
Payung Terjun
Berkata laa
penumpang pertama, “Aku Hafiz Hashim. Malaysia perlukan aku.Kalau aku tadak,
mcm mana nanti Malaysia nak menang All Englandlagi?”. Lalu dia mengambil beg
pertama dan terus terjun.
Penumpang
kedua pulak berkata, “Aku Hillary Clinton, bekas wanita pertama US. Aku seorang
yang paling bercita-cita tinggi dan aku juga senatorNew York. Aku juga
berpotensi nak jadi seorang President”. Dia pula mengambil satu beg dan terus terjun.
Penumpang
ketiga menyampuk, “Ahh… aku President US! George W. Bush.Aku ada tanggungjawab
yang berat untuk menjaga sebuah negara yang kuat.Tambahan pula,akulah President
yang terpandai dalam sejarah US. Org Amerika mana yang hendak melihat aku
mati?”. Dia terus menyentap satu beg dan terus terjun.
Penumpang
keempat, Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur
10 tahun, “Saya seorang Muslim dan saya berserah kepada Allah untuk menentukan
hidup dan mati saya. Adik ambillah beg parachute yang
terakhir tu”.
Budak 10
tahun itu menjawap, “Jangan bimbang. Ada satu lagi beg parachute untuk pakcik.
President terpandai dalam sejarah US tu terambil beg sekolah saya”.
Selamatkan
Kawan Dari Lemas
Toro dan Rori, keduanya adalah pesakit
rumah sakit jiwa.
Suatu hari Toro melompat ke dalam kolam
renang tapi tidak segera muncul ke permukaan. Secepat kilat, Rori melihat
kawannya dalam kesulitan, sehingga dia melakukan penyelaman dan menarik Toro
keluar dari kolam.
Kemudian, pengarah rumah sakit jiwa
memanggil Rori ke pejabatnya dan berkata, "Rori, saya punya berita baik
dan berita buruk. Berita baiknya adalah, kamu akan segera keluar dari sini
kerana kamu dianggap waras kerana telah 'menyelamatkan nyawa orang lain'. Tapi
sayangnya, ada khabar buruk iaitu Toro gantung diri di bilik mandi..."
"Oh tidak," Rori menjawab,
"Dia memang saya gantung supaya cepat kering!"
MENGAPA SAYA TAK PERNAH MARAH PADA ISTERI SAYA LAGI
...
Pengakuan jujur Seorang Suami
Ini rahsianya...
Sewaktu berbulan madu di negara
orang, isteri saya melihat seekor kucing yang nakal. Dia pun mengajak kucing
yang nakal itu bermain. Tapi, tak diduga kucing nakal itu menggigit tangannya.
Isteri saya tersenyum dan memberi amaran pada kucing itu sambil berkata
"SATU..."
Kemudian isteri saya kembali mengajak
kucing nakal itu bermain. Sekali lagi kucing nakal itu menggigit tangan isteri
saya sampai berdarah. Isteri saya kembali tersenyum dan berkata:
"DUA..."
Saya mulai was-was. Tapi isteri saya
dengan tenangnya mengajak kucing nakal itu kembali bermain. Sayangnya, kucing
itu kembali menggigit tangan isteri saya. Isteri saya berkata pada kucing itu
sambil tersenyum: "TIGA..." dan isteri saya mengambil pistol dari
begnya dan menembak kucing itu sampai mati.
Saya marah kepada isteri saya:
"Mar, kamu sudah gila ka?" Isteri saya memandang saya sambil
tersenyum dan berkata: "SATU..."
Sejak itu saya tidak pernah marah
lagi kepada isteri saya.
-SEKIAN-
Keluhan isteri
Isteri: Bang, kenapa setelah kita
bernikah, abang tak pernah ajak saya jalan-jalan lagi...?
Suami: Cuba kamu ingat-ingat.., kita
bernikah dulu kerana apa?
Isteri: Ya, kerana jodoh, bang.
Suami: Nah, itulah bukti pepatah,
*"Kalau sudah jodoh tak ke mana-mana."* ...
Takut Bini
Dalam sebuah negeri, semua rakyat
termasuk Rajanya takut bini. Suatu hari Raja kumpulkan semua rakyat jelata
untuk mencari takut-takut ada suami yang tak takut pada bini, untuk mendapat
petunjuk darinya. Bila semua dah berkumpul, Raja perintah siapa-siapa takut
bini duduk sebelah kiri, tak takut bini duduk sebelah kanan.
Semua duduk sebelah kiri, kecuali seorang lelaki bermisai siong dan badan macam Rambo, duduk sebelah kanan bininya yang kurus kering.
Raja tanya "Awak tak takut bini?".
"Takut tuanku".
"Kenapa awak duduk sebelah kanan?".
"Bini saya suruh".
Semua duduk sebelah kiri, kecuali seorang lelaki bermisai siong dan badan macam Rambo, duduk sebelah kanan bininya yang kurus kering.
Raja tanya "Awak tak takut bini?".
"Takut tuanku".
"Kenapa awak duduk sebelah kanan?".
"Bini saya suruh".
Kambing
Anak KAMBING bertanya pada
ibunya.
Anak Kambing : Mak, kita semua
ni namanya sama. Iaitu Kambing. Tak seperti manusia. Sejak kecil dah ada nama,
Din, Sufie, Bakar, Osman, Jenal, Mael dan lain-lain.
Mak Kambing : Nak! Manusia yang masih
hidup namanya memang banyak, tapi nanti bila sudah mati, namanya satu saja.
Iaitu Mayat.
Beza pula dengan kita. Kalau kita
sudah mati, baru namanya banyak. Ada yang namanya sate Kambing, gulai kambing,
sup kambing, kambing golek dan banyak lagi.
Anak kambing : Oh gitu,
Mak.
Abang dimana?
Si isteri yang curiga kepada suami nya
menalipon suaminya yang berada dirumah.
Isteri: " Hello abang dimana
ni?."
Suami: " Di rumah Yang."
Isteri: " Cuba abang hidupkan
blender."
Suami hidupkan blender: -"
Brrreeee."
Isteri: " Ok lah. "
Esoknya si isteri talipon lagi
suaminya.
Isteri: " Abang dimana
ni.?"
Suami: " Di rumah yang."
Isteri: " Tolong bunyikan
blender. "
Suami hidupkan blender: "
Brrreee. "
Isteri: " Ok lah. "
Esoknya lagi si isteri pulang ke
rumah tanpa memberi tahu lebeh dahulu. Dia mendapati suaminya tiada di rumah
cuma anaknya.
Ibu: " Ayah mana pergi ? "
Anak: " Tak tau..tapi ayah
ada bawa blender."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan