



Postur
dalam pergerakan utama dalam solat adalah berdiri (qiyam), membongkok (rukuk),
sujud dan duduk (tahiyat). Manakala postur melutut juga berlaku seketika dalam
gerakan solat di antara dua daripada postur utama iaitu dari postur duduk ke
berdiri.
Pergerakan
solat yang sempurna melibatkan pergerakan yang sama untuk beberapa kitaran
(rakaat). Satu rakaat dalam solat terdiri daripada beberapa postur seperti
berdiri, rukuk, sujud dan duduk di antara dua sujud. Rakaat kedua dan terakhir
pula mempunyai penambahan postur duduk tahiyat.
Berikut
6 rahsia saintifik dalam pergerakan solat buat saintis terkejut :
1. 1. Qiyam berdiri tegak ketika solat
● Dalam konteks solat, qiyam yang dimaksudkan di
sini adalah berdiri tegak. Islam memberi kelonggaran atau keringanan untuk
mereka yang ada keuzuran boleh melaksanakan ibadah solat secara duduk. Sekiranya
tidak mampu duduk, dibolehkan bersolat secara mengiring.
Menurut
Mohammed Faruque Reza dari Pusat Perubatan Jepun, mendapati ketika berdiri
untuk solat, kita akan cuba untuk fokuskan minda kepada solat. Ini membantu
dalam mengurangkan tekanan dan membantu mengawal keseimbangan badan. Berdiri
tegak dan lurus akan menjadikan titik beban badan tertumpu pada kedua-dua belah
tapak kaki secara seimbang. Rutin ini dipercayai akan melatih menguatkan tulang
pada kaki dan membuatkan belakang badan tidak menjadi bengkok.
Semasa
berdiri tegak, orang yang bersolat akan bertakbiratul ihram iaitu mengangkat
tangan ke telinga dan membawa tangan kanan di atas tangan kiri pada bahagian
abdomen. Tangan perlu bersedekap, iaitu kedudukkan tangan kanan berada di atas
tangan kiri, dan kedua-dua tangan tersebut berada atas dari paras pusat.
Perlakuan ini diamalkan oleh Rasulullah saw
● Ketika tangan kanan mengengam tangan kiri aliran
darah mengalir meningkat pada bahagian otak post-pusat girus atau post-central
gyrus. Ia juga membantu membesarkan rongga dada di mana paru-paru akan
terasa luas selain otot tangan dapat digerakkan. Perbuatan melipatkan tangan
sebegitu merupakan kedudukan santai atau rehat yang paling sempurna bagi
kedua-dua tangan.
Mengikut
teori ahli fisiologi, dari posisi dan kedudukan ini, sendi siku dan dan sendi
pergelangan tangan serta otot dari kedua-dua tangan berada dalam keadaan rehat
penuh. Keadaan ini akan melancarkan pergerakan sendi dan menghindarkan dari
timbulnya perbagai penyakit persendian seperti penyakit kekakuan sendi.
2. Pergerakan otot mulut tingkat aliran
darah
● Ketika bersolat, kita akan membaca surah-surah di
dalam al-Quran yang berbahasa Arab. Seperti yang kita tahu, ketika kita
bercakap, otot mulut akan bergerak tidak kiralah jika anda berbahasa apa sekali
pun. Jadi pergerakan otot mulut ini akan menyebabkan peningkatan pengaliran
darah ke bahagian muka, lidah dan deria mulut dan juga bahagian Broca’s dan
Wernicke’s di dalam otak ketika membaca ayat suci
al-Quran.
● Bacaan al-Fatihah mampu menimbulkan rasa rendah
diri dan khusyuk kepada pembacanya dengan syarat pembacanya memahami maksud
surah tersebut. Dalam bacaan, getaran vokal panjang dapat merangsang hati,
kelenjar tiroid, kelenjar pineal, kelenjar adrenal dan paru-paru.
3. Rukuk melurus dan meratakan tulang
belakang
● Pergerakan badan bergerak ke hadapan dan kedua
tapak tangan menggenggam kepala lutut dan punggung mendatar didapati akan
menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher dan tulang pinggang. Ia
dipercayai mampu menguatkan belakang orang yang mempunyai sakit belakang.
Ruas
tulang belakang secara lazimnya terdiri daripada tulang punggung, tulang leher
dan tulang pinggang. Penyakit yang biasa menyerang ruas tulang belakang ialah
senggal pinggang yang mendadak, sakit pinggang, radang tulang bahu dan senggal
otot. Gerakan rukuk yang diajar oleh Nabi s.a.w, boleh menghindari dan
menyembuhkan penyakit yang menyerang ruas tulang belakang.
Apabila Baginda s.a.w rukuk, Baginda
meluruskan dan meratakan tulang belakang (dalam keadaan 90 darjah) sehingga
apabila air diletakkan di atasnya, air tesebut tidak akan tertumpah. Baginda
tidak menundukkan kepala (terlalu membongkok) dan tidak pula mengangkatnya
(tidak meninggikan kepala dari paras bahunya).
● Selain menguatkan tulang belakang, perbuatan ini
mampu menguatkan otot perut. Terapi ini terbukti mampu digunakan sebagai
rawatan tahan sakit seperti yang tercatat dalam fisilosofi Yogic.
● Ia juga berkesan dalam membantu kelenturan
(fleksibili) bahagian bahu, lutut dan buku lali. Pergerakan rukuk mengenakan
tekanan pada bahagian abdomen yang akan memudahkan masalah sembelit dan
pergerakan peristaltis (pergerakan otot perut). Buah pinggang
juga akan mengalami "urutan" yang membantu dalam permasalahan
penyakit buah pinggang.
● Tumakninah atau berhenti dalam keadaan bertenang
sebentar, merupakan satu perkara yang perlu dilakukan dalam solat iaitu rukuk,
iktidal, sujud dan duduk di antara dua sujud. Semasa melakukan posisi ini
seseorang itu perlu berhenti seketika sekurang-kurangnya dengan kadar satu
tasbih. Menurut kajian Dr.Fatimah Ibrahim Keadaan ini dipercayai mampu
memberikan ketenangan kepada seseorang yang bersolat.
4. Sujud kepala menyentuh lantai
menggunakan dahi
● Sujud merupakan perbuatan melutut di mana kepala
diletakkan di bawah menyentuh tanah menggunakan dahi, dan tapak tangan
diletakkan selaras dengan telinga. Seluruh berat badan akan terpikul sepenuhnya
kepada otot-otot kedua-dua tapak tangan, kaki, dada, perut, punggung dan leher
dan otot-otot kaki. Kepelbagaian pergerakan ini memberikan kesan besar yang
menyebabkan darah bergerak ke otak manusia. Sujud dipercayai mampu memperbaiki
peredaran cerebral pada otak dan mengelakkan penyakit iskemia otak
(kekurangan darah di otak).
● Pengaliran darah ke dalam bahagian otak
memberikan kesan baik kepada memori, penglihatan, pendengaran, konsentrasi, dan
keupayaan kognitif yang lain. Orang solat secara kerap mempunyai kadar sakit
kepala yang rendah, kurang masalah fisiologi dan masalah kognitif yang
lain.
● Keunikan posisi sujud menyebabkan otot leher
bergerak. Otot leher boleh menanggung beban apabila dahi diletakkan pada tanah
dan ini menyebabkan otot leher bertambah kuat, sekaligus menjadikan kepala
dapat diimbang dengan baik.
● Kajian menunjukkan posisi sujud adalah yang terbaik
untuk kesihatan jantung. Seseorang yang mengalami masalah tekanan darah tinggi
amat digalakkan untuk sujud dengan lebih kerap dan lebih lama agar dapat
mengurangkan kadar denyutan jantung dan menurunkan tekanan.
Dalam
kajian perihal jantung, saintis mendapati posisi sujud mampu mengurangkan
dengupan jantung. Kadar dengupan jantung yang rendah untuk sementara waktu
memberikan waktu rehat kepada jantung. Ia juga membantu dalam merelakskan saraf
tunjang dan mengurangkan risiko tekanan ke atas saraf tunjang.
Saintis
di Eropah telah membuat kajian perihal bagaimana ingin membuang cas positif
elektromagnetik yang berbahaya kepada badan manusia. Di dalam kajian terbabit,
dia menyimpulkan bahawa cara terbaik untuk mengeluarkan cas tersebut adalah
dengan meletakkan dahi di lantai (atau tanah), kemudian tanah akan mengeluarkan
cas positif badan.
Ini
sama seperti kejadian kilat apabila kilat menyambar bangunan yang berada di
tanah mempunyai cas positif. Kerana itulah anda perlu membuang cas positif
supaya tidak disambar kilat!
● Sujud juga merupakan satu terapi yang baik untuk
penyakit uterus dalam kalangan wanita. Ia membantu mengubah
semula posisi rahim, buah pinggang dan membantu mengurangkan tekanan pada
paru-paru.
● Bagi pesakit obesiti yang ingin menurunkan
berat badan bolehlah mengamalkan posisi ini untuk mengurang lemak di bahagian
perut kerana posisi ini membolehkan lutut terbentuk sudut tepat membangunkan
otot perut.
5. Duduk antara dua sujud dan tahiyat
● Posisi duduk antara dua sujud membantu
mengeluarkan racun (toksin) dari hati dan menggerakkan tindakan usus besar.
Posisi ini juga membantu dalam penghadaman dengan menekankan kandungan perut ke
bawah.
● Posisi tahiyat yang dilakukan dengan bertemunya
lipatan paha dan betis boleh meningkatkan pengeluaran peluh. Ini dapat
mengeluarkan mineral dan garam-garam berlebihan yang tersimpan pada lipatan
paha.
● Tabiat membengkokkan jari kaki ketika
sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir meningkatkan kadar pembakaran lemak
dalam badan dan merendahkan risiko penyakit jantung.
6. Gerakan salam menggerakkan kepala ke
kanan dan kiri
● Gerakan salam dengan menggerakkan kepala ke kanan
dan ke kiri dapat merengangkan otot kepala dan leher. Ia merupakan senaman
ringan yang membantu dalam memelihara keanjalan kulit wajah.
● Perbuatan gerakan salam membantu
merenggangkan sendi leher dan membantu melegakan bahu dan otot bahagian
belakang. Ia melancarkan salur darah di bahagian leher dan mengurangkan masalah
pening kepala dan migrain.
Kesimpulan Semoga perkongsian ini memberikan kita
sedikit ilmu pengetahuan tentang rahsia solat daripada sudut kajian saintifik
yang tidak kita ketahui. Ketahuilah solat (yakni solat fardhu) adalah amalan
yang keagamaan yang terpenting dalam Islam selepas mengucap dua kalimah
syahadah. Di samping itu solat juga menurut kajian ahli sains merupakan satu
bentuk senaman buat tubuh manusia. Moga diri kita kekal sihat dengan
bersolat!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan