NOVEL PANTAI KASIH KOMSAS
TINGKATAN 4
SINOPSIS
Novel ini menceritakan, Raiha seorang doktor muda yang terpaksa melalui
pelbagai bentuk cabaran sebelum berjaya menjadi doktor pakar bedah.
Selepas menghadapi kegagalan dalam perkahwinannya, dia
akhirnya menerima pelawaan
mentornya, Doktor Uwang agar menyertainya
di pusat rawatan mewah yang dikenali sebagai Pusat Rawatan Pantai Kasih.
Di sepanjang bertugas di
pusat rawatan tersebut, fikiran Raiha sering terganggu tentang komplikasi
pesakit namun mereka masih mampu untuk bertungkus lumus menabung wang
bagi mendapatkan rawatan operasi daripada para pakar perubatan di pusat rawatan
itu. Anehnya, yang kaya raya tidak ramai pula yang menghadapi
komplikasi yang serupa. Kian terganggu Raiha, apabila melihat X-Ray
milik salah seorang daripada pesakit. Dari mata kasar, memang tiada yang
aneh-aneh berlaku. Namun nalurinya memberitahu ada sesuatu yang tidak kena
padaX-Ray itu. Ini membuatkan Raiha tambah tertekan.
Di samping itu, Raiha juga
sering diganggu gambaran bekas suaminya yang perlahan-lahan mengingatkan
dia pada kisah silamnya
yang amat mengerikan dan
menyayat hati. Bagaimanapun,
oleh semangatnya yang kuat,
dia teruskan juga perjuangan
dalam bidangperubatan.
Apabila dia cuba meluahkan perasaan
tentang masalah itu kepada Doktor Uwang, ternyatamentornya
itu agak tidak senang.
Padahal sebelum itu, Doktor
Uwang adalah guru demonstrator dalam bidang
anatominya dan mengajarnya tentang unsur-unsur surgeri ataupun pembedahan.
Ketika itu, dia menjadi siswi tahun pertama
dalam spesifikasi ortopedik, di institusi
tinggi tempatan dahulu. Selang beberapa tahun
kemudian, apabila dia memulakan klinikal yearnya di
sebuah hospital kerajaan, pernah beberapa kali membantu Doktor
Uwangdalam bilik pembedahan, selain kerap mengiringi lelaki itu ke
ceramah-ceramah perubatan dan
sebagainya. Malah, hatinya perrnah tersangkut pada doktor kacak
itu, biarpun lelaki itu mungkin tidak menyedari pun akan kewujudannya.
Biar apa pun, ketika itu, selain daripada sebagai mentor,
Doktor. Uwang adalah doktor nombor satu di hatinya.
Tetapi, apabila bekerja di pusat
rawatan mewah milik Doktor. Uwang dan ditugaskan untuk mengambil alih
tugas membedah salah seorang pesakit yang menghadapi komplikasi berulang- kali,
pandangannya terhadap doktor itu mula berubah. Pelbagai tanda tanya,
menyelubunginya. Dan peristiwa aneh-aneh berlaku, sehinggalah Doktor
Uwang mengalami kemalangan di jalanyang berhampiran dengan pusat rawatan itu. Biar
apa pun perasaannya, sebagai seorang doktor yang profesional, Raiha
tentang menjalankan operasi ke atas Doktor Uwang dengan menggunakan peralatan
yang dibeli khas oleh doktor itusendiri. Peralatan yang digunakan untuk
pesakit-pesakit yang berpendapatan sederhana.
TEMA
Ketabahan
seorang wanita menghadapi pelbagai rintangan dalam hidupnya.
· Tabah menghadapi kematian anak peremuannya
o Raiha tabah
menghadapi kematian anak
perempuannya. Anak perempuan tunggalnya itu adalah
seorang anak istimewa, berkromosom lebih iaitu ‘downsinDoktorom’. Sejak
mengetahui keadaan anaknya dalam kandungan, suaminya meminta agar kandungan itu
digugurkan, namun Raiha tetap mahu melahirkan anak tersebut walaupun mendapat
tentangan daripada suaminya. Selain diminta agar anak tersebut dihantar ke
asrama yang mengasuh anak istimewa seperti Rohayu atau
Ayu itu, namun Raiha
bertegas untuk memelihara
sendiri dan menghabiskan masa
dengan anaknya itu menyebabkan
Doktor Sadiz berada kecewa kerana isterinya
itu melebihkan anaknya daripada dia. Kedegilan Raiha menyebabkan suaminya
berasa marah dan membakar kereta mewah yang dibawa oleh Raiha untuk melarikan
diri. Tiba-tiba kanak-kanak istimewa itu berada di tempat kejadian dan tidak
semena-mena tersambar api kereta yang sedang marak itu sehingga rentung.
Kematian anaknya itu amat menyiksakan jiwa Raiha yang tetap menyalahkan bahawa
Doktor Sadizlah dengan sengaja membakar anaknya
itu.
PERSOALAN
· Persoalan tentang kepentingan diri melebihi kepentingan masyarakat.
Sikap lebih mementingkan keuntungan syarikat
digambarkan melalui watak Doktor Uwang yang tidak menghiraukan kesusahan
pesakitnya Unong asalkan berkemampuan mendapatkan rawatan. Doktor Uwang juga
sanggup menghantar anak perempuan tunggalnya duduk di sekolah berasrama seawal
usia 7 tahun semata-mata untuk tidak menggangu rutin dan statusnya. Apatah lagi
anak itu adalah hasil keterlanjurannya sedangkan dia memang tidak menginginkan
anak apabila berumah tangga.
· Persoalan tentang sikap berfoya-foya di luar walaupun sudah
berumah tangga.
Sikap Doktor Uwang
yang masih berfoya-foya
walaupun sudah berumah tangga menggambarkan
bahawa dia seorang yang suka bebas dan tidak mahu dikongkong.
Walaupun sudah berumah tangga tetapi beliau tetap mengunjungi kelab-kelab malam
dan minum arak bersama-sama gadis pelayan dan kemudiannya berakhir ke ranjang.
Namunsikapnya yang memastikan kebersihan setiap ‘isteri tidak sah’ menjadikan
dia seorangyang pemilih.
· Persoalan tentang tanggungjawab
yang harus dipikul.
Raiha bersetuju untuk melakukan
pembedahan ke atas Unong walaupun dia berasa bahawa Dokor Uwanglah
yang selayaknya melakukan pembedahan tersebut.
Raiha juga berasa bahawa menjadi tanggungjawabnya melakukan pembedahan ke atas
Doktor Uwang yang cedera akibat kemalangan merempuh
tempoh Pusat Rawatan Pantai
Kasih. Dia terpanggil untuk melakukannya
demi menyelamatkan nyawa doktor tersebut.
· Persoalan tentang sikap berani mengaku kesalahan.
Felecia
mengaku kesalahannya Walaupun pada peringkat awal Felecia berasa sangat marah
dengan emak Unong yang menuduhnya bersubahat menipu namun akhirnya Felecia
mengakui kesalahannya itu di hadapan Raiha. Felicia juga mengakui bahawa dia
tahu kejadian sebenar peristiwa yangmeragut nyawa anak peremuan Raiha. Dia
meminta maaf kerana merahsiakannya kerana takut.
· Persoalan tentang reda dengan ketentuan tuhan.
Walaupun Raiha sudah mengetahuipunca kematian
anaknya disebabkan sikap amarah bekas suaminya Doktor Sadiz yangmembakar kereta
Porsche tanpa menyedari kehadiran anaknya di situ namun Raiha reda dengan
kejadian tersebut dan menganggap semua yang berlaku sebagai ketentuan tuhan dan
mereka adalah mangsa keadaan.
Dia tidak menyalah sesiapa
termasuk Felicia sebaliknya reda menerima berita
tersebut.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Raiha
· Seorang doktor di Pusat Rawatan Pantai
Kasih (PRPK) yang baharu berkhidmat selama6 bulan
· Doktor pakar bedah
· Anak kepada doktor pakar bedah
· Pernah berkahwin dengan
Doktor Sadiz selama 10 tahun.
Beliau merupakah Pakar Perunding Pembedahan.
· Ibunya meninggal dunia sewaktu melahirkannya
· Seorang yang tegas dengan pilihan hati dan
pendirian
· Seorang yang dicengkam kenangan lalu dan
berasa curiga dengan kemampuan diri sendiri.
· Sentiasa terkenang
peristiwa malang yang
mengikabatkan kematian anak kesayangannya.
· Mempunyai prinsip memuaskan hati semua pihak,
sebaik mungkin, seboleh mungkin.
· Pernah membedah banyak orang kenamaan dan
orang biasa
· Neneknya berketurunan Idaan yang mempunyai
kepercayaan bahawa nenek moyang mereka berasal daripada Nunuk Ragang.
Watak Sampingan
Doktor Uwang
· Doktor Pakar Bedah di Pusat Rawatan Pantai
Kasih
· Pernah menjadi guru demonstrator dalam
bidang surgery
· Guru yang pernah mengajar raiha unsur-unsur
· Doktor yang kerap member ceramah-ceramah
perubatan
· Pernah berkhidmat di hospital kerajaan di
Kota Kinabalu
· Berwajah kacak dan segak
· Berusia pertengahan empat puluhan
· Bertubuh sederhana
· Dikenali sebagai ahli bongkar pasang
· Badannya tegap dan berotot-otot bah pahlawan
dalam dongengan silam.
· Wajahnya memiliki tulang pipi yang tirus dan
kukuh
Unong
Siron
· Bekas Pesakit Doktor Uwang
· Berasal dari keluarga berpendapatan sederhana
atau lebih ke bawah namun mampu untuk
bertugkus lumus menabung wang untuk mendapatkan
rawatan operasi di PRPK.
· Kurus cengkung dan pucat
· Gadis remaja yang lincah suatu masa dahulu
· Mempunyai masa depan yang cerah
· Baharu sahaja meraih gelaran sarjana dengan
bantuan biasiswa kerajaan pusat
· Dijangkakan melanjutkan pelajaran pengajian
luar Negara
Doktor
Sadiz
· Adik kepada Datu Ontong iaitu pak cik kepada
Doktor Uwang
· Duda beranak dua kelihatan seorang yang
gentleman
· Pakar Perunding Pembedahan
· Pakar Bedah Otak
· Lelaki angkuh yang dilabelkan oleh ayah Raiha
· Mati akibat merempuh belakang lori tangki
minyak petrol selepas gembira pulang dari Mahkamah Keluarga kerana menang
perbicaraan.
· Orang yang membakar kereta mewah posche
miliknya akibat rasa marah kerana isterinya Raiha membawa
lari anak perempuan dan
kereta mewahnya, tanpa disedari
anak perempuannya itu ada di tempat kejadian tersebut lalu disambar
oleh minyak petrol dan rentung.
· Orang yang meminta agar Raiha menggugurkan
kandungannya kerana sudah diketahui kelebihan kandungan kromosom bayi tersebut.
Ayah
Raiha
· Doktor Pakar Bedah di hospital kerajaan
· Seorang yang optimistic
· Seorang yang tegas
terhadap anak-anaknya termasuk
keputusan Raiha mengahwini
Doktor Sadiz yang dianggap sebagai lelaki angkuh
yang lebih tua daripadanya.
· Sudah meninggal dunia
· Mempunyai tiga orang anak iaitu Raiha dan dua
orang anak lelaki dengan isteri baharu.
· Anak-anak lelakinya seorang hakim dan
pengarah urusan di sebuah jabatan kerajaan.
· Tidak menggalakkan Raiha menjadi pakar bedah
kerana baginya bidang itu tidak sesuai,
tidak berfaedah sama sekali kepada hidupnya dalam
jangka masa panjang.
· Isterinya yang terdahulu adalah seorang
jururawat.
Sister
Felicia Landosi
· Jururawat kanak yang bertugas di Pusat
Rawatan Pantai Kasih.
· Pernah bertugas sebagai jururawat di Hospital
Kinabalu bersama-sama Raiha dan Doktor Sadiz
· Anak luar nikah hasil keterlanjuran ibunya
yang liar sewaktu mudanya.
· Menyimpan rahsia kematian anak perempuan
Raiha dan Doktor Sadiz kerana ketakutan. Kematian yang disebabkan anak
perempuan Raiha disambar api yang sedang marak akibat kereta yang disimbah
dengan petrol oleh Doktor Sadiz.
· Berkonflik dengan Raiha walaupun pernah
belajar di sekolah rendah yang sama danberkhidmat di hospital yang sama.
· Sakit hati dengan Raiha kerana dimarahi akibat
bersikap keterlauan teradap ibu Unong Siron yang menuduhnya
sebagai punca anaknya
terus-terusan membuat rawatan walaupun sudah lima kali
menjalani pembedahan
LATAR
Latar
Tempat
1. Latar
Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Pusat rawatan mewah milik keluarga Doktor Uwang
o Tempat Rahia bertugas sebagai pakar bedah.
o Tempat Unong Siron mendapat rawatan pembedahan
tulang pinggulnya selama enam kali pembedahan
o Tempat Doktor Uwang
mengalami kekejangan otot kaki dan
kemalangan sehingga terpaksa pembedahan dilakukan ke atasnya.
o Pusat rawatan bagi pesakit-pesakit yang
berpendapatan sederhana atau menengah bawah mendapatkan rawatan.
o Tempat Sister Felicia
bekerja dan ditahan oleh
penceroboh yang menyamar sebagai doktor.
1.
Apartment Raiha
o Tempat tinggal Raiha selepas peristiwa hitam
kematian anaknya dan dibiarkan hidupnya tergantung-gantung oleh Doktor Sadiz.
o Tempat Raiha melepaskan penat lelah selepas
seharian bertugas di Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Tempat Raiha
memendam rasa dan menyendiri
serta merasai kesukaran menghadapi
peristiwa hitam yang dialami beberapa tahun lalu.
1. Rumah
Tumpangan
o Tempat Raiha dan anaknya bermalam selepas Raiha
membawa anaknya keluar dari rumah agam milik Doktor Sadiz
o Tidak jauh dari rumah inilah anak perempuan Raiha
dan Doktor Sadiz renting akibat kereta mewah Porsche milik mereka terbakar,
kebetulan anak perempuan mereka berada di situ pada waktu itu.
1. Rumah
Doktor Uwang
o Tempat tinggal Doktor Uwang dan keluarganya
o Tempat berlangsungnya
sambutan ketibaan tahun baru,
sehingga memaksa Doktor Uwang menghantar Sister Felicia
dan Doktor Sadiz pulang.
o Tempat isterinya yang jelita mengurut kakinya di
hadapan TV.
o Tempat perbicaran kes perceraian Raiha dan juga
Doktor Sadiz selepas peristiwa kematian anak perempuan mereka akibat rentung.
1. Wad
Super VVIP
o Salah satu bilik rawatan kelas mewah yang ada di
Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Hampir menyerupai bilik hotel bertaraf lima
bintang
o Dihuni oleh pesakit elit bergelar datin
o Datin sedang mendapatkan rawatan D& C di
pusat rawatan itu.
1. Daerah
Inanam
o Tempat Raiha dan Felicia sama-sama belajar di
sekolah rendah
o Tempat tinggal Felicia di muara sungai di daerah
Inanam ini
1.
Hospital Kinabalu
o Tempat Raiha baharu bertugas di situ.
o Sempat bertugas beberapa tahun di situ
o Tempat Sister Felicia berkhidmat sebagai
jururawat
LATAR
MASA
1. Malam
Hari
o Kemalangan Doktor Uwang
§ Doktor Uwang menerima
panggilan paslu yang menyatakan
bahawa berlakunya kecemasan di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
§ Sewaktu membelok ke kawasan pusat rawatan,
lutut kakinya kejang dan pergelangan tangannya juga
kebas menyebabkan dia terbabas
danmelanggar tembok di pusat rawatan tersebut.
§ Kemalangan tersebut telah menyebabkan Raiha
melakukan pembedahan ke atas Doktor Uwang
menggunakan kelengkapan hospital
milik keluarganya yang biasa digunakan untuk membuat pembedahan
terhadap pesakit gologan menengah dan sederhana.
· Pencerobohan Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Seorang lelaki telah menceroboh Pusat Rawatan
Pantai Kasih dan telah menahan Sister Felicia yang dalam keadaan mamai di
Farmasi pusat rawatan tersebut.
o Lelaki tersebut
akhirnya telah dapat dikawal
apabila emak Unong Siron membantu
secara psikologi yang
menyatakan bahawa anaknya Unong
memerlukan bantuannya sebagai doktor.
Walau bagaimanapun Unong sudah dipindahkan
ke hospital lain dan meminta dia ke hospital tersebut. Degan helah
tersebut, lelaki itu dapat diperdaya.
· Kemalangan yang Meragut Nyawa Anak Perempuan
Raiha dan Doktor Sadiz
o Anak perempuan hasil perkahwinan Raiha dan Doktor
Sadiz rentung selepas dia disambar api yang sedang marak membakar kereta mewah
milik Doktor Sadiz.
o Pada malam tersebut
Doktor Sadiz dihantar pulang
oleh Doktor Uwang ke rumahnya
dan turut ditemani oleh Sister Felicia, namun setibanya di rumah didapati
Raiha sudah membawa anak perempuannya itu lari. Doktor Sadiz dengan rasa marah
meminta Felicia membeli minyak petrol dan dia menyimbah minyak
petrol tersebut ke kereta mewah miliknya kerana
berasa marah dengan tindakan Raiha. Tanpa disedari anak perempuannya itu ada di
situ pada waktu itu dan disambar api yang
sedang marah membakar kereta
mewahnya itu sehingga meragut nyata anak
perempuannnya itu.
· Kunjungan Raiha ke Pusat Rawatan Pantai Kasih
o Raiha berkunjung ke Pusat Rawatan Pantai Kasih apabila
mendapat panggilan kecemasan.
Walau bagaimanapun sebenarnya
itu hanyalah panggilan palsu. Namun,
Raiha mengambil peluang itu untuk menziarahi Unong yang baharu sahaja
dibedah buat kali keenam dan melihat keadaannya pada waktu.
o Pada waktu yang
sama juga, Doktor Uwang
terlibat kemalangan sehingga menyebabkan
Raiha membuat keputusan untuk
melakukan pembedahan ke atasnya.
1. Waktu
Senja
o Pembedahan keenam
§ Pembedahan keenam yang dilakukan ke atas Unong
Siron berlangsung pada waktu senja. Pembedahan itu telah Berjaya dilakukan oleh
Raiha selepas diminta oleh Doktor Uwang. Walaupun Raiha mempersoalkan
peranannya, namun dia mengambil alih
pembedahan tersebut dengan penuh
tanggungjawab dan mengharapkan
agar pembedahan tersebut adalah pembedahan
terakhir untuk gadis lincah Unong Siron.
Latar Masyarakat
1. Latar masyarakat yang mementingkan keuntungan
o Doktor Uwang memikirkan keuntungan yang berlipat
ganda selepas mengambil alih Pusat Rawatan
Pantai Kasih daripada ayahnya
Datu Untong. Dia tidak menghiraukan sama
ada pesakit yang mendapatkan rawatan di pusat rawatannyaitu mampu atau tidak
asalkan dia mendapat keuntungan dengan meletakkan harga
yang dirasakan munasabah untuknya.
1. Latar
masyarakat yang takut berterus terang
o Sister Felicia Londusai tidak berterus terang
dengan Raiha tentang kemalangan yang berlaku sehingga meragut nyawa anak
perempuan Raiha kerana takut. Felcia tahu bahawa Doktor
Sadiz yang menyiram minyak
petrol ke kereta mewah Porsche
miliknya akibat rasa marah yang membawa terhadap Raiha.
1. Latar
masyarakat yang ego
o Doktor Sadiz menyalahkan Raiha atas kematian anak
perempuan mereka. Daktor Sadiz menganggap Raiha bertanggungjawab sepenuhnya
atas kematian tersebut sedangkan kemalangan tersebut
adalah disebabkan sifat
marahnya yang membakar kereta
mewah miliknya sendiri dengan
menyiram minyak petrol
sehingga menyebabkan anak
perempuan mereka yang kebetulan
ada di situ disambar api tersebut.
1. Latar
masyarakat yang mempunyai matlamat tinggi
o Walaupun sudah dinasihati oleh ayahnya, Raiha
masih berdegil untuk belajar sehingga menjadi doktor pakar seperti ayahnya itu.
Menurut ayahnya, jawatan tersebut tidak sesuai dengan kemampuan seorang wanita,
namun berkat usaha dan matlamat yang ada pada Raiha, dia mampu
menjadi pakar pembedahan yang ternama di Pusat Rawatan Pantai Kasih.
1. Latar
masyarakat yang berusaha di luar kemampuan
o Emak Unong Siron berusaha untuk membayar kos
rawatan anaknya walaupun anaknya itu terpaksa
menjalani pembedahan sebanyak
lima kali sedangkan mereka adalah daripada
kalangan orang kelas menengah bawah sahaja.
1. Latar
masyarakat yang hidup dengan pergaulan bebas
o Emak Sister Felicia keterlanjuran sehingga
mengandungkan anak luar nikah hasil pergaulan bebas sewaktu mudanya.
o Doktor Uwang juga mempunyai anak luar nikah yang
cacat dan kelainan upaya sehingga menyebabkan dia berasa malu dan menghantar
anaknya itu di asrama.
1. Latar
masyarakat yang Berjaya dalam kerjaya
o Doktor Uwang adalah seorang yang Berjaya dalam
kerjaya. Kejayaannya bermula apabila ayahnya
Datu Untong menyerahkan
Pusat Rawatan Pantai Kasih kepadanya.
o Beberapa perubahan sudah dilakukan
oleh Doktor Uwang sehinggakan Pusat Rawatan
Pantai Kasih dahulunya terdiri
daripada tiga orang doktor
tetapi sekarang sudah memiliki deretan doktor dan barisan jururawat
dan staf yang terlatih.
GAYA
BAHASA
1. Peribahasa
o Similie
§ Berotot-otot sasa bak pahlawan dalam
dongengan silam,
1. Penggunaan Diksi
o Kata-kata istilah sains perubatan § Kata istilah
sains perubatan banyak
digunakan oleh penulis. Penulis
menggunakan ilmu bantu bagi memberikan gambaran
yang jelas tentang bidang perubatan. Antaranya
§ X-Ray, Clinical year, surgery, annesthetic,
Super VIP, diagnostic, roentgen, CT-Scanning, ultra
sonotopografi (SUG), mamografi, angiografi,
hemodialisis
· Perkataan masyarakat setempat
o Latar belakang penulis yang tinggal di Sabah
banyak mempengaruhi penulis menggunakan istilah daerah atau tempatan.
Antaranya
§ Kenyerian, menggelepar, merambah, membongkol
NILAI
1. Nilai Kerajinan
1. Nilai Kerajinan
o Nilai kerajinan diperlihatkan melalui sikap
Sister Felicia yang asalnya belajar di kawasan pedalaman di Inanam tetapi atas
sikap kerajinannya itu dia Berjaya belajar hingga menjadi seorang jururawat di
Hospital Kinabalu.
o Nilai kerajinan juga diperlihatkan melalui watak
Raiha yang rajin belajar daripada mentornya iaitu Doktor Uwang sewaktu menuntut
di pusat pengajian tinggi dan sanggup melakukan apa-apa sahaja yang diminta
oleh mentornya itu termasuk membuat demonstrasi.
2. Nilai Ketekunan
Nilai ketekunan kelihatan dalam Novel melalui watak
Raiha yang tekun belajar sehingga menjadi seorang pakar bedah sama seperti
ayahnya. Walaupun cita- citanya itu tidak direstui oleh ayahnya yang merupakan
seorang pakar bedah,namun atas ketekunannya mengharungi pelbagai cabaran telah
menjadikan dia seorang pakar bedah dan diterima berkhidmat di Pusat Rawatan
Pantai Kasih.
3. Nilai Keberanian
o Raiha berani
mempertahankan bahawa kesalahan
atas kematian anak perempuannya adalah
disebabkan oleh Roktor Sadiz. Sikapnya itu tidak disenangi oleh Doktor Sadiz
sehinggakan kes mereka itu berlarutan dan menjejaskan nama baiknya sendiri.
Sikapnya itu juga tidak disenangi oleh keluarganya sendiri kerana mempertahankan
benang yang basah. Apatah lagi Sister Felicia tidak muncul untuk menjadi saksi
di mahkamah sehingga Raiha kalah dalam kes tersebut.
4. Nilai Bertanggungjawab
o Raiha bertanggungjawab untuk menjadikan
pembedahan ke atas Unong Siron sebagai pembedahan yang keenam dan yang
terakhir. Hal ini demikian kerana Raiha berpendapat
tidak sewajarnya gadis
remaja itu menghabiskan masa menghadapi
hidup dengan waktu sukar yang sangat panjang. Tidak sepatutnya gadis tersebut
menjalani pembedahan yang sama di tempat sama dan atas sakit yang sama sehingga
lima kali.
5. Nilai Keprihatinan
o Raiha prihatin terhadap nasib yang menimpa Unong
Siron. Baginya pembedahan sebanyak enam kali tidak sepatutnya berlaku apatah
lagi doktor yang melakukan pembedahan tersebut adalah
doktor pakar yang bukan
calang-calang. Rasa prihatin itu terbit dan
mengharapkan agar pembedahan keenam pada senja tadi
merupakan pembedahan yang terakhir dan berakhirlah
penderitaan dan kesakitan yang dialami oleh Unong selama ini.
6. Nilai Ketabahan
o Raiha tabah menghadapi
bangkangan ayahnya terhadap
cita-citanya hendak menjadi pakar bedah. Ayahnya
berkeras agar Raiha tidak meneruskan niat untuk menjadi pakar
bedah sepertinya kerana
beranggapan bahawa tugas
sebagai seorang pakar bedah hanya mampu dilakukan oleh orang lelaki
sahaja yang tahan dari segi fizikal dan mental. Namun pandangan ayahnya itu
dibangkang oleh Raiha dan meneruskan ketekunan belajar untuk menjadi seorang
pakar bedah yang Berjaya. Selepas berkhidmat dalam bidang itu di sebuah
hospital kerajaan akhirnya selepas beberapa tahun Raiha mengambil keputusan
menerima pelawaan
untuk bekerja di Pusat Rawatan Pantai Kasih
PENGAJARAN
1. Kita hendaklah mempunyai matlamat hidup.
o Untuk Berjaya seseorang
mesti ada matlamat hidup.
Raiha Berjaya menjadi seorang
pakar bedah setelah belajar
bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun
cita-cita Raiha untuk menjadi pakar bedah tidak direstui tetapi dengan matlamat
hidup yang jelas, cita-cita Raiha akhirnya Berjaya dikecapi.
2. Kita hendaklah menghormati hak orang lain
o Setiap orang mempunyai hak. Hak orang
lain perlu dihormati. Unong Siron berhak untuk mendapat kesihatan baiknya
semula, tetapi Pusat Rawatan Pantai Kasih telah menyebabkan wang insurans
akibat kemalangan jalan raya anaknya itu dihabiskan untuk membayar kos enam
kali pembedahan. Pusat Rawatan Pantai Kasih tidak menghormati hak pesakitnya.
3. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap perkara
yang dilakukan
o Apabila seseorang melakukan sesuatu perkara, dia
seharusnya bertanggungjawab sepenuhnya terhadap
apa-apa tindakan yang diambil.
Doktor Sadiz tidak bertanggungjawab menyalahkan Raiha
atas kematian anak perempuannya. Dia merahsiakan perkara sebenar yang berlaku dan
menghukum Raiha atas peristiwa hitam itu.
4. Kita hendaklah prihatin terhadap orang lain.
o Kesukaran yang dihadapi
oleh golongan pertengahan
terutama melunaskan bayaran pembiayaan perubatan
haruslah diberikan perhatian. Bukan semua orang mampu untuk
membayar sejumlah wang apatah
lagi telah dijanjikan untuk menerima
rawatan yang terbaik. Ibu Unong Siron berusaha dan tidak lokek untuk membelanjaan
wang insurans anaknya demi melihat anaknya kembali lincah dan sihat seperti anak
orang lain.
5. Kita hendaklah tekun belajar untuk menjamin masa
depan yang lebih cerah.
o Ketekunan seseorang akan membuahkan hasil pada
masa hadapan. Raiha tekun belajar untuk mencapai cita-citanya sebagai pakar
bedah seperti ayahnya juga. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha mempunyai
matlamat hidup dan belajar dengan tekun hingga cita-citanya sebagai pakar bedah
tercapai juga.
6. Kita hendaklah tabah menghadapi kesukaran hidup.
Dr Raiha tabah menghadapi dugaan dan kesukaran
hidup. Walaupun ditentang oleh ayahnya, Raiha tetap tabah dan belajar
bersungguh-sungguh dan akhirnya dia menjadi pakar bedah di Pusat Rawatan Pantai
kasih. Raiha juga dimarahi oleh Doktor Sadiz kerana tidak mahu menggugurkan
anak cacat yang dikandungnya sering menjadi bahan
melampias kemarahan Doktor
Sadiz. Kematian anak perempuannya iaitu
Rohayu memberikan tamparan yang besar kepada Raiha, namun dia tabah menghadapi
semuanya itu walaupun mendapat cemuhan dan tentangan daripada suaminya Doktor
Sadiz
Tiada ulasan:
Catat Ulasan