Keracunan makanan yang berlaku akhir-akhir ini disebabkan oleh sikap kurang prihatin seseorang terhadap penjagaan kesihatan .Sebagai pelajar yang prihatin, jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri menjadi mangsa keracunan makanan.
Sejak akhir-akhir ini kes keracunan
makanan semakin kerap disiarkan oleh media massa. Keracunan makanan bukan hanya
berlaku di sekolah tetapi jua di rumah apabila makanan yang kita makan dicemari
kuman. Jika tidak dicari jalan penyelesaian keracunan makanan bukan sahaja
membuatkan seseorang muntah-muntah bahkan terpaksa dihantar ke hospital, untuk
menerima rawatan. Walaupun agak terpencil, ada kes keracunan makanan yang
membawa maut. Pelbagai langkah perlu disegerakan untuk menangani isu keracunan
makanan.
Sebagai pembuka tirai perbincangan langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan diri
daripada keracunan makanan adalah dengan memastikan kita tidak makan makanan
yang habis tempoh. Makanlah makanan yang baru dimasak. Kajian menunjukkan
sebaik-baik makanan ialah yang tersedia dalam tempoh empat jam. Makan makanan yang ‘fresh’ dengan aroma yang cukup
menyelerakan dan sudah pasti makanan
atau sajian itu selamat untuk dimakan. Makanan yang kita pasti, baru dimasak
dapat mengelakkan kita terkena keracunan makanan. Masak
makanan yang hendak dimakan dengan sempurna bagi memastikan tiada kuman
di dalamnya. Ingat, keracunan makanan amat menyiksakan. Kesan sakitnya
boleh memakan masa berhari-hari. Ternyata bahawa sikap prihatin kita dengan mengamalkan makan makanan yang baru
dimasak dapat mengelakkan diri kita terkena
keracunan makanan
Selanjutnya kita perlu mengelakkan makan makanan yang terdedah atau
tercemar .Pengusaha atau penyedia atau pengendali makanan mesti
memastikan makanan yang disediakan bebas daripada
bakteria yang menjadi punca
keracunan makanan. Hal ini demikian
kerana kebanyakan masyarakat terpaksa makan di luar
rumah akibat kesuntukan masa bekerja.
Pengusaha makanan perlu membersihkan makanan
sebelum dimasak serta mengelakkan makanan
yang dijual sentiasa
terdedah. Sebagai contoh, peniaga kedai makan
perlu memastikan makanan mereka tidak dihinggapi lalat.
Ibu bapa pula perlu mengelakkan mengajak anak-anak
mereka makan di kedai ataupun warung pisang sesikat,
warung yang kotor di tepi–tepi jalan. Hal ini
kerana kita tidak pasti tahap kebersihan makanan di situ kerana
mungkin terdedah kepada persekitaran yang
tercemar. Sebagai contoh, makanan tersebut mungkin terdedah kepada
serangga dan haiwan pembawa penyakit
seperti lipas lalat dan tikus. Jelas
lagi nyata bahawa bagi
mengatasi masalah keracunan makanan peranan
pengusaha makanan amat penting, mereka tidak boleh membiarkan
makanan terdedah dan tercemar hingga dihinggapi lalat, lipas atau anasir
parasit yang lain
. Umum
mengetahui untuk
mengelakkan keracunan makanan kita perlu memastikan kualiti makanan seperti
bau, rasa, rupa dalam keadaan baik. Untuk itu, amalkan budaya makan
di rumah bersama-sama keluarga bagi
memastikan kebersihan tahap makanan benar-benar bersih.Usah disentuh atau dimakan
makanan yang berbau hamis, meloyakan anak tekak. Andai dimakan jua maka risiko
keracunan makanan adalah tinggi. Kita perlu sensitif terhadap makanan yang
boleh dan tidak boleh kita makan. Ada orang menghadapi alahan terhadap beberapa
jenis makanan. Saya cadangkan mereka meneliti dan memerhati kandungan dalam
makanan tersebut untuk mengelakkan keracunan. Jangan dibeli apatah lagi dimakan
makanan dalam tin yang telah kemik, atau kotak minuman yang telah terkoyak
kerana di situlah punca berlakunya keracunan makanan. Elakkanlah.... elakkanlah!
Hakikatnya makanan berkondisi baik tanpa bau, rasa dan rupa yang kurang
menyenangkan sudah pasti dapat mengelakkan keracunan,
Mengikut perincian saya, kita perlu mengenal pasti tahap kebersihan tempat
penyediaan dan tempat penjualan makanan agar benar-benar terhindar daripada
lipas, tikus dan lain-lain anasir perosak makanan. Masyarakat harus mengambil
berat tentang kedai makan yang mengabaikan kebersihan. Masyarakat harus
membuat aduan kepada pihak berkuasa
untuk diambil tindakan yang segera jika terdapat kedai makanan yang
kotor. Mereka boleh melaporkan masalah tersebut
di pejabat kesihatan daerah. Biasanya pada dinding
restoran ada ditampalkan gred kebersihan premis berkenaan dari sangat bersih
hinggalah ke gred sangat tidak bersih. Premis yang dilabel sangat tidak
bersih akan diarah tutup, disaman serta diarahkan membersihkan dalam tempoh
yang ditetapkan, sebelum boleh membuka semula perniagaan makanan. Sememangnya kita perlu
lebih prihatin, memerhati tahap kebersihan premis perniagaan makanan dengan
melihat label yang ditampal, lihat jua cara pemakaian pengendali makanan,
penjual minuman, pastikan mereka berpakaian bersih, apronnya bersih, tidak
berpeluh, pastikan air peluh tidak menitis ke dalam makanan dan minuman!!
Jauhari berpendapat mengelakkan makan pelbagai jenis makanan dengan banyak
pada satu masa penting untuk mengatasi masalah keracunan makanan. Perut kita itu bukannya tong sampah untuk dimuatkan dengan serba aneka makanan.Kekadang kerana terasyik makan, makan dan makan terasa ada suatu kelainan dalam tubuh.
Perut mula memulas, sakit, sakit,......sakitnya
bukan alang kepalang. Rasa berputar sekeliling
kita. Sakit yang amat sakit !! Keadaan ini merupakan tanda-tanda
keracunan makanan. Kalau kita tidak berhati-hati, makan ikut nafsu, asal sedap,
asal enak, asal lazat, semuanya hendak dimakan tanpa henti, bagaikan 10 hari
tidak makan. Akibatnya anda, kita, jadi mangsa keracunan makanan. Kita tidak sedar
ada makanan yang mengandungi asid yang berlebihan, apabila masuk ke perut kita,
maka kitalah yang akan merana dan menderita yang saya istilahkan sebagai
keracunan makanan. Makan berlebihan pelbagai jenis makanan dalam satu masa
hendaklah dielakkan untuk menghindari dan menangani keracunan makanan. Sesungguhnya berhati-berhati
dengan apa-apa yang kita makan, pilihlah yang terbaik yang bersesuaian dengan
selera, tekak dan perut kita untuk mengelakkan keracunan makanan.
Kesimpulannya, isu keracunan makanan perlu sama-sama
kita pandang serius, atasi dengan penuh prihatin dan sebagai pelajar saya
harapkan semua pihak, termasuk ibu bapa, pihak sekolah, pengusaha kantin,
kedai makan, restoran dan sebagainya dapat memainkan
peranan menangani isu keracunan makanan. Berilah peluang kami belajar dengan tenang tanpa gangguan isu keracunan. Isu ini tidak boleh dipandang
remeh. Semua pihak mesti mengutamakan
kebersihan dalam makanan dan minuman. Racun itu
pembunuh, tetapi keracunan makanan masih boleh diatasi, dan ditangani dengan
kaedah yang bersesuaian, bertepatan dengan hasrat kita mengutamakan
kebersihan,dan keselamatan diri kita. InsyaAllah, masih belum terlambat untuk kita
menghindari isu keracunan makanan.
Karya Muhammad Nurshah 5 sains 1 ( mendapat 8A SPM sekarang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di IPT)


Karya oleh Yen, Anthony, Adam, Iman, Tou Zer, Wan dan Nik akan saya terbitkan tidak lama lagi, tungggguuuu !! Kesungguhan pelajar amat saya kagumi
Karya Muhammad Nurshah 5 sains 1 ( mendapat 8A SPM sekarang sedang melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di IPT)

Peribahasa –
Latihan Untuk pelajar cemerlang SPM 2020
Nyatakan
peribahasa yang sesuai untuk menerangkan situasi di bawah.
(i) Setiap perkara yang hendak dilakukan biarlah sesuai dengan kemampuan diri._______________
(ii)
Perihal orang yang berada dalam keadaan yang
sangat cemas. _______________
(iii)
Usaha menasihati seseorang yang sia-sia sahaja. _______________
(iv)
Perkara yang menjadi bahan percakapan orang. _______________
(v)
Pergaduhan yang tidak menguntungkan sesiapa. _______________
(vi)
Keadaan hidup seseorang yang sangat daif. _______________
(vii)
Abu pelajar yang lemah di sekolah. Namun,
bersungguh-sungguh tanpa jemu. Akhirnya, beliau dapat menguasai pelajaran
setanding dengan rakan-rakan di kelas cemerlang. _____________
(viii) Setiap kali pemuda itu berada di situ, seringkali
akan berlaku pergaduhan dan dialah punca pergaduhan itu__________
(ix)
Dia amat mengasihi isterinya tetapi amat
membenci kedua-dua mentuanya_______________
(x) Setelah lama di perantauan akhirnya dia membuat
keputusan untuk kembali ke kampung halamannya. ____
(xi)
Dia sedar dirinya hanya hidup menumpang di rumah
keluarga itu. _______________
(xii)
Aidil hanya melakukan kesilapan kecil tetapi
seluruh kampung membicarakan kesilapannya itu. _______________
(xiii) Berita
Ali ditangkap polis heboh di seluruh
desa walaupun keluarganya cuba menyembunyikan cerita itu ________
(xiv) Haih,
sudah beri kenapa minta balik? _______________
(xv) Sudahlah
cantik, bertambah ayu lagi pabila dikelilingi gadis-gadis cantik_______________
(xvi) Pada
saat-saat orang lain dalam kesusahan, pada masa itulah dia mengaut
keuntungan_______
Lengkapkan
peribahasa yang berikut.
(i)
Kalau tidak dipecah ruyung_______________
(ii)
Kalau kail panjang sejengkal_______________
(iii)
Kalau tiada angin bertiup_______________
(iv)
Kalau berperahu biarlah berpendayung_______________
(v)
Kalau merenung bintang di langit _______________
Beri maksud
peribahasa
(i)
Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain Maksud : _______________
(ii)
Seperti api dalam sekam Maksud : _______________
(iii)
Seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul Maksud :
_______________
(iv)
Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : _______________
(v)
Seperti tikus membaiki labu Maksud : _______________
(vi)
Siapa makan lada dia terasa pedasnya Maksud : _______________
(vii) Sekali air bah, sekali pasir berubah Maksud : _______________
(vii) Sekali air bah, sekali pasir berubah Maksud : _______________

Karya oleh Yen, Anthony, Adam, Iman, Tou Zer, Wan dan Nik akan saya terbitkan tidak lama lagi, tungggguuuu !! Kesungguhan pelajar amat saya kagumi
bagus
BalasPadamTerima kasih
Padambagus
BalasPadamTerima kasih
PadamCEMERLANG
BalasPadamBAGUS
BalasPadamnice
BalasPadamTerima kasih
Padamterima kasih
Padamjust nice :)
BalasPadamUsaha untuk A+ BM SPM 2018. Semoga 2018 menjadi suatu memori terindah dalam kehidupan anak-anak. Doa cikgu mengiringi perjuangan kalian.Usaha sungguh-sungguh dalam tenang, tanpa stres.....!!
BalasPadambagus
BalasPadamTerima kasih. Cuba sedaya upaya dalam tenang untuk dapatkan A+ BM SPM 2018
Padambagus
BalasPadambagus
BalasPadambaik
BalasPadambagus
BalasPadambagus
BalasPadamkenapa xboleh copy dan paste?
bagus
BalasPadamok
BalasPadambagus
BalasPadamBagus
BalasPadambagus
BalasPadamizinkn copy :)
BalasPadamBagus
BalasPadamterima kasih
BalasPadamnice
BalasPadam