LANGKAH-LANGKAH MENANGANI MASALAH BULI DI SEKOLAH. BINCANGKAN
Hasil karya Muhammad Ammar Haziq bin Mohd Sahar
Tingkat 5 Maahad Tahfiz Pulai Chondong
Hasil karya Muhammad Ammar Haziq bin Mohd Sahar
Tingkat 5 Maahad Tahfiz Pulai Chondong
Gejala buli boleh didefinisikan sebagai
masalah yang mencakupi kegiatan peras
ugut, mencederakan, menyepak, menendang, menumbuk, memaki dan sebagainya yang
dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan
bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan kian
menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan
pelbagai pihak khususnya pihak sekolah, ibu bapa, , masyarakat kerajaan
Malaysia dan lain-lain lagi. Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin
meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar terutamanya pelajar sekolah
dan institusi pengajian tinggi awam. Banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya
gejala buli ini, bak kata pepatah Melayu kalau tiada ada berada masakan tempua bersarang rendah.
Namun bijak pandai ada menyebut setiap penyakit
pasti ada penawarnya, setiap masalah ada penyelesaiannya,setiap persoalan adan jawapannya begitu jua dengan isu buli Terdapat banyak langkah yang efektif boleh diimplimentasikan bagi
membendung gejala buli.
Langkah paling awal menangani gejala buli ialah ibu
bapa perlu memainkan peranan proaktif membendung kemelut ini. Ibu bapa perlulah
menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan
mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka,
perbuatan atau tindak tanduk ibu bapa sentiasa betul dan patut dicontohi.
Janganlah ibu bapa berkelakuan baik di
hadapan anak-anak sahaja sedangkan di belakang anak-anak, mereka juga sering mengejek, menghina memaki
hamun orang dan suka mencetuskan pergaduhan. Jadilah ibu bapa yang mendidik
anak yang bagaimana acuan begitulah kuihnya, Janganlah jadi
seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan siibu ketam berjalan senget. Ibu bapa sepatutnya ambil berat,
prihatin tentang perkembangan diri anak-anak,
asuh, didik dan bimbinglah anak-anak ke jalan yang benar, jalan yang
lurus ke arah disiplin yang tinggi , ada
rasa belas kasihan dan kasih sayang dalam diri anak-anak yang disemai dalam diri
anak-anak sejak mereka kecil lagi. Ternyata peranan ibu bapa dalam memberi bimbingan, menunjukkan teladan yang baik, menyebabkan anak-anak hari ini tidak
terlintas untuk melakukan gejala buli, gejala buli tidak ada dalam kamus hidup
mereka.
Tidak terkecuali, para pelajar juga perlu berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha
untuk membendung gejala buli. Para pelajar yang terlihat kejadian buli yang
berlaku atau diri sendiri menjadi mangsa pembuli perlu memberanikan diri untuk
membuat laporan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat
diatasi secepat mungkin demi kesejahteraan semua. Pihak sekolah pula, apabila telah menerima laporan atau aduan daripada
pelajar juga perlu segera berusaha
mengatasi masalah itu dengan bersungguh- sungguh dan tidak menganggap
buli sebagai isu terpencil atau isu remeh. Kes buli perlu dilaporkan
kepada pihak polis, dibicarakan, agar masalah buli tidak bertambah, tidak meningkat dan tidak berleluasa
. Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki terlibat dalam kes
buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh
pelajar tersebut dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Pihak sekolah perlu
bertindak mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar pembuli agar dia tidak
mengulangi perbuatan itu dan dijadikan iktibar kepada pelajar lain. Disiplin dan
peraturan sekolah perlu diketatkan dan ditekankan kepada para pelajar supaya
para pelajar mengikuti etika peraturan sekolah dan tidak terlibat dalam gejala
buli. Sememangnya, penglibatan pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah yang bagai aur dengan
tebing dapat membendung gejala buli yang kian
membimbangkan sejak akhir-akhir ini.
Hakikat yang perlu diketengahkan ialah pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan aktif
dalam membendung gejala buli yang kian membarah. Kementerian Pendidikan dan
juga pihak sekolah perlu mengambil berat perihal kes buli ini. Melalui Pendidikan
Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya disiplin dan nilai murni, tingkah laku
sopan pelajar dapat diperkasakan. Melalui pendidikan di sekolah,para pelajar
mulai sedar akan keburukan buli serta menjauhi gejala negatif itu. Kerajaan juga perlu bergabung
dengan agensi- agensi tertentu untuk mengadakan kempen kesedaran dan ceramah
kesedaran tentang padah gejala buli. Melalui cara ini, remaja dapat menginsafi
kesan buruk gejala membuli dan tidak terdorong malah tidak tergamak melakukan buli terhadap orang lain, contohya,
kempen ANTI BULI yang dijalankan dengan kerjasama JPN dan PPD Tanah Merah telah mendapat sambutan menggalakkan dan
perangkaan menunjukkan 70% kes buli
dapat dikurangkan di sekolah-sekolah di Tanah
Merah setelah kempen tersebut dijalankan. Sesungguhnya, kerjasama kerajaan di bawah
Kementerian Pendidikan, JPN , PPD dan
sekolah dapat mengawal dan membendung gejala buli.
Aspek yang penting untuk renungan
semua ialah
pihak sekolah perlu sentiasa memastikan ada pengawasan dan pemantauan
dilakukan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan
sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi. Tinjauan dan kawalan diperketat
supaya tidak memberi ruang dan peluang kepada mana-mana pelajar membuli dan
dibuli. Kawasan terpencil atau bangunan kosong dan terbiar di belakang atau di
pinggir kawasan sekolah hendaklah ditinjau agar keselamatan pelajar terjamin,
tidak ada pelajar sekolah yang terlibat dengan gejala buli di tempat-tempat
misteri dan terpencil itu. Dalam suasana damai tenang inilah biasanya kita dikejutkan dengan gejala
buli,kerana air yang tenang
jangan disangka tiada buaya. Terbukti kalau kita lebih cakna, melakukan pemantauan di sekitar kawasan sekolah,
sudah pasti kita dapat menghindari gejala atau kemelut buli yang kian
mencengkam minda warga sekolah kini.
Saya berpandangan jauh, bagi menangani gejala buli, pihak sekolah juga menggalakkan para pelajar menyertai Kelab Cegah Jenayah di sekolah
secara aktif dan bersemangat juang untuk membanteras gejala buli. Hal ini
kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara
mencegah kes buli sekiranya pelajar
menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan
informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar
tahu kaedah mempertahankan diri ketika dibuli. Kata para hukama, cegah sebelum parah, kerana selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang
ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan
tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai
kecemerlangan juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Realitinya, menggalakkan pelajar menyertai Kelab Cegah Jenayah merupakan antara
kriteria pencegahan paling tepat mencegah gejala buli.
Kesimpulannya para pelajar merupakan aset penting
negara dan akan menerajui negara ini pada masa depan, persis kata peribahasa
Melayu pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Oleh hal yang demikian, semua pihak perlulah bekerjasama,serumpun bak serai, sejunjung bak
sirih dan sehati sejiwa dalam usaha menangani gejala buli ini walaupun kita
terpaksa mengharungi liku-liku alam persekolahan yang penuh dengan onak, ranjau dan duri. Masalah buli perlu digarap, diselesaikan secepat
mungkin agar buli tidak lagi menjadi isu nasional. Pastikanlah suasana sentiasa damai tenteram merealisasikan
konsep sekolahku, rumahku benar-benar jadi kenyataan. Semoga kita
dapat melahirkan generasi muda yang mampu menjulang nama negara seterusnya mengangkat
martabat bangsa di persada dunia.
(pasti pelajar tertanya-tanya mengapa ada karya pelajar Maahad Tahfiz di sini. Mereka ini anak-anak jiran saya, jadi hujung minggu menjelang peperiksaan mereka datang menjengah dan menjenguk ke rumah saya.InsyaAllah esok mereka Ammar Haziq, Amir Irfan, akan ikut saya ke sekolah - Ammar Haziq ibunya seorang guru.Amirul ibunya seorang guru manakala Amir Irfan Kamil bapanya seorang doktor, Hakimi ibunya seorang guru di SMKDMPR2)
(walau baru beberapa tahun usia blog ini namun syukur alhamdulillah telah ada ramai pengunjungnya, cuma jumlah yang follow terlalu kecil. Saya harap ada yang sudi dan sedia untuk follow blog saya ini, Jumlah pengunjung sudah melebihi 3 ratus ribu tapi yang follow setakat hari ni hanya 27 orang dan kebanyakannya pelajar saya sendiri. Harap-harap ada guru dan pelajar sudi follow untuk tingkat lagi semangat kita dalam sama-sama bersiaran. Terima kasih kepada pelajar- pelajar yang bantu, yang tolong saya bina blog ini. Terima kasih)
(pasti pelajar tertanya-tanya mengapa ada karya pelajar Maahad Tahfiz di sini. Mereka ini anak-anak jiran saya, jadi hujung minggu menjelang peperiksaan mereka datang menjengah dan menjenguk ke rumah saya.InsyaAllah esok mereka Ammar Haziq, Amir Irfan, akan ikut saya ke sekolah - Ammar Haziq ibunya seorang guru.Amirul ibunya seorang guru manakala Amir Irfan Kamil bapanya seorang doktor, Hakimi ibunya seorang guru di SMKDMPR2)
(walau baru beberapa tahun usia blog ini namun syukur alhamdulillah telah ada ramai pengunjungnya, cuma jumlah yang follow terlalu kecil. Saya harap ada yang sudi dan sedia untuk follow blog saya ini, Jumlah pengunjung sudah melebihi 3 ratus ribu tapi yang follow setakat hari ni hanya 27 orang dan kebanyakannya pelajar saya sendiri. Harap-harap ada guru dan pelajar sudi follow untuk tingkat lagi semangat kita dalam sama-sama bersiaran. Terima kasih kepada pelajar- pelajar yang bantu, yang tolong saya bina blog ini. Terima kasih)
hi.thank you so much
BalasPadamok
BalasPadam!!
BalasPadamBerguna sgt
BalasPadamPade luh
BalasPadamTq very useful
BalasPadamterima kasih........
BalasPadamthank you
BalasPadamthank you
BalasPadamterima kasih
BalasPadamtq
BalasPadamterima kasih
BalasPadamtq
BalasPadamtq
BalasPadamTERIMA KASIH SANGAT MEMBANTU SAYA
BalasPadamMaceh
BalasPadamTq
BalasPadam