
Bahasa Melayu Kertas Percubaan
BAHAGIAN A: SISTEM DAN APLIKASI BAHASA [35 markah]
SOALAN 1 : MORFOLOGI Baca petikan
di bawah dengan teliti dan senaraikan tiga kata kerja. Kemudian anda
dikehendaki membina satu ayat anda sendiri daripada setiap perkataan yang
dipilih
Salah satu bahasa utama di dunia ialah bahasa
Melayu. Bahasa Melayu membentuk jati diri, semangat kekitaan, integrasi dan
maruah penuturnya. Bahasa Melayu juga merupakan cerminan kesopanan budi dan
adab bangsa Melayu. Dianggarkan hingga kini, terdapat lebih daripada 300 juta
orang penutur bahasa Melayu di seluruh dunia. Bukanlah sesuatu yang mustahil
untuk memartabatkan bahasa Melayu jika semua penuturnya ada tekad yang tinggi
terhadap pemerkasaan bahasa ini. Oleh itu, kita perlu menguasai penggunaan
bahasa Melayu dalam negara sendiri sebelum mengangkat bahasa tersebut ke
persada antarabangsa. Dipetik daripada‘Bahasa Itu Jiwa Bangsa’
Oleh Fatimah Ahmad DBP, Ogos 2021 [6 m]
1_______________________________________________________________________________
2.______________________________________________________________________________
3.______________________________________________________________________________
SOALAN 2 : SINTAKSIS Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti
dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi tiga ayat yang anda pilih
seperti yang berikut:
Malaysia merupakan
antara penyumbang kepada peningkatan jumlah sisa plastik di dunia. Sifat
plastik yang tahan lama dan mudah didapati menjadikan plastik pilihan utama
dalam sektor industri. Peningkatan pengeluaran plastik dunia disebabkan
permintaan yang tinggi dalam penggunaan bahan tersebut telah mencetuskan
fenomena mikroplastik. Ada hidupan laut yang mati akibat terperangkap dalam
sisa plastik. Hidupan laut yang tercemar memberikan kesan serius dalam sistem
pencernaan manusia. Dipetik daripada
‘Mikroplastik Ancam Kita dan Hidupan Marin’ Oleh Mazni, Dewan Kosmik, Ogos 2021
[6 m]
Subjek :
_____________________________________________________________________________________
Predikat :
___________________________________________________________________________________
Subjek :
_____________________________________________________________________________________
Predikat :
___________________________________________________________________________________
Subjek :
_____________________________________________________________________________________
Predikat :
___________________________________________________________________________________
SOALAN 3: PENYUNTINGAN Petikan 1 dan petkan 2 di bawah mengandungi
pelbagai kesalahan bahasa. Kenal pasti, senaraikan dan betulkan enam kesalahan
bahasa dalam petikan 1 dan lima kesalahan bahasa dalam petikan 2. Anda perlu
menulis kesalahan-kesalahan yang dikenal pasti dan membuat pembetulannya.
Petikan
1
Pengaruh media
sosial begitu tinggi kepada masyarakat terutamanya generasi muda. Setengah
remaja begitu taksub dengan kemudahan Internet sehingga membawa impak seperti masalah
siber buli dan ketagihan peranti elektronik. Ibu bapa perlu memainkan peranan penting
di dalam menangani masalah ini. Ibu bapa hendaklah menghadkan masa anak-anak melayari
media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Tindakan ini dapat
membentuk sifat
menghargai masa dan mengelak implikasi negatif media sosial dalam diri anak-anak.
Dipetik daripada ‘Berhemahlah dalam
Bermedia Sosial’ Oleh Athma Zubir Dewan Siswa, November 2020 [6 m]
1_____________________________2.________________________3._____________________________
4.____________________________5.
________________________6._____________________________
Petikan
2
Kedai Buku Pustaka Ilmu mempelawa warga negara Malaysia yang berkelayakkan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun untuk memohon jawatan seperti berikut:
MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI: Tel: 07-6636789
CARA MEMOHON Pemohon yang menguasai
syarat ditetapkan dan berminat boleh manghantar resume dan
dokumen diperlukan ke alamat berikut:
Pengurus,
Kedai Buku Pustaka Ilmu Sdn. Bhd.
Persiaran Indahpura,
81000 Kulai, Johor.
Atau melalui
e-mail:kbpustakailmu@gmail.com
Dipetik dan diubah suai dari https://mobile.twitter.com/DBPMalaysia Ogos 2021 [5 markah]
KEDAI BUKU PUSTAKA ILMU
1._______________________________2.______________________________3.____________________
4._______________________________ 5._______________________________
SOALAN 4: BAHASA MELAYU STANDARDBaca
petikan bahasa Melayu Klasik di bawah dengan teliti. Kemudian tulis semula
petikan tersebut dalam bahasa Melayu Standard tanpa mengubah bentuk dan maksud
asalnya.
Setelah hari malam maka Kertala Sari pun masuklah ke dalam kota. Maka didengarnya bunyi orang berkawal dan bunyi lembing perisai gemeretak. Maka Kertala Sari pun membaca pustakanya lalu ia berjalan pada tengah orang banyak itu lalu masuk ke rumah Bendahara. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas lalu dibawanya kembali. Setelah hari siang maka Bendahara pun gemparlah mengatakan kecurian.
Dipetik daripada Kepimpinan Melalui
Teladan dalam Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,KPM[6 markah]
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SOALAN 5: PERIBAHASA Dialog di bawah mengandungi beberapa peribahasa. Senaraikan tiga peribahasa sahaja, kemudian berikan maksud peribahasa tersebut.
Nazirah : Saya
sangat sedih apabila memperoleh keputusan peperiksaan yang lepas. Saya gagal
dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan Prinsip Perakaunan. Sudah pasti
perasaan ibu bapa saya bagai kaca terhempas ke batu apabila mengetahui keputusan
ini.
Izzati : Janganlah
terlalu sedih kerana awak masih ada peluang untuk memperbaiki kesilapan yang
lalu. Awak perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kejayaan kerana
kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya.
Nazirah : Terima kasih Izzati atas nasihat ini. Saya akan berusaha bersungguh-sungguh kerana belakang parang kalau diasah lagikan tajam. Saya yakin dapat memperoleh kejayaan yang cemerlang. Kegagalan yang lepas akan saya jadikan pengajaran agar pisang tidak berbuah dua kali. [6 markah]
1.___________________________________________________________________________________________
2.___________________________________________________________________________________________
3.___________________________________________________________________________________________
BAHAGIAN B : PEMAHAMAN [35 Markah] SOALAN 6: PETIKAN UMUM: Baca Bahan 1 dan Bahan 2 yang diberikan dengan teliti. Kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
Pendidikan sejarah
berperanan sebagai alat penting bagi memupuk perpaduan pelbagai kaum dan
membina masyarakat merdeka yang bersatu padu. Slogan Negara bangsa merupakan
usaha menjadikan diri sebagai rakyat yang berkongsi negara dan impian yang
sama dalam mendukung agenda perpaduan serta membolehkan rakyat Malaysia
berbilang bangsa dan agama hidup bersama-sama dalam suasana harmoni. Pada
masa yang sama konsep negara bangsa juga mengekalkan identiti dan ciri bangsa
masing-masing. Usaha ini dapat merealisasikan hasrat
rakyat yang komited dalam memahami falsafah kesederhanaan dan penerimaan
masyarakat majmuk. Rakyat perlu menghormati kepelbagaian agama sebagai asas
perpaduan kaum. Selain itu, sikap perkauman dan ketaksuban agama, sama sekali
tidak boleh diterima dalam negara berbilang bangsa. Kerajaan perlu mengambil lebih banyak usaha untuk membendung isu perkauman daripada tidak dapat dikawal pada masa depan. Antaranya, memperkenalkan Akta Keharmonian Nasional atau Akta Perhubungan Kaum. Dipetik daripada ‘Rencana Perpaduan Tulang Belakang Negara’ oleh Lim Kok Weng Utusan M’sia, 29 Ogos 2020. |
Bahan 2
Malaysia merupakan
sebuah negara berbilang bangsa, bahasa, budaya dan agama.Sejak merdeka, kita
telah hidup bersama-sama dan bersaudara sebagai rakyat Malaysia. Oleh itu,
perpaduan dalam kalangan rakyat sangat penting dan menjadi kunci kejayaan Malaysia.
Sebagai rakyat Malaysia, kita harus melaksanakan tanggungjawab untuk mempertahankan
perpaduan masyarakat pelbagai kaum dan agama di negara ini. Di samping itu,
keharmonian kaum dan toleransi beragama pada setiap peringkat harus terus diperkukuh. Sikap perkauman
dan apa-apa juga bentuk polarisasi yang lain merupakan halangan terbesar
kepada perpaduan negara. Dengan wujudnya perpaduan kaum, maka kerajaan akan
dapat melaksanakan pelbagai dasar
dan program pembangunan demi kesejahteraan rakyat. Dengan kata lain,
perpaduan kaum menjadi tonggak utama untuk Malaysia mencapai status negara
maju, selain memacu kepesatan pembangunan ekonomi danmembina tamadun yang
gemilang. Dipetik dan diubah suai daripada ‘Saya Sayang Malaysia’ oleh Samat Buang, Dewan Siswa bil 8 2020. |
(i) Berdasarkan Bahan 2, berikan maksud pelbagai dasar.[2 markah]
______________________________________________________________________
(ii) Merujuk Bahan 1
dan Bahan 2, nyatakan cara-cara yang perlu dilakukan oleh rakyat Malaysia untuk
memastikan perpaduan dapat dikekalkan? [3 markah]
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Media
berperanan melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan budaya positifdalam
bermasyarakat seperti hidup
bersama-sama, bantu-membantu dan menghormati antara satu sama lain. Pada
pendapat anda bagaimanakah pihak media dapat memainkan peranan dalam memupuk
amalan tersebut? [3 markah]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iv) Jawatankuasa Persatuan Penduduk di tempat tinggal anda kerap kali mengadakan aktiviti kejiranan, namun orang ramai tidak berminat untuk turut serta dalam aktiviti tersebut. Orang ramai yang hadir juga sukar memberikan kerjasama dalam menjayakan aktiviti yang dijalankan.
Andaikan anda ahli jawatankuasa persatuan penduduk, nyatakan pendekatan-pendekatan yang dapat dilakukan oleh persatuan anda untuk memastikan orang ramai memberikan sambutan terhadap setiap aktiviti yang dijalankan. [4 markah]
____________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
Soalan 7 : PETIKAN SASTERA Baca bahan-bahan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya, menggunakan ayat anda sendiri.
Bahan 1
HARI TERAKHIR
SEBUAH HUTAN Maut tiba di
hujung gigi gergaji dengan duri jerit
yang menyerampang angkasa dan matahari membenam ke inti
isi kayu yang tersentak
oleh sakit dan bising asing dunianya memulas
kebiasaan, aneh seperti pitam getah mengalir,
zatnya meniadakan waja tergetar perdu dan
akar pendiri di puncaknya
burung masih berterbangan udara diharumkan
wangian sehutan langit bersaksi
dengan mata bening.
Runtuhlah
sekeluarga pohon yang berusiakan kurun yang indah dan
yang besar dalam bayang setelah berkampung
sejuta tahun di lembah daun dan
sungai hujan. dipetik dan
disunting daripada sajak MUHAMMAD HAJI
SALLEH Pilhan sajak sekolah menengah |
Bahan 2
ALAMKU MUSNAH Demi masa yang
berubah lalu, Deru anginku
musnah berdebu, Alunan ombakku
berwarna seluas segara, Hanyut kotoran
serata pantai teluk nusa, Kuala dan sungai
dicemari kumbahan, Nagis sampah sarap
di celah segala tumpahan.
Akulah belantara
itu di hulu negeri, Dibakar terbakar
sepi, Lagu gurindam
alamku berirama ngeri, Nyanyi burung
gembira sekampung telah hilang pergi, Ditelan hanyir
udara yang dihidu, Debu racun
terapai-apai di ruang berjerebu Dingin malam
panasnya sampai ke siang, Gurindam alamku
musnah, Di tangan diri
yang kononnya khalifah. Dipetik dan
disunting daripada gurindam A. AZIZ DERAMAN Pilhan Sajak
Sekolah Menengah |
Bahan 3
Dalam seketika
sahaja hutan dara itu telah ternoda. Kini, hutan itu telanjang
polos,sedangkan selama ini busana hijau yang menutupinya. Segala-galanya
sirna dalam sekelip mata. Yang tinggal hanyalah serpihan kayu dan
tunggul-tunggul mati. Perasaan kesal telah menggores dada Pak Tua. Matanya
berkaca-kaca. Beribu-ribu dan mungkin
berjuta-juta iklim alam mengambil masa menenun busana hijau untuk bumi.Tetapi
dalam sekelip mata jentolak yang dipandu oleh Pak Tua telah merobek dan
mengoyak habis busana rimba. Sesal Pak Tua semakin melebat. Pak Tua cuba
meraih kembali ingatannya sewaktu 30 tahun yang lalu. Jemari tangannya
terketar-ketar mengurut kerut di dahinya yang menyimpan memori yang begitu
banyak. Setitis dua air mengalir di sudut kelopak matanya. “Aku ingin kawasan hutan ini kembali rimbun.” Kata Pak Tua sendirian sambil memejamkan mata. Dipetik daripada cerpen ‘Hutan Rimba’ Oleh Sasjira Antologi Dirgahayu Bahasaku,DBP |
(i) Berdasarkan Bahan 3, berikan maksud kembali rimbun. [2 m]
____________________________________________________________________________________________
(ii) Berdasarkan semua bahan, nyatakan kesan-kesan kemusnahan alam sekitar akibat aktiviti yang dilakukan oleh manusia. [4 m]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iii) Aktiviti pembalakan dan penerokaan hutan telah menyebabkan berlakunya kejadian banjir lumpur, tanah runtuh dan fenomena kepala air .Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh diambil oleh pihak kerajaan untuk menangani masalah tersebut? [3 m]
______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(iv) Kawasan tempat tinggal anda telah dicemari dengan sampah yang dibuang merata-rata sehingga ada yang membuang sampah ke dalam longkang berhampiran kawasan perumahan. Keadaan ini bertambah rumit kerana syarikat pembersihan juga tidak dapat menguruskan pengambilan sampah mengikut jadual yang ditetapkan pada setiap minggu. Sebagai ketua masyarakat yang prihatin, nyatakan tindakan-tindakan yang akan anda ambil untuk menyelesaikan masalah tersebut. [4 markah]
___________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
SOALAN 8 : NOVEL (i) Baca petikan novel dengan teliti, kemudian jawab soalan menggunakan ayat anda sendiri.
Mereka berjalan
melalui satu lorong yang agak sempit. Di kanannya dinding konkrit, manakala
di sebelah kiri pula ialah dinding kaca lutsinar yang membolehkan Farisha
melihat deretan ruang kerja beberapa puluh orang pekerja Soft Lab yang
sedang tekun dengan tugas masing-masing. “Di sebelah kiri ini ialah jabatan
pembangunan perisian,” terang Aqram apabila dia melihat Farisha
meninjau-ninjau. “Wow, ramai juga ya!” kata Farisha, kagum. Mereka berdua tiba di hadapan sebuah pintu
kecil yang memerlukan imbasan retina dan juga jari. Pintu itu tidak
diletakkan sebarang tanda. “Kita akan memasuki pusat dua dari pintu
belakang,” kata Aqram apabila dia terlihat wajah Farisha seperti sedikit
keliru. “Oh, maafkan saya! Saya ingatkan pintu
tandas tadi. Hairan pula sebab ada pengimbas diletakkan di sini, balas
Farisha yang hampir tertawa apabila memikirkan kebodohannya. Dipetik daripada novel Di Sebalik
Dinara Karya Dayang Noor KPM |
(i) Nyatakan ciri-ciri keselamatan di Soft Lab. [4 markah]
_________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
(ii) Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:
d) Pantai Kasih, karya Azmah Nordin h)
Bimasakti Menari, karya Sri Rahayu Mohd Yusop
Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan satu peristiwa bagi setiap novel yang menyentuh perasaan anda. [6 markah]
Bahagian A
1. Baca arahan dengan teliti. Gariskan kata kunci kehendak soalan.
2. Terdapat 2 bentuk kehendak soalan iaitu umum dan terperinci. Bagi soalan kehendak umum, anda boleh menulis karangan apa sahaja berkaitan dengan bahan grafik contohnya “huraikan tentang kemalangan jalanraya di Malaysia” atau “huraikan tentang amalan gotong-royong di negara kita” manakala kehendak terperinci, tulislah karangan mengikut kehendak soalan contohnya ‘huraikan langkah-langkah”, “huraikan faktor-faktor” dan sebagainya.
3. Tulis pendahuluan seperti yang telah dipelajari tetapi memadai jika anda membincangkan serba sedikit isu/fenomena semasa berkaitan topik.
4. Bagi bahan berpandu yang mempunyai senarai isi, tulislah karangan berdasarkan senarai isi yang diberikan, isi di luar daripada senarai boleh juga diterima.
5 Masukkan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik (peribahasa, kata-kata hikmat, slogan dan sebagainya) dalam karangan.
6. Jangan tulis terlalu panjang kerana anda perlu menulis satu lagi karangan yang panjang dalam Bahagian B.
7 Panjang karangan bagi Bahagian B sekitar 250 hingga 300 patah perkataan sudah memadai.
9. Karangan Bahagian A, 1½ muka surat sudah memadai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan