BAHASA MELAYU KERTAS 2 PEPERIKSAAN PERCUBAAN NEGERI MELAKA 2018
Soalan 1
: Rumusan [30 markah]
Baca petikan di bawah
dengan teliti, kemudian buat satu rumusan
tentang peranan sekolah sebagai agen pemupukan budaya yang luhur dan kekangan
yang dihadapi untuk melaksanakannya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak
melebihi 120 patah perkataan.
Tunjang pendidikan tidak berpasak secara total
berdasarkan prestasi akademik sebaliknya perlu melihat kepada budaya yang luhur
dan seimbang. Walaupun transformasi pendidikan dikatakan bergerak ke arah
landasan yang betul namun isu berkaitan dengan permasalahan sosial yang
dicetuskan oleh pelajar perlu diselesaikan. Penyelesaian ini penting untuk memastikan
pelajar dapat dibentuk serta dibimbing untuk menjadi entiti negara yangberkaliber,
bervisi, mampu mendepani segala cabaran dan memiliki perwatakan yang terpuji.
Sebagai agen atau unsur yang membawa kepada
perubahan masyarakat, sekolah dilihatsebagai lokasi tumpuan untuk mengawal
tingkah laku dan membentuk personaliti pelajar.Sekolah sebagai satu institusi
pendidikan yang ditubuhkan bertujuan memenuhi keperluan anggota masyarakat
untuk menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran bagi keperluankemajuan dan
perkembangan individu secara holistik. Sekolah sebagai institusi pendidikan mempunyai
strategi tersendiri untuk meningkatkan kualiti dalaman dan luaran bagi
melahirkan pelajar yang berkualiti dan berketerampilan. Pada asasnya, sekolah
ditubuhkan dengan tujuan untuk mendidik para pelajar dengan ilmu pengetahuan
yang berlandaskan pelbagai bidang. Pembentukan keperibadian pelajar merupakan
satu inti pati penting dalam matlamat penubuhan sekolah kerana guru-guru
dipertanggungjawabkan untuk mendidik pelajar yang seimbang dalam semua bidang.
Sekolah perlu mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif dan harmoni agar
pelajar terus belajar secara konsisten. Pencapaian sahsiah dan emosi pelajar
dapat menentukan pencapaian akademik pelajar secara langsung.
Selain terus mengekalkan matlamat sebagai agen
penyebaran pengetahuan, sekolah turut merupakan wahana untuk merealisasikan
matlamat pendidikan negara yang berfokuskan pembentukan pelajar yang berilmu,
berbudi pekerti dan berpotensi. Matlamat pendidikan seterusnya menampung tenaga
kerja pada masa hadapan. Sekolah kini turut dilihat sebagai institusi
pendidikan yang berperanan teguh untuk mendidik generasi yang bertamadun
tinggi.
Seterusnya,
pihak sekolah dilihat memainkan peranan penting sebagai pemangkin dan agen perubahan
sosial melalui kemajuan dalam bidang pendidikan. Selain menggalakkan penglibatan
pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang sihat dan mantap sekolah juga menerapkan
nilai murni dan agama sebagai asas keperibadian yang syumul. Di samping itu,
sekolah
turut menerapkan aspek perpaduan dan patriotisme dalam kalangan pelajar
berbilang agama dan etnik. Sekolah mengajar mengekalkan corak kehidupan yang
dianggap baik.Sebagai contoh, perkara yang berkaitan dengan moral seperti budi
bahasa, sopan santun dan sifat hormat menghormati. Selain itu, sekolah turut
mengajarkan kebudayaan kebangsaan seperti bendera negara, lagu kebangsaan dan
bahasa kebangsaan.
Pendidikan
di sekolah perlu mementingkan nilai kemasyarakatan dan perkembangan sifat perseorangan
pelajar. Hal itu selari dengan tuntutan perubahan semasa dan sekolah sebagai institusi
moral yang perlu mengawasi perkembangan dan perubahan tingkah laku pelajar agar
tidak terpesong daripada amalan yang sepatutnya.
Dipetik
dan diubah suai daripada,’Peranan Sekolah Sebagai Agen Pemupukan Budaya yang
Luhur dan Seimbang’.
oleh
Azhar Salleh. Dewan Siswa, Ogos 2017
Soalan 2(a) – Petikan umum Berdasarkan petikan soalan 1, jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
i)
Berikan maksud rangkai kata mampu mendepani segala cabaran. [2 markah]
ii)
Pengarang telah menyatakan beberapa sebab penubuhan sesebuah sekolah.Berikan
sebab-sebab sesebuah sekolah ditubuhkan. [3 markah]
iii)
Gejala sosial dalam kalangan pelajar semakin meruncing. Pada pendapat anda,
apakah implikasi yang akan dihadapi sekiranya masalah ini tidak ditangani
dengan segera? [4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan
Cerpen Baca petikan cerpen, kemudian jawab
soalan-soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Dalam
diam-diam, sebenarnya kami juga ingin tahu, apatah lagi setelah menyedari kehadiran
anak gadis Tuan Booth di surau, setiap kali Ahmad Mutawakkil balik ke kampung untuk
berceramah.
Perlahan-lahan – barangkali dilemahkan oleh
rasa malu kepada diri sendiri kerana sibuk menjaga tepi kain orang – di mata
kami, misteri cinta itu akhirnya lenyap tak berjejak.
Ahmad
Mutawakkil, sudah jarang-jarang benar balik ke kampung. Perjuangan parti meruntun
waktunya dihabiskan di bandar. Tahun 1952, dalam usia 24 tahun, dia dipilih menduduki
kerusi pemimpin nombor dua parti di peringkat daerah.
Tidak
cukup dengan tanggungjawabnya ke sana sini untuk berceramah, Ahmad Mutawakkil turut
menulis dalam surat khabar. Dia juga terkenal sebagai wartawan. Tulisannya
banyak merangsang orang Melayu untuk bersiap sedia mengisi kemerdekaan.
“Jangan nanti selepas merdeka, kita jadi macam
kera mendapat bunga.” Untuk merdeka, katanya, perjuangan bukan setakat mendesak
Inggeris berundur.
“Malah,
demi mengisi kemerdekaan, kita juga perlu mendesak diri sendiri, mengikis semua
tabiat buruk bangsa kita. Kita pasti akan merdeka, dan untuk itu, kita perlu
berjuang mengubah sikap dan pandangan sempit bangsa kita …”
(Dipetik daripada cerpen “Cinta Ahmad
Mutawakkil” karya Zainal Rashid Ahmad
dalam antologi Sejadah Rindu,KPM)
(i)
Berdasarkan petikan cerpen, apakah pandangan Ahmad Mutawakkil untuk mengisi kemerdekaan? [2 markah]
(ii)
Seseorang yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin, perlu mempunyai ciri-ciri
tertentu. Pada pendapat anda, nyatakan
ciri-ciri yang perlu ada pada seseorang pemimpin. [3 markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan dan satu persoalan yang
terdapat dalam keseluruhan cerpen. [4 markah]
Soalan 2(c) – Petikan
Prosa Klasik Baca petikan prosa klasik jawab soalan-soalan menggunakan ayat
anda sendiri.
Tatkala itu Kertala Sari sudah datang dari
Daha, terlalu banyak beroleh harta daripada emas dan perak dan pakaian dan
pitis berpuluh-puluh juta dan orang banyak dicurinya. Setelah sudah Kertala
Sari datang ke rumahnya, maka ia pun bertanya kepada ibunya, “Hai ibuku, ke
mana pergi bapaku maka tiada aku lihat ini?”
Setelah ibunya mendengar kata anaknya demikian
itu, maka ibunya pun menangis, seraya berkata, “Hai anakku, yang bapamu itu
sudah mati dibunuh oleh seorang Melayu bernama Laksamana Hulubalang Ratu Melaka.”
Setelah Kertala Sari mendengar kata ibunya
demikian itu, maka Kertala Sari pun terlalu marah, katanya, “Siapa menyuruh
membunuh bapaku itu supaya negeri Majapahit ini habis kubinasakan?”
Maka
oleh ibunya segala hal-ehwal dari mulanya datang kesudahnya diceritakannya pada
anaknya. Setelah Kertala Sari mendengar ceritera ibunya demikian itu, maka
Kertala Sari pun terlalu sangat amarahnya, “Ceh, Ratu Melaka dan Laksamana!
Mati engkau olehku! Tanpa kedep tembung laku. Syahadan negeri Melaka pun habis
kubinasakan. Jikalau tiada kuperbuat demikian, bukanlah aku anak penjurit yang
berani dan kepetangan.
(Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, DBP)
(i)
Apakah maksud frasa penjurit yang berani dan kepetangan? [ 2 markah]
(ii)
Berdasarkan petikan, apakah yang diperoleh Kertala Sari setelah dia pulang dari
Daha? [ 3 markah]
(iii)
Kertala Sari begitu marah apabila mendengar ibunya menyatakan bahawa ayahnya telah
dibunuh oleh Laksamana Hulubalang Ratu Melaka. Pada pendapat anda, bagaimanakah
cara untuk mengatasi perasaan marah dalam diri? [3 markah]
Soalan
2 (d)- Petikan Puisi Baca seloka kemudian jawab soalan-soalan menggunakan ayat
anda sendiri.
BERBUAT
ISTANA ZAMAN DAHULU
Baginda
menitahkan orang besar empat,
Membuat
istana puri berkota;
Lalu
dipanggil Pawang Raja.
Pawang
mengerah orang bekerja,
Empat
puluh empat tukang dan utas,
Siang
malam tidak berhenti.
Tujuh
bulan tujuh purnama,
Istana
siap dengan alatnya;
Besar
tersergam sembilan ruang,
Sepuluh
dengan rembat guntung,
Sebelas
dengan pancung serong,
Dua
belas dengan anjung tinggi.
Tiga
sudut menteri delapan,
Tiang
panjang maharaja lela,
Tiang
tengah syukur menanti;
Galang-galangnya
ular berang,
Kasau
kecil puteri menyembah,
Kasau
lentik helang berbega.
Berbunga
sawa mengelempai,
Bertakuk
bersedelinggam,
Berjenang
berbatu kawi,
Berselimpat
ukir Jawa,
Lilit-melilit
akar Cina;
Garam
sebuku sisa jeragan,
Bunga
kenanga dimakan ular,
Layang-layang
di pintu Raja.
Istana
siap tukang pun mati,
Tiada
orang dapat meniru:
Dipersembahkan
kepada baginda suami isteri
.Kalung Bunga Zaaba, 2008,Dewan Bahasa dan
Pustaka
(i)
Berdasarkan rangkap pertama, apakah langkah yang diambil untuk membina istana?
[2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, nyatakan usaha-usaha yang dapat dilakukan untuk memastikan
kemahiran seni bina tradisional di negara ini dapat dikekalkan. [3 markah]
(iii)
Huraikan dua nilai yang terdapat dalam puisi tersebut. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan
dan Kemahiran Bahasa [30 markah]Jawab semua soalan.
(a) Tuliskan satu ayat
bagi setiap rangkai kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan
maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan, menukarkan atau
menggugurkan imbuhan atau menggunakan rangkai kata itu sebagai peribahasa atau
nama khas.
(i)
ulang kaji (ii) campur aduk (iii) biru laut (iv) mendabik dada (v) memberi impak (vi)
mengorak langkah [6 m]
(b)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Puan Aishah menasihati Ali agar belajar bersungguh-sungguh kerana peperiksaan
hampir tiba.
(ii)
Saya telah mencapai keputusan yang baik dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) yang baru diumumkan pada minggu lepas.
(iii)
Kerajaan akan mengambil kira pandangan rakyat dalam membangunkan negara ini. [6
markah]
(c) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih
daripada satu kesalahan penggunaan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.
(i)
“Saya akan datang kerumah awak pada malam ini jika saya ada lapangan, “ kata Alina
kepada Aini.
(ii)
Kondaktor bas itu telah marah pekerja asing yang membuat bising di dalam bas itu.
(iii)
Hari Anugerah Cermelang yang diadakan pada setiap tahun adalah untuk dihargai
pelajar yang berjaya dalam bidang akademik dan kokurikulum. [6 markah]
(d) Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat satu
kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Bagi
setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.
(i)
Penduduk Taman Seri Murni itu saling tolong-menolong antara satu dengan yang
lain untuk mewujudkan majlis rumah terbuka.
(ii)
Anak-anak muda sering bertutur kosong di bawah pokok besar di simpang jalan itu
di waktu malam.
(iii)
Semua soalan yang dikemukakan oleh peguam itu saya telah jawab dengan bukti-bukti
yang baik. [6 markah]
(e)
Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti
dan kemudian nyatakan peribahasa
yang sesuai dengan ayat-ayat tersebut.
(i)
Permainan tradisional seperti permainan gasing, wau dan congkak merupakan permainan
yang _______________, perlu dipertahankan untuk mengekalkan tradisi Melayu.
(ii)
Hanya disebabkan perangainya yang suka mencuri, habis satu keluarganya turut dituduh,
bak kata peribahasa _______________________.
(iii)
Apabila kita berada di tempat orang, kita hendaklah mematuhi peraturan mereka seperti
kata pepatah ________.
[6 markah]
Soalan 4: Novel (15
markah)
Jawab soalan di bawah ini berdasarkan
novel-novel yang berikut.
(i)
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abd Latip Talib (ii)
Jendela Menghadap jalan karya Ruhaini Matdarin
(iii)
Pantai Kasih karya Azmah Nordin (iv)
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(v)
Songket Berbenang Emas karya Khairudin Ayip (vi)
Tirani karya Beb Sabariah
(vii)
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Yusop (viii)
Silir Daksina karya Md. Nizar Parman
4
a) Huraikan dua latar tempat yang terdapat dalam sebuah novel yang anda
pelajari. [7 markah]
b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu peristiwa yang menimbulkan keinsafan kepada pembaca. Berikan
alasan anda. [8 markah]
KERTAS
PEPERIKSAAN TAMAT

Terkedu
aku

BAHASA MELAYU KERTAS 2
PEPERIKSAAN PERCUBAAN PULAU PINANG (SET1) 2018
Soalan
1 : Rumusan [30 markah] Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian
buat satu rumusan tentang manfaat tarian sebagai medium perkembangan remaja dan
cara-cara menggalakkan penyertaan tarian di sekolah.Panjangnya rumusan
hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Tarian
merupakan gerak tubuh yang dilakukan secara berirama dan penuh penghayatan.
Unsur utama dalam tarian ialah gerakan yang melibatkan semua anggota badan
penari. Elemen ini menjadikan tarian yang dipersembahkan lebih harmoni dan
memberikan kesan yang baik kepada penonton. Terdapat berbagai-bagai jenis
tarian di Malaysia yang dapat dibanggakan. Antaranya termasuklah tarian
tradisional, tarian rakyat dan tarian kontemporari. Setiap tarian mengandungi
nilai seni dan kreativiti yang tinggi. Tarian akan menjadi lebih menarik
apabila penari menggayakan busana, tatarias dan aksesori yang memiliki
keindahan tersendiri.
Rentetan
itu, pelbagai program telah dilaksanakan bagi memperlihatkan kepentingan
pelibatan remaja dalam bidang ini seperti aktiviti kesenian dan kebudayaan yang
dijalankan di sekolah. Aktiviti tarian memainkan peranan penting dalam
membentuk sahsiah dan jati diri remaja. Pelibatan remaja dalam bidang seni tari
dapat menonjolkan bakat dan potensi diri mereka yang lahir secara semula jadi. Secara
tidak langsung kebolehan ini boleh digilap dan dibangunkan agar menyambung
tradisi pada masa depan. Seterusnya, aktiviti tarian dapat membina keyakinan
dan keberanian seseorang individu untuk tampil di hadapan semasa membuat
persembahan.
Proses
penguasaan seni tari yang dipelajari meliputi kemampuan individu menghafal
gerakan, memahami dan menghayati sesuatu tarian. Seterusnya, tarian berupaya
melahirkan keupayaan remaja untuk menguasai sesuatu gerakan kreatif.
Kebiasaannya individu yang menceburi bidang tarian ini lebih cekap menghafal
dan mengimbangi diri mereka dalam sesuatu perkara. Melalui pelibatan ini, remaja
juga dapat mengetahui susur galur keturunan dan sejarah tarian tradisional di
Malaysia. Hal ini memberikan nilai tambah terhadap pengetahuan am seseorang
remaja. Tambahan pula, melalui pertandingan tarian yang disertai dapat
menyatukan pelajar berbilang bangsa tanpa mengira kaum.
Pembabitan remaja dalam bidang seni tari juga
mampu melahirkan individu yang berdisiplin tinggi. Hal ini dikatakan demikian
kerana persembahan tarian memerlukan penari yang berdisiplin, menepati masa dan
memberikan sepenuh komitmen semasa latihan, persediaan sebelum persembahan,
semasa persembahan ataupun selepas persembahan. Dengan adanya tarian, remaja akan
lebih berdikari dan terdidik untuk mengimbangi diri dalam pelajaran serta
aktiviti kokurikulum yang disertai. Hasil kejayaan yang dicapai dalam
pertandingan tarian akan menyuntik semangat kepada golongan remaja ini untuk
terus maju dan berjaya.
Bagi
menyemarakkan pelibatan remaja dalam aktiviti ini, sokongan ibu bapa penting
dengan memberikan peluang kepada anak-anak untuk mengambil bahagian dalam seni
tari. Sekatan dan sikap yang terlalu mengongkong aktiviti anak akan melemahkan
perkembangan diri mereka. Ibu bapa juga perlu membantu anak-anak memilih bidang
tarian yang diminati dan mempunyai hala tuju. Selain itu, motivasi yang
diberikan secara berterusan mampu melahirkan anak-anak yang aktif dalam seni
tari.Sebagai rakyat Malaysia, kita sewajarnya mempertahankan warisan seni budaya
bangsa agar terus bertahan dalam mendepani zaman moden ini.
(Diiubahsuaikan daripada ‘Tarian Sebagai
Medium Perkembangan Remaja’, S Shakierah, Dewan Siswa, Mac 2016)
Soalan 2 : Pemahaman [35
markah] Soalan 2 (a) - Petikan Umum Berdasarkan
petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)
Apakah maksud rangkai kata kemampuan individu? [2 markah]
(ii)
Pengarang mengatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting untuk menggalakkan
penyertaan anak-anak dalam bidang tarian. Nyatakan peranan-peranan tersebut. [3
markah]
(iii)
Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan
untuk meningkatkan martabat bidang kesenian dan kebudayaan di Malaysia? [4 markah]
Soalan 2(b) – Petikan
Prosa Moden Baca petikan cerpen jawab soalan-soalan menggunakan ayat anda
sendiri.
“Tuan
inikah yang bernama Munsyi, sahabat baik bonda saya?”
Selepas
saya memperkenalkan diri, dia mula tersenyum meramahi saya sebelum menjemput saya
masuk.
Kami bersalaman erat. Saya menyampaikan salam
bonda kepadanya sebelum menghulurkan beg berisi puluhan kitab lama yang saya
bawa dari kampung.
Minggu-minggu
pertama saya berada di kota mewah ini, dapat saya saksikan kerapuhan jiwa anak-anak
muda sebangsa saya. Mereka dihanyutkan keseronokan hidup dengan memperdagangkan
maruah dan peribadi. Saya berasa jelik dan aib menyaksikan adegan sumbang
wajah-wajah anak muda peribumi tanah air ini yang tidak segan silu menjual
bahasa ibunda dan merosakkan agama yang murni. Anak-anak muda lelaki perempuan
berpelesiran dalam pergaulan bebas sambil bercakap dalam bahasa yang entah
apa-apa. Mereka bergelak tawa dalam loghat yang direka-reka konon untuk menunjukkan
kemodenan. Saya jadi keliru dengan setiap patah slanga dan klausa yang tidak
saya
faham.
Ada yang menggunakan pelbagai istilah rojak yang dicampuradukkan dengan bahasa
asing yang mengelirukan. Saya jadi buntu. Malah berasa malu dengan sikap dan
gelagat anak-anak muda sebangsa saya yang telah hilang identiti dan jati diri
di negara mewah ini.
(Dipetik
daripada cerpen ‘Munsyi’, oleh Husna Nazri Dalam antologi Jaket Kulit Kijang
dari Istanbul, KPM)
(i)
Gambarkan keadaan anak-anak muda di kota mewah. [2 markah]
(ii)
Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang dapat diambil oleh ibu bapa
untuk membendung keruntuhan akhlak generasi muda di kawasan bandar? [3 markah]
(iii)
Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan tersebut dan satu persoalan
lain daripada keseluruhan cerpen. [4 markah]
Soalan 2(c) –PETIKAN Prosa
Tradisional Baca petikan prosa tradisional , jawab soalan-soalan menggunakan
ayat anda sendiri.
Berapa
lamanya maka Kertala Sari pun sampailah ke Melaka. Maka ia pun singgah di luar
kota pada kampung segala Jawa. Maka Kertala Sari pun menyamarkan dirinya kepada
segala Jawa yang banyak itu. Maka Kertala Sari pun sedia kala berjalan keluar
masuk bermain-main segenap kampung orang kaya-kaya dan saudagar,
Setelah diketahuinya, maka Kertala Sari pun
masuk menyamar pada orang Patih Kerma Wijaya, Tatkala itu Kertala Sari pun
masuk seorangnya mengikut Patih Kerma Wijaya pergi menghadap sama dengan Jawa
yang banyak itu.Maka oleh Kertala Sari segala hulubalang yang menghadap
sama-sama itu dilihatnya seorang kepada seorang. Maka Kertala Sari pun pandang
Laksamana ; maka ia pun fikir dalam hatinya, “Dialah gerangan hulubalang Ratu
Melaka yang bernama Laksamana itu. Jikalau demikian lakunya, sungguhlah ia
dapat membunuh bapaku, kerana ia penjurit besar lagi kepetangan. Dipetik
daripada ‘Kepimpinan Melalui Teladan dalam antologi Jaket Kulit Kijang Dari
Istanbul KPM
(i)
Berikan maksud rangkai kata penjurit besar yang terdapat dalam petikan di atas.[2
markah]
(ii)
Apakah tindakan yang dilakukan oleh Kertala Sari sebaik sahaja ia sampai ke
Melaka? [3 markah]
(iii)
Sekiranya anda Kertala Sari, apakah cara yang dapat anda lakukan untuk
menewaskan Laksamana?[3 markah]
Soalan 2(d) – Sajak Baca
petikan sajak jawab soalan-soalan yang berikutnya menggunakan ayat anda
sendiri.
Sejadah Rindu
di
sejadah rindu
mengungkap
kalimah syahdu
bait
bicara tersentuh kalbu
merekah
keinsafan di hati yang beku
mengenang
dosaku yang terdahulu.
Berbekal
pancaindera anugerah Tuhan
kupohon
kembali nafas kehidupan
dalam
keterhadan dan keterbatasan insan
moga
terbuka ruang keampunan
sebelum
saat aku dinisankan
di
masa yang Kautetapkan.
Air
mata menjadi saksi
keikhlasan
menjadi bukti
akhirnya
aku
sujud menghadap Ilahi
di
keheningan yang sepi
lafaz
taubat mengiringi
nafas sebak kian mengikuti.
Hati ini luluh
jiwa yang kaku tersentuh
ayat-ayat cinta disusun kukuh
di sejadah rindu yang lusuh
kemaafan yang kupohon sungguh
dari Pencipta dalam gemuruh.
Ungkapan doa pada Yang Esa
izinkan aku menjadi manusia
yang taat sentiasa
pada perintah Maha Kuasa
agar aku tidak lupa
dunia ini hanya bersifat sementara.
Kalam
Pertama, 2013 Dewan Bahasa dan Pustaka
(i)
Berdasarkan sajak tersebut, nyatakan cara-cara penyajak menzahirkan keinsafan
atas dosa-dosa yang lalu kepada Tuhannya. [2 markah]
(ii)
Dalam 2 baris terakhir sajak , penyajak menyatakan harapan agar dirinya tidak
lupa bahawa dunia ini bersifat sementara.Pada pandangan anda, apakah
kesan-kesannya jika seseorang manusia itu sedar bahawa dunia ini bersifat
sementara ? [3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat
dalam sajak ini. [4 markah]
Soalan 3 : Pengetahuan
dan Kemahiran Bahasa [30 markah] Jawab semua soalan.
(a)
Tulis satu ayat bagi setiap perkataan untuk menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan
perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.
(i)
lengan – lengang (ii) timang – timbang (iii) trafik – tragic [6 markah]
(b)
Tukarkan ayat aktif di bawah kepada ayat
pasif tanpa mengubah maksud asalnya.
(i)
Cikgu Hasnul mengajar pelajar tingkatan Lima Ceria mata pelajaran Sejarah pada setiap hari Sabtu.
(ii)
Pekerja kontrak telah menebang pokok rambutan yang reput itu petang tadi.
(iii)
Kami membaiki motosikal pusaka kesayangan ayah di Bengkel Mutiara. [6 markah]
(c) Dalam setiap ayat
di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan.
Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)
Adik dapat habiskan dua puluh cucok sate yang dibeli oleh ayah dalam satu masa.
(ii)
Ayah menghadiahi senaskah novel kepada kakak sebagai tanda sayang terhadap anak
sulungnya.
(iii)
Khairul engkar nasihat ayahnya supaya dia tidak menggaul dengan budak- budak nakal. [6 markah]
(d) Dalam
setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan
satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
(i)
Keharmonian landskap di Putrajaya sungguh mempersonakan para-para pengunjung.
(ii)
Rumah tua itu masih boleh dibaik pulih demi untuk mengekalkan kesenian dan keaslian seni reka bentuknya.
(iii)
Kakitangan awam diwartakan supaya memakai baju batik tempatan di hari Khamis
minggu bekerja.[6 markah]
(e) Baca ayat-ayat, kemukakan
satu peribahasa menggambarkan situasi terdapat dalam ayat-ayat berkenaan.
(i)
Dahulu dia tidak mengendahkan teguran dan nasihat yang diberikan. Setelah dia mengalami kegagalan, barulah dia menyedari
kesilapannya.
(ii)
“Pagi tadi saya lihat adik-adik Raju bergaduh. Sekarang mereka sudah
berbaik-baiksemula,” kata Puan Mary.
(iii)
Semasa berkunjung ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Amran terpandang seorang tetamu
yang paras rupanya seiras sahabat lamanya lantas dia menegurnya untuk berkenalan.[6
markah]
Soalan 4 : Novel [15 markah]
Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
(i)
Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib (ii)
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iii)
Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin (iv)
Pantai Kasih karya Azmah Nordin
(v)
Tirani karya Beb Sabariah (vi)
Songket Berbenang Emas karya Khairuddin Ayip
(vii)
Bimasakti Menari karya Sri Rahayu Mohd Yusop (viii)
Silir Daksina karya Md Nizar Parman
(a)
Huraikan keistimewaan watak utama sehingga menimbulkan perasaan kagum dalam
diri pembaca.[7 markah]
(b)
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu latar tempat bagi
setiap novel tersebut. [8 markah]
KERTAS
SOALAN TAMAT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan