Amalan
gaya hidup sihat dapat menjamin
kesihatan diri sentiasa terjaga (soalan percubaan SPM Terengganu kertas 1 bahagian B
Hasil karya Amir Irfan Kamil bin Mohd Asri
Maahad Tahfiz Pulai Chondong Machang Kelantan
Hasil karya Amir Irfan Kamil bin Mohd Asri
Maahad Tahfiz Pulai Chondong Machang Kelantan
Amalan
gaya hidup sihat dapat menjamin kesihatan diri sentiasa terjaga (soalan
percubaan SPM Terengganu kertas 1 bahagian B
..........Gaya
hidup sihat bukanlah suatu istilah baharu dalam kehidupan kita malah telah
menjadi suatu amalan telah begitu lama melestari kehidupan. Gaya hidup
sihat membawa kesan positif terhadap diri , keluarga dan masyarakat. Saya
berpendapat kehidupan yang sihat ialah apabila kita menikmati kehidupan yang
damai, tenang, selesa dan sentiasa berfikiran terbuka serta sihat tubuh
badan, dan menikmati persekitaran kehidupan yang serba serbinya
selesa.
...........ttSecara
rutin rakyat Malaysia mengamalkan gaya hidup sihat
melalui amalan pemakanan seimbang berpandukan piramid makanan .
Kita berusaha untuk melebihkan pengambilan sayur-sayuran dan buah- buahan dan
mengurangkan pengambilan makanan ringan ataupun makanan segera.
Pengambilan makanan yang kurang berlemak ataupun makanan yang mempunyai
kandungan garam, gula atau sodium glutamit yang berskala rendah adalah
digalakkan. Diet yang seimbang membolehkan rakyat Malaysia mencapai kehidupan
yang sihat kerana semua nutrien yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi
amalan pemakanan seimbang. Ternyata pengambilan makanan
seimbang berpandukan piramid makanan merupakan intipati
gaya hidup sihat.
t
Selain itu, aktiviti senaman, sukan dan riadah mampu
menjadikan kehidupan kita lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan
aktiviti seperti bersukan, berekreasi, berjalan atau berlari ini secara
bersendirian atau bersama-sama keluarga atau rakan pada waktu petang atau pada
hujung minggu. Aktiviti senaman diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan
sistem peredaran darah kita lebih baik serta sistem imunisasi menjadi
lebih tinggi. Bagi sesiapa yang gemar bersukan akan memiliki badan yang
sihat dan minda yang cerdas berbanding dengan golongan yang suka
memencilkan diri dan jarang bersukan. Kekerapan seseorang itu melakukan senaman
maka semakin tinggilah pencapaian tahap kesihatannya kerana badan cergas minda
cerdas. Hakikatnya sukan dan riadah elemen
penting ke arah gaya hidup sihat
Selanjutnya kita
perlu mengutamakan kebersihan diri untuk mengelakkan
penyakit yang berpunca daripada mengabaikan kebersihan. Penjagaan kebersihan
diri yang asas seperti menggosok gigi, mandi, berpakaian bersih, waktu tidur
dan rehat yang cukup juga perlu dijadikan amalan hidup kita seharian. Bagi
mengelakkan jangkitan kuman atau penyakit, kita juga perlulah mengamalkan
asas-asas kebersihan seperti mencuci tangan dengan bersih sebelum makan,
menutup makanan agar tidak terdedah lantaran dihurungi lalat. Kita jua perlu
memilih gerai atau tempat makan yang bersih untuk menjamu selera. Sikap endah
tak endah terhadap aspek kebersihan pasti membawa padah,sehingga menyumbang
kepada pelbagai penyakit berbahaya. Sememangnya, amalan
penjagaan kebersihan diri mampu memenuhi keperluan gaya hidup
sihat
Seterusnya kita perlu mengutamakan
penjagaan kebersihan persekitaran tempat tinggal kita Persekitaran
yang bersih perlu dijadikan amalan gaya hidup sihat agar kita terhindar
daripada sebarang penyakit. Kita digalakkan mengadakan gotong-royong untuk
membersihkan kawasan perumahan, membersihkan sampah-sarap perparitan dan
memastikan kawasan persekitaran sentiasa bersih dan tidak ada elemen pembiakan
agen-agen pembawa penyakit seperti nyamuk, lipas, lalat dan sebagainya.
Tempat-tempat pembiakan nyamuk di dalam atau di luar rumah seperti pelapik pasu
bunga ataupun tempat takungan air mestilah kerap dibersihkan ataupun
ditukar. Sesungguhnya melalui penjagaan kebersihan
persekitaran kita dapat menjauhkan diri daripada pelbagai penyakit
serta menikmati gaya hidup sihat.
Di samping itu
kita memperkasakan gaya hidup sihat dengan pemikiran
yang positif dan berpandangan jauh. Kita perlu
berfikiran lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang
lain. Elakkan diri daripada suka bersendirian, stres, tertekan atau suka
memendam perasaan, Sikap suka berkawan dan menghabiskan masa bersama-sama
rakan-rakan menjadikan keperluan psikologi dapat kita penuhi secara berkesan.
Kita digalakkan berkomunikasi mesra bersama-sama rakan taulan atau jiran
tetangga bagai aur dengan tebing. Sikap
yang positif memudahkan kita menyelesaikan pelbagai kemelut kehidupan.Hubungan
akrab yang berkekalan biasanya dapat membentuk kehidupan yang benar-benar
selesa lagi menggembirakan. Semakin positif minda seseorang itu maka
semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak Jelaslah, bersikap
positif dan berpandangan jauh perlu kita amalkan bagi
mengecapi gaya hidup yang sihat yang lebih bermakna
Kesimpulannya, gaya hidup sihat boleh diperoleh menerusi semua
amalan yang positif yang membahagiakan diri dan mendamaikan minda. Gaya hidup
sihat hanya boleh dicapai sekiranya kita mengamalkan semua aspek kehidupan
berlandaskan ciri-ciri universal manusia
biasa yang sihat tubuh badannya. Sikap sebilangan kecil masyarakat yang
masih memandang rendah terhadap gaya hidup sihat menyebabkan pelbagai dilema
kehidupan dari segi kesihatan Yakinlah, akan hakikat yang hakiki bahawa sebelum
berlaku sesuatu yang di luar jangkaan kita perlu yakin akan kepentingan gaya
hidup sihat. Kita semua perlulah memahami hakikat bahawa mencegah
lebih baik daripada mengubati.
..........
(pasti pelajar tertanya-tanya mengapa ada karya pelajar Maahad Tahfiz di sini. Mereka ini anak-anak jiran saya, jadi hujung minggu menjelang peperiksaan mereka datang menjengah dan menjenguk ke rumah saya.InsyaAllah esok mereka Ammar Haziq, Amir Irfan, akan ikut saya ke sekolah )
share
BalasPadamshare
Padamshare
BalasPadamboleh saya copy artikel amalan gaya hidup sihat untuk pengajaran di kelas saya
BalasPadamdari habibah
email: namza20@yahoo.com
Boleh, boleh, silakan. Masa cuti saya akan masukkan karya terkini. Tungggguuuuuuu.
BalasPadamshare
BalasPadamKarangan ini sangat bagus.Mohon share.Terima Kasih.
BalasPadambagus
BalasPadamshare
BalasPadamshare
BalasPadamKarangan ini sangat bagus.Boleh saya copy untuk tujuan pembelajaran😁
BalasPadamYe boleh boleh
PadamSy copy ye. Terima kasih👍😄💜
BalasPadamshare
BalasPadamSHARE
BalasPadamshare
BalasPadamWAH
BalasPadamcopy. thnks
BalasPadamSaya copy yee, nk tiru dalam spm 2019😂😂
BalasPadam