuah negara untuk mencapai kemajuan kerana sistem pengangkutan yang baik mampu menggerak ekonomi negara. Di antara contoh kenderaan awam ialah monorel, komuter, bas, teksi dan kapalterbang.

___________________       __________________________      _________________________              _______________

___________________       __________________________     

Karangan minggu ini:

  1. Cintailah Malaysia. Bincangkan
  2. Kebaikan tinggal di desa. Beri pendapat anda
  3. Kejadian buli boleh menjejaskan imej pendidikan Negara.  Jelaskan pendapat anda tentang cara menangani buli di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jangan Tiru