Langkah-langkah Untuk Mengawal Kemasukan Pendatang Tanpa Izin (PATI).
Bincangkan.
Pertumbuhan
ekonomi dan pembangunan negara yang
pesat di negara kita telah meningkatkan keperluan buruh asing dalam pelbagai
bidang utama. Lantas, ratusan ribu penduduk dari negara jiran mengambil
kesempatan memasuki negara kita secara beramai-ramai. Sejak akhir-akhir ini
kehadiran mereka telah mencetuskan kebimbangan dalam kalangan pemimpin dan
rakyat tempatan. Jadi kehadiran
pendatang tanpa izin ini perlu dibendung dan diawasi.
Antara usaha membendung kehadiran
PATI, pihak berkuasa wajar meningkatkan kawalan dan pengawasan di
sepanjang pantai dan sempadan negara kita. Pihak polis marin, imigresen dan
tentera laut hendaklah bergabung tenaga dan bertindak secara bersepadu. Pihak polis dan tentera
perlu lebih giat mengesan tempat-tempat pencerobohan untuk menyekat kemasukan
PATI. Polis hendaklah menjalankan
pemeriksaan lebih kerap di kawasan sempadan yang mudah dicerobohi. Pihak Berkuasa Tempatan
(PBT) hendaklah sentiasa mengawasi orang
tengah, dalang dan sindiket yang menguruskan kemasukan pendatang asing
tanpa izin ini. Pihak polis perlu meningkatkan kawalan dan penguatkuasaan
undang-undang berhubung pekerja asing, terutamanya yang masuk tanpa izin.
Mereka yang diberkas sewajarnya nya dijatuhi hukuman yang berat termasuk
hukuman penjara mandatori. Para pendatang asing yang ditahan ini perlu dikenakan tindakan undang-undang yang tegas
agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang dilakukan. Jelaslah pihak berkuasa tempatan
perlu lebih agresif mengawasi kegiatan sindiket
membawa masuk pekerja asing dan membanteras kegiatan mereka.
Di samping itu, pihak peneraju
undang-undang berkaitan keselamatan negara perlu melipatgandakan operasi mengesan, menahan dan menghantar semula pekerja-pekerja tanpa izin. Pelancaran
operasi kerajaan seperti Operasi Pemutihan dan Operasi Nyah amat berkesan dalam
usaha membendung limpahan pendatang asing tanpa izin. Operasi-operasi seperti
ini akan mengurangkan kecenderungan kemasukan pendatang tanpa izin ke negara
kita. Walau bagaimanapun, kejayaan dan keberkesanan operasi seumpama ini amat
bergantung kepada kerjasama dan sokongan orang ramai dan ketegasan pihak
kerajaan.
Ternyata operasi besar-besaran dapat membendung
kemasukan pendatang asing ke negara kita.
Selanjutnya pihak majikan di Malaysia perlu mengurangkan
pengambilan pekerja asing sebaliknya
lebih mengutamakan
pekerja tempatan. Usaha-usaha
menghalang limpahan pekerja asing tanpa izin tidak akan mendatangkan kejayaan
yang memberangsangkan jika tidak disertai kerjasama masyarakat, terutamanya
pihak majikan. Sikap majikan yang acuh tak acuh terhadap seruan kerajaan
berhubung masalah pendatang asing tanpa izin telah memburukkan keadaan.
Golongan ini seharusnya mengubah sikap demi kepentingan negara dan rakyat.
Majikan hendaklah menggaji pekerja asing yang memiliki visa dan permit kerja
yang sah sahaja atau lebih mudah, ambil sahaja anak tempatan sebagai pekerja di
firma atau pejabat masing-masing. Hakikatnya menggaji
pekerja tempatan merupakan langkah paling afdal mengurangkan
kemasukan pekerja asing.
Kesimpulannya, keperluan, peranan
pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara
boleh kita kurangkan. Apabila dunia kerjaya di Malaysia dimonopoli oleh
pendatang asing, apa akan terjadi kepada anak-anak tempatan? Janganlah kita jadi seperti kera di hutan disusui,
anak di rumah mati kelaparan.
Limpahan pekerja asing terutamanya pendatang tanpa izin perlu dikawal atau disekat demi kelestarian hidup masyarakat setempat. Jika tidak dikawal, kita bimbang akan terjadinya tragedi bumi dipijak milik orang! Fikir-fikirkanlah, renung-renungkanlah.
Oleh : Ahmad Syahid Hakimi - tingkatan 5 - SMS (Machang)
Oleh : Ahmad Syahid Hakimi - tingkatan 5 - SMS (Machang)
(doakanlah kejayaan saya menghadapi SPM dengan tenang dan bersedia menghadapi cabaran SPM - semoga impian saya beroleh cemerlang BM SPM jadi kenyataan ... amin......)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan