kan saya dah kata, isteri saya tidak bekerja

ISTERI SAYA TIDAK BEKERJA
Suatu perbualan santai antara
seorang pelajar fakulti komunikasi dengan seorang tokoh perbankan berkarisma.
Mudah-mudahan bual bicara ringkas tapi padat ini mampu membuatkan kita
berfikir sepintas lalu, sepanjang masa, menghargai peranan
ibu kita misalnya, atau isteri yang menjadi suri rumah sepenuh masa,
misalnya, atau istilah lumrahnya oleh para suami, 'isteri saya
tidak bekerja'

Adib : Apakah pekerjaan Encik Muqri?
Encik
Muqri : Saya berkhidmat
sebagai Pegawai bank, di sebuah bank terkemuka di bandar ini .
Adib : Apa pula kerjaya isteri
encik Muqri?
Encik
Muqri (senyum): Ooohooh
isteri saya tidak bekerja. Isteri saya suri rumah sepenuh masa. Isteri
saya tidak bekerja........
Adib : Ehemmm.... Encik Muqri sudah bersarapan
pagi ? Siapa yang sediakan sarapan pagi Encik Muqri?
Encik
Muqri : Sudah. Saya sudah
bersarapan pagi. Siapa lagi kalau bukan isteri saya. Isteri sayalah yang
sediakan sarapan pagi kami sekeluarga…. sebab isteri saya tidak bekerja
Adib : Setiap pagi?
En
Muqri: Ya, setiap pagi.
Semuanya tersedia rapi di atas meja. Sajiannya berbeza setiap pagi.
Adib: Pukul berapa isteri encik Muqri bangun
untuk sediakan sarapan??
Encik
Muqri : Orang tidak bekerja.
Memang tak tentu masanya. Biasanya pukul 5 pagi dia bangun siapkan
sarapan, kemudian sekitar 5.30 saya ke masjid, isteri siapkan keperluan
anak-anak. Pagi dia banyak habiskan masa uruskan anak-anak, Pakaian saya, saya
ambil sendiri di tempat yang isteri saya biasa letak. Baju seluar, tali leher
semuanya ada. Saya tak perlu fikir. Semua dah ikut warna, baju tali leher warna
sekata.Isteri saya sudah aturkan segala-galanya untuk saya. Pukul 7 saya
bersarapan. Pukul 7.30 pagi saya ke pejabat manakala isteri
saya tugasnya ialah menghantar anak-anak ke sekolah. Saya tak perlu
bimbang sebab isteri saya tidak bekerja.
Adib : Anak-anak encik Muqri ke sekolah, isteri yang
hantar??
Encik
Muqri : Ya, isteri
saya Puan Sofiyah yang hantar sebab kan saya kata isteri saya
tidak bekerja.
Adib: Selepas hantar anak-anak ke sekolah, biasanya
Puan Sofiah isteri encik Muqri buat apa pula?
Encik
Muqri : Hummppphh
rutin biasa dialah, lepas hantar anak, dia ke pasar, beli
semua keperluan dapur, kemudian dia balik rumah, kemaskan peti sejuk, masukkan
barang baru dibeli ke dalam peti sejuk, kemudian kemas semua bilik
tidur, lepas tu basuh kain baju, nyapu sampah, kemas ruang tamu ,
memasak ehemm maksud saya, dia siapkan makan tengah hari untuk saya dan anak-anak.
Isteri saya tu tak bekerja jadi sekadar itulah rutin hariannya untuk penuhi
masa.
Adib
: Encik Muqri balik
lewat petang, sampai di rumah apa yang biasanya Encik Muqri lakukan?
Encik
Muqri :
Fuhhhh......., Saya penat bekerja, jadi waktu petang, lepas solat, lepas
saya minum petang, saya rehatlah... Saya memang penat di pejabat, jadi saya
berehat panjang sambil tunggu waktu maghrib untuk ke masjid..
Adib : Isteri encik Muqri, waktu petang yang
dibuatnya?
Encik
Muqri : Orang
tidak bekerja, jadi biasalah, kerjanya hanyalah sapu sampah
keliling rumah, hantar sampah ke tempat pelupusan, malam dia masak sikit-sikit,
sediakan makan malam yang sederhana sebab malam anak-anak tak berapa nak makan
sangat, jadi melayan anak-anaklah kerjanya, mengemas meja makan dan
banyak kali jua saya tengok malam-malam dia buat kuih, dia ambil tempahan
buat kuih untuk jiran- jiran sekitar kawasan tempat tinggal
saya yang buat jamuan, jamuan itu,dan jamuan ini. Dapatlah jua dia
sedikit duit poket. Banyak juga tempahan yang dia terima.. Dia buat kuih
dari lewat malam hingga pagi, kerana isteri saya
ni tidak bekerja. Saya tumpang makan, kuih tu, sebab isteri saya
pandai masak. Sedapppp....!!
Adib : Hujung minggu apa pula aktiviti Encik Muqri, dan
Isteri Encik Muqri pula apa yang biasanya dilakukan?


Encik
Muqri: Saya macam biasalah,
hujung minggu saya dan rakan pergi mancing, atau jogging di kawasan bukit
sana.. Saya tak suka golf. Boring! Sesekali saya bermain squash atau main
futsal. Memancing memang favourite saya. Isteri saya pandai memasak. Ikan yang
saya tangkap, isteri masak, fresh and tasty! Isteri saya pun macam biasa jugak,
sebab dia isteri tidak bekerja jadi, hujung minggu dia gosok semua baju kerja
saya, baju anak-anak dia jaga rapi, baju Melayu kain pelikat saya untuk
ke masjid. Hari Jumaat dia dah ready, siapkan pakaian lengkap saya dan anak
lelaki sulung saya solat Jumaat. Isteri saya jua yang ngajar anak-anak saya
solat dan ngaji quran. Seminggu sekali, isteri saya akan scrub lantai
bilik air, vakum karpet, mop lantai dalam rumah, luar rumah, cuci porch,
ehemm tempat letak kereta. Memang bersih. Keliling rumah isteri saya tanam
banyak pokok bunga. Rumah memang dia jaga, kemas bersih... Orang tidak
bekerja, jadi itulah sahaja yang isteri saya mampu lakukan. Isteri
saya pun hanya lulus SPM, bukannya ada ijazah. Saya bertuah kerana isteri saya
tidak bekerja.
Puan Sofiyah ternyata seorang
yang tidak bekerja, suaminya sendiri persis menyenaraikan rutin harian
dan rutin mingguan isterinya yang tidak bekerja, Encik Muqri berkali-kali
menyebut isterinya sebagai SEORANG ISTERI YANG TIDAK BEKERJA...... Begitulah
tanggapan sebilangan besar suami, yang sememangnya tanpa disedari, Sang
Suami telah ‘mendera isteri’, mengambil kesempatan terhadap isteri yang
dikatakan tidak bekerja.



Tiada ulasan:
Catat Ulasan