Bahasa Melayu eksklusif untuk calon SPM

Sabtu, 14 Oktober 2017

LATIHAN INTENSIF SLOT TATABAHASA SPM


LATIHAN INTENSIF SLOT  TATABAHASA SPM 
SET 1
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh
 menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) mengisahkan – mengesahkan  (ii) meluluskan – meluruskan     (iii)melebarkan – menebarkan     [6 markah]

(b) Tulis semula laporan di bawah ini dalam bentuk cakap ajuk tanpa mengubah maksudnya
.
Samsul mengeluh sambil mengatakan bahawa ada sahaja bencana yang berlaku di Negara kita. Salim mengakui hakikat itu sambil mengatakan bahawa ada bencana alam yang berpunca daripada manusia sendiri, Samdul bersetuju dengan pandangan Salim sambil mengatakan bahawa kes yang terkni ialah rumah runtuh di Hulu Klang. Salim mengatakan bahwa kes itu telah meragut anyak nyawa. Oleh itu, Samsul mengatakan bahawa semua pihak perlulah prihatin terhadap masalah tersebut. [6 m]

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenalpasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpamengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Oleh sebab menuntun tayang larut malam, Mustafa terlewat bangun dan terpaksa pergi ke sekolah agak lewat.
(ii) Abang Stephen menghadiahi basikal baharu kepadanya sempene hari ulang tahunnyayang kelima belas.
(iii)Agen syarikat jualan langsung itu sedang usaha untuk menaja ahli-ahli baharu bagimencapai sasaran syarikatnya     [6 m]

(d) Dalam setiap ayat  terdapat dua kesalahan penggunaan kata atau istilah dan kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpat mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Pelajar yang membawa motosikal ke sekolah itu terlibat ke dalam kemalanganjalan raya pagi semalam.
(ii) Anjung peliharaan Encik Lim San Tau mengaum bila pencuri itu memanjat pagar rumahnya.
(iii) Kapal yang sedang berhenti di pelabuhan itu membawa muatan berpuluh tan kayu lapis.  [6 markah]

(e) Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian kemukakan tiga peribahasa yang menggambarkan situasi yang terdapat dalam petikan ini.
Penduduk di kawasan perumahan itu hidup dalam keadaan aman dan harmoni, Hal ini demikian kerana semuanya mengamalkan nilai hormat-menghormati antara satu sama lain. Jika ada masalah, mereka akan berbincang bersama-sama dan mencari kata sepakat untuk menyelesaikannya. Selain itu, semua perkara yang hendak dilakukan menjadi mudah kerana semua orang melibatkan diri dan bekerjasama untuk menjayakannya. Namun begitu, ada seorang dua penduduk yang cuba memecahbelahkan keadaan tersebut dengan menyebarkan berita yang palsu. [6 markah]

SET 2
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) Tatasusila  (ii) Tatacara   (iii) Prasyarat   (iv) prasejarah   (v) Dwibahasa   (vi) Dwitahunan

(b) Tukar ayat pasif di bawah kepada ayat aktif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Tugas mengisi kemerdekaan Negara akan kita pikul bersama-sama
(ii) Semenjak program kitar semula dilancarkan oleh kerajaan, tahap kebersihan di kawasan kediaman semakin meningkat.
(iii) Sebuah gelanggang badminton telah dibina oleh mereka secara gotong royong pada minggu lepas.

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Malaysia mampu memajukan bidang eko-pelancongan kerana mengayakan sumber alam semula jadinya.
(ii) Guru bimbingan itu telah memberikan keterangan yang jelas tentang profesyen sebagai pakar bedah.
(iii) Persatuan belia yang baru ditubuhkan itu mengenengahkan moto yang berteraskan perpaduan belia semalaysia.

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan kesalahan b ahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Saya mengucapkan berbanyak terima kasih atas kesudian tuan mengisytiharkan kempen Cintai Sungai Kita peringkat daerah ini.
(ii) “Wahai generasi muda, berbaktilah kepada Negara yang tercinta ini,” wasiat pemimpin itu ketika berucap dalam perhimpunan belia.
(iii) Kelawar-kelawar yang bergayutan di dinding Gua Niah menarik perhatian pelancong.

(e) Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti dan kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i) Walaupun kita berasa kasihan atas nasib malang yang menimpa Amira, tetapi dia yang menanggungnya tentulah berasa lebih perit lagi.
(ii) Jamal menikmati segala kemewahan yang disediakan oleh bapanya tetapi dia tidak gembira kerana tidak dibenarkan bergaul bebas sesuka hati seperti remaja lain.
(iii) Perbelanjaan kita biarlah bersesuaian dengan pendapatan dan janganlah kita berbelanja berlebih-lebihan.

SET 3
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.
(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) sabut – serabut    (ii) tunjuk – telunjuk     (iii)guruh - gemuruh

(c) Cerakinkan ayat majmuk di bawah kepada dua ayat tunggal.
(i) Adakah Encik Amran hendak ke Muzium Negara atau Putrajaya?
(ii)Pendebat itu petah berhujah dan bijak mematahkan hujah lawan.
(iii)Siswazah yang berpandangan jauh tidak mengharapkan kerja makan gaji sahaja.

(d) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Wakil Rakyat di kawasan pedalaman itu telah mensyorkan pembinaan sebuah stesen janakuasa kecil di situ.
(ii) Penggunaan e-mail memberikan kemudahan untuk seseorang menyampaikan mesej  dalam beberapa saat sahaja.
(iii) Kempen anti-dadah peringkat kebangsaan yang dilancar oleh kerajaan mendapat  sambutan menggalakkan daripada masyarakat.

(d)Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat dua kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan kesalahan b ahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

(i) Siswazah yang memiliki kemahiran tertentu selain daripada kelulusan akademik mempunyai peluang yang lebih baik dalam perlawanan untuk mendapatkan pekerjaan.
(ii) Stesen minyak-stesen minyak dibandar-bandar utama Negara kita mengamalkan konsep layan sendiri.
(iii) Pembabitan golongan wanita di dalam pelbagai bidang kerjaya telah menambahkan martabat mereka.

(e) Baca dialog di bawah dengan teliti, kemudian senaraikan peribahasa atau kata-kata hikmat yang sesuai untuk diisikan pada tempat kosong.
Amir: Ramai pengguna bahasa Melayu suka menggunakan bahasa rojak semasa berkomunikasi.
Sofea: Yalah. Bukan itu sahaja! Media massa pun sering menggabaikan penggunaan bahasa yang betul.
Amir: Jika kita sayang akan bahasa, kita mesti menggunakan bahasa yang betul pada setiap masa dan keadaan, kerana_____(i)_____.
Sofea: Media massa perlulah memainkan peranan yang bersungguh-sungguh dalam mendaulatkan bahasa Melayu tanpa perlu berdolak-dalik. Bak kata  pepatah_____(ii)_____.
Amir: Saya bersetuju dengan pendapat kamu, Media massa dapat menyalurkan idea dan  kritikan dengan lebih berkesan kerana___(iii)______.

SET 4
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu  [30 markah]  Jawab semua soalan.
(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) muka   (ii) terkemuka    (iii) bersemuka     (iv) permukaan     (v) mengemukakan     (vi) bermuka-muka

(b) Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i) Saya telah menghasilkan beberapa buah buku masakan tradisional antara tahun  2000 hingga 2006.
(ii) Setiap petang kamu mesti menyiram sayur-sayuran di belakang rumah.
(iii) Pelatih Program latihan Khidmat Negara menjalani latihan intensif selama tiga  bulan.

(c) Dalam ayat-ayat di bawah terdapat dua penggunaan ejaan dan imbuhan yang salah. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut dan betulkannya dengan menulis ayat itu semula  tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Gerakan Cintailah Bahasa kita telah dilancarkan untuk mendokong usaha kemasyarakatan bahasa Melayu.
(ii) Setiap pusat melupuskan sampah hendaklah sentiasa dipantau supaya mesra alam dan tidak memudaratkan penduduk disekitarnya.
(iii) Pengurusan syarikat itu memasarkan peningkatan jualan prodaknya sebanyak  tujuh puluh peratus dalam jangka masa setahun.

(d) Dalam setiap ayat terdapat dua kesalahan penggunaaan kata atau istilah dan kesalahan b ahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan tersebut, betulkan dengan menulis  ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(i) Atur susun perabot di dalam bilik pameran itu dilakukan oleh sebahagian dari  pekerja syarikat tersebut.
(ii) Keseluruhan penduduk-penduduk kampung itu akan bergotong royong apabila tiba musim membajak padi.
(iii) Selepas pilihan raya umum, biasanya terdapat setengah pihak yang membuat  spekulasi tentang pindaan kabinet yang akan dibuat oleh Perdana Menteri.

(e) Beri maksud peribahasa di bawah.
(i) Bahasa Jiwa Bangsa        (ii) Bagai dakwat dengan kertas      (iv) Seperti air dalam kolam

SET 5

Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.
(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) suka duka  (ii) baik buruk  (iii) penat lelah  (iv) melayari laman web (v) pembangunan mesra alam (vi) semangat setia kawan

(b) Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama asa ayat tersebut berpolakan Frasa Nama + Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama +Frasa kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS)
(i) Baju sutera ini untuk ibu.
(ii) Kuda putih itu berlari pantas.
(iii) Sekolah baharu itu sangat cantik landskapnya.
(iv) Tun Abdul Razak Bapa Pembangunan Malaysia.
(v) Penduduk kampung akan bergotong- royong pada hujung minggu ini.
(vi) Encik Ramli guru mata pelajaran Bahasa Melayu di SMK Seri Murni.

(c) Dalam petikan di bawah terdapat tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Sebagi masyarakat yang menyintai keamanan dan kemakmuran, rakyat Malaysia sentiasa perihatin terhadap nasib rakyat Negara yang dilanda bencana. Kita kasihan akan rakyat yang hidup tersiksa dan diancam kebuluran. Kita perlulah menghulur bantuan kewangan dan mengembleng tenaga dalam memperjuangkan keamanan sejagat.
 (d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dab satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
 (i) Hasrat Aiman supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
(ii) Wang gaji yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.
(iii) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca panas di pantai Timur Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya
(i) Bagai menatang minyak yang penuh.  (ii) Buruk siku    (i) Belum duduk sudah berlunjur

SET 6
Soalan 3: Pengetahuan dan Kefahaman tetang Tatabahasa Bahasa Melayu [30 markah] Jawab semua soalan.

(a) Tulis dua ayat bagi tiap-tiap pasangan perkataan di bawah supaya jelas menunjukkan  maksudnya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa dan nama khas.
(i) kemas (ii) mengemaskan  (iii) kekemasan (iv) harga  (v) menghargai   (vi) penghargaan   (  6markah)

(b) Berdasarkan ayat-ayat di bawah, bina ayat Tanya dengan menggunakan kata Tanya yang betul. Kata Tanya yang digunakan hendaklah bersesuaian dengan rangkai kata  yang berhuruf condong dalam ayat-ayat yang diberi.
(i) Mereka bersenam petang tadi
(ii) Encik Samad pengurus besar syarikat itu.
(iii) Murid itu mendapat pujian kerana kecemerlangan dalam pelajaran.
(iv) Pertandingan akhir Piala Malaysia akan diadakan di Stadium Bukit Jalil.
(v) Kren digunakan dalam pembinaan bangunan 21 tingkat itu.
(vi) Negara kita mencapai kemerdekaan melalui rundingan meja bulat.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan ejaan dan tiga kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.
(i) Pertunjukan akrobatik yang mengkagumkan itu mendapat tepukan yang gemuroh daripada para penonton.
(ii) Semua peserta ekspedisi meredah hutan itu digalakkan supaya memakai stoking tebal untuk menjaga keselamatan
(iii) Mangsa kemalangan jalan raya itu telah dikejar ke hospital dengan menggunakan sebuh ambulan.

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dab satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
 (i) Hasrat Wardiah  supaya menyertai ekspedisi mendaki Gunung Kinabalu terpaksa dimansuhkan kerana masih belum mendapat keizinan daripada kedua-dua ibu bapanya.
(ii) Biasiswa yang diperoleh oleh saya setiap bulan dibelanjakan secara berhemah dan bakinya disimpan di dalam bank.
(iii) Jabatan Meteorologi menganggarkan bahawa cuaca panas di utara  Semenanjung Malaysia mendung, manakala di lain-lain kawasan cuacanya cerah.

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas menunjukkan maksud dan penggunaannya
(i) Bagai bulan dipagar bintang.  (ii) Bagai kaca terhempas ke batu
(i) bidan terjun.




16 ulasan:

  1. tahniah ,mohon share bahan

    BalasPadam
  2. salam..minta share bahan boleh

    BalasPadam
  3. nak mintak izin guna bahan ni ye

    BalasPadam
  4. salam, minta share bahan boleh

    BalasPadam
  5. Mohon guna bahan ini. Terima kasih

    BalasPadam
  6. Asalamualaikum, maaf, boleh minta izin guna bahan ini

    BalasPadam
  7. salam...mohon guna bahan smoga mndapat gnjaran utk ilmu ini

    BalasPadam
  8. Salam. Mohon share bahan Puan utk anak-anak bakal SPM 2018

    BalasPadam

Jangan Tiru