Bagaimana
membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita Bincangkan
Pesan para hukama , kasih ibu bawa ke syurga, kasih ayah meniti usia. Setiap insan dilahirkan dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua-dua ibu bapanya. Membalas jasa ibu dan bapa adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap anak. Jasa ibu bapa tidak mampu dibalas walau dengan menggunakan semua harta yang kita ada atau dengan segunung intan permata. Sesungguhnya kasih sayang mereka sudah terserlah sejak kita di dalam kandungan lagi hinggalah ke hari ini.Renung-renungkanlah serta fikir-fikirkanlah, sedangkan haiwan kasihkan anaknya inikan pula ibu bapa kita terhadap kita. Anak-anak perlu segera insaf dan berusaha untuk membalas jasa dan kasih sayang yang telah diberikan oleh ibu bapa kepada kita. Andai dibandingkan dengan kekayaan yang kita miliki tidak setanding nilai kasih sayang yang ibu bapa. berikan kepada kita. Penghibur nombor satu Asia mengungkapkan dalam lirik lagunya, 'ayah dan ibu, ayah dan ibu, itulah... permulaan kami , dapat melihat bulan dan matahari......!!
Sejak dilahirkan lagi, kita dijaga oleh ibu bapa dengan penuh kasih sayang, bagai menatang minyak yang penuh. Bayangkanlah seorang ibu terpaksa bersengkang mata sepanjang malam menjaga kita, sehingga ibu tidak merelakan walau seekor nyamuk pun menggigit tubuh kita. Oleh hal yang demikian, sebagai anak, kita sewajarnya membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk membalas jasa mereka Cara paling wajar kita lakukan pada saat dan ketika ini ialah kita perlu belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran, dalam SPM misalnya, sudah tentu mampu menggembirakan ibu bapa yang bersusah payah menyekolahkan kita. Sesungguhnya setiap ibu bapa inginkan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran kerana pelajaran boleh menentukan masa depan kita , sekaligus menghilangkan rasa penat lelah mereka menjaga dan membesarkan kita.
Sebagai anak yang baik, kita juga sewajarnya mempamerkan tingkah laku yang mulia. Segala nasihat mereka perlu didengar dengan teliti dan diikuti sebagai pedoman hidup. Apabila bertutur dengan ibu bapa, elakkan bercakap kasar agar tidak menyinggung hati dan perasaan mereka. Jangan lukai hati dan perasaan kedua-dua ibu bapa kita sebaliknya gunakanlah bahasa yang sopan, lembutkan suara , jangan sesekali membiarkan air mata ibu tumpah kerana tutur kata kita yang menghiris perasaan. Jangan sesekali bertindak seperti Si Tanggang Anak Derhaka. Biarkanlah legenda siTanggang berlalu sebagai retorik zaman dan tidak menjadi realiti dalam kehidupan sebuah keluarga bahagia yang kasihnya tertumpu kepada ayah dan ibu. Izinkanlah ayah dan ibu kita menghabiskan sisa-sisa usia dengan wajah yang sentiasa berbunga senyuman dengan kita sentiasa mempamerkan tingkah laku mulia.
Kalaulah masa boleh diundur semula rasanya begitu banyak perkara lagi yang mahu kita lakukan untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa kita. Tetapi apakan daya, masa tidak menunggu kita sebaliknya kita pula perlu mengejar masa. Bantulah kedua-dua ibu bapa kita selagi kita ada masa, selagi kita diberi kesempatan, selagi ibu bapa kita masih ada. Kita perlu sentiasa bersikap tangan terbuka untuk membantu mereka. Penat lelah mereka mencari nafkah menanggung kita selama ini perlulah kita hayati, kita bantu bagi mengurangkan bebanan yang dipikul oleh mereka. Sebagai anak dalam usia remaja apa salahnya kita membantu mereka mengemas rumah, memasak, menyiram pokok bunga dan sebagainya.Sememangnya, terasa sejuk perut ibu yang mengandung dan membesarkan kita apabila melihat anak-anak yang tahu membalas jasa kedua-dua ibu bapa mereka, bersedia pula pada bila-bila masa membantu mereka.
Analogi kehidupan menyatakan ibu bapa pada usia tua disimbiosiskan ibarat naskhah al quran buruk, biarpun tampak usang wajib diletakkan di tempat yang tinggi, jangan kita samakan ibu bapa kita yang pada usia senja ibarat sehelai kain buruk yang hanya layak sebagai penyapu lantai. Jaga kebajikan, makan minum mereka, Kalau ibu bapa kita sakit, segera dapatkan rawatan yang terbaik untuk mereka. Kalau mereka kesunyian, hiburkan mereka dengan membawa mereka melihat dunia, meneroka alam yang luas terbentang selagi kesempatan masih ada. Alangkah indahnya detik dan ketika seorang anak atau anak-anak memimpin tangan kedua-dua ibu bapa berjalan seiring menuju ke rumah Allah dan sama-sama solat berjemaah. Ternyata menjaga kebajikan kedua-dua ibu bapa kita merupakan antara cara terbaik membalas jasa mereka.
Satu lagi prakarsa yang tidak boleh kita kesampingkan, untuk membalas jasa kedua-dua ibu bapa, kita hendaklah sentiasa mendoakan kesejahteraan ibu bapa di dunia dan di akhirat. Kita boleh memohon doa kepada Tuhan agar ibu bapa diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan diampunkan segala dosa. Doa boleh diamalkan pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi selepas solat.Dan sejak dari sekarang simpanlah niat dan hasrat untuk menghantar ibu bapa kita menunaikan fardu haji di Makatulmukaramah - MEKAH. Terasa indahnya hakikat dan kebenaran syurga itu letaknya di bawah telapak kaki ibu.
Kesimpulannya, pengorbanan ibu bapa tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Segala penat lelah, susah payah mereka membesarkan kita sewajarnya kita hargai. Yang jelas, dengan penuh istiqomah, kita perlu sedaya upaya berusaha untuk membalas jasa dan pengorbanan mereka. Ingat, tanpa ayah dan ibu, siapalah kita......!!!
Oleh Muqri Mashadi (5sains2)

Contoh Karangan Yang Baik!!!!
BalasPadam