BAHASA MELAYU MODUL LATIHAN BERFOKUS SPM BM KERTAS 2
(MASA 2 JAM 30 MINIT)
Soalan 1 : Rumusan [30 markah]
Baca
petikan berikut dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor pelaksanaan dasar MBMMBI
dan kekangannya. Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Kerajaan pada 8 Julai 2009 telah memansuhkan
pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa
Inggeris (PPSMI) di sekolah-sekolah dan digantikan dengan dasar Memartabatkan
Bahasa Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris(MBMMBI). Memartabatkan bahasa
Melayu bermaksud meletakkan bahasa Melayu pada tempatyang sepatutnya dan sesuai
dengan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub
dalam Perlembagaan Malaysia, Perkara 152. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa
pengantar utama dalam pendidikan berasaskan Akta Pendidikan 1996.
Tujuan utama pelaksanaan dasar MBMMBI ini
jelas kerana bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan yang menjadi alat
perpaduan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum. Dalam bidang pendidikan, bahasa
Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu kerana banyak buku ilmiah sama ada buku
terbitan asal ataupun buku terjemahan menggunakan bahasa Melayu sebagai medium untuk menyampaikan ilmu pengetahuan.
Semua guru disarankan agar memahami
sepenuhnya maksud dan definisi MBMMBI serta dapat memaklumkan hasrat dan
matlamat pelaksanaaan dasar ini kepada murid-murid dan masyarakat dengan jelas.
Dengan meletakkan bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya kebudayaan bangsa
Melayu akan terpelihara dan seterusnya dapat dilestarikan.
Umum mengetahui bahawa, dalam masyarakat
pelbagai etnik, perlu wujud satu medium untuk mereka saling berhubung. Dasar
MBMMBI ini diaspirasikan agar satu bentuk komunikasi yang berkesan dapat
dilakukan dalam kalangan masyarakat. Hal ini akan dapat memupuk sikap saling
menghormati antara satu sama lain. Di sekolah, para guru perlu membudayakan
penggunaan bahasa Melayu baku agar martabat bahasa itu dapat diletakkan pada kedudukan
yang sewajarnya.
Bagi perkembangan bahasa Inggeris pula,
kepentingan bahasa ini sebagai bahasa kedua tidak dapat dinafikan. Bahasa
Inggeris penting sebagai alat komunikasi antarabangsa dan menjadi medium untuk
wacana ilmu di peringkat tersebut. Dasar MBMMBI yang dilaksanakan ini juga
memberikan penekanan kepada bahasa Inggeris kerana bahasa ini membantu
perkembangan kemajuan dalam sektor perniagaan dan ekonomi global pada era
globalisasi ini.
Kesimpulannya, dasar Memartabatkan Bahasa
Melayu dan Memperkukuh Bahasa Inggeris kena pada tempatnya dan tepat pada
masanya. Marilah sama-sama kita menjaga dan memartabatkan budaya bangsa kita.
(Dipetik
dan diubahsuaikan daripada rencana MBMMBI, Buletin Pendidikan, Disember 2010)
Soalan
2: Pemahaman [35 markah] Soalan 2(a) – Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab
soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
(i)
Berikan maksud rangkai kata memartabatkan budaya. [2 markah]
(ii)
Nyatakan peranan guru bagi memastikan objektif MBMMBI ini dapat direalisasikan?
[3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dapat
ditingkatkan?[4 m]
Soalan 2(b) – Baca petikan cerpen, jawab soalan-soalan menggunakan
ayat anda sendiri.
Kedua-dua
belah tanganku menggigil di dalam poket jaket kain. Kedua-dua belah kakiku yang
bersarung stoking bulu kambing di dalam kasut kulit, turut terasa dingin.
Aku
tidak dapat membayangkan jika aku menjadi wanita tua yang menjual makanan
burung di situ. Pakaiannya hanya kain kapas nipis. Tudungnya ditarik menutupi
sebahagian mukanya yang merah kesejukan. Kakinya berstoking lusuh. Kasutnya,
aku tidak pasti sama ada aku sedang melihat warna stoking kehijauan di hujung
kasutnya yang koyak, atau warna kasutnya.
Aku
membeli tiga piring makanan burung dan memberinya LT5 walaupun harga satu
piring Cuma LT1. Wanita tua itu menyusun sepuluh jari sebelum mengarahkan
jarinya ke dada sebagai tanda terima kasih. Aku menaburkan bijirin.
Beratus-ratus burung merpati berterbangan turun dari kubu tinggalan kerajaan
Uthmaniah. Nasib burung itu jauh lebih baik daripada nasib wanita tua itu, dapat
makanan percuma dan gambarnya diabadikan dalam kamera sedangkan wanita tua itu seakan-akan
figura hidup yang tidak disedari kewujudannya.
Seorang
remaja kurus datang menghampiriku. Di tangannya terdapat sebuah beg plastic hitam
yang besar. Matanya melingas ke kanan kiri. Dia bercakap separuh berbisik.
“Black
market, black market. Good price.” Aku teringat akan pesanan Encik Yuksel
tentang bahaya membeli barang di tepi jalan. Aku menggelengkan kepala tanda
tidak berminat. Remaja itu menghampiri Kak Chah dan Shahmeem. “Perfume. Wallet.
Jacket. Please!” (Dipetik ‘Jaket Kulit Kijang’, antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
(i)
Gambarkan keadaan wanita tua seperti yang dinyatakan dalam petikan tersebut. [2
markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh pihak
kerajaan untuk mengatasi masalah warga emas yang hidup gelandangan? [3 markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen. [4 m]
Soalan 2(c) – Baca
petikan prosa tradisional, jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Hatta,
maka pada sekali peristiwa Seri Nara Diraja duduk di balai, dihadap orang
banyak. Maka Tun Nina Madi pun lalu, disuruh naik duduk dekat, lalu diribanya
oleh Seri Nara Diraja. Maka kata Seri Nara Diraja pada segala orang yang duduk
itu, "Tahukah tuan hamba sekalian bahawa ia ini anak hamba?"
Maka
sembah segala orang banyak itu, "Sahaya semua tahu juga; oleh tuanku tiada
mengaku, sahaya semua takut mengatakan dia anak tuanku."
Maka
Seri Nara Diraja pun tersenyum. Maka Tun Nina Madi digelar oleh Sultan Muzaffar
Syah Tun Bijaya Maha Menteri. Setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja dua
orang itu menjadi orangbesar, maka anak Melayu pun berbelah, setengah pada
Paduka Raja, setengah pada Seri Nara Diraja, kerana kedua-duanya sama orang
berasal. Maka Seri Nara Diraja tidak muafakat dengan Paduka Raja, senantiasa
beringgit juga; beberapa kali lain Paduka Raja kedapatan dengan PadukaRaja
dalam kampung Seri Nara Diraja.
Maka
Sultan Muzaffar Syah pun tahu akan perihal itu maka terlalulah dukacita baginda
melihat kelakuan Paduka Raja dengan Seri Nara Diraja itu. Maka fikir di dalam
hati baginda, "Jikalaudemikian binasalah negeri ini, kerana orang besarnya
tidak muafakat sama orang besar." '
Hatta,
maka baginda fikir berbicara hendak memuafakatkan Seri Nara Diraja dengan
Paduka Raja. Maka baginda pun menyuruh memanggil Seri Nara Diraja; maka dia pun
hadirlah. Maka titah Sultan Muzaffar Syah, "Mahukah Seri Nara Diraja
beristeri?"
Maka
sembahnya, "Jikalau ada kurnia Duli Yang Dipertuan, baiklah, tuanku."
(‘Burung Terbang Dipipiskan Lada’-Sejadah
Rindu, DBP)
(i)
Berikan maksud senantiasa beringgit? [2 markah]
(ii)
Apakah yang terjadi setelah Paduka Raja dan Seri Nara Diraja menjadi orang
besar? [3 markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan buruk kepada negara sekiranya pemimpin
tidak bermuafakat?[3m]
Soalan
2(d) – Gurindam Baca gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab
soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
BEBERAPA
PETUA HIDUP Za’ba
Fikir
dan Kata
Kurang
fikir, kurang siasat,
Tentu
dirimu kelak tersesat.
Fikir
dahulu sebelum berkata,
Supaya
terelak silang sengketa.
Perkataan
tajam jika dilepas,
Ibarat
beringin, racun dan upas.
Kalau
mulut tajam dan kasar,
Boleh
ditimpa bahaya besar.
Silang
Sengketa
Siapa
menggemari silang sengketa,
Kelaknya
pasti berdukacita.
Silang
selisih jangan dicari,
Jika
tersua janganlah lari.
Ilmu
Jikalau
ilmu tiada sempurna,
Tiada
berapa ia berguna.
Ilmu
kepandaian boleh dikejar,
Asal
mahu rajin belajar.
Dunia
Pergaulan
Dunia
ini taman pergaulan,
Hendaklah
pilih sahabat dan taulan.
Manusia
dikenal sifat budinya,
Dengan
dilihat siapa kawannya.
Burung
yang sama corak dan bulu,
Selalu
sekumpul ke hilir ke hulu.
Sifat-sifat
yang Baik
Jikalau
kamu bersifat budiman,
Dipandang
sebagai bunga di taman.
Jikalau
kamu bersifat dermawan,
Segala
orang dapat kautawan.
Jikalau
kamu bersifat pemurah,
Segala
manusia datang menyerah.
Perbuatan
yang Baik
Barang
siapa berbuat jasa,
Mulia
namanya segenap masa.
Menolong
sesama wajib dan perlu,
Tetapi
tolonglah dirimu dahulu.
Sifat-sifat
yang Jahat
Telunjuk
lurus kelengkeng berkait,
Hati
sesama menjadi pahit.
Barang
siapa berbuat khianat,
Tuhan
kelak memberi laknat.
(i) Barang siapa berbuat jasa,
Mulia namanya segenap masa
Apakah
maksud rangkap gurindam di atas? [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu tidak boleh menggunakan bahasa
yang kasar dalam pergaulan?
Berikan
tiga alasan anda. [3 markah]
(iii)
Huraikan dua pengajaran daripada gurindam tersebut. [4 markah]
Soalan 3
: Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.
(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan supaya jelas menunjukkan anda faham maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan serta menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i)
mewangi (ii) menyukat (iii) menjulang (iv) menyusut (v) menyelam (vi) menyisih [6 markah]
(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Beta
akan menganugerahi beliau gelaran Datuk kerana sumbangannya yang besar dalam
bidang ekonomi.
(ii)
Kawat berduri yang berlingkaran itu memagari kawasan di sekeliling rumahnya.
(iii)
Pengetua telah melantik Cikgu Shaari sebagai guru disiplin kerana ketegasannya menjalankan
tugas. [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i)
Serunding daging yang dikeluarkan oleh Syarikat Deen itu telah dieksport ke
negaranegara Timur Tengah dan mendapat sambutan yang amat mengalakkan.
(ii) Kempen anti-rokok yang sudah berlangsung
sejak beberapa tahun lalu masih belum dapat menyedari rakyat tentang bahaya
yang berpunca daripada rokok.
(iii)
Orang ramai disarankan menghadkan pengambilan makanan berlemak agar dapat mengurangkan
kandungan kolestrol dalam badan. [6
markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak
boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
Encik Yasir berbangga hati mempamerkan lukisan-lukisannya yang cantik-cantik bersempena
dengan pameran lukisan yang diadakan di Kuala Lumpur.
(ii)
Kompleks membeli-belah terkemuka itu akan dibuka semula secara resmi pada minggu
hadapan setelah kerja-kerja pengubahsuaian selesai dilakukan.
(iii)
Rakyat di negara ini diseru agar menguburkan perasaan cintakan tanah air serta menghayati
erti kemerdekaan yang sebenar. [6
markah]
(e)
Berikan peribahasa yang sesuai berdasarkan maksud yang berikut.
(i)
Nasib yang baik akan menyebabkan seseorang itu selamat atau mendapat rezeki,
jika bernasib malang seseorang itu akan menghadapi masalah.
(ii)
Jika melakukan sesuatu secara perlahan-lahan, akhirnya bertambah hasilnya.
(iv)
Orang yang tidak tahu untuk membaiki sesuatu benda tetapi cuba membaikinya
hingga benda itu menjadi rosak. [6 markah]
Soalan 4 : Novel [15 markah] Jawab
soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)
Pantai Kasih karya Azmah Nordin (ii)
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop
(a)
Watak sampingan turut memainkan peranan penting dalam sesebuah novel.
Berdasarkan sebuah daripada novel di bawah, huraikan watak dan perwatakan watak
sampingan yang telah ditetapkan bagi novel tersebut. [7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu peristiwa yang
dapat dikaitkan dengan kesepakatan melakukan sesuatu pekerjaan. [8 markah] KERTAS
SOALAN TAMAT


Usaha sehabis upaya, dalam tenang, untuk dapatkan A+ BM SPM 2020
Tiada ulasan:
Catat Ulasan